Showing posts with label myMotivate. Show all posts
Showing posts with label myMotivate. Show all posts

Monday, February 17, 2014

Thursday, December 6, 2012

{Bahagia Membahagiakan} Tip 1


Memberi kemaafan adalah kunci kebahagiaan 
dan ketenangan dalam hidup 
~ Prof Muhaya

Untuk mendapatkan kebahagiaan perkara yang paling utama ialah memaafkan. Ini adalah seperti apa yang Prof. Muhaya katakan di dalam seminar Bahagia Membahagiakan. Tetapi sejauh mana boleh memaafkan? Seringkali apabila sesuatu perkara yang mengguris perasaan itu berlaku, agak sukar untuk kita memaafkan. Saya sendiri mengambil masa yang sangat lama untuk memaafkan seseorang yang pernah mengguris hati. Bukan tidak mahu memaafkan tapi belum ada kekuatan untuk memaafkan ketika itu.

Berapa lama jangka masa kemaafan itu dapat diperolehi adalah bergantung sejauh mana kesungguhan seseorang untuk memohon kemaafan. Tetapi secara saintifiknya, apabila aura negative berada di dalam badan, kuasa badan menjadi lemah. Sebab itu apabila kita marah, bersedih kita akan lemah. Emosi akan mempengaruhi bahan yang dikeluarkan oleh tubuh badan.

Contoh yang paling mudah, kalau seorang anak yang demam di jaga oleh ibunya dengan kasih sayang akan cepat sembuh berbanding seorang anak yang demam di tinggalkan dengan pengasuh. Emosi tidak akan sama.

Jadi, sesukar dan sepayah mana pun kemaafan di beri, berusahalah untuk memaafkannya. Kerana, setelah kemaafan itu diberi, kita tidak akan lagi memikirkannya. Minda dan emosi akan lebih tenang seperti ungkapan, "it's none my bussiness anymore".... bunyinya agak kasar tapi hakikatnya memang begitu. Kenapa nak memikirkan sesuatu yang tidak harus difikirkan?



with luv,

Saturday, September 22, 2012

Tuesday, September 18, 2012

Sunday, April 15, 2012

Bersangka baik….




***************************
Bila Allah cepat memakbulkan doamu,
maka dier menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu,
maka Dia ingin mengujimu.
Bila Dia tidak makbulkan doamu,
maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, bersangka baiklah dengan ALLAH dalam apa jua keadaan pun.
Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya.
***************************



with luv,

Friday, April 13, 2012

Kita adalah apa yang kita fikirkan.

Sumber : imotivasi.com
Jangan perangi stress tapi fokuslah pada keinginan mahu merasai kegembiraan. Jangan perangi penyakit, tapi fokuslah pada keinginan mahu menikmati hidup yang sihat dan cergas. Jangan fikirkan cakapan buruk orang terhadap Anda, tapi fokuslah pada keinginan mahu memajukan diri lebih dari tahap kemajuan yang telah dicapai sebelumnya oleh mereka.

Dalam hidup kita sentiasa ada dua pilihan. Kita boleh memerangi sesuatu, kemudian kita boleh memfokus fikiran untuk menikmati sesuatu. Maknanya, kita boleh menolak sesuatu, kemudian kita boleh membina sesuatu. Contohnya stress.
Kita boleh memerangi stress tapi itu akan menarik lebih banyak stress sebab di fikiran kita, asyik timbul soal stress! Kita juga boleh memerangai keganasan, tapi usaha kita itu akan menarik lebih banyak keganasan!
Sebabnya, kita asyik berfikir pasal keganasan, bercakap pasal keganasan, melihat video-video keganasan kemudian menghampirkan diri dengan berita-berita keganasan. Kita macam mintak keganasan didatangkan pada kita sebanyak yang mungkin.
Fikirlah sebaliknya, yang berlawanan. Dari asyik memerangi stress, lebih baik fokus kepada keinginan mahu menikmati ketenangan dan kegembiraan di rumah, ditempat kerja atau ketika bersama kawan-kawan. Gembira adalah emosi berlawanan dengan stress. Begitu juga penyakit lawannya adalah sihat, keganasan lawannya adalah kedamaian.
Adakah anda anti perang atau pro kedamaian? Adakah Anda lawan cakapan buruk orang lain terhadap Anda atau terus berusaha memburu kejayaan? Adakah Anda anti yang negatif atau pro yang positif? Jawapannya fokus kepada yang positif, kerana itu lebih baik dari melawan yang negatif.



with luv,

Monday, January 16, 2012

Belajar terima hakikat ...

Belajar terima hakikat ....



"Setiap yang benar,
Betapa ditekan kan tetap menjalar,
Tanpa dibaja kan tetap mekar,
Tanpa udara pun kan tetap segar."

A. Samad Said




with luv,

Thursday, November 24, 2011

Santapan jiwa ..




Bayangkan kita sedang berdialog dengan seseorang yg kedudukannya lebih tinggi dan lebih mulia dari kita. Bayangkan bahawa dia memiliki segalanya. Dia akan memberikan apa yg kita minta. Dia mahu mendengar seluruh kata-kata kita. Dia itu amat pengasih, amat penyayang. Dia akan memberi pertolongan setiap kali kita memerlukan pertolongan. Dia tidak akan meninggalkan kita. Bayangkan bahawa kita sedang memerlukan cintanya, kasih sayangnya, perhatiannya dan pertolongannya. Tentu yang perlu kita lakukan adalah mendekatinya. Duduk dihadapannya. Kita akan memilih waktu yg tepat, kesempatan yg baik dan perkataan yg baik pula.


Maka demikian jugalah Tahajjud. Dalam keheningan malam solat Tahajjud dilaksanakan, apabila hanya suara cengkerik malam yg terdengar, apabila ramai orang semakin lelap dalam tidurnya, apabila di luar angin berhembus agak kencang membawa udara dingin, apabila sepi mencengkam - keadaan inilah yg paling baik, paling mulia dan paling tepat utk kita gunakan berdialog secara langsung dengan Allah SWT melalui solat Tahajjud kita. Semasa inilah para malaikat-Nya turun, pintu langit terbuka dan semua perkataan kita akan sampai di hadapan-Nya. Inilah mengapa Tahajjud menjadi ibadah sunnah yg amat istimewa. Sungguh sayang jika terlepas menunaikannya!



by : Mutiara hati.


with luv,

Thursday, May 13, 2010

Tazkirah : Kita sering bertanya ...


BismillahirRahmanirRahim

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


Kita slalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya.

Kita bertanya : Kenapa aku di uji?
Quran menjawab : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman sedangkan mereka tidak di uji?", Dan sesungguhnya Kami telah menguji org² yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org² yg benar, dan Sesungguhnya Dia mengetahui orang² yg berdusta" - Surah Ankabut, ayat 2-3

Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yg aku idam²kan?
Quran menjawab : " Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah al-Baqarah, ayat 216

Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab : "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya." - Surah al-Baqarah, ayat 286

Kita bertanya : Kenapa kita frust?
Quran menjawab : "Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang² yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org² yg beriman." - Surah Ali Imran, ayat 139

Kita bertanya : Bagaimana aku harus menghadapinya?
Quran menjawab : " Dan mintalah pertolongan(kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi org² yg khusyuk. - Surah al-baqarah ayat 45

Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab : "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain drpdNya. Hanya kepadanya aku bertawakal." - Surah At-taubah ayat 129

Kita bertanya : Apa yg aku dapat dr semua ujian ini?
Quran menjawab : "Sesungguhnya Allah telah membeli drpd org² mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. " - surah at-taubah ayat 111

Kita berkata : Aku tak tahan!
Quran menjawab : ".... dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." - Surah Yusuf ayat 12

Kita berkata : Sampai bila aku akan merana begini?
Quran menjawab : "kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. " - Surah al-Insyirah ayat 5-6




with luv,

Thursday, February 5, 2009

Khayalkan Impian Untuk Jadi Bersemangat Selalu

sumber : imotivasi.com

Untuk Anda nak bersemangat selalu mengejar impian Anda, selalulah berkhayal mengenainya. Saya gunakan perkataan berkhayal sebagai pengganti kepada bayangan imaginasi. Namun, kedua-duanya sama saja.

Khayalkan seolah-oleh Anda dah berjaya mencapai impian Anda itu dan Anda sedang berada di dalamnya. Hadirkan sekali emosi-emosi berkaitan seperti gembira, teruja, ketawa, girang dan excited yang amat sangat. Bukan yang ala kadar, tetapi yang amat sangat! Buat selalu supaya minda Anda semakin peka dengan situasi yang Anda khayalkan.

Pada peringkat permulaan, susah untuk Anda hadirkan perasaan-perasaan dan emosi yang perlu ketika Anda sedang berkhayal tentang impian Anda. Anda hanya akan boleh berkhayal tentang gambaran masa depan, di mana anda berjaya merealisasikan impian Anda tapi agak sukar untuk Anda hadirkan emosi.

Tapi, bila dah buat selalu, ia akan berubah, cepat untuk Anda memasukkan emosi berkaitan seperti yang saya katakan tadi. Kenapa pula kita mesti masukkan emosi gembira? Kenapa tak ada emosi sedih? Jawapannya, emosi sedih tak perlu.

Bila Anda dah berjaya mencapai impian, mengapa perlu sedih?. Sedangkan, itulah yang diidam-idamkan sekian lama. Ada ke orang yang sedih bila dah berjaya? Terharu, mungkin, hingga membuat dia mengalirkan air mata. Tapi, sedih tak mungkin terjadi.

Tidak ada sebab untuk bersedih. Gembirakanlah hati, sebab apa yang Anda mahu, sekarang dah ada di depan mata!

Patutkah Anda bersedih bila dah camtu? Rugilah. Anda merugikan diri sendiri. Jadi, jangan hadirkan emosi sedih.

Mulai sekarang, saya percaya Anda ada impian sendiri yang Anda nak capai. Mungkin, nak memiliki kereta besar, rumah besar atau pendapatan besar. Mungkin, Anda nak jumpa orang-orang tertentu yang selama ni menjadi idola Anda!

Supaya mudah untuk Anda jadi bersemangat sepanjang masa, khayalkan impian Anda dalam 30 saat seolah-olah ia menjadi benar. Lama kelamaan, Anda boleh berkhayal sehingga 5 minit lamanya!

Tak perlu tutup mata, cuma kena pastikan suasana persekitaran tempat Anda berada adalah tenang supaya mudah untuk Anda berkhayal seketika. Jadikan seperti Anda sedang melihat wayang gambar. Anda nampak diri Anda berjaya mencapai apa yang menjadi impian Anda ketika itu.

Bila Anda dah rajin amalkan teknik ni, kesannya membuat Anda sentiasa FOKUS mengejar impian Anda. Anda akan terdorong jadi rajin, semakin kuat berusaha sebab tak sabar-sabar menjadikan impian Anda satu realiti.

Semakin rajin Anda berusaha, semakin rajin Anda khayalkan kejayaan mencapai impian Anda, semakin dekat Anda dengan impian Anda itu!