(gambar hiasan)
Sumber : Fwd Email.
PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilahkisahnya. ..
Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya inginpulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....
" Ada duit? Minta ayah sedikit..
"Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapatseratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balikkampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteridan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidakbanyak meragam.
"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak adaduit," Bisik saya kepada emak.
Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukarditembak reaksinya.
" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.
"Takkan 5 ringgit?"
Emak mengangguk.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang bolehdibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapaayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.
Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkanialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulangke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yangbagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hatimengenangkannya .
Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung,saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akanselalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untukdiberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi sayayang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikankepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyumapabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalammemahami hati suaminya (ayah)
Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadisasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akansetiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Sayatidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalikperlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya ataudisampaikannya.
Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakinmembesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepasbeberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingatkomen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.
"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.
Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, adasahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.
" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomikeluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupunperantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnyaayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak inginsaya merasa segan, duit diberi melalui anak.
"Kenapa, dah kaya?" usik ayah.
Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetapdiselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' olehsaya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang sayaberikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocekanak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak sayasentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.
Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Disamping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Olehsebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudahmembeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipunsaya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepadaanak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.Rupa- rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!
Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :
" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalamkehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itusebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betulsiapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.
"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupunitu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akanpulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa.
"Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarangdiperk atakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-manabuku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!
with luv,
peringatan yang bagus...
ReplyDelete