Salam,
Sambung cerita Bandung - Jakarta lagi....
Day 2
Bangun jam 7 pagi waktu Malaysia bersamaan jam 6 pagi waktu Bandung. Mandi dan terus bersiap-siap untuk memulakan operasi pertama. Selepas breakfast, pukul 7.45 am waktu Bandung, kami terus ke Pasar Baru. Hanya berjalan kaki lebih kurang 15 min sampai Pasar Baru. Operasi hari ini adalah mencari telekung. My 'mak' kirim telekung 10 pasang yer. So ai bawak bag pack kosong supaya senang nak isi barang.
Sebelum ni ai dah search waktu open Pasar Baru so pasar Baru buka jam 8 pagi. So haruslah tunggu kedai buka kan.... Jam 8 tuh kami dah ada di depan kedai-kedai Pasar Baru. Time nih orang tak ramai lagi. So sangat mudah untuk mendapatkan dan melihat-lihat barang.
Pusing punya pusing jumpa Toko Laris, so terus grab telekung 5 pasang. Konon-konon nak cari di tempat lain pulak tapi..... bila dah menjelang tengah hari, orang dah mula ramai. Nak shopping pon tak berapa nak selesa. So ai terus patah balik di Toko Laris dah beli telekung lagi 3 pasang. Settle 'mak' punya order. Jalan-jalan lagi ... naik ke tingkat seterusnya....
Shopping kain sulam manik 3 in 1. shopping kat kedai ni sangat kondusif. Sangat selesa untuk memilih. Kat sini ai beli 2 pasang kain sulam dan 5 pasang kain sulam manik dengan kos IDR 910k. My friend beli kain lace kat sini 2 pasang cuma IDR 130k sepasang. Cantik dan murah okkey....
Lebih kurang kul 12 tgh hari kami dah kuar dari Pasar Baru sebab dah pening. Banyak sangat barang sampaikan tak tau nak beli apa. Dan yang paling penting, beg pack yang di bawa dah penuh, belum lagi beg plastik yang di jinjing. Nak patah jari jemari. Terus berjalan pulang ke Hotel. Pas ni nak ke Factory Outlet pulak....
Jam 1 pm, tanya hotel macam mana nak ke Rumah Mode atau ke Jalan Dago. Dari hotel nak ke rumah Mode kena naik teksi, kalau ke Jalan Dago boleh naik 'angkutan'. Angkutan adalah pengangkutan awam seperti teksi sapu. Di sebabkan kami tak reti nak tahan teksi ke rumah mode, kami terus ke Jalan dago menaiki angkutan. Tanya teksi nak ke Rumah Mode tambangnya 65k. Sangat mahal ok. So kami terus naik angkutan ke Jln Dago. Tambang ke Factory Outlet sekitar Jalan Dago hanya 6k utk 2 org. Sangat murah. Merasa jugakla kami naik angkutan... hehhehe...
Kat Jln Dago shopping lagik.Sebenarnya kat FO ni ai nak cari Jeans dress utk Damia. Dlm byk2 FO yg sempat ai singgah, hanya satu kedai jer yg jual Jeans dress dari Zara Kids. Kat sini ai beli 3 pasang kasut, satu kasut keje ,satu wedges dan satu selipar jenama Armani utk my 'abah'... dan satu tshirt Armani utk 'adik'.
Jam 5 lebih hujan dah mula turun dengan lebat. So kami decide balik terus ke Hotel. Mintak tolong pekerja FO panggilkan teksi Blue bird.
Pesanan dari ai, kalau nak naik teksi, carilah Blue Bird sebab teksi ni pakai meter. So kebarangkalian utk kena tipu adalah sifar.
Sampai kat hotel, lepak kejap tunggu hujan berenti. Then kuar semula untuk mencari makan malam. Mlm nih makan KFC. Kat area Bandung ni banyak giler A&W. Oh lupa nak cerita, kalau sampai di Bandung jangan lupa rasa pisang cheese atau pisang boleh. Sangat sedap. Kat sini cheese murah agaknya. Kebanyakan makanan atau roti adalah bercheese. Lepas makan terus balik Hotel dan kemas barang..... Sambil kemas barang ai layan satu citer kat channel indosiar.... nanti ai citer pasal citer nih kat n3 seterusnya. Dorisya dah selamat 'membuta'.....
Masa tengah mengemas tuh, ai rasa macam tak cukup jer telekung yang dah beli nih. Teringat pula pada member2 ai. So esok ai kene gi Pasar Baru lagi nih nak cari tambahan telekung yang sedia ada...
p/s : hasil rembatan di Pasar Baru hari ini adalah, telekung 8 pasang, Jubah cotton 1, Kain ela 7 pasang, blouse batik 1, blouse cotton shirt 2, blouse kimono 2.
Shopping di salah satu factory Outlet @ Jalan Dago. (2pasang kasut, 1 sandal, beberapa helai baju emporio armani)
No comments:
Post a Comment