Trip ke Tioman ialah last minute planning. Tak plan sangat pun Eh, tak... Plan skit-skit... hehheh.. My BFF yang survey semua... Aku follow je. Plan asal ialah ke Pulau Redang. Tapi akhirnya bertukar ke Tioman. Ok la aku pun tak pernah pergi lagi Tioman ni.
Kitorang bertolak naik bas je. Bas transnasional di TBS (Terminal Bersatu Selatan). Tiket pukul 11.30 malam Sabtu dan di jangka tiba sekitar 5.30 am Sabtu pagi. Tapikan.... Punyalah laju driver bas bawak. Kitorang sampai di Stesyen bas Mersing jam 4.00 am. Perghhhh... gila awal... Apa nak buat ni.. Ahak..
Maka, dari stesyen bas kitorang berjalan kaki ke Jeti Mersing. Feri pertama dari Mersing ke Tioman ialah pada pukul 12.30 tgh hari. Masak nak tunggu dari subuh tu kan. Lebih kurang 8 jam lagi... So kitorang decide check in hotel di kawasan jeti. Hotel bajet je. Boleh jugaklah nak sambung tidur dan mandi segarkan badan.
Ketika di sinilah kami menerima perkhabaran pesawat MAS MH 370 hilang dari radar. Masa ni memang terkedu dan tersentap. Apakah? Sedikit terganggu emosi percutian.
Pukul 11.00 am kami mencari kedai makan mengisi perut dahulu sebelum bergerak ke Jeti. Harus mengisi perut sebelum menempuh perjalanan lautan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sekitar jam 12 kami terus check out dan bergegas ke Jeti. Janji dengan agen before 12.30 pm.
Tiba di Jeti lebih kurang jam 12.15 pm dan terus bergegas mencari agen. Rupanya, kami tersilap. Oh, bukanlah silap cuma tak tahu. Tak tahu yang kena datang sejam sebelum masa berlepas. Agen pon tak bagitahu ok. Aduhh... Terpaksa tunda ke feri berikutnya jam 2.00 pm. Mujur dah makan siap-siap. Maka tunggulah kami di Jeti.
Wajah-wajah bosan menanti ketibaan feri. Selfie la apalagi kan.... hehheheh
Prosedur di Jeti Mersing. Panduan untuk sesiapa yang ingin ke Tioman.
Pertama. Silalah check jadual perjalanan feri awal-awal supaya korang bersedia. Dan dapat kurangkan masa menunggu. Oh ya, jadual perjalanan Feri berbeza mengikut hari. Itu yang penting untuk check jadual terlebih dahulu.
Kedua. Datang sejam awal walaupun korang dah booking siap-siap dengan agen. Tak ada maknanya ok. Korang tetap kena beratur dan melalui prosedur yang ditetapkan. Belilah tiket di kaunter yang disediakan. Tiket berharga RM 35 (kalau tak silap) Kalau korang guna agen biasanya agen dah belikan. But still kena datang awal untuk melalui prosedur berikutnya. Mula-mula beratur untuk menulis butiran peribadi. Kemudian tunggu kaunter boarding tiket di buka. Kemudian beratur lagi ambil boarding pass pulak.
Ketiga. Jangan lupa beli tiket Marine Park bernilai RM 5 dan tiket Taman Negara juga RM 5. Tiket-tiket ni boleh di beli kaunter yang di sediakan.
Keempat. Tunggulah boarding time korang.
Layan novel. Memang dah jangka, masa menunggu yang panjang...
Gadis kecil di pinggir Gaza. Yes, inilah novelnya. Nasib baik pouch bag besar so boleh muat novel ni.
Yeay! Dah sampai Tioman. Kami di jeti Kg. Salang.
Setelah melalui perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Jeti Mersing. Indah sungguh panoramanya. Oh ya, kitorang tinggal di Kg. Salang. Mengikut review, Kg. Salang tempat yang paling best di Tioman. Happening. Kedai makan pon banyak selain boleh snorkeling suka-suka hati. Bilik di sini boleh dapat harga serendah RM 50 semalam untuk bilik yang tiada aircond manakala bilik aircond RM 125 semalam. Kitorang pilih bilik aircond sebab kami kan puteri lilin. hahhahaah
Suasana di tepi jeti.
Lihatlah. Cantiknya batu-batuan pantai...
Aktiviti santai di petang hari ialah jalan-jalan tepi pantai sambil survey harga untuk snorkeling dan menjelajah pulau keesokan hari. Kitorang akhirnya memilih khidmat Pak Long Enterprise untuk aktiviti ke pulau-pulau. Kitorang pilih custom route. Di mana kitorang decide nak ke mana dan masa. Normal route is half day tapi kitorang pilih full day. Sehingga lewat petang. Charge RM 120 per head untuk 6 destinasi. 3 untuk snorkeling terumbu karang. 1 marine park. 1 pantai untuk mandi manda. 1 tempat makan dan kedai bebas cukai iaitu Kg. Tekek. Kalau untuk normal route just RM 85 per head. Dan kalau nak melawat keliling pulau charge lebih kurang RM 100 per head. Kedua-duanya halfday activities.
Jalan-jalan ambil angin. Sempat layan sunset tapi terlupa nak capture picture.
Dinner malam pertama di Pulau Tioman. Dinner biasa-biasa je malam ni. Keletihan perjalanan dari KL masih terasa. Bantal dan tilam seolah-olah memanggil-manggil.
Suasana di pagi hari sebelum menjelajah pulau dan aktiviti snorkeling.
Cantikkan langit yang membiru. Tenang lagi menenangkan.
Menanti boat ready. Breakfast here. Pagi ni breakfast bread toast with jam.
Dalam speedboat sementara tiba ke destinasi pertama.
with my BFF.
Lihatlah ikan-ikan yang berenang-renang. Cantik sangat. Indahnya perasaan berenang-renang dengan ikan-ikan di lautan. Dulu aku geli. Hahaha... Sekarang tak lagi sejak trip ke KK tempoh hari. Dah biasa dengan ikan-ikan ni.. hehehe.. But my BFF still geli-geli gittew. Terjerit² la member.. ;-)
Lihatlah kejernihan airnya.
Destinasi ke dua. Di tepian pantai. Tepi pantai pun ikan ada.
Jernih sangat airnya.
Rindu pulak dengan ikan-ikan ni. ;-)
Tapi kan... dalam keseronokan ni ada juga yang tak bestnya.... Tak bestnya ialah aku terkena food poisoning. Sedikit sebanyak terganggu. Keadaan hanya terkawal di 2 destinasi. Destinasi ke tiga aku dah tak tahan. Really spoil my day. Terus mintak boatman hantar balik ke chalet. Nasib baik sempat juga menikmati keindahan alam.... Rasa macam ruginya tak join lagi 3 destinasi... Tak pe lah. Mungkin ada hikmahnya. So next destinasi my BFF jer yang pergi. Maka baliklah aku ke chalet melayan perasaan memerut. haha.
Dan yang kelakarnya, boleh pulak tersesat nak ke bilik aku. Bayangkan kritikalnya keadaan aku ketika itu sampai tersesat bilik. Pastu cam blur. Eh aku kat mana ni? hahahha..
Sampai bilik terus mandi, ambil nutriferon as immune booster dan terus tidur. Terjaga apabila jam menunjukkan ke angka 5pm itu pun sebab bunyi my BFF balik. Haih. Lama sungguh tidur.
Suasana petang di Kg. Salang, Pulau Tioman.
Dalam keadaan yang tak berapa nak ok tu, berjalan menghirup udara pantai. Harus gagahkan diri. Rugi pulak rasa time bercuti kena duduk bilik kan. So petang ni memang dah plan nak tengok sunset sambil layan banana spilt di tepi pantai.
Buai laju-laju sampai pokok sena..... sila sambung sendiri ye.. ;-)
Lepak di restoran tepian pantai sementara menanti sunset.
Khusyuk akak berborak. Kisah tragedi feri meletup beberapa tahun yang lepas. Kitorang kat sini ada jurucakap khas. ;-) Baik dengan akak yang uruskan Pak Long Enterprise. So banyaklah dapat story yang berkaitan dengan Tioman.
my stylo sunglass
Sunset dah mula menunjukkan bayang.
Cantikkkkkk sangat. Sambil² layan banana split. Borak-borak. Malam ni kitorang plan makan seafood. My BFF dah siap² booking untuk malam ni.
Yer, tidak ada gambar sebab... sebab... excited makan.. hahahha... Kitorang ambil set. Satu set RM 35 untuk 2 orang makan. Set ni ada semangkuk tomyam seafood, 5 ekor udang, 2 ekor sotong, sayur, dan seekor ikan. FOC juice. Nampak macam sikit kan.... Tapi bagi aku lah... set untuk 2 orang ni boleh makan untuk 3 or 4 orang ok. Banyak yer. Ikan dah lah besar... Sotong pon besar... Udang apatah lagi.. Sebab kitorang ni tamak haloba, maka kami ambil 2 set. Sekali sampai atas meja.. Hah.. Ambik kau.... Senak perut nak habiskan... hahhaha... Harga bagi aku consider murah. Tapi sambal cicah tak berapa umph... but overall ok.
Habis Dinner terus balik bilik layan mata... hahhaha.. kekenyangan ok...
Day 3. Good bye Tioman!
Day 3 adalah hari terakhir di Tioman. Asalnya tiket bas kami ialah jam 12.30 tengah hari. Tapi malangnya feri pertama dari Tioman adalah jam 12 tengah hari. Terpaksalah burn tiket tu dan beli tiket lain. So the new tiket jam 6.00 petang. The only tiket yang ada. hahaha... layan jer la...
Sebab tiket bas lewat petang, maka kami ambil feri yang terakhir jam 2.30 pm. So tak adalah tunggu lama sangat kat Mersing nanti. Sempatlah pagi tu bersnorkeling lagi. Layan snorkelling tepi pantai je. Sambil² bagi ikan makan... Syokkkkk.... Ikan-ikan ni macam friendly sangat.... Pagi-pagi lagi dah turun pantai. Breakfast dan terus bersnorkelling sampai jam menunjukkan pukul 10.30 am. Balik bilik dan packing. Around kul 1.30 pm kami dah bersedia di tepi jeti. Takut kena tinggal lagi.. hehhehe... Tapi feri kul 2.30 pm pon tak gerak lagi.
Lebih kurang pukul 5.00 pm sampai di jeti Mersing terus ke station bas. Masa menunggu tidaklah terlalu lama. Sempatlah minum dahulu sebelum naik bas. Bas memulakan perjalanan tepat jam 6 pm. Perjalanan dari Mersing ke Terminal Bersatu Selatan mengambil masa lebih kurang 5 jam. So kami tiba di TBS jam 11 malam. Ok, la. Trip yang best. ;-)
Next trip adakah Korea? hehhehe.. in my dream...
with luv,
Hi...saje nak tanya, masa kat Kg Salang tu duduk chalet mane? Berapa semlm? Thanks in advance ;)
ReplyDeletehi, u stay mana eh kat kg salang ni?
ReplyDeletehi.. i stay kat Salang Beach Resort
ReplyDeletekalau singgah kg genting call la kita :)
ReplyDeletewww.wanpulautioman.com
berapa harga ticket dari tbs tu?
ReplyDelete