Showing posts with label myWords. Show all posts
Showing posts with label myWords. Show all posts

Monday, July 23, 2018

Entah kenapa ...



Entah kenapa...
Hari ni terasa berat sangat di dalam hati. Antara sebuah perjalanan kehidupan dan jalan yang perlu dipilih untuk tiba ke sebuah destinasi. Keduanya punya arah yang sama walau berbeza destinasi.

Entah kenapa...
Hati perlu kuat untuk mereka yang bergantung harap di pohon ini. Perlu kukuh untuk terus berdiri agar mereka boleh terus berteduhan di bawahnya.

Entah kenapa...
Hati ini terasa sukar untuk membuat keputusan. Buntu dan kaku. Cabaran yang menjelma buat hati terpinga-pinga. Apakah keputusan yang perlu di buat. Mampukah? Bolehkah? Benarkah? Bercampur baur menjadi satu rasa yang sukar untuk dibaca.

Entah kenapa...
Dalam keresahan, minda mengarahkan untuk terus berfikir dan berfikir. Keputusan harus di ambil. Hari ini, esok atau lusa. Apakah kesudahan yang di harapkan untuk menjelma?

Buntu.


with luv,

Saturday, January 6, 2018

A sad day


Hari yang sedih. 
Jangan tanya kenapa
Kerna aku tidak mahu bercerita
Sekadar mahu melepaskan beban di dada. 

Hari yang sedih. 
Bila mereka tidak cuba rasa
Apa yang aku rasa
Oh,  aku terlupa
Aku bukan siapa-siapa 
Untuk mereka rasa sama

Hari yang sedih. 
Bila dia yang utama
Sehingga mereka lupa
Pada tanggungjawab adanya
Hanya kerana dia

Hari yang sedih. 
Bila aku terpaksa rela
Dengan jalan cerita mereka
Tanpa mereka cuba baca
Aku punya cerita

Hari yang sedih 
Bila aku hanya aku
Sendiri dan satu
Menyusuri jalan itu
Dalam kegelapan tanpa lampu

Hari yang sedih
Tidak datang selalu
Untuk menguji aku
Kerana aku tahu
Sedih itu ubat untuk hati batu
Yang bernama aku. 

by, 
msraiza
5.32 am. 



with luv,

Thursday, January 4, 2018

Happy new year!


2018 dah pon tiba.
Macam biasa, kena pasang azam lah kan.  
Walaupun azam 2017 ada yang tak tercapai,  tetap kena set new goal for 2018.

Azam tahun ni lebih kepada jaga kesihatan. Sejak kena denggi hari tu,  aku memang realise yang sihat itu kekayaan paling nikmat sekali. Cuba  bayangkan kita banyak duit dan kaya raya tapi sakit dan terlantar atas katil. Apalah gunanya ada duit banyak pon kalau sakit. Betul,  dengan duit itu boleh bayar bil hospital tapi kalau kita jaga kesihatan,  Inshaallah boleh elakkan penyakit. Tapi kalau dah jaga kesihatan tetap sakit juga itu namanya ujian. 

So,  apa azam korang? 




with luv,

Saturday, December 30, 2017

Artis pujaan Si cantik Fazura

Filem Pisau Cukur

Si cantik manis Nur Fazura tak perlu diperkenalkan lagi di dalam dunia seni. Artis wanita yang paling aku minat.  First time tengok filem pisau cukur terus aku suka dia.  Cantik.  Manis dan pandai berlakon.  Honestly sejak dari filem tu aku suka dan follow Fazura.  Ups and down. Jatuh bangun dia sebagai anak seni aku followlah jugak. 

Baca review aku pasal nutox.  Yes,  sebab utama aku cuba Nutox ialah Fazura. Pengaruh iklan dan artis sangat kan. Seriously tengok kulit muka Fazura membuatkan aku nak cuba Nutox. Dan akhirnya memang aku pakai Nutox. Sudah bertahun-tahun Fazura jadi duta Nutox,  rasanya Fazura pakai ke tak produk ni ye. Mestilah pakai kan,  kalau tidak masakan begini lama dia boleh jadi duta. 

Yes, di akui fasa menjadi artis,  ada jatuh bangunnya. Fazura juga tidak terlepas dari gossip dan dunia percintaan.  Sisi gelap seorang gadis. Yes,  aku follow kisahnya. Walaupun ada yang aku tidak berapa setuju tetapi itulah kehidupan. Jatuh bangun,  kesilapan demi kesilapan,  kegagalan demi kegagalan perlu di tempuhi sebelum mengecapi puncak kejayaan dan kebahagiaan. 

Gossip percintaan dengan vvip. Dengan pelakon yang tidak mengaku mempunyai hubungan cinta dengan beliau dan banyak lagi. Adatlah dunia kehidupan. Ada perkara yang boleh diwar-war kan dan ada juga yang cuba di rahsiakan demi satu kepentingan. 

Kisah 'kimK' yang berlegar di Instagram semua itu aku follow. So boleh nampak kematangan di sepanjang perjalanan karier seorang yang bernama Fazura. Dari seorang gadis yang agak melompat apabila di tegur hinggalah menjadi seodang wanita matang yang bijak mengendalikan sebarang gossip. Yes,  Fazura semakin matang. 

Ciri-ciri serang wanita tegas yang workaholic sangat terserlah. Yang penting,  Fazura tak kacau orang. Dia berada di dalam dunianya dan kelasnya yang tersendiri. Semakin ramai yang kecam dan dengki dengannya,  semakin jauh dia melebarkan sayapnya. Semakin tinggi terbangnya. I salute u girl. 

Ketika saat kematangan menguasai, tiada apa yang bisa menghalangnya. Seribu tohmahan yang dilemparkan kepadanya,  semakin jauh dia mendaki puncak kejayaannya.  Tidak langsung menghiraukan gossip murahan lagi. Beliau terus berlari di dalam dunianya. 

One thing I like this girl is how she handle her fan. Dan cara dia melayan orang-orang tua. Sangat hormatkan orang tua dan kanak-kanak. Very humble person. 

Personally aku pernah jumpa Fazura ketika beliau datang ke UIA untuk program bersama Prof. Muhaya. Si kecil molek yang sangat cantik. Humble dan tidak sombong. Itu sisi luaran si gadis ini. Semakin lama mengikuti kisah gadis yang bernama Fazura ini semakin terserlah sifat kebaikan yang ada pada dirinya. Walaupun di lindungi di sebalik sifat tegas dan berani. 

Bertambah aku suka bila beliau membawakan watak Nura Medina di dalam Hero Seorang Cinderella. Seriously jatuh cinta dengan corak lakonannya. 

Dan ketika inilah,  baru aku mengenali seorang jejaka yang bernama Fattah Amin. Seorang pelakon baru yang agak kayu di dalam lakonannya. Inilah rata-rata komen aku baca mengenai lelaki ini. Wujudnya hashtag Lofattah.  Owh, beliau di gossipkan bersalam Neelofa sebelum ini. 

#Fattzura satu fenomena. Selepas HSC,  Fazura terus melebarkan sayapnya. Jadualnya yang padat membuktikan beliau seorang wanita yang gilakan kerja. 

Fazura ketika menunaikan umrah bersama keluarga. 

Sangat cantik dan suci dalam busana putih. 

Keluarga dan teman yang mengiringi Fazura ke Tanah Suci. 

Ketika ini,  gossip antara Fazura dan Fattah semakin berleluasa. Ada yang mengatakan Fazura telah pun selamat menikah dengan Fattah Amin. 

Redup. Sejuk mata memandang. 

Sisi yang aku sangat suka mengenai gadis ini ialah beliau di kelilingi oleh orang-orang yang baik. Sepanjang beliau menunaikan umrah,  tidak ada post syok sendiri yang kebanyakan artis lakukan ketika di tanah suci. Kebanyakan cerita gadis ini di ketahui melalui orang-orang yang rapat dengan beliau. Saat dia ingin fokus kepada ibadahnya. 

Kelembutannya terserlah. Kedamaian di wajahnya terpancar.  Sehingga hati kecilku berkata, 'Dia wanita yang baik sehingga Allah tutup segala aibnya.. AllahuAkbar..' 

Jika Allah yang maha pencipta menutup segala aibnya,  siapa kita sebagai manusia yang sibuk membuka aib mereka? Siapa mereka semalam bukan penentu kepada siapa mereka hari ini kefana hidayah itu milik Allah. 

Cantik

Setelah pelbagai spekulasi timbul, akhirnya Fazura &  Fattah  Amin mengadakan sidang media sekembalinya dari tanah suci untuk mengumumkan pertunangan mereka. 

Fazura cantik seperti biasa. Alhamdulillah. Akhirnya termeteri satu ikatan perjanjian setelah melalui beberapa episod duka di dalam hidupnya.  Doa aku semoga beliau di permudahkan menjadi seorang muslimah sejati yang bertudung dan menutup aurat sepenuhnya suatu hari nanti. 

Fattah Amin

Jejaka yang berjaya mencuri hati sang putri. Apabila wujudnya fenomena #Fattzura,  semakin aku cuba untuk mengenali jejaka ini. Pencarian berjaya. Yer,  dia memang bermula sebagai seorang pelakon yang agak kayu melalui lakonan sebelum ini. Baru perasan si jejaka ini pernah berlakon dengan Fazura di dalam filem Cinta di Capadioca.  Masa ni memang tak perasan langsung Fattah Amin apatah lagi mengenalinya. Si kurus kering yang agak skema. 

Semakin mencari sisi keburukan sang jejaka,  semakin terserlah sisi kebaikannya. Seorang lelaki yang berkerja keras di dalam dunia seni.  Anak sulung yang menanggung keluarga. Keluarganya yang alim dan sedap mata memandang. Siapa lagi yang selayaknya untuk mendampingi seorang putri. 

Sungguh cantik aturan Yang Maha Pencipta. Jejaka yang lurus dan sangat jujur di dalam kariernya berjaya mencuri hati si cantik manis Fazura yang tegas dan berani. Kelihatan mereka sangat serasi. Jujurnya ketika gossip #Fattzura, boleh nampak panahan cinta yang ada di mata si jejaka dan aku cukup takut andai cinta si jejaka di pandang sepi dan kesedihan menjadi milik lelaki ini. Kisah lukanya yang lalu cukup menyayat hati. 

Mengenali Fazura yang telah selesa berada di dalam kelasnya, dan menjadikan perkahwinan bukan agenda utama,  membuatkan hati tertanya-tanya adakah sang jejaka berjaya memecahkan iceberg sang putri. 

Alhamdulillah. Akhirnya #Fattzura satu realiti. 

Berjaya akhirnya jejaka yang bernama Fattah Amin ini mencairkan hati seorang puteri yang bernama Nur Fazura. 

Bahagia itu milik mereka. 



Setelah pelbagai ranjau dan duri akhirnya sampai jua ke destinasi cinta mereka. 



Cantik seperti biasa. 

 
Merah tanda berani. 

Bahagia milik mereka. 

Pertama kali melihat cara Fazura melayan keluarga Fattah buat kita jatuh cinta. Gadis ini memang baik. Dari cara layanan yang diberikan pun boleh lihat betapa lembutnya hati Fazura bila berkaitan dengan keluarga. 

Mungkin keluarga Fazura bukanlah keluarga businessman yang berjaya tetapi tetap keluarga Fazura adalah keluarga yang bukan calang-calangnya. Cuma mereka memilih untuk berada di dalam privacy mereka.

Tidak pernah dengar atau keluarga cuba campurtangan di dalam perjalanan career si gadis apatah lagi lantang bersuara di social media. Kerana mereka bukan attention seeker. 

Malah  cara Fazura melayan Fattah sebagai seorang lelaki atau suami juga boleh di puji. Nampak jelas hormatnya seorang isteri terhadap suaminya biarpun realitinya sang puteri adalah seorang somebody. Tidak pernah melangkaui batas isteri itu. 

Mereka ialah perfect match. 
Mereka saling menyokong kerjaya mereka.  Saat isteri telah terbang tinggi,  tidak pernah melupakan suami yang masih mencari arah untuk cuba terbang setinggi isteri. Kembali memimpin tangan suami dan terbang bersama untuk sama-sama sampai kemuncaknya. 

Dia lelaki yang jujur. 
Terserlah di anak matanya.  Kejujuran sebagai anak seni sering di salah tafsir. Menjadi mangsa mereka yang rakus dan cuba untuk mengawal hidupnya. Mujur Allah tidak mengizinkannya.  Kerana dia lebih layak mendapat yang lebih sempurna dan jujur mencintainya. 

Apa yang lelaki ini perolehi adalah berkat dari doa seorang ibu buat anakandanya.  Kegigihan dia berusaha dan berkerja akhirnya menampakkan hasilnya. Menjadi mangsa tohmahan dan iri segelintir manusia tidak menghalang dia untuk terus mencari apa yang diingininya. 

Dari seorang pelakon yang kayu dan kaku menjadi seorang pelakon yang versatile bukan mudah jalannya.  Berbekalkan rasa cinta dan aura positifnya berjaya membawa dia terus ke puncaknya. 


Wanita ini berjaya membuatkan si jejaka menjadi dirinya sendiri tanpa bayangan Fazura artis yang telah pun berjaya. 

Wanita ini menjadi pelengkap kepada kehidupan si jejaka dan wanita ini yang berjaya merawat luka di hati jejaka dengan penuh rasa cinta. 

Macam fairy tales kan kisah mereka. 



Dia si cantik manis Nur Fazura. 

Semoga terus berjaya di dalam karier dan rumahtangga. Semoga terus menjadi isteri solehah buat suami yang soleh.  Amin. 





with luv,

Wednesday, December 27, 2017

Durian oh durian...


Bila durian dah semakin over price. Kadang aku setuju dengan cadangan untuk boikot raja buah ni tapi tak sampai hati bila memikirkan rata-rata pemilik dusun durian ialah orang Melayu kita. Semalam aku beli durian 101 sekilo harganya RM 28. Aku beli 2 biji RM 100. Jenis durian kampung campur pon sekilo dah RM 18. Sebiji adalah beberapa pangsa. Sepangsa hanya ada 2-3 ulas. Yang dalam pic ni sepangsa jer macam ni.  Untunglah siapa ada dusun durian. Puas makan duriankan. 

Ini yang terasa nak tanam pokok durian ni. Bila harga dah semakin mahal. Tengah makan seulas durian teringat kat orang miskin yang nak makan nasi sebungkus RM 5 pon berkira-kira apatah lagi nak makan seulas durian. Haih. Insaf. 

Ramai tanya aku,  bila nak buat durian crepe? Kalau harga durian macam ni,  kau rasa?  Dahlah durian crepe aku pakai durian 101 atau tembaga atau udang merah atau D24. D24 tu pon last option. So,  puasalah makan durian lepas ni.  Ahak...



with luv,

Monday, December 18, 2017

Tetapkan matlamat


Disember bakal berakhir tak lama lagik.  So now masanya untuk review achievements 2017 dan set new goal for 2018. Dalam 10 target list 2017, hanya 5 yang berjaya di realisasikan,  2 perlukan improvement dan bakinya perlu di bawa ke depan (2018).  Ok,  not so bad.

So,  apa matlamat 2018?
Memperkemaskan matlamat 2017. Ehh boleh cam gini ke?  Haha. 
Ada matlamat baru yang aku setkan di samping carry forward misi 2017 yang tidak sempat di laksanakan. 

with luv,

Saturday, December 16, 2017

Alternatif kepada ubat demam dan selsema



Pagi yang indah.
Tatkala badan mula merajuk,  apakah cara terbaik untuk melayan rajuknya?

Aku pilih suplemen.

👑 Nutriferon daripada Shaklee
👑 Essential  Oils

Suplemen membantu untuk sihat?
Benar. Nutriferon ialah immune booster.  Aku sangat suka. Kiranya Nutriferon ini adalah pengganti panadol. Dan aku akan pastikan nutriferon sentiasa ada dalam simpanan. Bila badan dah bagi sign untuk demam, batuk atau selsema, aku akan cepat-cepat makan satu sachet Nutriferon setiap 4 jam sehingga badan betul-betul sihat. Kemudian ambil secara oral vitamin C dan ViVix jika ada. Kebiasaannya,  selepas makan Nutriferon  dan vitamin C,  penyakit tak jadi datang tapi mungkin belum pulih sepenuhnya.

Suplemen ni  bahasa mudahnya macam askar yang jaga keamanan ataupun security  guard yang jaga rumah kita. Penyakit pula ialah pencuri atau pengganas. So diorang ni akan tunggu masa yang sesuai untuk menyerang.  Selagi askar atau security ni ada,  diorang akan tunggu.  Bila takde je, diorang akan mulakan serangan.  Gitulah bahasa mudahnya. Sebab itu kena ambil secara berterusan sehingga benar-benar sihat.

Essential oils
Selain daripada suplemen,  aku suka essential oils.  Sejenis minyak yang mengeluarkan bau. Bukan setakat bau,  setiap satunya ada peranan dan fungsinya.

Kalau demam,  aku akan guna lemon, thieves dan peppermint. Semua ni titis dalam diffuser. Diffuser akan menghasilkan wap yang akan bertebaran di udara. Lemon bantu untuk perisai seperti mana vitamin c.  Thieves bertindak sebagai pembasmi kuman manakala peppermint untuk kesegaran.  Effect mint tu akan buat kita tenang.  So dapatlah kita divert mind kita dari terlalu memikirkan tentang sakit. Secara tidak langsung,  EO membantu emosi kita.

Essential oils membantu emosi dan spiritual.
Supplements membantu tubuh melawan penyakit.

Cara aku. Cara kamu mungkin berbeza.


with luv,

Friday, December 15, 2017

Tidak semuanya indah.



Dalam kehidupan seharian kita, ada up and down.  Ada kalanya kita rasa marah,  benci dan sedih dengan perjalanan hidup kita yang tidak seperti  diharapkan.  Kita selalu memgimpikan satu kehidupan yang cukup sempurna di mata kita tanpa menyedari iainya tidak cukup sempurna di mata Illahi.

Kadang-kadang kita terlupa yang pelangi akan hadir selepas hujan. Kita demotivated,  stress dan beremosi. Salahkah?  Tidak.  Kerana Allah menjadikan manusia itu mempunyai emosi.  Yang salah cara kita mengendalikan emosi tersebut.  Sakit. Memang sakit.  Tetapi kesakitan itu menjadikan kita semakin kental.  Kental jiwa. Benarkah?

Entahlah,  kadangkala aku kecundang jua. Lemas dalam lautan emosi sendiri.  Pasrah.  Kerana ini normal untuk yang bergelar manusia.  Bangkit.  Mencari arah untuk ke pantai saat terkapai-kapai di lautan perasaan.



with luv,

Thursday, December 14, 2017

Jodoh tak panjang


Bila jodoh tak panjang, beginilah nasibnya. Tahun 2017 menyaksikan dua kali aku tukar hp. Sekali masa bulan Februari apabila screen pecah sebab terjatuh. Untuk baiki screen sahaja harganya dah lebih kurang sama tukar hp baru. Makanya bertukarlah ke Redmi  note 4. Aku suka hp tu sebab warna rose gold. Casing pon aku beli gold jugak. Tapi itulah, bila kita terlalu sukakannya, mulalah ada je yang menghalangnya. Haha. 

Tragedy 4 Dec. Hp masuk air. 
Hanya berjodoh  selama 10bulan sahaja. Sedih?  Pasrah dan redha. Entah kenapa aku boleh sepositif ini bila dapat tahu hp dah rosak. Mungkin sebab kuliti masa ketika itu yang sangat happy. Jadi terlupa kesedihan seketika. Bak kata adik aku,  hp je pon.. Beli jer lah yang baru. Bagi aku buka  setakat hp. Memanglah bole beli yang baru tetapi memori, gambar,  video, moment yang tersimpan dalam hp tu yang menyedihkan. Tak dapat nak di selamatkan apatah lagi aku langsung tak buat back up. Makanya, barulah terasa kepentingan blog ni. Kalaulah semua kenangan di abadikan di sini tak adalah regret sangat. Ini,  dahlah malas update blog. Nah,  rasakan. 

So, mulai hari ini, aku akan curi masa untuk update dan kembali ke blog ini. Untuk rekod aku dan untuk kenangan perjalanan sebuah kehidupan. 

Semoga aku istiqamah. Haha. 



with luv,

Tuesday, July 11, 2017

Deep inside ....



I think, i need my B Complex
when everything not in my finger tips...

I think, i need a rest
when my mind keep on thinking...

I think, i need a time
when my heart in pain...

I think i need a sleep
when migraine become my best friend. 




with luv,

Thursday, August 11, 2016

Wahai wanita!



Wahai wanita,
Jika engkau terlambat menikah,
maka ingatlah kisah Saidatina Khadijah r.ha, yang sentiasa bersabar hingga mendapat suami terbaik di muka bumi pada ketika usianya 40.

Wahai wanita,
Jika engkau tidak menikah,
maka ingatlah kisah Saidatina Maryam, yang sentiasa gigih berjuang, hingga Allah mengangkat darjatnya di dunia dan akhirat.

Wahai wanita,
Jika engkau memiliki suami yang buruk perangainya,
maka ingatlah kisah Saidatina Asiah isteri Firaun, yang tetap tabah memegang iman, hingga Allah janjikan kepadanya istana di syurga.

Wahai wanita,
Jika engkau dimadu, tidak memiliki keturunan atau menjadi janda,
maka ingatlah bahawa Saidatina Aisyah r.ha telah mengalami itu semua, namun Allah tetap menguatkannya, menolongnya dan memuliakannya.

Wahai wanita,
Jika engkau telah diceraikan suamimu,
maka ingatlah firman Allah, "Jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing dari limpahan kurniaanNya, dan adalah Allah Maha Luas (kurniaanNya) lagi Maha Bijaksana."

Wahai wanita,
Jika engkau adalah seorang ibu,
maka syurga anak-anakmu berada di telapak kakimu dan jika engkau adalah seorang anak, maka engkau dapat menjadi pelindung kedua orang tuamu dari api neraka dan jika engkau adalah seorang isteri, maka engkau adalah anugerah terindah yang pernah dimiliki oleh suamimu.

Wahai wanita,
Dengarlah agamamu,
yang telah bercerita kepadamu dengan sebaik-baik cerita untuk bekalan hidupmu.

Wahai wanita,
Dengarlah agamamu,
yang telah memuliakanmu,
menghargaimu dan mengangkatmu maka ikutilah segala jalan,
yang telah ditunjukkan oleh agamamu.

Hanya Allah Maha Mengetahui
Perkara Yang Benar.

with luv,

Wednesday, August 10, 2016

Apabila hati bersuara.


Having A Soft Heart In A Cruel World Is Courage, Not Weakness


Yes, indeed!
Apa yang kita rasa... yang ada di hati kita, kadangkala sukar untuk di luahkan. Perasaan kita di salah ertikan. Aku jarang nak menaip di sini perkara yang menyedihkan. Sebab, negative energy ini akan mempengaruhi seluruh kehidupan aku untuk beberapa ketika.

Tapi hari ini, aku menjadi aku. Tak perlu kalian mempersoalkannya. Dan, cukuplah memikirkan perasaan insan lain lagi. Di sekeliling  aku. Sudah sampai kepada limitnya. Mengalah tidak bererti kalah. Jangan di tanya kenapa. Jawapannya, aku lelah.

Air mata yang mengalir adalah kekuatan untuk aku. Memang Tuhan jadikan air mata wanita itu sebagai Sumber kekuatannya tatkala dia menerima tekanan. Exactly. Jadi salahkah air mata itu mengalir?

Janji. Cukuplah sampai sini. Benar aku pernah berjanji dan saat ini aku memungkiri janji. Mengapa? Kerana hatiku kecewa. Sangat kecewa. Aku sememangnya tidak mampu mengubah mereka. Bukankah mereka juga sudah berjanji berkali-kali? Yer, yang akhirnya di noda jua.

Tidak mengapa. Aku yang perlu berubah sebelum mengemis mereka untuk berubah. Aku tidak mungkin mampu mengubah dunia tapi aku mampu mengubah diriku sendiri. Jangan di pertikai perubahan ini. Kerana kamu juga yang memaksanya.

Cukup sampai sini. Aku relakannya pergi. Pergilah membawa rasa yang duka. Pergilah. Kerana aku percaya, tidak semua yang kita pinta akan jadi miliki kita.

Yang berkecai itu tidak mungkin kan bercantum semula. Yang retak itu tidak pernah akan sama seperti sediakala. Tidak akan sama.

Cukuplah. Terima kasih untuk segalanya.




with luv,

Friday, August 5, 2016

Raja Buah


Akhirnya....
Dapat jugak durian yang sangat sedap ni. Semenjak Ramadhan lagi dah start musim durian. Tapi setiap Kali beli, belum dapat yang rasanya betul-betul  woww!  Ibarat nya setiap kali makan masih belum dapat yang nikmat. 

Memandangkan FAMA ada buat jualan durian ni, aku mintak tolong Abah pergi beli durian 101. Aku tanak durian  lain. Nasib baik ada. Sekilo RM 21. Abah beli 4 biji lebih kurang 7kg. Demi anak perempuannya yang sorg ni kan..  gigih Abah melayan selera si anak. Nampak tak Abah sayang aku? 😘

Dalam 4 biji tu, 2 biji setengah aku pulun sorang. Memang puaslah makan. Selain dari durian 101, Abah beli durian Perak jugak. Dua hari adik aku yang tak makan durian ni bising. Tetiap hari tanya, bila nak habis durian ni? Muhahaha... siapa suruh tak makan durian. Haaa kan dah pening nak bau. Durian ni satu je nak elak pening dengan bau dia, kena makan. Once dah makan, tak heran dah dengan bau durian  yang menyengat tu.

Tapi tak syoknya makan durian  kali ni sebab Boy tak de. So takde lah teman nak berebut. Huhuhu. Tunggu Boy balik, boleh beli lagik. Layan sampai muak. Lepas tu dok diam-diam tak payah mintak lagi dah. 




with luv,

Thursday, August 4, 2016

Bahagiakah aku?



Hari ni buka FB keluar news feed kisah seorang ibu yang berjuang untuk mendapatkan anaknya daripada suami. Jika lihat di status fbnya, tidak ada status yang merintih kesedihan selama ini. Kebanyakan statusnya ialah yang membahagiakan. Jadi kita assume dia bahagia. Tetapi di sebaliknya?

Kita selalu nampak orang bahagia. Happy dengan  kehidupan mereka. Sedangkan kita, terlalu banyak cerita sedih yang sedang kita alami.  Bertambah sedih bila tengok orang lain happy je. Mulalah hati tertanya-tanya kenapa ye Allah uji aku begini dan begini? Kenapa yer? 

Tapi sebenarnya kita tidak tahu disebalik kegembiraan dan kebahagiaan yang mereka cuba paparkan , ada cerita di sebaliknya. Kita lihat dia happy, mengandung dan bakal dapat baby, ada suami, ada ibu mertua yang membahagiakan .. indahnya... kalaulah kita seperti dia..... 

Tetapi kita tidak tahu di sebaliknya.... di pukul suami. Di maki mertua. Di torture mental dan fizikal. Betapa azabnya kehidupan dia sehari-hari... Kita tidak tahu sebab kita tidak nampak semua itu.... Kita hanya nampak kesedihan kita... kesakitan kita...

Kita lihat kejayaan orang lain. Yang kaya raya. Yang punya banyak harta. Ada perniagaan yang berjaya. Ada rumah besar... ada kereta besar.... Mulalah hati berkata-kata. Kenapa aku tak kaya macam dia? 

Kita tidak tahu disebalik kejayaan dan kekayaan dia, berapa Kali dia jatuh dan tersungkur. Terjatuh dan terjatuh lagi sebelum dia bangkit kembali. Berapa banyak yang Tuhan duga untuk mengecapi apa yang dia ada hari ini. Kita tidak tahu..... Jika kita tahu kesulitan dan kepayahan yang dia pernah alami, mungkin kita sendiri tidak sanggup untuk menghadapinya. 

Janji Tuhan itu pasti. Setiap ujian ada hikmahnya. Setiap kepayahan ada kesenangannya. Setiap kesukaran ada nikmatnya.


Mungkin hari ini kita tidak dapat apa yang kita minta. Kita tidak memiliki apa yang mereka punya. Kerana Tuhan tahu bila masa yang sesuai untuk kita miliki apa yang kita pinta.

Memang kita manusia. Dalam redha ada sedih nya. Dalam gembira ada dukanya.  Dalam bahagia ada terlukanya.

Muhasabah. Itu aku.
Cepat-cepat berpijak di bumi nyata. Memang ada kala kita di dalam dunia kita. Meruntun dan merintih. Yer aku macam tu. Bila hidup sendiri, memang banyak yang akan di fikirkan. Dari sebesar-besar perkara hinggalah sekecil-kecilnya. Kadangkala ada yang mengganggu fikiran lantas membawa emosi bersama. Ada kalanya terlalu terluka... Jadi ... ada masa aku perlu menyendiri. Bukan untuk meraih simpati tetapi sekadar untuk mengubati hati sendiri. Memang orang lihat aku bahagia. Happy. Income stable dan sebagai nya. Tapi di sebaliknya, bukan semua yang tahu dan aku sendiri tidak berminat untuk beritahu. Cukup lah hanya aku yang tahu. 

 Selain dari ujian dan masalah itu, ada banyak nikmat yang Tuhan beri. Aku cuba. Kalian juga harus cuba. Bersyukur dengan nikmat yang ada. Mudah-mudahan kita semua terus bahagia. Tanpa meminta-minta kerana kita tidak pernah tahu. Mereka juga punya cerita. 



with luv,