Friday, January 8, 2016
Rindu!
@1:30 am.
Malam semakin sunyi Dan sepi. Hanya kedengaran bunyi kipas yang berputar ligat. Namun, mata Dan minda tidak seiring ketika ini. Mata mengantuk Cuba menghantar signal ke minda untuk berehat. Tetapi minda seolah-olah tidak mengerti atau tidak mahu mengerti. Semakin ligat minda berputar, befikir tetapi entah apa yang difikirkan. Tidak sampai ke otak. Talian terputus dipertengahan.
Rindu. Rindukan haramain. Rindukan kedamaiannya. Rindukan kesibukannya. Rindukan ketenangan nya. Jika boleh, ingin sahaja aku terbang ke sana. Pejamkan mata, tarik nafas sedalamnya Dan lepaskan. Buka mata, kelihatan jelas haramain yang ku rindui. Arghh... Itu berangan namanya. Mana mungkin sekelip mata aku boleh berada di sanalan?
Rindukan perasaan ketika itu. Kosong. Hanya satu tujuan. Ibadah. Dunia? Telahku tinggalkan di bumi Malaysia. Sungguh aku kerinduan perasaan itu.
Pabila kembali ke alam nyata, mula dunia menerpa. Segala macam masalah di tempa. Penat. Lelah. Dengan permainan dunia. Tolong. Aku ingin pergi jauh. Jauh Dari segala tekanan ini.
Ya Allah, izinkan aku menjadi tetamuMu sekali lagi. Sungguh aku kerinduan Dan sungguh aku kelelahan dengan urusan dunia.
with luv,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment