Showing posts with label MyWish. Show all posts
Showing posts with label MyWish. Show all posts

Sunday, August 30, 2015

New Toy... Periuk Noxxa

Finally.... Dapat jugak aku memiliki periuk idaman ramai ni. Lama weh mengidam. Setahun lebih. Memula aku mengidam, citer kat member, sekali member cakap tak payahlah. Bukannya guna sangat pun. Harga dahlah mahal. Sungguh tak membantu betullah kan. So simpanlah hasrat hati.

Apabila gst dikuatkuasakan, makin mahallah periuk ni jadinya. Maka sekali lagi simpan angan-angan.

Tup-tup my friend yang tak membantu dulu tu dok share resepi periuk noxxa ni. Lagi dasyat dari aku ok keinginan dia. Haaaaa... Dulu tak bagi aku beli... Sekarang dia yang extra excited.

Di pendekkan citer, dia whatsapp aku kata dah book dua periuk noxxa dengan cousin dia. Aku satu, dia satu. Hamek kau penangan periuk noxxa kan. Haa gitu... Yang bestnya boleh bayar installment. Apalagi, pucuk di cita ulam mendatanglahkan... Tapi bila difikirkan balik, malaslah nak ambik installment. Bayar je cash. Tak pening kepala nak bayar hutang.

Secara rasminya aku dah dua kali guna periuk noxxa ni. Memula rasa cam ala biasala pressure cooker kan. Of courselah masa memasak dapat di singkatkan. Tapi bila dah guna kali ke dua... Serius best ok periuk ni. Masak berjenis-jenis lauk sekejap je weh. Memang sangat menjimatkan masa. Yang penting sedap. Hahaha.

So dengan ini aku rasa sangatlah berbaloi setiap rumah ada periuk pressure cooker seumpama ini. Boleh kukus pulut sekejap je tau. Dodol pon boleh. Ini memang menarik ok.

Tapi... Ada tapinya yer... Kalau isi rumah uols setakat dua orang, tak berbaloilah nak beli. Kalau nak memudahkan korang memasak dalam kuantiti yang banyak atau sederhana, yes periuk ni sangat membantu. Tapi kalau uols tetap nak beli untuk di gunakan ketika perlu atau menambah gadget, ok je. Sizenya agak besar iaitu 6l.

Ok, sekian review aku tentang periuk noxxa ni. Nanti aku up hasil masakan atau resepi yang aku dah buat guna periuk ni ok.


with luv,

Sunday, August 31, 2014

Di sini lahirnya sebuah cinta..



Salam Kemerdekaan buat semua warga Malaysia...


57 Tahun penuh pancaroba
pelbagai kaum bersatu bersama
demi sebuah kemerdekaan yang di damba

57 tahun telah pun merdeka
berkat perjuangan rakyat Malaysia dahulu kala
Bermandi darah, bergadai nyawa
Demi mendapatkan sebuah negara yang merdeka

57 tahun bebas dari penjajah durjana
Malaysia terus melangkah megah
Ekonomi mula meningkat
Kemajuan terus di capai ....

Malaysia, di sini lahirnya sebuah CINTA.
Malaysia oh Tanah Airku.

by,
msraiza



with luv,

Saturday, August 2, 2014

Salam Aidilfitri 2014



Salam Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.
From Muar with Luv. 


with luv,

Tuesday, August 13, 2013

Salam Aidilfitri



Assalammualaikum w.b.t

Hampir sebulan tak update blog. Sungguh masa yang ada sangat-sangat terhad. Tidak ada langsung masa yang boleh di peruntukkan untuk blog. Aduhai. Begitulah perancangan kita sebagai manusia. Lain yang di rancang, lain yang jadi tetapi sesungguhnya perancangan inilah yang terbaik dari Illahi. Alhamdulillah.

Ramadhan kali ini memang sangat-sangat sibuk. Sibuk yang berkali-kali ganda dari sebelumnya. Perancangan asal tidak mahu menjahit di bulan Ramadhan tidak diizinkan olehNya. Maka, berbaktilah aku dalam arena jahitan. Alhamdulillah, di sebalik kesibukan ini, rezeki yang mencurah-curah Tuhan nak beri untuk di kongsi. Just be +ve je.

Di sebabkan Ramadhan yang sibuk, maka Syawal kali ini memang di sambut dengan sangat sederhana. Baju raya aku pon hanya siap sehari sebelum pulang ke kampung halaman. Itupun hanya sepasang. Ok lah daripada tak ada akan. Yang paling penting untuk adik-adik dan mak abah semua dah selesai. Kasut raya Boy hanya sempat di beli pada minggu-minggu terakhir Ramadhan. Itu pun shopping yang sangat cepat gara-gara langsir di rumah yang belum sempat di jahit. Rasanya aku sempat beli tudung je itu pon di jalan TAR on the way nak balik ke kereta lepas shopping untuk Boy.

Oh, raya kali ni, lebih tertumpu pada Boy sebab adik-adik yang lagi dua orang dah pun berkerja so bajet masing-masing. Ahak. Dan yang paling penting bajet raya kali ni totally hasil titik peluh bersengkang mata menjahit. Fuhhhh.... Alhamdulillah.

Seperti biasa, pagi raya di sambut di Johor sebelum pulang ke KL dan seterusnya ke Sabak Bernam. Rasanya, raya kali ni lebih bermakna walau persiapannya hanya ala kadar sahaja.


Di pagi Aidilfitri

Pak Itam dah ready untuk sesi bermaafan

Pak Long's Family


Santai di pagi Aidilfitri.

My  family

Pak Itam's Family. Tema warna kuning

My family. Tema color orange peach.
Tema yang sama dengan tahun lepas. This year tak tukar baju melayu, jadi tema warna yang sama. Memang kebiasaanya Baju Melayu setiap 2 tahun baru berganti. Itupun adik-adik bising sebab baju melayu bukan selalu pakai pun. Membazir je. Oh adik-adik. Tapi kakak haruslah berganti kan.

My family with Atuk Mak. Satu-satunya atuk yang ada. Alhamdulillah, atuk masih kuat.

Pak Itam's family.

Our Family.

Hanya 3 keluarga yang ada di pagi Aidilfitri.

Gambar persiapan AIdilfitri di Johor tak ada. Tak sempat pon nak berposing-posing. Sibuk masak memasak. Oh, Aidilfitri kali ini, aku kene tonsil. Sungguh terseksa. Bengkak. Sakit tekak sehinggakan nak menelan air liur pon terasa perit. Mujur ada Nutriferon Shaklee. Kuranglah sikit kesakitannya. Kakak aku suruh ke klinik tapi aku tak nak. Silap-silap haribulan kene tahan kat spital. Haruslah tak nak beraya kat sepital kan. Sanggup menahan kesakitan tu. So, syawal kali ini menyaksikan berat badan aku merudum ke angka 45. Fuhhhhhh.... Orang lain, raya badan naik. Aku, raya badan turun. Ahak. 

Yang paling best raya di johor kali ini ialah musim buah. Walaupun tonsil, aku makan jugak durian, manggis & rambutan. Oh, nikmatnya. Sakit belakang kira. Yang penting makan dulu. hehehehe..

Tu dia sebakul manggis untuk santapan tetamu.



Masa untuk pergi beraya.


My big Bro.... Abang. Penyumbang terbesar bajet raya kali ini. Hehehehe

3 dara pingitan.
Pasni tinggal 2 jer la nampaknya.






Kali ni jadual raya berubah. Selalunya di pagi raya menziarah kubur tapi kali ni kita menziarah saudara mara yang masih ada dahulu. Lebih afdhal katanya. So, raya kedua baru menziarah kubur, melawat nenek saudara yang sakit dan tak berapa sihat. Alhamdulillah.



Malam raya pertama seperti biasa majlis BBQ. Tapi aku awal-awal dah membuta. hahhaha.. penat kowt... terjaga pukul 10 pm itupun entah kali keberapa Boy kejut bangun. Muhahaha... Bangun terus mandi dan makan. Pastu sambung tdo lagik. Masa ni rasa destinasi terindah ialah katil. hehe.

Petang Raya ke dua, kami semua pulang ke KL. Masing-masing masih ada destinasi yang ingin di tuju. Family aku pulak, awal pagi Raya ke tiga terus pulang ke Sabak Bernam. Tapi kali ini destinasi pertama yang di tuju ialah rumah kakak abah di Tg. Malim. Seterusnya rumah kakak-kakak abah di Tg. Karang dan Simpang Lima. Raya kali ini, Kak Ima join beraya ke Tg. Karang, Simpang Lima dan Sabak Bernam je sebab turn dia beraya dengan mertua. Sampai Sabak Bernam hari pun dah malam. 

Kali ni raya berpeluang jumpa kawan-kawan lama. Yang paling best jumpa my best friend masa form 3, Mizan Adlia. Last jumpa dia masa form 3 sebelum dia berpindah sekolah. Selepas 17 tahun bertemu kembali. Oh, indahnya perasaan! Terubat kesedihan tak dapat beriftar a.k.a reunion tempoh hari.

Sesi beraya wajib! hehe
Beraya ke rumah my old friend jugak, Rizam. Memang setahun sekali jer la jumpa kan. 
Rizam (xde dlm pic) ni pon best friend masa form 3. Antara kawan lelaki yang paling rapat dengan aku ketika itu. Alhamdulillah, ukhwah masih berpanjangan. Beraya rumah Rizam terjumpa pulak senior masa sekolah dulu, Kak Mas Arni. haha.. kecik je dunia.

Balik ke KL semula raya ke 5. Walaupun cuti aku masih panjang, ada seminggu lagi... terpaksa jugak balik KL sebab adik-adik dah start keje. Terpaksalah kakak beraya di rumah je.. hehhe.. eh tak, raya kali ni ada projek lain.... shhhhhh.... ;-)







with luv,

Thursday, July 11, 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan




Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Bertemu lagi Ramadhan kali ini. 

Dengan lafaz Bismillah, aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam khususnya rakan-rakan terdekat, rakan-rakan sekerja, rakan-rakan 'seperkenalan', readers blog ni, strangers dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Ampun dan maaf ku pohon dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Moga tiada hijab yang menghalang untuk mengejar keberkatan Ramadhan kali ini. 

Jadi, apakah matlamat Ramadhan kali ini? 
Aku punya matlamat tidaklah besar mana. Sekadar ingin mencukupkan solat terawikh dan mengejar lailatul qadar. Untuk mendapatkannya yang aku kira sangat sukar, aku cuba untuk menghadkan aktiviti menjahit yang kebiasaannya mencuri hampir keseluruhan masaku.

Benarlah, apabila kita mengejar akhirat, dunia pasti akan mengejar kita. Alhamdulillah Ya Allah, di saat aku berserah dan pasrah, kau berikan sesuatu yang di luar jangkaanku. Di saat aku menyerahkan segala-galanya padaMu, Kau berikan aku kekuatan jiwa untuk terus bangkit dan bangkit meneruskan perjalanan sebuah kehidupan.

Adakalanya, air mata menjadi peneman paling setia saat tiada ungkapan kata-kata yang terluah. Kau dengar keluhanku Ya Allah. Kau sambut salamku. Kau belaiku dengan kasih sayangMu. Saat aku bersedih dengan perjalanan kehidupanku, Kau berikan aku kekuatan. Aku bersyukur Ya Allah dengan segala nikmat yang Kau berikan kepadaku selama mana aku hidup di muka bumiMu. Aku bersyukur Ya Allah. Alhamdullillah. Aku mula menerima hakikat sebuah kehidupan, bukan semua yang kita mahukan kita akan dapat tetapi apa yang kita ada inilah sebenarnya apa yang kita perlukan mengikut perkiraanMu Ya Allah. 

Ramadhan kali ini juga, aku ingin berbaik sangka dengan semua orang hatta orang yang pernah menyakitiku sekalipun. Insyaallah, akan ku didik hati ini untuk terus berbaik sangka. Mudah-mudahan ketenangan akan terus menjadi milikku. Insyaallah.

Buat kalian yang pernah ku guris hatinya, siapa jua kamu yang terasa hati dengan tutur bicaraku, perbuatanku, dengan rendah dirinya, aku mengambil kesempatan kesucian Ramadhan kali ini memohon ampun dan maaf seikhlas-ikhlasnya dari dalam hatiku sepertimana telah ku maafkan segala-galanya yang pernah mengguris hatiku.

Dan yang paling utama, buat ayahbonda kesayanganku, Ku pohon sepuluh jari mohon ampun dan maaf. Semoga setiap titisan peluh yang mengalir, setiap titisan susu yang ku minum untuk membesarkan aku sebagai anakmu mendapat balasan dari Yang Maha Pencipta. 
Amin Ya Robb.


Nota kaki : Terlupa nak wish Ramadhan di sini sebab asyik meng'update' my online diary blog je .   


with luv,

Friday, May 31, 2013

mood ke laut...



Haha. Ntah kenapalah minggu ni mood menjahit agak ke laut. Balik je kerja tunggu waktu berbuka puasa. Mandi . Buka Puasa . Solat . Lepas tu terus tidur. Sungguh tidak produktif betullah. 

Mungkin sebab bangun awal pagi agaknya so pukul 9.30pm je mata dah mula kena di tongkat dengan batang mancis. Aduhailah. Baju batik uniform ni sempat di jahit tepi je setelah di potong last week lagi. Sesungguhnya En. M telah menyerang!

Dari hari Isnin dah pasang niat nak jahit baju ni tapi kenapalah tak jadi-jadi. Bismillah... Mudah-mudahan malam ni jadiklah ia sehelai baju kurung. Hopefully. Haha.


with luv,

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru




Selamat Hari Guru untuk semua warga pendidik.

*****

Dialah pemberi paling setia 
Tiap akar ilmu miliknya 
Pelita dan lampu segala 
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat 
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat 
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat 
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa 
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta 
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara 
Jika hari ini seorang ulama yang mulia 
Jika hari ini seorang peguam menang bicara 
Jika hari ini seorang penulis terkemuka 
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; 
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa 
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya 
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota 
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu 
Dia adalah guru mewakili seribu buku; 
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa 
Semakin bererti tugasnya kepada negara. 
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku 
Budi yang diapungkan di dulang ilmu 
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat 
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


~ USMAN AWANG ~







with luv,

Happy birthday sayang ...



Last weekend celebrate birthday Arif Syahmi yang ke 2 di A&W Wangsa Walk. Just a small celebration. Jemputan pon tak berapa ramai. 

Boy bersama A&W mascot

Arif & adik bersama mascot. 


Musical chair.

Arif yang konon-konon berani dengan mascot A&W nih.

Cerita kanak-kanak

Apalah yang korang bincangkan ni ye.


Majlis di mulakan pada jam 4 ptg dan berakhir jam 6ptg. Aktiviti permainan hanya bermula pada jam 5 ptg. Majlis bermula dengan sangat tenang pada mulanya sebelum di hiasi dengan jeritan-jeritan Maira. Aduhailah sayang. Mak Ngah ingatkan Maira berani dengan mascot nih tapi jangkaan sangat meleset. Mulalah Maira berkepit dengan Mak Ngah jer. Tapi yang kelakarnya, time chicken dance bukan main lagi Maira menari dalam pada takut dengan mascot tu. 

Happy Birthday Arif Syahmi. 
Semoga menjadi anak yang soleh dan sentiasa berbakti kepada ibu dan bapa yer. 
Jangan nakal-nakal dan ceria selalu. 
Sayang kamu banyak².

Love,
Mak Ngah







with luv,

Wednesday, March 27, 2013

Di keheningan malam....


Jam telah pun meninjukkan jarum pendek berada di angka 2 dan jarum panjang di angka 1. Ini bermakna dengan tepatnya waktu ketika ini ialah 2:05 am. Dan aku masih lagi berjaga. Sekembalinya dari office tadi agak keletihan. Selepas maghrib aku terlelap bersama pakaian kerja yang masih belum bertukar. Entah kenapa hari ini begitu lelah rasanya. Tidur yang lena akhirnya terganggu apabila adikku mengejut untuk dinner. Mata hanya separa terbuka saat itu. Fikiran teringat yang aku masih belum solat Isyak. Jadi harus gagahkan diri untuk bangun. Setelah berkonfrontasi dengan mata yang seolah-olah enggan berkerjasama akhirnya aku bangun apabila jam menginjak ke angka 10. Bangun dan terus mandi untuk segarkan diri. Yer, aku tahu yang tabiat mandi di malam hari tidak baik untuk kesihatan tapi bolehkah malam ini di kira berkecuali? Haha. Selesai mandi terus bersolat. Terasa segar sekali badan ketika mandi tadi apabila air yang sejuk mencecah ke kulit yang tak berapa mulus ku ini. Dan kerana kesegaran inilah aku masih berjaga saat ini.

Apakah yang ingin di lakukan saat mata tidak mahu terpejam. Minda terus merangsang anggota badan yang lain. Lebih baik aku menyulam. Fikiran mula berbicara. Anggota badan yang lain mula menjalankan arahan minda yang telah di rangsang. Maka, benang di pasang, tuala di letakkan di hoop dan proses menyulam pun bermula.

Menyiapkan tempahan sulaman.

Sementara mesin sulam menjalankan tugasnya bolehlah aku menaip di sini. Kebiasaannya apabila mood malas itu menjelma, aku akan menyulam kerana mesin sulam ini akan berkerja dengan sendirinya. Itulah seronoknya ada mesin yang boleh menyulam dengan sendirinya. 

Kesunyian yang terasa saat ini buat minda mula berfikir. Sungguh tenang sekali tanpa ada gangguan. Hanya di temani bunyi mesin yang setia menjalankan tugas. Tahun ini, aku tidak punya perancangan di bidang jahitan. Fokus lebih kepada mengupgrade skill manikku dan memperluaskan jaringan perniagaan di bidang manik. Otak mula memberikan idea yang bernas. Kenapa tidak aku menambah aset yang ada? Maksudku mesin jahit yang boleh memudahkan kerja-kerja jahit yang aku minati ini. Akal mula berkira-kira. Untuk apa menambah bilangan mesin jika hanya akan menjadi gajah putih. Benar juga. Nafsu pula memberikan alasan yang cukup bernas, bukankanlah menambah mesin yang sama fungsinya. Kan aku pernah berangan-angan ingin membeli mesin jahit tepi. Ok, idea yang menarik. Yer mesin jahit tepi. Selama ini pun, kerja-kerja menjahit bajuku seringkali tertunda apabila terpaksa menghantar jahit tepi untuk kain-kain yang telah di potong. hmmm...

Mari kita tanya pakcik google mesin apakah yang sesuai untuk aku. ok, ada 2 mesin yang aku kira bersesuaian dengan aku ketika ini.

Mesin jahit tepi Brother 3034D
RM 1299

Bernina overlock 800DL
RM 2200

Mesin jahit tepi ini sesuai untuk jahit tepi tudung dan baju. Cumanya tidak sesuai untuk jahitan cover stitch. Jika di lihat dari sudut harga nampaknya Brother memenangi carta teratas tetapi jika di lihat dari sudut ketahanan fizikal dan kesenyapan bunyi kelihatannya bernina mengungguli carta teratas. Agh.. Aku memang begini. Akan membuat perbandingan demi perbandingan untuk memiliki barang idaman lebih-lebih lagi jika harganya mencecah ribuan ringgit. 

Maklumlah, orang yang tak berapa nak ada seperti aku ni, harus bijak membuat pertimbangan. Biar menang membeli alah memakai. Di pagi yang hening ini aku membuat keputusan untuk menabung dari bulan ini sebanyak RM 130 sebulan. Jika aku konsisten mengisi tabung mesin jahit tepi, dalam masa 10 bulan bolehlah aku memiliki mesin Brother 3034 D. Ok decision made! Aku harus konsisten untuk sebuah angan-angan. caiyok!

~ 2:55 am ~

Nota kaki : ketika n3 ini habis di karang, sempatlah aku menyulam 7 helai tuala. Not bad. ;-)







with luv,