Friday, September 30, 2011

... zikir penenang hati

Kadang-kadang kita terlupa...
Terlupa memberi makanan kepada hati kita ...
Terlupa memberi minuman kepada hati kita ...
Hingga hati ini kelaparan dan kehausan..
Dahagakan dan laparkan makanan dari kita..
Sang pemilik hati ini ....

Maka ...
Lahirlah pelbagai penyakit hati ...
Sakit hati, busuk hati, dengki, khianat dan banyak lagi ...

Lalu ...
Ubatilah hati ini dengan zikrullah ...
Dengan ayat² yang menenangkan jiwa ..
Mudah²an kita sentiasa berada dalam rahmat Allah
Insyaallah.




with luv,

Wednesday, September 28, 2011

Skincare pilihanku...





AKhirnya Nutox menjadi pilihan hatiku. Sebab? Fazura sangat gorgeous ok.. hahhaha... Tak de lah, antara Olay Regenerist, Nutox & SKii yang paling murah skali ialah Nutox. So saya try Nutox dulu. Kalo Nutox sesuai dengan kulit sensitifku ini, maka percubaan berakhir di sini... 


Ternyata Nutox nampak serasi dengan kulit muka yang extra sensitifku ini. Memula saya guna moisturizer nutox shj. Masa guna  moisturizer ni time kulit memang tengah problem. Nampak cam ada kesan positif. So saya beli lak set Miracle day care. Dalam ni ada Facial wash, Serum dan toner. Cost dalam RM 82.90 kalo tak silap. Oh yer, moisturizer saya beli awal. Harga dalam RM 39.90 rasa nyer kot. Ok la kan, utk full set day care cost tak sampai RM150 pon. Kalau dermedex dulu, facial wash jer dah seratus lebih. Belum serum² yg lain lagik. 


Barula konfiden nak gi beraya.. hahaha


After guna 2 minggu nampak sangat² berkesan. Kulit jadik makin licin. Yang saya perasan, jerawat cepat jer mengecut walaupon jerawat² yg halus tuh. Dan yang paling ketara ialah tone kulit jadik sekata. Sangat suker! Bau pon wangi jek... Saya paling suka guna serumnya sebab best. Kenapa best? Memang best la.. Nak tau kenalah cuba sendiri. Hahaha... 


So pas ni berkira² nak beli supernatural night repair & Ageless Eye Refiner pulak. Oh, yang paling penting Nutox is free Paraben. Apa itu Paraben bley baca sini




Nak beli set yg ni jugak ..








with luv,

Tuesday, September 27, 2011

sesi beraya ...



cont from prev story ....


Balik dari Wedding Shekin terus gerak ke Seri Kembangan umah Misya & Usup. Dah lama gak tak jumpa dorang nih. 1 tahun kot. Last jumpa masa wedding Izan, la nih Izan dah pon ada baby... Lama jugak tuh. hehe. Dah alang² sampai Putrajaya, haruslah singgah Sri Kembangan dulu kan. Ingatnya pastu nak beraya ke Bangi pulak tapi sebab hujan lebat + jalan yang jam luar biasa maka misi beraya terhenti di sini. Ahak.


 "Hello, Misya. Sri Kembangan kat ne? Aku nak kena ikut jalan mana nih? " 
" Hah? Ikut LDP ? LDP kat ne ?... ko ckp ngan Emy lah ... " ...
Ni lah masalah aku... tak tau jalan yer except jalan² yang biasa aku lalu jek..
Jalan lain kompem tak tau... hahhahha..


 Akhirnya sampai jugak ke rumah Misya & Usup.
Misya dah complete dah and nak menambah lagik sorg. 
Cayalah Mis ... 


 With Misya and her daughter.
Sedap air oren ko tuh weh.... ;-)


 Haha.. Muka tensi....
Mana taknya, jalan jam .... air cond plak time nih la nak problem.
Hujan pulak mula turun dengan lebatnya ... aduhai ..


Hujan yang lebat langsung tak nampak jalan. 
Air mula naik .. Wiper kat luar sibuk mengelap ujan..
Aku kat dalam sibuk mengelap cermin... apadaaaa..
Kene masuk sepital nampaknya kuda ku ini ...




Tahun nih, tahun paling banyak berjalan gi beraya. Tetiba terasa rajin lak nak jumpa member² lama kan. Pas ni rasa nak terjah umah Awin lak kat Seremban .. haha.. 




with luv,

Sunday, September 25, 2011

Mengubati Hati Yang Terluka


Pelbagai perkara berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ada ketikanya, hati kita terluka kerana disakiti oleh orang lain atau suasana.
Beberapa cara boleh kita amalkan untuk mengubati hati yang terluka. Keberkesanannya bergantung kepada diri anda, namun berikut adalah cara yang sering dikongsia oleh pakar.
1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk fokus kepada masa depan anda, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.
2. Buang Sikap Risau
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah - tanpa anda pinta.
Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.
Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.
3. Belajar Rajin Bersyukur
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap; anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur, anda ada kawan rapat yang memahami anda dan anda mempunya handphone kesayangan anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.
4. Belajar Menjadi Pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif. Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.
5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda serta menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi; agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa layan kecewa sedangkan anda boleh ketawa? Come on...
6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan.
Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang.
Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh tarik semua yang baik-baik?
Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat.
7. Hati Mesti 'Keras'
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.
Cuba ingat balik kejahatan kecil yang anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.
Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.



with luv,

Tertikam jua akhirnya....







As salam,

Kadangkala kita tidak mengerti dengan perjalanan yang tertulis buat kita tetapi yang pastinya ianya adalah yang terbaik buat kita. Alhamdulillah. Sekalipun perjalanan itu penuh berliku dan berduri tetap itu adalah yang terbaik buat kita. Sesungguhnya Allah lebih mengerti perjalanan yang kita lalui. 

Kadangkala kita selalu berbaik-berbaik dengan orang tanpa ada sedikit pon harapan untuk di balas kembali tetapi kenapa seringkali ada yang menikam sesama sendiri. Bukan balasan yang di harapkan atau ucapan terima kasih sekali pon, cukup sekadar, jagalah hubungan sesama insan yang terjalin. 

Manusia memang mudah lupa. Dengan ikhlas madu di beri , tuba yang di balas. Oh tidak mengapa! Alhamdulillah, mudah2an mereka terus berjaya dan berjaya mengecapi apa yang mereka hajati. Yer, memang saya menghalalkannya tetapi jauh di sudut hati saya berkata-kata, tidak cukup ikhlaskah saya memberi sehingga di balas sebegini? 


Buat mereka,
Terima kasih kerana kamu telah menzahirkan wajahmu yang sebenar. Jadi aku tahu siapa kamu sebelum kamu habis menyedut madu-madu yang ada padaku. Terima kasih kepada kamu kerana kamu membuatkan aku terfikir dan bermuhasabah ketika ini. Terima kasih kepada kamu kerana kamu tidak membuatkan aku terus menerus tertipu dengan hijab yang terhalang di wajahmu. Terima kasih kamu! 

Buat mereka,
Semoga apa yang kamu dapat dariku bermanfaat kepada kamu, kehidupan kamu dan rezeki kamu. Aku mungkin bukan siapa2 tetapi aku tetap mendoakan agar kamu terus diberkati atas setiap perbuatan yang telah kamu lakukan. Terima kasih kamu kerana memberi pengalaman dalam hidupku. 


ikhlas,
msraiza






with luv,

Wedding Invitation

As salam,


Last Saturday dapat wedding invitation from my old friend, Shekin. Sebenarnya ai ngan Shekin dah lost contact since after standard 6 lagi. Lama kan? almost 18 thn x jumpa. Act. Zatul yang inform Shekin nak kawen. Kebetulan ai memang x dapat invitation dari Shekin sbb dah lama lost contact so nak jadi citer, berjumpalah di FB. Apa yang menyebabkan ai nak gi wedding ni ialah nak jumpa Shekin my old BFF. Dulu kecik2 selalu lepak2 umah shekin nih. Tapi since ai dok hostel form 1 terus cam lost contact. Maklumlah, ai pon balik 2-3 bulan sekali. Cam ne nak jumpa kan...


Apa pon, happy la dapat jumpa Shekin semula.... ;-)


Selamat Penganti Baru Shekin, Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan di murahkan rezeki selalu yer. mmmuuuaahhhh...


 12:01 tgh hari
Janji ngan Zatul kul 11.30 am ok ... 
Skali zatul x gerak lagi pon dari umah..


 So, apakah pekerjaan yang harus di lakukan?
Sementara nak tunggu Zatul nih kan..
Haruslah layan camera dulu..


 Eh, ko bawak lipstick tak, Emy?

 Kueh seri muka nih memang marveles.
Walaupun rupanya tiada tapi rasanya sangatlah sedap.


 Pelamin Shekin.
5 Panel ok. Cantik sangat.!


 The gift. Tq.


 Selamat Pengantin Baru Ikin... 


 Kau memang gorgeous hari nih!. 


 Zatul's Family.
Nih lah minah yg lambat tuh.. huhu

 With my BFF a.k.a co-pilot yg setia menemankan.
TQ Emy. Akhirnya selamat gak aku sampai umah ko drive sendiri.
Selamat sampai ke Putrajaya dan Sri Kembangan.
Tak pernah ok drive sendiri gi sini. ahak.


 with Zatul and Rubi 
(dua² ni my old friend dari zaman skolah rendah lagik)


Just Married!




Balik dari Putrajaya singgah beraya kat Sri Kembangan. Dah alang² kan... tapi story nyer later la... nak resize gamba dulu..






with luv,

Saturday, September 24, 2011

Doaku untukmu sahabat ....

Doa ku untuk mu... 
sahabat²ku yang sentiasa dekat di hati biar pun jauh di mata... 
Dengan nama Allah Yg Maha Pengasih dan Penyayang.. 
 
  


Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat .

Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu .... Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau 
 
izinkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah ...
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah
 



with luv,

Friday, September 23, 2011

Fabric Panel..

Yeay!... 
Suker sangat dapat beli panel nih.
Fabric panel nih saya beli kat Epal Kotaraya bebetul lepas raya hari tu.
Kebetulan lak minggu ke 2 raya tempoh hari saya singgah Pusat Epal
selepas hampir sebulan tak bertandang ke sana. 
Saja nak wish 'Selamat Hari Raya' kat cikgu²
and nak collect benang sulamku.

Sampai kat Epal tetiba lak ada promosi
kain² panel nih kan. Haruslah kasik angkat. 
Gigih korek duit raya yer. 
Maklumlah kan pas raya segala jenis bajet dah larik. hehe.
Apa pun fabrik² ini buat hati berbunga² gumbira...
Senyum sampai ke telinga padahalnya
tak tau pon nak buat apa lagi ngan kain² nih.


 sewing machine pattern

cats in da house





Nantikan hasilnya nanti cam ne.
Tak sabar dah ni nak godek² my sweetheart tuh kan.
Tapi still tak leh jaet lagik sebab skang nih masih dok bz
dengan tempahan manik baju open house....hehhe
Yang untuk convo pon ada jugak... 

Napa lah wat convo pas raya weh.. 
tak bley saya nak beraya dengan gumbira... huhu











with luv,

Thursday, September 22, 2011

Selamat Hari Lahir ... Abah


Selamat Hari Lahir Abah...

" Dgn titisan airmata Abah ucapkan terima kasih 
atas ingatan anak². "




How sweet my Abah reply sms touching ini. Yes, today 22 September is my Abah Birthday. Tidak ada yang special dari ku untuk mu Abah, hanya ingatan tulus ikhlas dan kasih sayang yang tak berbelah bagi untukmu, Abah.
Ketahuilah wahai abahku, walau sejauh mana aku pergi, setinggi mana aku terbang kau tetap di hatiku. Lelaki yang layak di raikan hari lahirnya. Lelaki yang akan menjadi waliku. 

Semoga abah terus dikurniakan kesihatan yang baik,
di berikan kebahagian dunia dan akhirat,
dan di buka seluas²nya pintu rezeki buatmu

dari kami,
Anak-anak mu 
( Kak Ima, Eza, Abg, Adik & Boy)






with luv,