Wednesday, December 30, 2015

My Umrah Journey : Day 2

Indahnya Masjid Nabawi.
Pemandangan selepas waktu Subuh. Sepanjang aku di bumi Madinah ini, payung ini tidak pernah ditutup. Jadi tak dapatlah nak merakam gambar payung tutup.

Pagi ini memang sangat tenang dan lengang. Perasaannya tidak tergambar dengan kata-kata. Malahan ketenangan yang diperolehi di sini juga tidak boleh di ungkapkan dengan kata-kata. Keserabutan semalam yang tersadai di airport Jeddah hilang serta-merta. Tenang. Damai.

Selesai check-in dan solat subuh, kami di minta untuk breakfast di level M. Selesai breakfast, kami decide untuk ziarah Masjid Nabawi. Lihatlah suasananya. Sangat tenang pagi ini. Cuaca agak sejuk.

Bersama bonda dan adik-adik. Sekarang ni musim sejuk di Madinah. So memang sejuk. Nampak tak tangan duduk dalam poket je tu. 

Bersama ayah bonda dan Boy.
Abah dan Mak telah menunaikan Haji dua tahun yang lepas iaitu pada tahun 2013. Manakala Boy sudah melakukan umrah tahun lepas iaitu pada 2014. Jadi, ini bukan Kali pertama berada di Masjid Nabawi. Cuma aku dan Abg sahaja yang pertama kali menjejakkan kaki di sini.

Siblings.
Pandai pulak masing-masing ambil posisi yer. Yang rendah sila ke kiri. Yang tinggi sila ke kanan. Hahhaha...
Cuaca sejuk dan kering. Memang sejuk. Kalau korang berhajat hendak menunaikan Umrah bulan Dec, bawalah Baju sejuk... Pagi terutamanya, sejuk weh.

Di hadapan hotel. 

Kami menginap di hotel Al Eiman Alqebla. Semua jemaah kami di tempatkan di level 5. Di sebabkan kami pergi berlima, maka bilik kami di pecahkan kepada dua iaitu 2+3. Sangat selesa. So aku dan Mak sebilik manakala adik-adik sebilik dengan Abah. 

Daripada hotel ke Masjid Nabawi jaraknya lebih kurang 100m dan biasanya kami akan melalui gate no 5.  Gate ni agak jauh dengan tempat solat wanita... So menapak sedikitlah nampaknya. 

Hari ini adalah santai. Mutawwif suruh kami berehat setelah melalui perjalanan yang panjang. Jadi free and easy sahaja. Daripada hotel ke Masjid di sepanjang jalan ada kedai-kedai cenderahati, jubah dan lain-lain. Masa ni mood nak bershopping belum ada lagi. 

Setelah menziarahi masjid Nabawi, kami berehat sahaja di hotel. Mengemaskan barang-barang. Zohor sahaja kami ke Masjid. 

Jadual makan di sini ialah breakfast selepas subuh, lunch selepas zohor dan dinner selepas isyak. Di sebabkan jarak yang dekat antara masjid dan hotel, selepas zohor aku dan Mak balik ke hotel untuk lunch. Kemudian Asar sehingga Isyak, kami duduk di masjid sahaja. Lepas Isyak baru pulang ke bilik untuk dinner dan tidur.

Bagi jemaah lelaki, tengah hari ini, mutawwif bawa mereka ke raudhah manakala jemaah wanita sebelah malam bersama mutawwifah.  

Tepat jam 9.00 pm, mutawwifah kami telah pun sampai di hotel untuk membawa kami ke raudhah. Raudhah ialah Taman Syurga. Excited sangat nak pergi. Takut pon ada. Entahlah, perasaannya bercampur baur. 

9.30 pm kami jemaah wanita bergerak ke Raudhah bersama mutawwifah kami. Di sepanjang perjalanan ada penerangan yang di berikan oleh mutawwifah kami. Pintu berapa yang harus di ikuti dan di mana harus di tunggu semuanya di jelaskan oleh mutawwifah kami.

Suasana raudhah malam ni sangat ramai. Sampai sahaja di ruang menunggu, kami solat sunat 2 rakaat dan berdoa agar kemasukan kami ke raudhah di mudahkan olehNya. 

Di raudhah ini merasa bagaimana manusia semuanya berpusu-pusu dan bertolak-tolak. Punyalah padat sehingga kan ruang untuk solat juga tiada. Mutawwifah kami dah pesan... Langsung maju sahaja ke hadapan, jika ada ruang solatlah berganti-ganti. Sekiranya masih tidak ada ruang, berdoalah dan muhasabahlah. Pasti ada ruang kemudian. 

Apa yang boleh aku gambarkan di raudhah malam ini, kebergantungan 100% di letakkan pada Allah. Meminta belas ehsan darinya. Setelah bertolak-tolak dan maju ke hadapan, tiba-tiba ruang di depan aku kosong. Allahu Akbar. Allah izinkan untuk aku bersolat di Raudhah. Menitis air mataku. Allah. Sukar untuk digambarkan perasaannya ketika itu. Sementara Mak menjaga, sempatlah aku solat sunat 2 rakaat dan berdoa. Walaupun keadaan tidak selesa. Alhamdulillah. 

Teringat kata seorang teman, Umrah adalah syahid kecil bagi wanita. Wallahualam. Baru aku faham Kenapa di katakan syahid kecil.

Di pintu keluar raudhah.

Jemaah wanita yang baru keluar Dari raudhah.

Alhamdulillah.
Muka happy dapat masuk ke raudhah walaupun umat manusia yang sangat ramai. Ketika ini jam telah pun menunjukkan ke angka 12 tengah malam. Maka, pulanglah dua beranak ini ke hotel. Aku cakap pada Mak, nanti kita pergi raudhah lagi yer. Tak puas tadi. Inshaallah, akan aku usahakan untuk ke raudhah sekali lagi.

2 b continue....
Sambungan cerita .....

Keluar daripada Raudhah, aku, Mak dan beberapa jemaah yang bersama kami memilih untuk melalui jalan lain pulang ke hotel sambil menikmati suasana malam di Masjid Nabawi. Tenang. 

Dalam perjalanan pulang ke hotel, adalah peniaga-peniaga yang membuat lelongan pelbagai produk antaranya pakaian dan makanan. Di sini boleh saksikan jubah-jubah dilempar je dalam usaha promosi barangan masing-masing. 
"Hajah, hajah ... 30 riyal... 30 riyal.."
Masih terngiang-ngiang lagi dialog ni. 

Entah Kenapa malam ini aku rasakan perjalanan agak jauh dari Raudhah ke hotel kami. Aku katakan pada Mak, kalau penat, kita berhenti dulu Mak. Maklumlah, kesihatan lutut emak tidak berapa bagus. Jadi beberapa kali kami berhenti sebelum sampai ke gate no 5.

Kemusykilan aku mengenai perjalanan kami yang dirasakan sangat jauh terjawab apabila kami di temukan dengan seorang jemaah wanita Malaysia yang sesat dan terpisah dari kumpulan jemaahnya. Bayangkan waktu itu telah pun menunjukkan jam 1 pagi. 
Mungkin Allah ingin kami membantu beliau. Kisahnya biarlah menjadi sejarah indah buat kami. Alhamdulillah. 

Cerita lanjut Umrah:







with luv,

No comments:

Post a Comment