Monday, August 31, 2009

Salam kemerdekaan!




Perjuangan yang belum selesai

Sesungguhnya tidak ada yg lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yg lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku di hina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta
terpinggir,dipersenda, dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa
selangkah bererti marah
mengharung sejuta dugaan

biarkan bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terbela

Airmata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa
bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya.

Bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara malah penakluk terkemuka
bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
menjadi pedagang dan peniaga selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang.
bukankah bangsaku pernah mengharung samudera
menjajah dunia yg tak di kenang
bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
yang tidak mengenal erti takut dan kematian

Di manakah silapnya?
hingga bangsaku merasa begitu kecil dan rendah diri
apakah angkara penjajahan lalu
bangsaku mulai melupakan kegemilangan silam
dan sejarah² gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memertabatkan dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama²nya

Hari ini jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
bagi mereka yg lemah dan mudah kecewa
perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yg cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya.

Perjuangan kita belum selesai…



with luv,

No comments:

Post a Comment