Showing posts with label MySweetHeart. Show all posts
Showing posts with label MySweetHeart. Show all posts

Wednesday, August 3, 2016

Selamat datang, Sayang.


Alhamdulillah..

Dapat anak buah baru. Baru 3 hari usianya. 
Baby Muhammad. 
Nama yang cukup ringkas tapi selalu di sebut. Mudah-mudahan, baby Muhammad menjadi anak yang soleh, yang menyejukkan hati ayah dan ibu.

Dah lama tak de baby dalam rumah, Mak Ngah Jadi excited. Tak sabar nak jumpa Muhammad lagi.... Kalau lah Muhammad duduk dekat rumah Mak Ngah, hari-hari Mak Ngah gomol. Geram je tengok dia. Sangat behave. Bila kakak Maira sentuh kepala Muhammad terkuat sikit, Muhammad nanges kuat-kuat. Mak Ngah tepuk-tepuk and peluk terus Muhammad diam. Good Boy la!

Tetiba dah rindu dengan Muhammad... 



With luv,

Saturday, June 18, 2016

Salam 13 Ramadhan


Salam 13 Ramadhan.
Harap-harapnya masih belum terlambat ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah.

Alhamdulillah berkesempatan kita bertemu kembali dengan Ramadhan tahun ini. 1 Ramadhan yang jatuh ketika cuti sekolah memberi kesempatan untuk adik-adik yang duduk di asrama berbuka bersama keluarga tercinta. 
Ramadhan Kali ini mengizinkan Boy untuk berpuasa bersama kami. Bukan setakat Boy, Maira dan Arif juga berpeluang berpuasa dengan kami. Agak kecohlah jugak. Maklumlah tahun pertama mendidik Maira dan Arif untuk berpuasa dan bersahur. Sebagai penggalak untuk Arif dan Maira berpuasa, my Mak a.k.a Atuk Mak memberikan ganjaran atau hadiah iaitu setiap hari mereka berpuasa akan diberikan RM 1 untuk di simpan di dalam tabung mereka. Punyalah happy mereka. Setiap Kali selepas terawikh, mereka akan tuntut hadiah dari Atuk Mak. 

Alhamdulillah, Ramadhan Kali ini juga kami berpeluang untuk berterawikh di masjid. Walaupun sibuk dengan tempahan karipap yang semakin banyak, masih sempat mencuri kesempatan untuk berterawikh. 

Sepanjang berterawikh, Arif akan ikut Paksu a.k.a Boy manakala Maira ikut aku. Hari pertama, Maira berjaya menghabiskan solat Isyak dan beberapa rakaat solat terawikh. Aku tidaklah mengharapkan Maira solat terawikh penuh 8 rakaat. Cukup sekadar dia mencuba untuk bersolat terawikh. Di usia 6 dan 5 tahun, setiap bacaan solat telah di hafal oleh Maira dan Arif ialah sesuatu yang agak memberangsangkan. 
Alhamdulillah.

Ingin mendidik seorang anak kecil bukan lah sesuatu yang mudah. Adakalanya hati kecil kita yang dewasa ini mudah cair dan mudah lemah dengan rengekan mereka. Tetapi aku percaya, melentur buluh adalah dari rebungnya. 
Di usia kanak-kanak inilah mereka paling mudah menerima ilmu dan mereka adalah observant yang paling cepat. Ibarat sponge yang di siramkan air ke atasnya dan akan meresap jauh ke dalam.


Tarbiyah dari anak kecil.

Di masjid, sementara menanti azan Isyak, ketika satu tabung masjid di edarkan di kalangan jemaah, tiba-tiba Maira meminta kebenaran untuk memasukkan duit ganjaran berpuasa yang diterimanya hari ini ke dalam tabung tersebut. 

"Mak Ngah, boleh Maira masukkan duit yang Atuk bagi tadi dalam tabung tu? Maira nak sedekah. Lepas tu Maira nak doa supaya Atuk sihat. Kaki Atuk tak sakit dah..."

Allahuakbar.

Aku tak pernah ajar Maira begitu. Tidak pernah. Apa yang aku selalu beritahu padanya, rajinlah bersedekah kerana dapat banyak pahala selain dapat membantu orang yang memerlukan. Usai bersedekah, berdoalah untuk kita terus dimurahkan rezeki. Cuma seingat aku Maira pernah bertanya, boleh ke berdoa apa sahaja. Yer, boleh doa apa sahaja yang Maira inginkan.

Terharu. Perasaan aku ketika itu. Sungguh terharu dengan doa yang dipinta oleh anak kecil ini. Bukan untuk dirinya tetapi untuk insan-insan kesayangan nya. Malah sanggup memberikan ganjaran yang diterimanya semata-mata ingin mendoakan kesihatan Atuk. Benar, ilmu kehidupan dan tarbiyah yang ingin Allah berikan bukan sekadar di sekolah malah boleh diperolehi di mana-mana. Hatta dari anak kecil juga boleh kita pelajari sesuatu.
Saat dan ketika hati aku sendiri berbolak-balik ingin bersedekah, lantas Allah turunkan peringatan kepada aku melalui anak kecil ini. Sedekah tidak akan membuatkan kita jatuh miskin. Malahan bersedekah di bulan Ramadhan lebih besar ganjarannya.

Maira dah ready nak solat di masjid Jem Wardieburn.

Arif Syahmi sedang menanti Atuk Pak Su bersiap. Cepatla, Arif tak sabar dah ni. 😃

Kakak Maira dan Arif Syahmi. Kakak pakai Baju Mak Ngah. Bajunya Jadi jubah, kainnya aku alter jadikan seluar tight panjang. Sekarang Kakak dengan Mak Ngah dah sama size 😂😂
Arif Syahmi walaupun hatinya keras, jiwanya lembut. Pernah sekali ketika aku ajak mereka solat, Arif Syahmi baca bacaan solat dalam keadaan sebak dan Syahdu. Ingatkan kenapalah Arif ni, rupanya dia sedih sebab mummy tak bawakan songkok untuk dia bersolat. Alahai anak. Nak tergelak pun ada juga. Tapi bagi menghormati perasaan anak kecil ini, Mak Ngah pun pujuklah. Atuk siap belikan  Arif kopiah baru. 😂😂

Arif Syahmi dengan Paksu. Jubah yang Arif pakai ni, Atuk Mak belikan ketika di Mekah tempoh hari. Just nice dengan size nya. Jubah Pak Su pun beli di Mekah guna duit Pak Su sendiri.

Atuk sakit lutut Jadi terpaksa bawak kerusi. Arif sedang lead. Memang kebiasaannya Arif yang akan berada di barisan depan setiap Kali nak ke Masjid.

Kesayangan Mak Ngah.
Maira kata, " Ambillah gambar Maira, lepas tu hanta dekat Whatsapp. Mesti mummy suka". 
Oh anak, pemikiran dah macam orang dewasa. Please sayang jangan cepat sangat membesar... Tak puas nak bermanja... ahak.

Seminggu anak-anak ini berada di rumah Mak Ngah, pelbagai ragamnya. Dah start sekolah, tinggallah Mak Ngah dengan  Atuk je berbuka puasa di rumah. Paksu pon dah balik hostel.





with luv,

Wednesday, June 5, 2013

rinduuuuu....



Windunyaaaa kat bebudak ni. Maira dan Arif. 
Wahai cayangs Mak Ngah bila nak datang ni?
Rindu sama kamulah...





with luv,

Friday, March 8, 2013

budak chomel in d house.....

Ini budak-budak chomel...Maira, Arif dan Husna. 

Kelmarin birthday Maira yang ke 3. Dah besar dah anak dara nih. Sempena birthday yang ke 3 ni, Maira request kat Mummy nak pegi mengaji. So now Maira dah start mengaji kat rumah Ustaz. 

Suka betul dia mengaji. Di usia begini kadar serapan benda-benda baru yang dipelajari sangatlah tinggi. Sekali Ustaz ajar, dah boleh ingat tapi Maira mengaji ikut mood. Kalau mood ok, naklah dia ulang 2-3 kali. Ada masa sekali je baca dah tak nak ulang dah. Haha..

My princess, Little Damia.

Husna, pengikut tegar Maira. Husna lagi keras hati dari Maira. Haha. Satu perkara yang sama Husna ngan Maira ialah banyak cakap. Ntah apa tak berbutir pun bunyinya. Intonasi jer yang dengar. Husna agak lambat skit berjalan dan bercakap. Setahun lebih baru nak berjalan jatuh. Tapi Husnalah penghibur ketika Maira ngan Arif tak ada.

Maira dan Arif.
Arif sangat manja dan nakal. Maklumlah lelaki. Arif lebih manja dari Maira dan Arif sangat bijak mengambil hati. Ayat yang paling di gemari Arif bila dapat sesuatu ialah " sayang Mak Ngah"... hahhaa.. u make me cair lah Arif. Nak marah dengan kenakalan dia pon tak jadi bila dah kena peluk and cium. Di sebabkan Maira sangat attach ngan Mak Ngah, so Arif terpaksalah bersaing untuk dapatkan perhatian Mak Ngah.

3 budak chomel yang buat hati tak keruan... 


Arif, Husna & Maira



Peace Yo!




with luv,

Friday, December 21, 2012

maira dengan rambut pendek


budak chomel yang sporting



Sama tak? Sebenarnya tak sama panjang sebab Maira asyik pusing kepala jer.


Last Sunday, bawak Maira pergi salon gunting rambut. Ini adalah pengalaman pertama Maira menggunting rambut semenjak majlis cukur jambul ketika Maira berusia 2 bulan. Maksudnya dah 2 tahun simpan rambut Maira. Dah sampai paras pinggang pon.

Dah namanya pun kanak-kanak yang sangat curious nak tahu, agak payahlah nak gunting rambutnya. Asyik terpusing kiri dan kanan je. Yang tak tahan tu, Maira nak syampoo rambut sekali la. Hahaha... Dah anak dara Maira ni rupanya. Hehe.




With luv,

Saturday, December 1, 2012

rindu kamu sayang!



cinta hati Mak Ngah. Tido pon nak peluk... cayang Mayya Damiya!

Mairanur Damia
cucu sulung Atuk Mak & Atuk Abah
sangat comel dan gebu
segebu mummy & papa

Mairanur Damia
Mayya nama samaran
dah pandai merajuk
dah pandai bersolek
dah pandai melawa
dah pandai pilih baju nak di pakai
sangat cermat dan bijak

Mairanur Damia
dikenali juga Mayya Dhomia
oleh empunya diri
walau beribu kali
ajar sebutan yg betul
masih kekal Mayya Dhomia

Rindunya sama kamu
Mairanur Damia

Kalau Mak Ngah balik kerja marah2
Mayya pandai pujuk
"Mayya sayang Mak Ngah"
sambil merangkul leher
cukup buat Mak Ngah tersenyum
Hilang segala kemarahan yang ada
Lupus segala tekanan yang terbeban
oh anak kecil ini sangat jujur
sayang kamu wahai sekecil yang bijak!





ith luv,

Saturday, September 22, 2012

My Sunshine ...

Happy dapat jumpa Arif dan Maira. Hilang segala tekanan yang ada dok layan diorang main. Arif Syahmi pun bukan main lagi tunjuk skill naik basikal.


Arif and Maira.


Macholah Arif. Ni baru gentleman kan.

Kakak tak pandai kayuh so kakak tak nak bawak beskal. Nak dok kat blakang jer. 


Maira sibuk nak main layang-layang.

Pak cik gigih datang dari Puchong.

Asyiknya kamu.

Tak pandang pon kamera. Berkali² Mak Ngah panggil pon wat tatau jek.

Arif Syahmi

Ni lah tempat main layang² kat umah area Maira.



Nampak tak kesungguhan Maira nak main lelayang tu?

Yeay! Lelayang dah naik.

Ops! Lelayang dah nak jatuh sebab tak de angin dah.

Steady Maira!

Hai cayang Arif.

Time ni Mak Ngah panggil Arif dok tepi pagar.

Hai, kesianlah anak Mak Ngah nih. Keletihan lepas seharian bermain.
Duduk pon boleh tdo.




with luv,

Tuesday, May 15, 2012

~ Gundah ~

Salam,

Bila ianya melibatkan cinta hati saya,
Mulalah kegundahan itu datang...



Cerita tentang cinta hati saya yang mengganggu perasaan.
Kadang² rasa sedih, kadang rasa sayu
bila ianya melibatkan cinta hati saya, 'Mayya' ..

My little sweetheart selalu buat hati saya sayu dan sedih. Tak suka betul perasaan ni. Sedih dan rindu bersatu boleh mengundang titisan hujan di pagi hari.



Mayya pertama sekali berpisah dengan kami dan tinggal dengan baby sitter buat hati ini meraung. Sehebat raungan Mayya untuk tidak tinggal bersama baby sitter yang pertama. 3 Hari yang penuh dramatik dengan raungan histeria Mayya betul² mengundang kesedihan. Mayya seolah terasing di rumah itu. Mula bersikap over protective terhadap adiknya. Mungkin kerana perasaan terasing itu. End up, terpaksa cari baby sitter lain. Tak sanggup rasanya melihat kesedihan anak kecil ini. Bagaimanakah manusia yang buang dan bunuh anak sendiri itu? Tidak punya perasaankah?



Dengan babysitter kedua, kelihatan Mayya agak serasi. Mama dan abah panggilan yang digunakan. Mungkin sebab Mayya agak peramah orangnya maka Mayya mudah mesra. Bukan sahaja dengan abah dan mama tapi  dengan nenek juga. Mayya pandai membawa diri dan mudah di uruskan menurut kata mama. Lega rasa hati bila Mayya agak serasi dengan mama. Panas hingga ke petang yang diharapkan rupanya hujan di tengah hari yang di beri. Setelah masuk 2 bulan di bawah jagaan mama, mama tak sanggup nak jaga Mayya lagi. Bukan sebab Mayya itu nakal atau sukar untuk di jaga tapi sebab kesian dengan Mayya yang sering di buli oleh anak jagaan mama yang lain. Luluh rasa hati bila mama kata Mayya selalu kena pukul dengan Safiah. Safiah selalu buli Mayya. Bila mama suruh Safiah ambil barang, Safiah suruh Mayya yang ambil. Bila Mayya tengok tv, Safiah tutup tv tak bagi Mayya tengok. Kalau Mayya tengah main, Safiah rampas permainan Mayya. Mungkin sebab Mayya mudah mesra dan membuatkan orang² di sekelilingnya sayang padanya membuatkan Safiah dengki. Mungkin. So kehadiran Mayya di sisi mama agak tidak di senangi oleh Safiah. Bila mama marah Safiah sebab pukul Mayya, Safiah tak pukul lagi. Tapi bila Mayya tidak dalam pandangan mata Mama, Mayya tetap menjadi mangsa Safiah. So utk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku, mama mintak Mayya di jaga oleh babysitter yang lain. 



Mayya tak pernah mengadu kepada mummy. So mummy tak tahu pun kalau mama tak bgtau. Bila mummy tanya Mayya, baru Mayya cakap. Kakak safiah pukul Mayya. Kakak safiah pukul arif. Aduhai, kesian Mayya. Mendengar cerita inipun dah meluluhkan hati... 



Kasihan Mayya. Bertabahlah sayang. Mungkin ada hikmah semua ini. Nanti kita cari babysitter lain ok. Mayya jangan nakal² yer. Sayang Mayya banyak².... mmmmmuuuuuaaahhhhh... miss u like crazy dear.









with luv,