Showing posts with label MyKnowledge. Show all posts
Showing posts with label MyKnowledge. Show all posts

Sunday, December 23, 2012

{Bahagia Membahagiakan} Tip 2



Kadang-kadang kita terlupa apa yang ada di dalam diri kita akan terzahir persepsi luaran kita. Secara dasarnya, jika baik yang ada di dalam diri kita, maka baiklah juga yang akan keluar dari diri kita. Faktor kekuatan dalaman sangat penting kerana ianya akan mempengaruhi sikap luaran kita. Jika kita memberikan senyuman kepada orang, maka kita akan terima senyuman juga begitulah sebaliknya.

Jika kita mahukan perkara yang baik datang kepada kita, kita haruslah memberi yang baik-baik. Apa yang kita beri itulah yang kita dapat sebenarnya. Jadi, kenapa perlu mengubah orang lain untuk mengikut kehendak kita sedangkan kita sendiri tidak berubah seperti yang kita kehendaki?

Seringkali terjadi kita menyalahkan orang lain atau mencari salah orang lain untuk menutupi salah kita sendiri. Tiada salahnya muhasabah dan menerima kesilapan kerana dengan kesilapan demi kesilapan inilah yang menjadi guru paling berharga dalam kehidupan. Orang yang menerima kesilapan mereka, mempelajari dari kesilapan itulah orang yang akan berjaya. Kerana kesilapan adalah permulaan kepada satu kejayaan.

Kebanyakan manusia yang tidak berjaya di dalan kehidupan ialah manusia yang suka menyalahkan diri sendiri, merungut dan berfikiran negatif. Untuk bahagia, perlulah membetulkan paradigma dan imej diri.


Jom transformasi diri untuk lebih bahagia...



with luv,

Thursday, December 6, 2012

{Bahagia Membahagiakan} Tip 1


Memberi kemaafan adalah kunci kebahagiaan 
dan ketenangan dalam hidup 
~ Prof Muhaya

Untuk mendapatkan kebahagiaan perkara yang paling utama ialah memaafkan. Ini adalah seperti apa yang Prof. Muhaya katakan di dalam seminar Bahagia Membahagiakan. Tetapi sejauh mana boleh memaafkan? Seringkali apabila sesuatu perkara yang mengguris perasaan itu berlaku, agak sukar untuk kita memaafkan. Saya sendiri mengambil masa yang sangat lama untuk memaafkan seseorang yang pernah mengguris hati. Bukan tidak mahu memaafkan tapi belum ada kekuatan untuk memaafkan ketika itu.

Berapa lama jangka masa kemaafan itu dapat diperolehi adalah bergantung sejauh mana kesungguhan seseorang untuk memohon kemaafan. Tetapi secara saintifiknya, apabila aura negative berada di dalam badan, kuasa badan menjadi lemah. Sebab itu apabila kita marah, bersedih kita akan lemah. Emosi akan mempengaruhi bahan yang dikeluarkan oleh tubuh badan.

Contoh yang paling mudah, kalau seorang anak yang demam di jaga oleh ibunya dengan kasih sayang akan cepat sembuh berbanding seorang anak yang demam di tinggalkan dengan pengasuh. Emosi tidak akan sama.

Jadi, sesukar dan sepayah mana pun kemaafan di beri, berusahalah untuk memaafkannya. Kerana, setelah kemaafan itu diberi, kita tidak akan lagi memikirkannya. Minda dan emosi akan lebih tenang seperti ungkapan, "it's none my bussiness anymore".... bunyinya agak kasar tapi hakikatnya memang begitu. Kenapa nak memikirkan sesuatu yang tidak harus difikirkan?



with luv,

Monday, August 13, 2012

{Santapan Jiwa} Ketika jiwa merasa sesal


Ketika jiwa merasa sesal dan kecewa
mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan
ketika harapan dirasakan tiada lagi.....





with luv,

Saturday, March 3, 2012

Wednesday, February 29, 2012

Saturday, February 25, 2012

Friday, February 24, 2012

Tuesday, February 21, 2012

Makna Bacaan Dalam Solat







sumber : Kisah Wanita


Makna Bacaan Dalam Solat
=================

Allah Maha Besar

✿Doa Iftitah✿
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

✿Al-Fatihah✿
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

✿Bacaan ketika rukuk✿
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

✿Bacaan ketika bangun dari rukuk✿
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

✿Bacaan ketika iktidal✿
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

✿Bacaan ketika sujud✿
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

✿Bacaan ketika duduk di antara dua sujud✿
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

✿Bacaan ketika Tahiyat Awal✿
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

✿Bacaan ketika Tahiyat Akhir✿
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

✿Doa Qunut✿
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.







with luv,

Tuesday, November 3, 2009

Cemburu --> Iri hati --> Dengki

ai tak faham mengenai kenapa manusia suka dengki2 ngan org lain..dengki yg positive takpe gak, ni dengki yg menyusahkan hidup org lain....


1. Secara mudah dengki bermaksud perasaan tidak senang, gelisah dan keluh kesah melihat kelebihan yang dimiliki orang lain dengan berharap agar nikmat tersebut hilang daripada orang tersebut.

2. Hasad dengki bermaksud dengki dengki. Sebabnya dalam bahasa Arab, perkataan hasad itu memang membawa maksud dengki. Gabungan yang molek sepatutnya hasad dendam (dengki dan dendam). Jadi gabungan kata hasad dengki itu sekadar penyedap sebutan - sama juga dengan beberapa sebutan yang biasa kita atau orang lain ucapkan seperti; try test, pintu gate, mesin atm, kotak box, ic card.

3. Justeru di sini dari segi bahasa, dengki merujuk kepada sifat-sifat keji yang patut dihindari dan tiada dengki positif sebenarnya. Mungkin apa yang dimaksud itu ialah cemburu. Sebab itulah ada ungkapan cemburu buta dan cemburu tanda sayang. Tidak ada ungkapan dengki buta atau dengki tanda sayang.

4. Sebaliknya ungkapan yang biasa didengar tentang dengki ialah PHD atau Perasaan Hasad Dengki atau Perasaan Dengki Dengki.

5. Tapi bunga dengki ini sebenarnya berputik daripada perasaan cemburu, yang tidak dikawal, dibiar melarat sehingga bernanah, pecah dan membusuk serta membahayakan diri sendiri. Faham tak ni?

6. Contoh mudah, jiran membeli Gen2 CPS. Kita cemburu kerana hanya mampu memiliki kereta haiwan bijak, Kancil. Kita cemburu gila tetapi kemudian menjadi insaf kerana itu adalah rezeki Tuhan yang diberikan kepada jiran tersebut dan kita redha dengannya (ini positif). Ia bertukar negatif apabila perasaan itu diterjemahkan dalam bentuk tindakan seperti mencalarkan kereta jiran, memancitkan tayar keretanya atau membunuh jiran tersebut kerana lebih bernasib baik berbanding kita.

7. Di antara cemburu dan dengki ini ada satu lagi perkataan ditengahnya, iri hati. Jadi ia membentuk struktur diagram sebab-akibat. Cemburu --> Iri hati --> Dengki.

8. Merujuk kepada diagram sebab-akibat di atas, manusia sememangnya tidak dapat lari daripada perasaan cemburu. Cuma takwa dan iman yang mampu mengekang level cemburu yang bersarang dalam hati kita.



sumber : kelambu.blogspot.com


with luv,

Pengertian Surah berkisar tentang PHD (Perasaan Hasad Dengki)

Surah Al-Falaq

-surah pelindungan- kata Sayid Qutb “marilah masuk perlindungan dan naunganKU. AKU tahu kau lemah dan perlukan pertolonganKU.”

-Perlindungan : bahasa arab : muawaizah

-Falaq : bahasa : sesuatu yang keluar seperti pokok,anak - belahan

: istilah : menyinsingkan waktu pagi, nak masuk subuh.

Kenapa subuh?

Sebab ketika itu waktu paling awal untuk minta pertolongan kepada ALLAH, buka-buka mata sahaja kita menghadap Allah iaitu solat subuh.

Waktu subuh juga adalah manusia paling lemah.

-Tema

Ø Mohon perlindungan kepada ALLAH daripada ancaman luar

· Mahkluk yang diciptakn

· Malam apabila telah gelap

· Ahli sihir yang meniup pada talinya

· Orang yang dengki apabila dia dengki

Ø Sama ada ancaman luar atau dalam, kita hendaklah minta pertolongan ALLAH


Ayat 4

· Orang yang dengki apabila dia dengki

Maksud dengki?

Jenis dengki

§ Dengki

–orang yang berhasad dengki

–Dengki baik-dengki membangun

–Dengki jahat –dengki menjahanamkan

§ Nikmat orang yang didengki hilang

-contoh : kalau kita dapat makan aiskrim tapi ada orang cemburu dengan keseronokan kita mendapat aiskrim. Maka kita rasa xnikmat lagi dengan aiskrim itu.

§ Nikmat didengki hilang dan dapat pada pendengki

-contoh : sambungan cerita di atas, kalau aiskrim itu diambil oleh si pedengki, maka budak aiskrim itu xdpt nikmat aiskrim lagi dan si pendengki beitu nikmat dapt aiskrim yang diambilnya.

§ Kalau pendengki tidak dapat, maka orang didengki pun tidak dapat

-contoh : sambungan cerita di atas, budak aiskrim itu x bagi aiskrim kepada budak yang cemburu itu, lalu mereka bergaduh. ketika itu aiskrim masih lagi di tangan budak aiskrim.

· Seorang lelaki apabila diberi Alquran dan melaksanakan ajaran dalam Alquran siang dan malam yang menginfakkankan hartanya siang dan malam adalah dengki yang dibenarkan.



with luv,