Thursday, November 24, 2011
Santapan jiwa ..
Bayangkan kita sedang berdialog dengan seseorang yg kedudukannya lebih tinggi dan lebih mulia dari kita. Bayangkan bahawa dia memiliki segalanya. Dia akan memberikan apa yg kita minta. Dia mahu mendengar seluruh kata-kata kita. Dia itu amat pengasih, amat penyayang. Dia akan memberi pertolongan setiap kali kita memerlukan pertolongan. Dia tidak akan meninggalkan kita. Bayangkan bahawa kita sedang memerlukan cintanya, kasih sayangnya, perhatiannya dan pertolongannya. Tentu yang perlu kita lakukan adalah mendekatinya. Duduk dihadapannya. Kita akan memilih waktu yg tepat, kesempatan yg baik dan perkataan yg baik pula.
Maka demikian jugalah Tahajjud. Dalam keheningan malam solat Tahajjud dilaksanakan, apabila hanya suara cengkerik malam yg terdengar, apabila ramai orang semakin lelap dalam tidurnya, apabila di luar angin berhembus agak kencang membawa udara dingin, apabila sepi mencengkam - keadaan inilah yg paling baik, paling mulia dan paling tepat utk kita gunakan berdialog secara langsung dengan Allah SWT melalui solat Tahajjud kita. Semasa inilah para malaikat-Nya turun, pintu langit terbuka dan semua perkataan kita akan sampai di hadapan-Nya. Inilah mengapa Tahajjud menjadi ibadah sunnah yg amat istimewa. Sungguh sayang jika terlepas menunaikannya!
by : Mutiara hati.
with luv,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment