Lama plan percutian nih. Percutian with my BFF yang dah lama sangat tak buat. Teringat saat² manis zaman kat kolej dulu. Bila usia dah semakin meningkat, komitmen dan tanggungjawab juga semakin bertambah. Kadang² tak de masa untuk diri sendiri. Tambahan lagi masing² punya rencana hidup tersendiri.
Percutian ni adalah sempena our birthday yang celebrate sekali gus. Bermula dengan Princess Chinta Afyzah 11 Ogos, ai 1 Oktober dan Lurve Emy 28 November. So weols pilih tarikh 11 & 12 December untuk merealisasikan moment indah nih.
Asalnya nak pergi Lexis, PD tapi oleh kerana percutian ni agak bermakna, weols decide ke Grand Lexis sebab nakkan private pool untuk kitorg punya private function. Private la sangat. Hahaha.
Kami stay at water chalet. So keliling memang lautlah kan. Sangat cantik tempat nih dan sangat worth it dengan harga yang di bayar.
Our corridor.
Katil size king.
Dari dalam bilik boleh tengok paras air kat bawah chalet nih. Boleh tau samada air pasang or surut masa tuh.
Private pool dari sisi dalam chalet.
Our private pool. Tempat berkubang. haha
Toilet attached dengan pool and bilik.
Swimmping pool.
Buggy car.
Ada kenangan masa naik buggy car nih.
Punyalah laju mamat tu bawak nasib baik kitorg tak tercicir tengah jalan. haha
Garden view.
Gym pon ada.
Princess Chinta Afyzah
Princess Chinta Afyzah & Lurve Emy
Dok membelek playbook Fiza yang baru jer beli.
Santai.
Privacy please!
Our birthday cake.
Lihatlah kek ini yang kelihatan comot. Kesian kek ni hancurss naik buggy car.
Nasib baik kek ni sedap hingga menjilat sudu. hehehe.
Ai buat special untuk my BFF.
After check-in sekitar pukul 4 pm, ai pon prepare untuk birthday party sebelah malam sementara tunggu Emy sampai. Oh yer, ai dengan Fiza datang dulu sebab Emy ada teambuilding so datang kemudian. Jeling² kat pool. Tension jer, bila nak terjun nih. Tak bley terjun skang sebab Emy tak sampai lagi. Nanti nak kena kuar gi ambik Emy lak, confirm potong stim kan. hehe.
Punyalah lambat tunggu Emy, sempat la berposing² kat Lobby hotel.
Birthday party pon bermula. Oh, actually birthday party ni start dalam kul 9 pm. After maghrib kitorg lepas gian swimming dulu. Di ikuti dengan sesi meluah perasaan. Sharing that moment memang sangatlah seronok. Terasa dekat sangat. Dah lama tak get-together dengan my BFF ni. Bukan setakat x jumpa, sessi meluahkan perasaan pon dah lama sangat tak de. Masing² sibuk dengan life memasing. Serius menggamit saat bersama² di kolej dulu. Banyak masa spent together.
Photosession pon bermula.
Love uols banyak² sangat.
Sangat suker pose ini. Memang berguna my tripod and remote control. So tak payahlah nak setting timer then lari² nak pose. Sangat old fashion okey. hahaha... Just smile and click. Skang kan dah canggih. Kamera pon ada remote skali.
Happy moment!
time to suap-suapan. hehe.
Lihatlah maggi yang mengelilingi kek nih. Sangat berguna maggi ni yer.
Kesimpulannya, ke mana pon pergi bercuti, jangan lupakan makanan wajib iaitu Maggi.
Mask.
with princess Chinta Afyzah.
.... last .... with Lurve Emy....
Percutian ni memanglah sangat² seronok. Walaupon hanya 2 hari 1 malam, tapi kualiti masa yang weols spent together itu tiada nilainya. Wahai sahabat²ku, aku sayang kalian berdua! mmmuuaaahhh...
Fakta tentang Grand Lexis, PD.
- harga boleh check kat sini. Time kitorg pergi ni peak season so harga mahallah skit kan. But honestly, sangat worth it dengan kenangan indah yang bakal di perolehi.
- Ada private pool yang boleh anytime terjun. Selagi jari jemari tak kecut, berendamlah sesuka hati.
- Cukup kelengkapan asas, microwave oven, kettle, fridge, safety box and sink ada 2.
- iron and iron board upon request.
- Toilet dan shower berasingan.
- Toiletries yang complete ( termasuk shaver, cotton buds, berus gigi dll)
- Sewing kit pon ada. So tak payah risau kalau tetiba butang baju tertanggal ker kan.
- Payung pon ada skali so kalo time hujan pon tak risau la x leh kuar dari tempat bersemayam tuh kan. hehehe
- Breakfast complimentary utk 2 org. Kalo 3 kene extra charge.
- Panorama yang sangat² menarik.
- Towel ada 4. 2 untuk pool. face towel ada 2. Towel kaki ada 1. So tak payah bawak towel pon tak pe.
- Landmark, bersebelahan dengan Glory Beach Resort.
- Advance deposit ketika check-in 50% akan di pulangkan semula after check-out. So kalau yang bayar cash tu sediakanlah cash lebih skit. Unless kalo swipe credit card.
- Government servant ada less 20% rasanya. Coz hari tu ai just paid RM 500 lebih utk 2 hari 1 mlm after less and after service tax.
with luv,
No comments:
Post a Comment