Wednesday, January 18, 2012

Monday, January 16, 2012

Belajar terima hakikat ...

Belajar terima hakikat ....



"Setiap yang benar,
Betapa ditekan kan tetap menjalar,
Tanpa dibaja kan tetap mekar,
Tanpa udara pun kan tetap segar."

A. Samad Said




with luv,

Saturday, January 14, 2012

Mr. Labuci

Sape tgk Mr. Labuci yang tersiar di TV3?


Nampak tak manik dan labuci memang boleh buat duit. Yang penting ada keinginan dan sabar nak menyiapkan setiap butiran manik tu. Macam saya dulu. Asalnya tak suka tapi bila tengok baju yang dah siap dengan butiran manik tu nampak cantik terus berkobar - kobar nak menjaet manik lagi.


Yang paling saya suka ialah rak manik dalam citer ni. Nampak menarik dan kemas tersusun. Admirer ok. 


Bilalah nak dapat sewing room idaman nih. Boleh masuk dalam wish list tak?..




Antara idea sewing room....
kemas dan tersusun.














with luv,

Intan kedua

Kebutaan yang sesungguhnya adalah butanya hati.

Aku tidak mampu untuk mengetahui masa lalu dan
Aku sekarang tidak mampu untuk mengetahui
Apa yang akan terjadi pada masa mendatang.
Untuk itu, mengapa aku harus
Menyesali masa lalu atau
Merasa cemas dengan masa mendatang?


... Petikan dari buku Jangan Bersedih, Jadilah Wanita yang
Paling Bahagia... Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni.



with luv,

Friday, January 13, 2012

Intan Pertama


Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat dengan
orang-orang yang berbuat baik

Bertawakallah kepada Allah,
lalu tidurlah dengan tenang.

Mudah-mudahan Allah menyembuhkan segala rasa yang menyakitkan.
Sesungguhnya Dia Maha Pemurah kepada Makhluknya.
Dan pasti akan memberikan kurniaNya.


.... Petikan dari buku Jangan Bersedih,
Jadilah wanita yang paling bahagia. .... Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni


With luv,

Hasbi robbi ....








... Ketenanganmu yang aku dambakan saat ini Ya Allah ...




with luv,

Thursday, January 12, 2012

seawal 2012 ....

Assalammualaikum...


Mulakan dengan ucapan selamat buat semua. Oh hati sangat gembira kerana apa yang di ingini telah pun di miliki. Rasa macam tak percaya pun ada juga. Mana tidaknya, 2012 baru sahaja menjengah, saya telah menghadiahkan sesuatu untuk diri sendiri. Yeay!


Nah, inilah hadiah 2012.


Samsung Galaxy Note.


Pada awalnya, saya berhasrat untuk membeli Samsung Galaxy Tab 7.0 + untuk memudahkan saya mengupdate blog, membalas email, membuat liputan secara langsung, mengedit gambar, menangkap gambar dan menyediakan modul pengajaran manik saya. Rasanya G Tab 7.0 + ni dah memadai dengan minimun requirement yang saya perlukan tetapi sudah di namakan nafsu selalu sahaja tewas dengan akal dan fikiran. Argh... kecundang lagi. 

Agak berat untuk membuat keputusan antara Samsung Galaxy Tab 7.0 + dan Samsung Galaxy Note. Kedua-duanya saya suka. Kedua-duanya meet minimum requirement yang saya perlukan. Setelah di tolak, di tambah, di darab dan di bahagi, maka saya mengambil keputusan untuk bersama Samsung Galaxy Note (ayat x bley blah..haha). 

Apakah minimum requirement yang saya perlukan?
  • camera : Tab 7.0 + 3.2 mega pixel; G Note 8 mega pixel.
  • photo editor : same software
  • email : same
  • organizer / calendar : same

Kenapa saya pilih Samsung Galaxy Note ?
  1. Yer, saya tidak menafikan kenapa saya memilih Samsung Galaxy Note adalah kerana cameranya 8 megapixel. 
  2. Super AMOLED capacitive touchscreen, 16M colors yang sangat awesome. Hasil gambar sangat baik. Dan Corning Gorilla Glass sebagai protection juga antara penyebab utama saya pilih Galaxy Note.
  3. S Pen stylus yang akhirnya membuatkan saya memilih Samsung Galaxy Note. Pen ni memudahkan saya untuk membuat lakaran dan pattern design saat idea datang mencurah2.
  4. Business, Social & creative. 


Saya tidak membuat comparison dari segi hardware dan os kerana Note dan Tab adalah 2 benda yang sangat berbeza. Ibarat langit dan bumi. Sebab itu harganya juga berbeza. Yes harganya jauh berbeza dan merupakan Sebab utama saya berkira-kira untuk ambil Tab 7.0 + sahaja. Namun akhirnya saya memilih Note sebagai reward untuk diri sendiri setelah berkerja keras dan sebagai salah satu tanda hasil dari hobi yang hanya suka-suka pada mulanya.

Kerana berpegang kepada kata-kata, "sayangilah diri sendiri sebelum menyayangi orang lain.." Tidak salah rasanya saya memanjakan diri sendirikan. wah, bijak sungguh membuat justification yer. hhahahha...  

Ok jom tengok hasil dari Note.

my BFF, Lurve Emy.
gambar selepas edit menggunakan photo editor yang ada dalam Note.


Ni gambar tanpa sebarang editing. 




Ok, now jom kita tgk apa yang Note ada yang saya suka.



Business . Creative . Sosial






Yess! Saya jatuh cinta dengan Note. Memudahkan banyak perkara. Mudah di bawa ke mana-mana. seperti soalan adik saya saat saya di lema, "takkan nak gi lunch pon nak bawa tab kot...haha". yess agreed. Buat masa ni saya belum subscribe dengan mana-mana telco provider. Hanya menggunakan wifi free. huhu. Macam mana tak guna wifi free. Di office ada wifi, di rumah juga menggunakan wireless dan dunia saya hanya office dan rumah. Buat masa ni masih belum ada keperluan untuk subscribe data plan.  Kita tengok sebulan dua nanti macam mana pulak yer.




nota kaki : oh ini bukan update dari Note sebab saya tak pandai guna Note lagi. Masih explore. huhu.




with luv,

Monday, January 9, 2012

kenapa saya suka Nutox?

sumber : Nutox pages.


awesome nya Fazura ni.
Lihatlah kulit wajahnya. Halus tulus. 
Fazura antara salah satu sebab saya gunakan Nutox. 
Impian nak kulit sehalus Fazura. 
*dreamz*


alahai Fazura. 
Cantik dan lawa seh.


Telah terbukti dengan kulit wajahku.


Oh, yg ni saya sangat suka.
Ada kejadian di mana ada seseorang panggil saya adik sedangkan dari raut wajahnya, saya agak umurnya sekitar 20an cam tu. Oh no! Adik? Ahkak lagik tua dari ko dik.... huhu



Penyelamat. Yes penyelamat kepada kulit keringku. 
Terima Kasih Nutox kerana mengembalikan keyakinanku. 
chewah! ayat x leh blah. 






with luv,

Thursday, January 5, 2012

Hasbi Robbi ...










Ketenanganku hanya milikmu
Kesedihanku, kasih sayang darimu
KeredhaanMu, dambaanku
Kesihatanku, rahmat darimu ...

Ya Allah, Ya Tuhanku,
Kepadamu aku mengadu
Kepadamu aku menyerahkan semua itu
Kepadamu aku sujud dan berteleku

Bimbinglah aku 
Bantulah aku
Untuk terus berada di landasanMu
di samping rahmatmu.

... Amin ... 


ketenangan jiwa adalah hadiah terindah


by,
msraiza





with luv,

Monday, January 2, 2012

kau dan aku ... Nutox ...




Selepas 3 bulan menggunakan Nutox sebagai skincare harian, rasanya sangat sesuai dengan kulit saya yang extra sensitif ni. Sangat suka menggunakan Nutox. Sebab? Sebab Nutox tidak terlalu mahal harganya. Range harga dari RM 15 untuk pencuci muka dan RM 30++ untuk night cream dan moisturizer. Cuma yang sedikit mahal ialah serum dan superstar night mask nya. Mahal pon tidaklah mencecah sehingga RM 100. Dalam lingkungan RM 50 -60 jer. Kalau nak jimat beli kat Watson sebab selalunya ada less 15 - 20%. Guardian pon ada jugak less. Biasanya saya akan buat comparison harga dahulu baru beli dan pilihan saya adalah di Watson sebab boleh kumpul point. Pembelian bijak katanya. haha.



Di sebabkan keserasian antara saya dan Nutox, makanya, saya telah menambah range skincare kepada penjagaan di sebelah malam juga. Sebelum ni, saya hanya menggunakan Nutox untuk menjaga kulit saya di siang hari. Saya dah guna pon hampir seminggu. Dan kesannya? Struktur kulit lebih baik dari sebelumnya. 





Range Nutox oxyfusion yang saya gunakan :-


sumber : Tohtonku.


Penjagaan Asas / Basic Care


Wrinkle Away Cleanser

Skin Refining Astringent

Advanced Serum Concentrated

Penjagaan Siang / Day Care

Moisture Emulsion SPF25PA++


Penjagaan Malam / Night care

Supernatural Night Repair

Superstar Night Mask



Mini Travel Kit
 Ni yang saya paling suka. Memang selalu ada dalam handbag dan senang nak bawa ke mana-mana. 






with luv,

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru



WELCOME 2012  ++



Ya Allah, bukakanlah tirai tahun baru ini dengan rezeki yang melimpah ruah seperti air hujan yang turun mencurah-curah tanpa hentinya. Berkatilah rezeki kami dan janganlah kami digolongkan di kalangan orang-orang yang rugi dan yang merugikan diri sendiri, orang-orang yang takbur dan bangga diri serta orang-orang yang penuh rasa cemburu dan iri hati. Amiiiinnn...




Bertemu kita kembali di Tahun baru 2012. Alhamdulillah, masih di panjangkan usia dan di kurniakan kesihatan yang baik. Sungguh singkat masa berlalu, apakah achievement untuk tahun 2011? Sudah cukup baikkah? atau masih ada impian yang belum di capai?

Bagi saya, kebanyakan matlamat sepanjang 2011 telah di capai seperti yang di rancang. Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Illahi akan rezeki yang telah dikurniakan. 

Banyak lagi matlamat yang perlu di capai bagi tahun 2012. Terutamanya untuk menjadikan hobi menjahit dan mengajar sebagai sumber pendapatan utama. dan lebih bersedia untuk work-from-home. 

Semoga 2012 bakal menyaksikan kejayaan demi kejayaan dan tercapainya impian demi impian. Insyaallah. 






GOOD BYE 2011 ++


Matlamat 2012


credit to Yupedia.

Work-at-home
Mudah-mudahan dapat di realisasikan mengikut perancangan saya.







with luv,