Salam,
Day 3
Pagi-pagi lagi kami dah ke Pasar Baru. Memandangkan ai nak pergi mencari telekung lagi. Dorisya bagi ai masa sehingga jam 10.30 am shj sebab nak ke Rumah Mode selepas itu. So dengan pantasnya me terus ke Toko Laris dan rembat lagi 2 pasang telekung. Pusing-pusing sekejap di Pasar Baru sblom nak gerak ke Rumah Mode. Tetiba ai terlalu pulak kat kedai yang jual office suit. So apalagi, kasik rembat 2 pasang suit. Harga nya IDR 33ok utk 2 pasang. Sangat murah ok. Suit nih standard butik punya, dari segi kemasan jahitan dan potongan body. Memang sangat memuaskan hati sehingga tiada ayat utk menolaknya (alasan semata-mata... hehhehe).. Tanya salesgirl tu macam mana nak ke Station keretapi sebab esok nak ke Jakarta menaiki Train jer.
Rupanya stesen keretapi dah dekat dengan Pasar Baru hanya 10 min jalan kaki ke station keretapi. So kami terus ke station keretapi dan beli tiket ke station Gambir, Jakarta. Tambang hanya 50k. Dari station, kami terus balik Hotel utk meletakkan barang-barang yang di beli.
Sepanjang jalan, kami tak pandang kiri kanan. Terus jalan ke hotel. Takut2 hati terpedaya dan terbeli.... argh... alasan lagik..... Kat sini memang syurga shopping.
Jam 12 tgh hari terus ke Rumah Mode. Mintak hotel panggilkan teksi Blue Bird. Sampai jer di Rumah Mode, owh.... ai dgn dorisya terkena penyakit sawan yer. Terlalu banyak baju budak2.... giler.. memang giler... hahhahahahha.... shopping dan shopping baju-baju Damia di sini.
habis shopping di Rumah Mode, terus singgah makan di restoren Sederhana makanan sunda. Yer, meja adalah sangat penuh dengan lauk pauk. Nasib baik ai telah di brief oleh cik Dorisya mengenai lauk-pauk nih. Kalau tak, haruslah ada sesi bersoal jawab dengan waiters nih kan...
Habis makan terus ke Jln Dago semula. Apalagi? Shopping la kan. Ahak. Actually, ai nak cari Jeans Dress Damia kat situ. Dorisya plak nak cari kasut but. So kami ke sana naik angkutan jer. Siap sesat barat tuh.. hahhahahha.... Tapi ada satu kejadian ketika nak ke Jln Dago yang ai tak boleh lupakan...
Turun dari ANgkutan, ada sorang budak kecik umur lebih kurang 3 tahun tiba-tiba tarik baju ai mintak sedekah sambil hulur cawan. Budak ni tak pandai cakap lagi. Dia tarik2 baju ai sambil hulur cawan sambil sebut "uh....uh...uh " .... oh sangat syahdu masa ni. Sampai ai jadik takut. Bila ai pusing keliling ai nampak ada beberapa orang lagi budak2 yang sama sedang memerhati. Niat hati nak juga hulur seribu dua tapi bila ai memikirkan confirm ai kena serbu pas ni terus tak jadi. Cik D pon kata tak payah, keraskan hati... Dalam hati ai terus terbayangkan Boy. Oh, alangkah sedihnya kanak-kanak sebesar ini di biarkan berkeliaran meminta sedekah. Ini belum lagi, ketika hujan lebat, ai dalam teksi nak balik ke Hotel, kanak-kanak seusia Boy berdiri kat tepi cermin teksi minta sedekah dalam keadaan hujan lebat. Oh sungguh buat hati ai menangis..... Tapi cik D kata, keraskan hati... Ai tak sanggup pon nak pandang budak-budak nih. Sangat kesian yer! Alhamdulillah di Malaysia ini, kehidupan ai dan keluarga tidaklah sesukar di Indonesia nih. Keadaan ini betul2 buat ai insaf dan bersyukur lahir di Malaysia.
Rumah Mode, Factory Outlet @ Jalan Setiabudi
Agak ramai di Rumah Mode
No comments:
Post a Comment