As salam,
Kadangkala kita tidak mengerti dengan perjalanan yang tertulis buat kita tetapi yang pastinya ianya adalah yang terbaik buat kita. Alhamdulillah. Sekalipun perjalanan itu penuh berliku dan berduri tetap itu adalah yang terbaik buat kita. Sesungguhnya Allah lebih mengerti perjalanan yang kita lalui.
Kadangkala kita selalu berbaik-berbaik dengan orang tanpa ada sedikit pon harapan untuk di balas kembali tetapi kenapa seringkali ada yang menikam sesama sendiri. Bukan balasan yang di harapkan atau ucapan terima kasih sekali pon, cukup sekadar, jagalah hubungan sesama insan yang terjalin.
Manusia memang mudah lupa. Dengan ikhlas madu di beri , tuba yang di balas. Oh tidak mengapa! Alhamdulillah, mudah2an mereka terus berjaya dan berjaya mengecapi apa yang mereka hajati. Yer, memang saya menghalalkannya tetapi jauh di sudut hati saya berkata-kata, tidak cukup ikhlaskah saya memberi sehingga di balas sebegini?
Buat mereka,
Terima kasih kerana kamu telah menzahirkan wajahmu yang sebenar. Jadi aku tahu siapa kamu sebelum kamu habis menyedut madu-madu yang ada padaku. Terima kasih kepada kamu kerana kamu membuatkan aku terfikir dan bermuhasabah ketika ini. Terima kasih kepada kamu kerana kamu tidak membuatkan aku terus menerus tertipu dengan hijab yang terhalang di wajahmu. Terima kasih kamu!
Buat mereka,
Semoga apa yang kamu dapat dariku bermanfaat kepada kamu, kehidupan kamu dan rezeki kamu. Aku mungkin bukan siapa2 tetapi aku tetap mendoakan agar kamu terus diberkati atas setiap perbuatan yang telah kamu lakukan. Terima kasih kamu kerana memberi pengalaman dalam hidupku.
ikhlas,
msraiza
with luv,
No comments:
Post a Comment