Showing posts with label MySkincare. Show all posts
Showing posts with label MySkincare. Show all posts

Tuesday, December 26, 2017

Mary Kay and I



Selepas menggunakan produk Mary Kay selama lebih kurang 2 bulan ni aku rasa ok la. Ramai juga officemate yang tegur muka nampak bermaya tapi hakikatnya ialah disebabkan oleh make up. 

Secara jujurnya aku belum lagi merasakan tahap puas hati seperti yang aku inginkan. But at least MK tak rosakkan kulit aku pon dah seribu rahmat. Maklumlah kulit aku ni jenis sensitif. Pantang silap sikit mesti ada kesannya.  Sebab tu aku lebih prefer jaga dari dalam. 

My intention menggunakan produk MK ni ialah nak sekatakan warna kulit which is masih belum menampakkan hasilnya. But it's ok. BC aku kata,  it will take time. Ok kita tunggulah yer hasilnya nanti.

Yang kedua untuk moisturize kulit aku. Kulit aku adalah sejenis kulit yang sangat kering. Lebih memburukkan keadaan apabila aku kurang minum air. So my BC suggest guna intense moisturiser.  So far ok la. Bila apply kulit jadik lembab tapi kalau tak apply kulit akan lebih kering.  May be sebab aku memang sejenis yang kurang minum air. Yang ni pon belum tahap kepuasan yang aku harapkan. Again.  It will take time. 

Yang ketiga for pore minimiser. Yang ni masih belum dapat hasil lagi. Aku ada beli pore minimiser serum tapi masih belum start pakai sebab untuk awal penggunaan produk ni aku tak naklah kulit aku terkejut kan.  Before this aku cuma guna organic serum sahaja.  Tiba-tiba segala tok nenek cream aku tepek. Mau tak terkejutnya kan. 

So far rutin harian aku ialah set miracle timewise normal to dry. Add on intense moisturiser,  softener dan malacep serum. 

Dalam banyak-banyak product yang aku ada dalam regime MK ni paling aku suka ialah skinvi brush dan oil free eye make up remover.

Pengalaman aku guna TW Miracle Set ni ialah kulit muka aku naik ruam merah. Dan aku perasan bila aku guna TW Day Solution Sun Screen. BC aku kata mungkin sebab kulit aku tak cukup lembab. Kalau ruam ni naik pakej sekali dengan kulit jadi perit. Which is for me is not a good sign. So apa yang aku buat ialah,  aku guna TW Day Solution ni secara alternate day dan apply secara nipis sahaja. Sayang weh,  mahal kot regenya. Haha. Lepas guna cara ni barulah nampak ok sikit. Ruam dan perit tu masih ada. Tapi ok la. 

Setiap kulit memang akan berbeza penerimaannya but if tanya aku sekarang ni after 2 month menggunakan MK,  pada kulit aku masih belum nampak perubahan. 

Dari segi harga dan penjimatan,  pada aku MK ni ok. Sebab softener dia sebotol aku pakai 2 bulan masih ada separuh. So aku estimate mungkin boleh bertahan up to 4 bulan dengan penggunaan 3 kali sehari. Begitu juga dengan facial cleanser,  moisturiser,  night solution masih ada lagi. So bertahan agak lamalah jugak.  Nanti aku review lagi selepas habis sebotol. Now masih lagi study pasal produk MK ni. Nak pakai kenalah ada ilmu kan. Kulit muka kita ni kan aset. Kena extra care.  Ahak. 

Ni kulit aku sekarang. Naked face katanya untuk rujukan aku. Just apply softener, moisturiser, malacep serum dan firming eye cream. 

Untuk kesihatan dalaman untuk skin,  aku masih amalkan vitamin C Shaklee dan vivix. 


with luv,

Saturday, September 5, 2015

Jom Facial di rumah


Morning gals.... Wat pe pagi ni? Hari ni aku nak memanjakan diri di rumah. Mulakan dengan facial spa. Lepas ni spa badan pulak. Biasalahkan spa badan aku guna produk Tanamera dan dah pernah story pon sebelum ni kan.

So hari ni nak story pasal facial spa pulak menggunakan produk shaklee. Senang je sebab semua barang-barang dah ada di rumah. Tinggal rajin dengan tak je nak menepek di muka.... Hehhehehe...
Btw, sebelum ni aku rajin jugak pakai masker ESP + Vivix. Tapi sejak pergi facial di Amarylis, tak buat lagi dah. Tak ada masa pon ye jugak. Ahak. Alasankan.

Ok, hari ni buat full facial ataupun treatment facial. Bezanya facial biasa dengan facial treatment ialah facial treatment ada urutan dan serum. Di tambah dengan eye treatment. Facial biasa ni just cuci, scrub dan masker jer la. Haa tu la bezanya.

Aku guna Nutriwhite cleanser untuk mencuci muka dan gosok dengan hand brush. Hand brush ni pon jarang sangat guna. Lepas cuci, bancuh alfalfa dan tepek kat muka. Agak-agak kering sikit, aku tonyohlah muka untuk menghilangkan sel-sel mati dan segala tok nenek kotoran yang ada di kulit dan liang roma. Untuk korang yang rajin bermake up, wajib scrub setiap minggu ok. Maklumlah, mekap kan ada bahan chemical jadi cemical yang termendap di kulit tu wajiblah di gosok keluar. Dah siap scrub kita pakai masker pulak. Masker aku guna campuran ESP dan Vitamin E. ESP ni protein semulajadi. Tadi dah tonyoh muka hilangkan kekotoran kan... So kulit yang ada ialah kulit baru so wajiblah bagi protein supaya kulit jadi gebu gebas macam kacang soya tu. Putih mulus gitu. Hahahaha... Masker pakai dalam 20 minit atau sehingga kering then cuci dengan air bersih / air tapis / air mineral. Cuci lagi sekali dengan facial cleanser. Kali ni cuci lembut je tak payah pakai brush. Ok dah siap cuci, masa untuk treatment. Sapukan serum dan urut dengan mesin tangan massage. Ini untuk melancarkan perjalanan darah di muka. Apabila pengaliran darah sempurna, kulit akan lebih bermaya. Urut lebih kurang 5 minit. Sapukan eye treatment cream dan urut lagi di bawah mata untuk mengurangkan eye bag. Ok, dah selesai.... Bolehlah tepek moisturiser atau cream siang jika suka. Aku tak pakai pon sebab dok umah je hari ni. Cukup dengan serum.

Btw, uols yang dah mencecah ke 3 series, cepat2lah cari serum. Silalah add on serum dalam rutin penjagaan kulit anda. Tak kisah apa jenama pun janji serum. Sebab serum ni membantu mengembalikan keanjalan kulit dan reduces wrinkle. Aku guna Nutriwhite serum. Senang pakai satu set ni. Lagi pon, kulit aku memang sangat serasi dengan Nutriwhite. Harga pon mampu milik. So rasanya misi pencarian skin care aku berakhir dengan Nutriwhite. Tahan lama dan mampu milik. Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal Nutriwhite ni, bolehlah jenguj blog Cinta Health aku. Kat situ aku ada cerita detail.

Yang penting, apa pun produk yang uols pakai, sila konsisten. Dan rajin-rajinlah buat facial. Tak boleh pergi spa, buat je di rumah. Lebih jimat dan lebih mudah.

Jom jadikan rutin mingguan. Kekalkan kecantikan biar berapapun usia anda... ;-)


with luv,

Thursday, January 10, 2013

Rutin penjagaan muka


Rutin penjagaan muka saya menggunakan Nutox dan Bio Essence with ATP. Maklumlah, bila usia dah semakin meningkat, penjagaan muka kena extra care lah kan. Untuk kelihatan sekurang-kurangnya seusia dengan umur semasa. Hahaha. 

Ok, kita mulakan dengan penjagaan di pagi hari start dari bangun tidur.

Pagi
1) Scrub muka dengan Deep Exfoliating Gel with ATP - Setiap 2 hari sekali.

2) Cuci muka dengan Silky Foaming Cleanser with ATP
3) Segarkan dengan Deep Nourishing Toner with ATP 
4) Bio-Energy Eye Bag Vanishing Serum - Penjagaan mata.

4) Radiant Youth Essence with ATP
5) Bio-cell Repair Rejuvenating Serum with ATP
tapi sekarang saya tukar kepada 

White & Firm Double Action Essence

Tengah hari

1) Wrinkle Away Cleanser - Nutox
2) Skin Refining Astringent
3) Radiant Youth Essence with ATP

4) Moisture Emulsion SPF25PA++


Malam

1) Cuci muka dengan Silky Foaming Cleanser with ATP
2) Segarkan dengan Deep Nourishing Toner with ATP 
3) Face Lifting Cream with ATP

4)Superstar Night Mask - 3x seminggu


Inilah rutin penjagaan muka saya setiap hari. Nampak macam banyak je tapi sebenarnya tak pun. Lelagi kalau dah biasa. Hanya ambik 5 min sahaja untuk complete every session. Kalau mood rajin tengah datang, keraplah pakai Superstar Night Mask, tapi kalau malas setakat cuci dan toner sahaja. Bila kulit dah teruk barulah sibuk ikut semula rutin harian. Haih la... Kadang-kadang konsisten kadang-kadang tak konsisten. Biasanya rutin sebelah malam yang selalu tak konsisten. 

Untuk Nutox set sekarang saya beli trial pack je sebab senang nak bawa everyday ke office. Walaupun hanya trial tapi still boleh tahan lebih sebulan. Mungkin untuk facial wash saya akan kembali kepada Nutox. Suka sangat bau Nutox. fresh.

Dan sekarang saya perasan pigmentation dah mula ada walau tidak ketara. Mujur kulit saya jenis gelap so tidaklah ketara sangat. So, saya tukar Bio-cell Repair Rejuvenating Serum with ATP kepada White & Firm Double Action Essence from Tanaka White range untuk memudarkan pigmentation.



with luv,

Saturday, January 5, 2013

Bio Essence with ATP




ATP range yang saya gunakan. Kenapa saya pilih ATP sebab konon-konon nak shapekan muka jadik 'V'. hahaha. Nak ikut model katanya. Muhahaha.



Apa itu ATP? 
Boleh klik sini untuk detail.

So inilah complete set Bio essence with ATP yang saya gunakan ketika mula-mula saya mencuba Bio Essence product.
Silky Foaming Cleanser with ATP
Deep Exfoliating Gel with ATP
Deep Nourishing Toner with ATP
Radiant Youth Essence with ATP
Bio-cell Repair Rejuvenating Serum with ATP
Face Lifting Cream with ATP



Tambahan Bio Essence produk yang saya gunakan :-

White & Firm Double Action Essence
Bio-Energy Eye Bag Vanishing Serum

Untuk detail mengenai produk-produk ini bolehlah klik ke Bio Essence 
website.


Nota kaki : Baru sekarang publish n3 ni setelah menggunakannya lebih 6 bulan dan berpuas hati dengan hasilnya. Dan ini adalah set ke3 saya beli.



with luv,

Tuesday, December 25, 2012

Nutox vs Bio Essence





Untuk yang bertanyakan saya tentang Nutox skincare, sorry saya tak sempat nak jawap komen anda. Ingatkan nak wat n3 khas tapi selalulah bertangguh-tangguh dan akhirnya terlupa. 

Saya masih lagi menggunakan Nutox skincare sebagai sebahagian proses penjagaan muka saya. Nutox saya gunakan ketika siang selepas solat. Saya masih menggunakan basic set Nutox ( Wrinkle Away Cleanser, Moisture Emulsion SPF 25PA++, Skin Refining Astringent, Advance Serum Cocentrate) sebagai rutin penjagaan harian / tengah hari saya. Boleh refer n3 Nutox saya untuk details.

Supernatural Night Repair dan Advanced Serum Concentrated saya tidak lagi menggunakannya. Saya tak guna Supernatural Night Repair kerana ianya terlalu oily untuk kulit saya manakala Advanced Serum Concentrated pula sebab dah habis. 

So far, saya memang suka dengan Nutox. Baunya yang menyegarkan, harga yang berpatutan dan kesan yang sekata. Cuma semenjak saya berada di opis baru, kulit saya menjadi cepat kering kerana keadaan aircond yang terlalu sejuk di bandingkan opis lama. Maka, inilah permulaan cerita Bio Essence saya.


Saya bertukar kepada Bio Essence with ATP range bukan sebab tidak berpuas hati dengan Nutox tapi sebab terpedaya dan terpengaruh dengan iklan. Haha. Pada asalnya, pergi watson nak beli Advanced Serum Concentrated  yang dah habis, tapi bila SA Watsons tu promote Bio Essence, timbul pulak keinginan nak mencubanya sebab dia bagi try Radiant Youth Essence yang hasilnya lebih baik dari Nutox Serum. Ya, pengaruh SA itu yang menyebabkan saya bertukar kepada Bio Essence.

So, bermulalah rutin saya bersama Bio Essence. Sebab saya tamak inginkan kesan maksima, makanya saya beli complete set Bio Essence with ATP. hahaha. Setelah 3 bulan saya menggunakan Bio Essence with ATP set, saya amat berpuas hati dengan hasilnya. Tapi saya masih juga menggunakan Nutox set saya yang belum habis. Kiranya, saya guna campur dengan Nutox sebab Bio Essence day cream tidak ada SPF. So saya masih mengharapkan Moisture Emulsion SPF 25PA++ dari Nutox untuk membantu saya menghalang kulit dari sinaran UV.

Jujurnya, hasil dari Bio Essence lebih baik dari Nutox untuk kulit saya. Memang tidak sia-sia saya mencubanya. Tapi dari segi kesegaran baunya, saya lebih sukakan Nutox sebab itu saya masih juga menggunakan Nutox dalam rutin penjagaan harian saya walaupun hanya di siang hari. Saya juga masih menggunakan Superstar Night Mask dari Nutox sebab kesannya yang sangat best.









with luv,

Monday, January 9, 2012

kenapa saya suka Nutox?

sumber : Nutox pages.


awesome nya Fazura ni.
Lihatlah kulit wajahnya. Halus tulus. 
Fazura antara salah satu sebab saya gunakan Nutox. 
Impian nak kulit sehalus Fazura. 
*dreamz*


alahai Fazura. 
Cantik dan lawa seh.


Telah terbukti dengan kulit wajahku.


Oh, yg ni saya sangat suka.
Ada kejadian di mana ada seseorang panggil saya adik sedangkan dari raut wajahnya, saya agak umurnya sekitar 20an cam tu. Oh no! Adik? Ahkak lagik tua dari ko dik.... huhu



Penyelamat. Yes penyelamat kepada kulit keringku. 
Terima Kasih Nutox kerana mengembalikan keyakinanku. 
chewah! ayat x leh blah. 






with luv,

Monday, January 2, 2012

kau dan aku ... Nutox ...




Selepas 3 bulan menggunakan Nutox sebagai skincare harian, rasanya sangat sesuai dengan kulit saya yang extra sensitif ni. Sangat suka menggunakan Nutox. Sebab? Sebab Nutox tidak terlalu mahal harganya. Range harga dari RM 15 untuk pencuci muka dan RM 30++ untuk night cream dan moisturizer. Cuma yang sedikit mahal ialah serum dan superstar night mask nya. Mahal pon tidaklah mencecah sehingga RM 100. Dalam lingkungan RM 50 -60 jer. Kalau nak jimat beli kat Watson sebab selalunya ada less 15 - 20%. Guardian pon ada jugak less. Biasanya saya akan buat comparison harga dahulu baru beli dan pilihan saya adalah di Watson sebab boleh kumpul point. Pembelian bijak katanya. haha.



Di sebabkan keserasian antara saya dan Nutox, makanya, saya telah menambah range skincare kepada penjagaan di sebelah malam juga. Sebelum ni, saya hanya menggunakan Nutox untuk menjaga kulit saya di siang hari. Saya dah guna pon hampir seminggu. Dan kesannya? Struktur kulit lebih baik dari sebelumnya. 





Range Nutox oxyfusion yang saya gunakan :-


sumber : Tohtonku.


Penjagaan Asas / Basic Care


Wrinkle Away Cleanser

Skin Refining Astringent

Advanced Serum Concentrated

Penjagaan Siang / Day Care

Moisture Emulsion SPF25PA++


Penjagaan Malam / Night care

Supernatural Night Repair

Superstar Night Mask



Mini Travel Kit
 Ni yang saya paling suka. Memang selalu ada dalam handbag dan senang nak bawa ke mana-mana. 






with luv,