Family Outing kali ni ke Sunway Lagoon. Saje bawak Boy jalan lepas UPSR as a reward. Pergi tempat macam ni kalau tak ramai macam tak best kan so kita bawalah sekampung. ;-)
Tiket nak masuk Sunway ni harganya RM 120 dewasa dan kanak-kanak 11 tahun ke bawah & senior citizen RM 90. Ini harga tourist. Kalau warganegara yang ada myKad dewasa RM 90, kanak-kanak 11 tahun ke bawah dan senior citizen RM 65. Tapi aku punya tiket beli masa promo dekat Menara Maybank, dewasa RM 70 dan kanak-kanak RM 55.Expiry date sehingga Disember 2014.Oklah kan, jimat banyak tu. Aku beli 8 tiket dewasa dan 2 tiket kanak-kanak untuk Maira dan Arif. Boy dah 12 tahun so di kira dewasa. Tiket abah aku tak beli masa tu sebab abah senior citizen, plannya nak beli time datang nanti. Nak di jadikan rezeki, time kitorang datang ni senior citizen percuma. Siap ada less 15% diskaun untuk meal lagi tu. Memang untung sangatlah kan.
Last minute pulak adik dan adik iparku tak dapat join sebab ada kenduri so aku ajak Kak Nita & Syahmi join sekali. Sukalah Boy ada kawan nak main.
Jom layan gambar. Tapi gambar tak ikut susunan. Malas sungguh nak susun. hahhaha
Maira dah besar dah. Tahun depan dah 5 tahun. Ni bergambar masa nak balik dah. Muka pun dah penat je kan.
Kitorang lepak kat water park. Kak Nita penunggu setia barang. hehhee
Ni time lunch rasanya. Aku beli Mary Brown je. Senang. Owh, btw kat dalam Sunway Lagoon ni, segala urusniaga adalah berbentuk prepaid. Maksudnya, korang kena isi duit dalam tagging kat lengan korang. Setiap kali nak beli barang, diorang akan scan dan deduct credit dalam tu. Boleh masukkan berapapun nilai dalam tu, kalau tak habis guna boleh refund semula di kaunter keluar nanti.
Bergambar dulu sebelum semua bertukar! hehehhe.
Tu dia, lepas penat mandi manda. Naik dulu rehat-rehat dan sambung lagi.
Kelakar muka Maira. Takut kena tembak. hehehhe
Kat dalam ni ada Wildlife Park sekali. Boleh jalan-jalan kat sini. Burung diorang lepaskan macam tu dalam sangkar. So hati-hati dengan najis burung... hikhikhik
Ni jer la mainan yang sempat Maira naik. Yang lain asyik main air. Lagi pun banyak yang Maira tak boleh naik lagi sebab tak cukup ketinggian.
Memula naik cam takut-takut. Sekali dah terror, macam-macam gaya stunt Arif ni...
Seronoklah pergi Sunway Lagoon ni, Kalau dapat naik semua permainan memang sangat-sangat berbaloi dengan tiket yang di bayar. Tapi kalau bawa budak kecik, of coz tak dapat naik semua benda kan. Boy jugak yang untung. Heheheh. Mujur jugak kami pergi ramai-ramai. Sempatlah Kak Ima dan husband dia naik Vuvuzela tu. Ambik giliran jaga Maira dan Arif. Masa yang sangat bernilai bersama keluarga.
with luv,
No comments:
Post a Comment