Saturday, May 29, 2010

[Holiday] Bandung - Jakarta : Part 4

Salam,

Sambungan citer Bandung - Jakarta.

Day 4
Pukul 5 ai dah bangun untuk bersiap-siap ke stesen keretapi sebab tiket pukul 6.30 pagi. Jam 5.45 am kami dah turun ke Lobby hotel untuk check-out dan mintak Hotel panggilkan teksi meter. Lepas angkat barang masuk teksi semua, ai perasan teksi tak pakai meter. Tanya bapak driver tuh kenapa tak pakai meter. Dier kata tambang 50K ke stesen keretapi. Wat d hell? Mahal giler padahal bukannya jauh and hari masih pagi yg pastinya blom jem lagi. Dia kata sebab pagi hari. Cik D dah mula bengang. Mungkin Bapak tu perasan kitorg dah start bengang sebab mahal sgt, dier kurang 5k jadik 45 k. Kitorg senyap jek sbb bengang punya pasal!

Sampai kat stesen Cik D dah sound bapak driver tuh kata barang-barang sumer kitorg angkut sendiri... tak payah nak tolong angkat... yesss bengang punya pasal.. ahak... Sib baik masuk train sangat selesa. Ruag antara kerusi juga sangat luas. So, terubat skit hati yang bengang tadi kan.

Perjalanan train ke Jakarta mengambil masa lebih kurang 3 - 4 jam. Dalam perjalanan, kami di sajikan dengan panorama yang indah... Oh sangat tenang dan damai..... Ops lupa lak nak story pasal train nih. Di sebabkan kami ambik executive coc so layanan adalah first class... ala-ala naik flight gitu. Ada breakfast boleh order, ada kudapan juga. Dan jualan aksesori pon ada. Kesimpulannya sangat selesa naik train Argo Parahyangan Executive nih. Hajat hati nak naik Argo Gede tapi Argo Gede dah di tamatkan perkhidmatan. So naik jer Argo Parahyangan nih, ok jugak. Tambang pon murah jer 50 K seorang. Dan yang pastinya tiada 'macet' lagik.

Tiba di Jakarta kira-kira pukul 10.00 pagi. Kami terus berjalan keluar. Macam biasa, pasti ramai yang serbu dan tawar menawar utk teksi. Ada sorang mamat nih offer 70k utk ke Ibis Mangga 2. Macet katanya. Ops, sorry kami tak mahu. Terus jalan sebelah kiri and nampak kaunter teksi Blue Bird. Apalagi, naik Blue Bird jer la... Dah terjamin sampai dan pastinya kebarangkalian utk kene tipo adalah sifar. Terus naik teksi Blue Bird ke Ibis Mangga 2. Ops lupa yer nak bitau, skali lagi plan berubah. Sepatutnya kami duduk di Gren Alia cikini tapi memandangkan macet di Jakarta adalah lebih teruk makanya kami decide duduk di ibis Mangga 2 supaya senang kami nak ke Mangga2. Boleh jalan kaki jer. Tambang teksi Blue Bird ke Ibis Mangga 2 hanyalah IDR 23K. Bayangkan berapa byk mamat kat stesen keretapi tu cuba ketuk kami.

Lepas check in terus keluar ke Mangga 2. Kat sini ai nak cari kebaya nyonya. Tapi sedih sangat sedih. Takde satu pon kebaya nyonya yer. Rupa pon tak de. So terus keluar dari Mangga 2. Cik D kata tema mcm dah berubah. Dulu every floor jual lenlain. Ini sumer sama jek. Baju perempuan yang ai boleh dapat di KL. So tiada pembelian di Mangga 2. Cik D ajak ke Mangga 2 square. Saja nak jalan. So kami naik bajaj jer. Sangat seriau yer. Dahla bajaj ni kecik dari angkutan pastu menyelit-nyelit plak.... On d way tuh, ai berubah fikiran ajak cik D ke Cempaka Mas. Sebab tak puas hati tak dapat beli baju kebaya sulam. So tak jadi ke Mangga 2 square terus ke Cempaka Mas. My sis plak mintak carikan kain cotton. Masa ai kat Bandung tak nak pulak suruh sebab kat bandung sangat banyak pilihan yer.

Sampai kat Cempaka Mas, pusing2 cari kain cotton. Jumpa satu kedai yg sangat ekslusif. kedai baru cik D kata. Kat sini kami di layan first class.. semua kain2 di bukak depan kami. ami hanya duduk dan buat pilihan.. Terasa cam VIP plak. Dari cotton swiss sampaila ke cotton Japang. Dari harga cotton Swiss 130k semeter yang di bagi kami tawar sehingga bos kedai nih kasik 85 k semeter. Ss Cik D ambik sepasang. Ai tak ambik la cotton swiss nih kan. Sangat grand yer cotton nih. Tapi ai ambik shantung silk 3 pasang. semeter hanya 25k so 4 meter adalah 100 k. Tapi ai ambik 3.5 mtr je sebab kain nih bidang 60". Pastu salesman ni tunjuk plak kain cotton japang. Hanya 20k semeter. Kain sangat lembut dan cantik. Tak macam cotton Japan kat Malaysia yang keras dan tebal. So ai ambik 5 pasang. Selesai. Ops belum lagik, owner butik nih tunjuk pulak kain chiffon. Cantik bangat. Sepasang campur lining dalam RM 50. Di mana chiffon yang serupa ai beli di Gulatis adalah RM 200+ free lining. Hampeh jek. AI ambik sepasang chiffon nih, cik D pon sepasang jugak. Bukannya apa, nak tempah baju chiffon nih mahal. Mahal upah dari kain. Hari tu ai tempah chiffon kene Rm250. So serik nak tempah chiffon lagik. Sepasang cukupla kan... hehehehhee... Ok selesai. Sesi pembayaran bermula. Kat butik nih ai habis lebih sejuta IDR. Lebih kurang RM 300++ dapat berpasang-pasang kain.... Sangat puas ok.

Terus pulang ke Hotel. Balik pon naik lift jer sebab tak nak tengok mende-mende lain lagik. hehhehe... Sampai kat Hotel rasa cam menyesal lak beli cotton cuma 5 pasang jek. hahhahaha.... tapi tak bleh g lagik sbb tambang teksi nak ke Cempaka Mas pergi balik lebih kurang 70K.

Kemas-kemas barang dan layan citer yang ai suka tgk kat siaran indosiar nih. Sgt kelakar.

Argo Parahyangan

Station Keretapi , Bandung


Ada bantal skali okey.


Ruang antara seat yang luas. (Lg luas dari air asia...)

permandangan dari dalam Keretapi

Sila baca Doa yang di sediakan sebelum memulakan perjalanan.

berhenti antara stesyen.







Jln keretapi

sawah padi

Rumah di sekitar jalan keretapi.

Ibis Mangga 2 Hotel





with luv,

No comments:

Post a Comment