Wednesday, December 7, 2011

Ombak Rindu




Semalam berjaya tgk citer yang menjadi sebutan ramai nih, Ombak Rindu. Citer ni memang sarat dengan emosi. Walaupun jalan cerita a bit slow, tapi best. Tak perlu dialog yang panjang berjela, cukup sekadar mimik muka dapat menggambarkan perasaan yang bergelora. Syabas Maya Karin yang berjaya membawa watak Izzah dengan jayanya dan juga Aaron Aziz. Oh ai loike Aaron Aziz! Walaupon ada part yang agak klakar si Aaron ni berlakon tapi ai suker! Suker dengan citer nih!


Sedih giler citer nih. Pergolakan emosi seorang wanita yang sangat sarat. Apabila cinta tidak dapat di ungkapkan dengan kata², hanya air muka yang bisa menggambarkannya! 


Kadangkala, cinta bukan untuk di miliki. Cukup sekadar utk di rasai!.....


Izzah si gadis kampung. 


 Cinta yang suci boleh mengalirkan air mata gagah seorang lelaki. Tak percaya? Try lah... hahhha









Sinopsis Filem Ombak Rindu


Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu. Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah.  Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.


Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?







with luv,

No comments:

Post a Comment