Monday, August 31, 2009

Salam kemerdekaan!




Perjuangan yang belum selesai

Sesungguhnya tidak ada yg lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yg lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku di hina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta
terpinggir,dipersenda, dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa
selangkah bererti marah
mengharung sejuta dugaan

biarkan bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terbela

Airmata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa
bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya.

Bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara malah penakluk terkemuka
bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
menjadi pedagang dan peniaga selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang.
bukankah bangsaku pernah mengharung samudera
menjajah dunia yg tak di kenang
bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
yang tidak mengenal erti takut dan kematian

Di manakah silapnya?
hingga bangsaku merasa begitu kecil dan rendah diri
apakah angkara penjajahan lalu
bangsaku mulai melupakan kegemilangan silam
dan sejarah² gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memertabatkan dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama²nya

Hari ini jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
bagi mereka yg lemah dan mudah kecewa
perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yg cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya.

Perjuangan kita belum selesai…



with luv,

Friday, August 28, 2009

lagi tempahan coklat

Tempahan yang sempat di buat semalam. Coklat praline 10 x 9 pcs , 5 exclusive box dan loose chocolate 1 kg.



sebahagian dari coklat yang telah siap....


Loose pack - 1 kg chocolate


chocolate in exclusive box + die cut box .


with luv,

+ Airmata taubat adalah air yang paling suci +

Gembiralah dengan hidup ini kerana hidup ini indah dan jadikanlah ia sebagai hamparan untuk setiap kebaikan.

Allah subhanahu wa Ta'ala mencintai orang2 yang bertaubat dan orang2 yang menyucikan diri. Bahkan Allah sangat senang dengan taubatnya seorang hamba. Inilah kesenangan yang paling besar di bandingkan kesenangan seseorang yang berada di padang pasir bersama tunggangannya yang di atas punggungnya terdapat pembekalan makanan dan minumnya, tetapi kemudian tunggangan itu lari darinya sehingga dia hampir berputus asa untuk menangkapnya kembali.

...............................................................

Berfikiran positif dan optimislah anda bila suatu hari nanti semua urusan terlihat amat buruk, kerana hal itu merupakan petanda akan datangnya hari yang dekat waktunya, yang semuanya dipenuhi oleh kegembiraan dan keceriaan.



*** petikan dari buku Jangan Bersedih : Jadilah WANITA yang paling bahagia ***


with luv,

Wednesday, August 26, 2009

Chocolate order

Hari yang sangat meletihkan. Me hanya terima order coklat nih sehari sebelum tarikh untuk di ambil di mana coklat ni di hantar kepada tuannya pada hari ini. So balik keje terus membakar badam kerana sis yang tempah ni hanya mahukan coklat berintikan badam. Start from 6 pm sehingga jam 1 pagi baru selesai semuanya. Dari membakar badam sehinggalah packing coklat.

Sepatutnya hari ni me kene submit coklat kurma 5 box tapi di sebabkan order yg datang secara tiba² ni terpaksalah me dahulukan. Apa pun, hari ni me akan sambung untuk coklat kurma. and minggu ni adalah minggu yg sgt bz dengan tempahan coklat. Jom layan coklat...



Loose pack


Setelah di pack. 9 pcs per box.



with luv,

Tuesday, August 25, 2009

coklat kurma berinti badam

Tempahan untuk raya di buka sekarang sehingga 31 Aug 2009. Tempahan untuk berbuka puasa pun boleh juga. Kindly email me at deshinecollection@yahoo.com


Harga : RM 25 / box
Kuantiti : lebih kurang 50 biji / sepenuh box (bergantung kpd size kurma)



Harga : RM 24 / box
Kuantiti : 24 biji (kurma size medium / large)



with luv,

Monday, August 24, 2009

Khasiat buah kurma

Sumber : http://warmfuzzy.wordpress.com

1. KESIHATAN

A. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Penyakit Jantung & Kencing Manis

Berdasarkan kajian Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universti Putra Malaysia (UPM) menyatakan “Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan rsiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah”. (BERITA HARIAN, SELASA, 20 FEBRUARI, 2001)

B. Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan.

Prof. Madya Asiah juga berkata buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang keshatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga.

C. Membunuh Kuman Dalam Badan.

Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barangsiapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.

2. KECERDASAN DAN KECERGASAN

A. Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbesaran.

Menurut Prof. Madya Asiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

B. Tenaga Segera

Maksud Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Maryam: Ayat 25-26:

“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu”.

Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah s.w.t. menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.

3. KEPERIBADIAN

Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran.

Maksud Hadis Rasulullah s.a.w. :

“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya”.

“Melentur buluh biar dari rebungnya”. Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur. Seorang pelatih dari Universiti Sains Malaysia (USM) menulis tentang hadis ini dalam majalah Mingguan Wanita.

4. KEBERKATAN

A. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran.

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya;

“Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma”.

B. Makanan Yang Paling Sempurna.

Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. :

“Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan”.

Dengan sebab itulah Prof. Madya Asiah menyatakan lagi “Pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian”.

==========================================

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : “Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :

“Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.

Khasiat kurma “Ajwah” sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

h_dd26.jpg (19498 bytes)
Tafsirnya : “Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.”
(Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

“Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.

(Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : “Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

h_dd27.jpg (32536 bytes)

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : “Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.





with Luv,

Friday, August 21, 2009

+ Perbaiki diri anda, maka Allah akan redha terhadap anda +7

Jangan berputus asa kerana putus asa adalah keingkaran. Barangkali saja dalam waktu terdekat Allah akan memberikan kelapangan.

Apakah anda pernah mendengar tentang wanita dari Juhainiyah yang tergelincir jalan hidupnya kemudian dia berzina? Lalu dia meningati Allah dan segera bertaubat kepadaNya. Dia menghadap rasulullah s.a.w agar segera dihukum rejam agar menjadi suci dari dosanya.

...........................

Akhirnya ketika wanita itu kembali kepada Rasulullah s.a.w, Rasulullah s.a.w telah memerintahkan agar wanita itu di rejam dan wanta itu mati kerana hukuman rejam tersebut. Selepas itu, beliau solat ke atas jenazahnya.

Ketika benih keimanan tumbuh dalam hati wanita tersebut dan menjadi pohon rendang yang akar-akar tertancap kuat, ia akan menampakkan kemurnian dan keyakinan yang kuat. Hal inilah yang mendorong wanita ini segera menghadap Rasulullah s.a.w untuk memohon agar dirinya di sucikan. Dan dia telah berjaya menyucikan rohnya demi menggapai redhaNya, rahmatNya dan ampunanNya.


Janganlah anda terus menerus mengeluh atau senang mengeluh!

*** petikan dari buku Jangan Bersedih : Jadilah WANITA yang paling bahagia ***


with luv,

Tuesday, August 18, 2009

hari ini dalam lipatan sejarah...




Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalu indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.


Hari ini adalah hari yang tak mungkin ai lupakan sepanjang hidup ai. Hari yang penuh makna dan terkesan di hati ai. Tarikh ini, ai telah pahatkan di atas batu agar ianya tidak hilang di hakis ombak. Biarpun segalanya telah berada di dalam lipatan sejarah, ianya tetap menjadi igauan ngeri dalam hidup ai.

Biarpun sepuluh tahun yang akan datang, ianya akan terus berada di dalam ingatan ai. Lumrah kehidupan, sesuatu yang menyakitkan akan terus berada dalam ingatan kita walaupun kita ingin sekali melupakannya. Inilah yang di katakan sejarah. Sejarah yang tak mungkin akan berulang lagi. Tetapi sejarah ini akan terus di ingati!


with luv,

Sunday, August 16, 2009

CINTA boleh ubah manusia

Usah biarkan nafsu tewaskan akal hingga hilang kebijaksanaan


Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna, jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar.

Cinta wujud sejak di lahirkan
Rasa cinta sedia wujud dlm jiwa manusia sejak di lahirkan ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap kemahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka cinta kepada Tuhan.
Wujudnya cinta tidak dapat dilihat tapi dapat di rasa dan cinta sebenar itu suci murni serta putih bersih.

Cinta itu indah
Walaupun kewujudan cinta tak mampu di lihat, cinta itu indah dan cantik. Cantiknya sukar di gambarkan melalui kata-kata dan hanya mereka yang pernah melaluinya sahaja tahu gambaran cinta. Dan setiap gambaran cinta tidak sama untuk setiap manusia.

Cinta itu hidup
Cinta ibarat manusia, boleh berputik lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan.

Cinta itu pesona.
Cinta bukan saja indah tapi mempersonakan. Bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tetapi kerana ia suci dan bersih. Umpama kita melihat bayi yang comel dan bersih. Dia senyum dan merapati kita dan kita pula terpesona kerana bukan saja ia comel tetapi kerana ia adalah insan yang tidak berdosa.

Sifat cinta yang mempesonakan itulah yang membuatkan manusia berbuat silap apabila bercinta. Apa sahaja yang dilakukan kekasihnya mempesonakan dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa serta akan menodai cinta itu sendiri.

Apakah itu bukti cinta
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bukti cinta ialah mengorbankan atau menyerahkan apa shj yang di mahukan kekasih. Tanggapan itu tidak tepat. Jika semuanya telah di berikan, apalagi yang tinggal pada diri kita? Benarkah dia cintakan kita apabila dia perlukan pengorbanan kita?



with luv,

Friday, August 14, 2009

+ Wanita ibarat bintang gemilang yang menerangi kegelapan +

Jika engkau tertimpa bencana masa, maka mohonlah pertolongan kepada Yang Maha Esa lagi Kuasa...

Bersikaplah optimis sekalipun berada di dalam amukan badai..




*** petikan dari buku Jangan Bersedih : Jadilah WANITA yang paling bahagia ***


with Luv,

Thursday, August 13, 2009

Floral Fest 2009

Hari Ahad lepas me gi Floral Fest @ Putrajaya. Cantik sangat. Walaupun me sampai dah malam dan malam yang terakhir pulak tuh tapi bunga² yang dipamerkan tetap cantik. Cuma ada sedikit cacat celanya maklum sahaja hari yang terakhir. Sempat la jugak me beli orkid dengan harga RM 20 untuk 3 pokok dan RM 10 untuk vitamin secretani. Nanti me upload pic orkid baru yer. Tak berkesempatan nak ambik gambo lagik.









with luv,

Monday, August 10, 2009

Al-fatihah...


Today, 10 August 2009, my atuk telah kembali kerahmatullah sejurus selepas azan zohor. Alfatihah to arwah. Semoga arwah atuk bersemadi dengan tenang di sana dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang Allah kasihi. amin.

Jam 11 pagi me terima berita yang atuk telah pun nazak from my mom. Hati berkira-kira nak pulang ke kampung tapi ada keje yang perlu di selesaikan. Jam 12 tgh hari my cousin lak call inform yang my uncle suruh kami semua pulang memandangkan keadaan atuk yang semakin kritikal. So, me terus pulang ke rumah untuk bergegas pulang ke kampung. Sementara menanti my abah pulang dr kerja itulah kira-kira jam 1.30 pm kami terima berita yang atuk telah pun pergi meninggalkan kami semua.

Kami semua, lebih kurang 3 keluarga gerak terus ke kampung sekitar jam 2 pm dan tiba di kampung kira-kira jam 4 pm. Mujur sempat berjumpa jenazah arwah yang akan di kebumikan selepas solat asar. Ketika tiba di kampung pun, jenazah telah siap di mandi dan di kapankan. Hanya menanti kami semua tiba sebelum di kebumikan. Apa pun, me sempat menatap wajah arwah buat kali terakhir. Tenang. Sangat tenang wajahnya dan semoga atuk akan lebih tenang berada di sana. Alhamdulillah, permintaan atuk untuk menghembuskan nafas terakhir di rumah, di makbulkan Allah s.w.t.

kenangan bersama atuk ketika sambutan aidilfitri tahun lepas. dan kali terakhir me jumpa atuk ialah 2 bulan yang lepas.



p/s: to all my customer yang me tak dpt nak return call or reply sms during that day, thousand apology....

with luv,

Sunday, August 9, 2009

Nur Kasih - Ep : 11




Baru sempat layan NurKasih episod 11. Jalan cerita memang sentiasa menarik membuatkan penonton sentiasa ternanti2 apakah jalan cerita yang seterusnya.

Seringkali terjadi dalam kehidupan ini, apabila kesabaran sudah semakin berada di penghujung jalan, apabila ketabahan semakin menebal di jiwa, kebaikan itu akan datang. Mungkin akan di uji sekali lagi untuk membuktikan ketabahan yang terpahat di hati tetapi hadiah dari kesabaran dan ketabahan itu lebih indah dan terasa nikmatnya.

Sinopsis Nur Kasih Episod 11

Adam cuba memulihkan hubungannya Nur Amina. Nur Amina tidak sampai hati menceritakan hal yang sebenar tentang status perkahwinannya kepada Hajah kerana mengetahui Hajah mempunyai penyakit.

Aidil menemui Katrina di bilik hotel. Dia terkejut melihat Katrina tidak sedarkan diri di dalam bilik hotel.

Aidil memberitahu Adam tentang kejadian yang berlaku.


p/s: Pasti akan ada ganjaran untuk insan seperti Aidil yang sedang melakukan pengorbanan hati dan perasaan. Oh, kesiannya Aidil...

sumber : tv3.com.my



with luv,

++ Kelas Asas Jahitan Manik ++

Suasana ketika kelas menjahit manik.


KELAS MANIK
akan di adakan pada 15 Aug. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi Smart Skill untuk pendaftaran!! Jom jahit manik....

Daftar Sekarang!!




with luv,

kesibukan yang melanda...


Aduhai masa... seringkali hati berkata-kata, kalaulah aku punya musa lebih dari 24 jam sehari... alangkah gembiranya.. boleh melakukan banyak perkara... Seperti biasa, ungkapan sebegini memang akan terlahir di bibir org-org seperti me yg sedang dilandakan kesibukan. Terasa seolah-olah 24 jam sehari yang Tuhan berikan tidak pernah mencukupi.

Bermula dari 2 minggu yang lepas, jadual sangat penuh. Memang memerlukan skill untuk pengurusan masa yang betul. Ahak. Dengan kerja yang mempunyai deadline, dengan stok tudung yang baru masuk, dengan tempahan coklat yang semakin banyak dan juga tempahan manik yang masih pending dan dengan preparation utk booth yg akan di buka untuk memasarkan tudung2 dan coklatku. Aduhai... semuanya memerlukan pengurusan masa yang sangat terperinci.. Sungguh aku sangat sibuk. Tetapi, yang utama perlu di utamakan. Kerja hakiki ku harus di beri keutamaan. Mujur ada Dorisya as my biz partner untuk tudung2 ku yang boleh membantu malah sangat membantu dan juga my sis untuk membantu menyiapkan tempahan2 coklat.

Hari ini, perjalanan masa semakin terurus kerana deadline kerjaku telahpun sempurna hari khamis yang lepas. Hanya ada satu sistem yang tinggal di mana deadline hari khamis depan. 2 event yang melibatkan kami sebagai peniaga gerai juga telah berakhir. Oh sungguh lega di buatnya. Tempahan kurma coklat 20 box juga telah selamat di hantar. Hanya tempahan manik yang masih belum bermula. Akan ku mulakan malam ini juga. Terpaksa menggunakan seluruh masa terluang dengan kerja-kerja yang telah menanti.

Bukan bermakna kerja semakin kurang cuma mungkin pengurusan masa lebih sempurna. Untuk pengetahuan mereka yang ingin menyertai kelas manikku, inyaallah next class akan di adakan pada 15 Aug ini. Untuk sebarang pertanyaan boleh layari di sini.

Setakat ini dulu update n3 kali ni. Nanti me akan update lagi. Ikut hati, banyak cerita yang ingin di kongsi tapi kekangan masa sentiasa membatasi.

Salam...