Showing posts with label MyPuisi. Show all posts
Showing posts with label MyPuisi. Show all posts

Saturday, January 6, 2018

A sad day


Hari yang sedih. 
Jangan tanya kenapa
Kerna aku tidak mahu bercerita
Sekadar mahu melepaskan beban di dada. 

Hari yang sedih. 
Bila mereka tidak cuba rasa
Apa yang aku rasa
Oh,  aku terlupa
Aku bukan siapa-siapa 
Untuk mereka rasa sama

Hari yang sedih. 
Bila dia yang utama
Sehingga mereka lupa
Pada tanggungjawab adanya
Hanya kerana dia

Hari yang sedih. 
Bila aku terpaksa rela
Dengan jalan cerita mereka
Tanpa mereka cuba baca
Aku punya cerita

Hari yang sedih 
Bila aku hanya aku
Sendiri dan satu
Menyusuri jalan itu
Dalam kegelapan tanpa lampu

Hari yang sedih
Tidak datang selalu
Untuk menguji aku
Kerana aku tahu
Sedih itu ubat untuk hati batu
Yang bernama aku. 

by, 
msraiza
5.32 am. 



with luv,

Friday, June 3, 2016

Lukisan Alam



Lukisan alam
Begitu indah dan cantik kejadiannya bagi yang ingin melihat dengan mata.
Begitu membahagiakan bagi yang melihat dengan hati.
Begitu mendamaikan bagi yang melihat dengan telinga.
Begitu meyegarkan bagi yang melihat dengan hidung.

Sungguh mengasyikkan jika melihat dengan seluruh pancaindera yang ada. Setiap kejadiannya begitu sempurna bagi yang mencari kesempurnaan.

Deru angin yang menyapa,
Bisa mengubat duka yang ada.
Tatkala tiada siapa yang pedulikannya.



Pejamlah mata,
Kosongkan minda,
Tarik nafas sedalamnya,
Lepaskan segalanya,
Kau pasti temui bahagia
Walau hanya seketika....


With luv,

Thursday, June 2, 2016

H.U.J.A.N



Hujan,
Mengundang pelbagai rasa. Kadangkala hadirnya menenangkan jiwa, kadangkala hadirnya bersama cinta. Namun adakalanya buat hati gundah gulana.

Hujan,
Hadirnya bersama rahmat yang tersimpan, bersama nikmat yang terpendam namun disebaliknya ada jiwa yang terusik dan keresahan.

Hujan,
Yang sedikit itu menenangkan, yang banyak itu merisaukan dan yang bersama guruh dan kilat itu menakutkan. Silap percaturan, bencana balasanya.

Sungguh,
Saat guruh dan kilat itu bersatu bersama sepertinya satu amaran dari alam semesta. Betapa tangan-tangan manusia yang rakus memusnahkan keharmonian ekosistemnya.

Lebih ironiknya, apabila guruh dan kilat ini di rasakan sepertinya bumi mencapai penghujung usianya.
Mungkin, terlalu jauh imaginasinya, tapi hakikat kehancuran adalah satu kepastian.
Saatnya akan tiba. Dan pasti tiba!


with luv,

Wednesday, May 20, 2015

Sabar itu indah.



Saat jiwaku resah di landa ujian
Kesabaran menjadi nadi kekuatan
Tika ku lihat wajahnya
Hatiku sayu
Akukah yang bersalah?

Bisikan demi bisikan mula kedengaran
Ini masanya untuk kau muhasabah
Adakala ujian yang datang
Sebagai tanda menyuci dosa
Adakalanya untuk menguji iman di dada
Jika sabar sandarannya
Maka naiklah darjat yang ada
Jika sebaliknya, maka sia-sialah hasilnya.

Entah yang mana satu
Sungguh aku tak tahu
Jika iman menjadi penentu
Layakkah aku?

Muhasabah.

Pasti ada sebab dan musababnya.
Ada sebab kenapa Allah temukanmu dengan mereka-mereka itu
Yang pastinya, untuk menguji kesabaranmu
Mampukah kamu melaluinya?
Aku keliru.

Sungguh aku perlukan ruang untukku berteleku
Mengubat jiwaku yang resah
Aku perlukan waktu
Untuk diriku... 

Justeru, tinggalkan aku
Seketika waktu
Agar ku tahu hikmah yang berlaku.

Tinggalkan aku di ruang itu
Agar ku dapat mencari diriku...
Kerana aku keliru...
Hatiku sendu
Dengan apa yang berlaku...
Mudah-mudahan ku kan ketemu
Hikmah yang tertulis untukku.


by,
msraiza
8.24 pm , 20 May 2015






with luv,

Tuesday, April 28, 2015

Aku Manusia Pelik.....


Aku manusia pelik
Yang sangat keras hatinya
Pabila benci menguasai diri
Jangan kau tegar melintas di hadapanku
Walau hanya bayang-bayangmu
Kerana aku pelik 

Aku manusia pelik
Yang sangat setia adanya
Saat kasih berputik sayang menitis
Buatlah apa sahaja
Aku kan tetap setia
Biar aku terluka dan terluka
Kerana aku pelik

Aku manusia pelik
Yang sukar jatuh cinta
Hatiku beku, jiwaku keras
Namun,
Pabila jatuh cinta
Aku manusia paling rapuh hatinya 
Tetapi kental jiwanya
Kerana aku pelik

Aku manusia pelik
Saat ku terluka
Tiada siapa yang bisa mengubatinya
Kerana aku lebih suka berbicara kepada Yang Maha Pencipta
Kerana aku pelik

Aku manusia pelik
Yang sukar di fahami
Luarnya gembira, dalamnya terluka
Yang indah itu terlihat,
Yang buruk itu tersimpan rapi
Nampak bahagia Tapi derita
Kerana aku pelik

Akulah manusia pelik itu
Yang tidak bisa kau fahami
Apa yang tersirat di hatiku


by,
msraiza


with luv,

Tuesday, January 6, 2015

Apabila sedih dan rindu bersatu....


Bertemu dan berpisah adat manusia biasa
Hilang di mata, di hati tidak lupa...

Perpisahan memang sering terjadi. Sedih, duka pasti tidak dapat dipisahkan dengan setiap perpisahan. Walau secara zahirnya terlihat senyuman, namun di hati, hanya tersimpan tidak terluah. 

Hati, bertabahlah. 
Setiap pertemuan pasti ada perpisahannya. Hanya masa yang menentukan lambat atau cepat.

Hati, sabarlah.
Setiap perpisahan pasti ada hikmahnya. Mungkin perpisahan ini lebih baik. Siapalah aku nak mempertikaikannya.

Hati, simpanlah kerinduan itu.
Oh, sungguh aku rindu. Saat rasa ini bertamu, pasti air mata peneman setia. Hebat sungguh peranan air mata. Bisa mengubat rindu yang terbuku.

Hati, hilangkanlah dukamu.
Kau berhak untuk bahagia. Simpanlah kedukaanmu kerana duka akan melihatkan kau parah. 

Perpisahan itu indah andai redha menjadi sandarannya. Kerinduan itu nikmat. Luahkanlah dengan air mata. Pasti indah perasaannya. Biarkan masa yang menjadi pengubatnya.

By,
Msraiza


with luv,

Friday, April 18, 2014

Palitan Dosa




Detik yang berlalu itu
Datang lagi membawa palitan gelita
Hati dangkal membenarkan
Makhluk allah yang satu itu bersorakan
Betapa tahu yang tidak di peduli
Pabila akal berkata
Iman meratap hiba
Hati bergembira
Nafsu menjadi raja
Maka pincanglah iman

Detik itu datang lagi
Tanpa ada resah di hati

Namun...
Pabila akal menjadi tuan
Hati mula gelisah
Perasaan tidak keruan

Allah
Aku hambamu yang lemah
Mencari-cari kedamaian hati
Setelah detik itu berlalu pergi

Allah
Aku sujud padamu membawa duka nestapa
Aku yang terlalu berdosa
Apakah ada ruang untukku Ya Tuhanku
Apakah masih ada belas kasihan dariMu?
Ampunkanlah dosa-dosaku
Ringankanlah timbangan dosaku
Moga ada sedikit belas ehsan dariMu Ya Rabb...

Detik yang berlalu itu
Datang lagi membawa palitan gelita
Hati dangkal membenarkan
Makhluk allah yang satu itu bersorakan
Betapa tahu yang tidak di peduli
Pabila akal berkata
Iman meratap hiba
Hati bergembira
Nafsu menjadi raja
Maka pincanglah iman

Detik itu datang lagi
Tanpa ada resah di hati

Namun...
Pabila akal menjadi tuan
Hati mula gelisah
Perasaan tidak keruan

Allah
Aku hambamu yang lemah
Mencari-cari kedamaian hati
Setelah detik itu berlalu pergi

Allah
Aku sujud padamu membawa duka nestapa
Aku yang terlalu berdosa
Apakah ada ruang untukku Ya Tuhanku
Apakah masih ada belas kasihan dariMu?
Ampunkanlah dosa-dosaku
Ringankanlah timbangan dosaku
Moga ada sedikit belas ehsan dariMu Ya Rabb...

by,
msraiza


with luv,