Showing posts with label MyRecipe. Show all posts
Showing posts with label MyRecipe. Show all posts

Monday, July 25, 2016

Fruity Chewy Brownies

Cubaan pertama membuat Fruity Chewy Brownies.
Untuk hidangan tetamu yang datang beraya ke rumah. Suspen jugak, jadi ke tidak ni. Mujurlah jadi. Sedap pulak tu. Mak aku tak suka sebab ada rasa butter. Oh, btw my Mak memang tak makan butter. Huhu. 

Bagi kek ni kategori boleh kena dengan selera tekak aku. Tak berapa manis. Tak berat sangat teksturnya. Makan kek ni asyik tau. Tak sedar sepotong demi sepotong yang masuk ke mulut.

Guna loyang 8".
Based dia ni agak tebal. Next time aku nak nipiskan sikit. Instead of tekan kat bawanh loyang, aku nak letak dekat keliling loyang jugak. Based ni la yang crunchy.

Tara..... Dah Siap bakar.

Macam ni lah tekstur brownies ni. Bawahnya agak padat dan sebelah atas lebih ringan. Sepatutnya bahagian atas selepas masak tu perlu di tabur dengan icing sugar tapi aku terlupa.... Tanpa icing sugar pon dah sedap tau.

Next time aku nak buat lagi.

Jom tengok resepi yang di kongsi oleh Nor Haslinda


Bahan Untuk Base 
180 gm tepung superfine 
70 gm gula perang 
90 gm mentega 
1 biji kuning telur

Bahan Untuk Topping 
2 biji telur 
60 gm gula perang 
150 gm mix fruits 
50 gm tepung naik sendiri

p/s: Sumber resepi dan pic di bawah ni adalah dari FB Nor Haslinda sebab aku tak gigih nak ambik pic satu-satu ni.. huhuhu...

Cara-cara:

Inilah bahan-bahan untuk based.
180 gm tepung superfine 
70 gm gula perang 
90 gm mentega 
1 biji kuning telur 

Dalam satu bekas masukkan tepung superfine bersama gula perang dan gaul rata.
 
Kemudian masukkan mentega dan gaul hingga menjadi 'breadcrumbs'.

Inilah dia rupa 'breadcrumbs'. Dah tu terjunkan kuning telur tu macam dalam gambar dan gaul lagi.
 
Siap menjadi satu doh. Ketepikan.
 
Kalau ada loyang segiempat korang guna ya. Saya guna loyang bulat hihi. Lapikkan dengan kertas 'aluminium foil'.
 
Korang taburkan saje doh tadi cenggini. Tidak perlu buat kemas-kemas sebab nak tekan lepas ini.

 
 Korang tekan dengan mesra sahaja tau. Haaaa... Kemudian korang ambil garfu cucuk atasnya.

Andai kata korang tengah tension lepaskan geram pada doh ini tau haha.. Cucuk-cucuk macam dalam gambar.
 
Panaskan ketuhar pada suhu 180°© selama 10 minit kemudian masukkan loyang tadi. Bakar selama 20 minit dan keluarkan. Sambil tu boleh la kita siapkan 'topping' pula.

Bahan Untuk Topping 
2 biji telur 
60 gm gula perang 
150 gm mix fruits 
50 gm tepung naik sendiri
 
Masukkan gula perang bersama telur dalam satu bekas.
 
Dengan menggunakan whisk pukul cenggini.
 
Dah tu campakkan mix fruits bersama tepung dan kacau.
 
 Siap untuk dituangkan atas 'base'.

Inilah dia 'base' yang dah bakar tapi belum masak lagi tau. Ini hanya 'semi bake'. Bantai jelah bahasa kan janji korang faham haha...
 
Tuangkan adunan 'topping' dan bakar semula selama 25-30 minit atau sehingga masak. Sekali lagi ya bergantung pada ketuhar masing-masing.
Dah masak tu biarkan sejuk baru korang potong tau.

Hiaskan atasnya dengan gula aising dan hidangkan pada tetamu yang beraya esok.

Senang je kan nak buatnya. Jom apalagi? Pakat-pakat buat untuk hidangan tetamu... ;-)




with luv,

Sunday, July 3, 2016

Resepi Dodol Noxxa

Park dulu resepi dodol noxxa ni kat sini. Mood nak buat dodol dah datang. Kita tengok jadi ke tak yer... Ada macam-macam versi resepi. Pilihlah ikut kesesuaian.

--------------------------------------

Resepi 1 : Sumber dzanariah

DODOL  DURIAN
Bahan-bahannya
500 gm tepung pulut
3 cawan gula melaka*
2 cawan gula pasir*
3 cawan air*
2-3 helai daun pandan *
1 kg santan pekat
2 cwn isi durian

Cara-cara :
1. Masak bahan * hingga gula larut kemudian tapis.
2. Masak bahan yg telah ditapis,  santan dan isi durian  sebentar sahaja.
3. Masukkan tepung pulut dan bahan yg di masak tadi dlm pengisar (blender) hingga sebati (tidak berketul2)
4. Tuangkan  adunan tepung ke dalam periuk,pasang penutup
5. Tekan  butang  "Steam"  20 minit.
6.  Selepas itu , buka penutup , dan tekan butang ' Stir Fry' ..
7. Kacau adunan selalu untuk mengelakkan dodol berkerak (anggaran 20 minit)
8. Adunan akan meletop2 dan pecah spt gambar di bawah. kacaulah  sehingga terbit minyak pada dodol trsbt.. siapp.. sejukkan.. sedappp.. tak melekat dijari..


Resepi 2 : Sumber mamajue

Bahan-bahannya :-
* 1/2 cup gula pasir
* 1 cup gula merah
* 1 cup santan
* 1 cup tepung pulut
* 1 sudu besar tepung beras
* Secubit garam
* 3 helai daun pandan

* Boleh gandakan bahan2 untuk dapat dodol yang banyak..

Cara-caranya :-
  1. Blenderkan semua bahan2 kecuali daun pandan. kemudian tapiskan dan masukkan ke dalam inner noxxa
  2. Setelah itu simpulkan daun pandan dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi
  3. Tutup periuk noxxa dan steam kan selama 4 minit, ulang selama 3x.. 
  4. 1st - Steam 4 minit, buka penutup & kacau
  5. 2nd - Steam 4 minit, buka penutup & kacau
  6. 3rd - Steamkan lagi 4 minit, buka penutup & kacau. Dah siap...
  7. Finally letak sedikit minyak untuk tidak melekat pada bekas..  Siap.. 12 minit dodol dah siap.. kalo korang gandakan 2 maknanya 24 minit lah.. 


with luv,

Saturday, September 12, 2015

Resepi periuk noxxa - hidangan tengah hari

Masak menggunakan periuk noxxa memang mudah dan cepat. Syok weh bila boleh siapkan semua hidangan ni dalam masa sejam jek. 
Periuk ni memang sangat membantu tau. Especially untuk orang-orang seperti aku ni ha. Yang sangatlah malas nak memasak. Ahak.
Settle masak nasi kurma, daging salai dan bubur kacang dalam tempoh hanya sejam. Kejayaan weh.. Huhu..

Merasmikan periuk noxxa dengan Nasi Kurma untuk hidangan tengah hari. Resepi campak2 jek. Guna periuk ni senang. Faham konsep dah boleh cipta resepi sendiri.

Nasi Kurma

5 pot beras ( Aku guna pot yang disediakan)
5 pot air (gunakan pot yg sama dgn beras)
8 ketul ayam (1/2 ekor ayam)
5 sb rempah kurma
1 sb minyak masak
4 ulas bawang putih - di hiris
1 kiub pati ayam knorr
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Basuh beras dan ketepikan.
2. Ayam di cuci bersih dan ketepikan.
3. Dalam periuk noxxa dengan fungsi stir, masukkan minyak dan bawang putih. Tumiskan hingga naik bau. Masukkan rempah kurma dan goreng garing. 
4. Masukkan ayam dan gaul sebati. Kacau-kacau hingga ayam separuh masak / garing.
5. Masukkan beras, air, garam dan kiub ayam.
6. Tukarkan function stir kepada high pressure 8 minit. Make sure knob atas tutup tu set kan pressure ye. 
7. Sebelum tutup penutup tu, kacau ayam beras dan bahan rempah agar bercampur sekata.
8. Tunggu 8min. Setelah masak, pusing knob atas periuk kepada steam untuk keluarkan wap. Tunggu sampai wap habis keluar dan sila berhati-hati sebab ni panas.
9. Bukak penutup dan gaul sebati seketika bagi rata. 
10. Hidangkan. Nak sedap, taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Masa yang di ambil lebih kurang 15 min utk ready.


Bubur kacang Noxxa.

1 cawan kacang hijau.
2 cawan air
1 kotak santan
Gula merah / gula melaka
Garam secukup rasa.

Caranya:
1. Masukkan kacang hijau dan air dalam periuk noxxa. Make sure air menenggelami keseluruhan kacang hijau ye. Setkan function high pressure selama 15 min.
2. Setelah 15 min, keluarkan wap dan buka penutup.
3. Tukarkan function stir. 
Masukkan santan dan gula. Kacau sebati.
4. Masukkan air dan kacau lagi. Tambahkan garam.
5. Siap!

Masa yang di ambil lebih kurang 20 min untuk ready.

Daging Salai.

1/2 kilo daging. (Di hiris & marinate siap2)

Bahan marinate :
1 inch Halia
1 labu Bawang besar
5 ulas bawang putih
2 sb sos tiram
2 sb kicap masin

Blend semua bahan ni dan gaul pada daging hingga sebati. Perap lebih kurang 30 minit atau lebih. Aku buat siap-siap marinate ni dan simpan dalam freezer. Defrost je bila nak masak. 

Caranya :
1. Masukkan daging di dalam periuk noxxa dan set function high pressure 30 minit. Tak payah letak air yer. Air daging akan keluar dengan sendirinya.
2. Selepas 30 min, keluarkan wap dan salai daging atas kuali. Dalam kuali letakkan Beberapa titik minyak masak. Salai hingga garing. Aku guna deep fryer. Set 20 min. Settle.
3. Siap.

Note : air daging tu korang boleh simpan sebagai stok daging atau boleh masukkan dalam nasi kurma tadi. Lagi sedap nasi jadinya. 

Ok, selesai hidangan tengah hari ni. Cepat dan mudah weh.... ;-)





with luv,

Monday, July 27, 2015

Mari mendonut



Hola hola...

Kerjaan semalam. Dari pagi dok pasang niat nak buat donut. Sudahnya, petang jugak baru start buat. Jenuh juga nak mendapat mood kan. Tambah-tambah lagi menggunakan tenaga empat keratku.. Hahaha.. Yang sebenornya malas nak bawak keluar BM yang dah tersimpan rapi. Raya kan... huhu... 

Pertama kali buat donut ni sebenarnya sebab Arif Syahmi suka sangat makan donut dengan keria. So, gigihlah Mak Ngah belajar buatkan. 

Jom tenguk resepinya.

250 g Tepung gandum
1 biji kentang yang telah direbus dan dilenyek. (Aku blend guna hand blender, so hasilnya lebih halus)
1 biji telur ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dlm bekas lain dulu)
2 sudu besar susu tepung apa2 jenama.
70 ml air sejuk peti ais.
1 1/2 sudu besar shortening/marjerin (Aku guna marjerin jer)
2 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
1 3/4 sudu kecil yis 

Cara-caranya : saya uli guna tangan jer. Boleh juga guna BM atau mixer.

1. Masukkan semua bahan kering dalam bekas adunan. Kemudian masukkan telur yang telah dipukul dlm bekas lain serta masukkan air sedikit demi sedikit (part ni kene pastikan air tu letak sikit2 ye sambil uli sehingga doh tu tak lekat kat tangan). Kemudian masukkan marjerin/shortening dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut dan elastik, Uli selama 20 minit.
- Tip : Untuk dapatkan doh yang lembut, lepas uli 20 min, masukkan doh dalam plastik bag dan picit-picit doh sehingga berkilat. Lebih kurang 10 min.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam bergantung kepada suhu bilik. Cara saya, perap jer terus dalam beg plastik lepas picit-picit tu.
- Tip : Gunakan plastik bag atau bekas besar untuk beri ruang kepada doh mengembang.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bentuk doh tersebut dgn acuan donat atau bentukkan rupa donat dan susun donat2 atas dulang yang ditabur tepung gandum dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas...masa menggoreng tu turunkan suhu panas supaya donut tidak hangus....angkat dan hias dengan gula atau coklat....selamat mencuba... 
-  tips nak gebu lagi..masukkan shortening 1 sudu makan dlm minyak panas tu insyaallah gebu.

Tips:
1. Untuk dapatkan doh yang lembut, lepas uli 20 min, masukkan doh dalam plastik bag dan picit-picit doh sehingga berkilat. Lebih kurang 10 min.
2. Gunakan plastik bag atau bekas besar untuk beri ruang kepada doh mengembang.
3. Tips nak gebu lagi..masukkan shortening 1 sudu makan dlm minyak panas tu insyaallah gebu.
4. Untuk frozen, bakar donut pada suhu 170 degree selama 7 minit untuk mematikan yis. Tunggu sejuk sebelum di simpan ke dalam fridge.



Nah, ini hasilnya donut yang telah di bakar. Sangat lembut dan gebu ok. Tak boleh tahan tengok kegebuannya itu, maka cilok satu dan terus ngap. Perghhh... Memang lembut. Aku buat untuk di bekukan sebab rumah aku memang suka makanan frozen ni. Lagipun senang kalau tetamu datang, terus je goreng. Boleh buat stok di rumah. ;-)

Selamat Mencuba!


with luv,

Tuesday, June 23, 2015

Resepi French Loaf / Roti Perancis



Cubaan pertama membuat French Loaf ni. My bonda request nak makan dengan kuah santan durian. Maklumlah, musim durian dah bermula pun kan.

So, menggunakan resepi di Jintan Manis, maka jadilah French Loaf ni. Konsepnya, rangup atau pun keras di luar dan lembut di dalam. Alhamdulillah menjadi. Suspen juga kan, kot bantat ke. Hehe.


Jom tengok resepi:
Sumber : Jintan Manis

Bahan-bahanya

200gram tepung roti
80gram tepung gandum
1 1/12 sudu kecil yis
170ml air suam
2 sudu besar olive oil
1 sudu besar marjerin
1 sudu kecil lemon juice
1 sudu kecil garam

Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan di dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Kalau ade Breadmaker tekan Dough dan On dan tunggu sampai siap.

2.Langkah seterusnya jika uli tangan, kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit, keluarkan dan uli lagi beberapa minit di dalam mangkuk adunan. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.

3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 6 bahagian kecil dan bentukkan lonjong, seperti roti perancis.  biarkan doh naik sehingga dua kali ganda  lebih kurang selama 40 minit atau 1 jam.

4. Sebelum di bakar, potong sedikit di bahagian tengah roti dengan menggunakan pisau tajam atau gunting, sembur dengan sedikit air dan bakar pada suhu 200 darjah selama 20 minit, sejukkan atas redai, dan sedap dimakan bersama sup cendawan ataupun di sapu dengan garlic butter. Selamat Mencuba.
Selepas di uli. Aku uli pakai bread maker je. Senang dan mudah. Campak-campak bahan dalam BM, pastu setting dough. Lebih kurang 1 jam 30 min masa di ambil untuk siap menguli. Tumbuk-tumbuk keluarkan angin dan terus uli bentuk panjang cam ni. 
Abaikan rupanya yer... hehheheh

Biarkan dough mengembang 2x ganda atau lebih kurang 40 min - 1 jam.
Kemudian bakar di dalam oven menggunakan api atas bawah dengan suhu 180 deg. Sebelum tu, panaskan oven selama 10 minit terlebih dahulu.

Tara..... Roti yang dah siap di bakar. Sejukkan di atas redai. Jangan biarkan di atas dulang pembakar nanti roti akan berpeluh.

Setelah sejuk, bolehlah di potong menggunakan pisau roti yang jenis bergigi tu. Lebih mudah dan cepat.

Lihatlah rongganya.. Nyummm nyum.... 

My Arif siap tak sabar-sabar nak makan. Masa tengah menguli lagi dia dah duduk tepi tunggu. Siap je masak terus cakap, Mak Ngah, Arif nak makan roti ni. Wah kembang Mak Ngah tengok Arif makan berkeping-keping.



with luv,

Saturday, April 4, 2015

Garlic Roll bunga setaman




Percubaan kedua membuat garlic roll. Request by my adik. Pukul 4 pm baru wassap mintak buatkan garlic roll. Untung boleh main request request kan... Mujur si kakak punya bm dah sampai. Kalau tidak, tak kosa kakak mithali ni nak layan. Hahaha.

Jom tengok resepi kali ni. 

Garlic Roll.
Bahan-bahan :
3 cawan tepung high protein
1 sb yis
1 cawan air
2 sb gula
1 sk garam
2 sb minyak

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam bm kecuali minyak. 
2. Pastikan yis tidak bercampur dengan garam.
3. Setelah lebih kurang setengah jam, masukkan minyak dan biarkan bm uli doh hingga licin. 
4. Sementara menunggu doh selesai, sediakan garlic spread.

Garlic spread : 
1 buku bawang putih di cincang halus
1 tangkai daun ketumbar
5 sb salted butter
Sedikit black pepper di tumbuk.

1. Kacau semua hingga sebati.
2. Apabila doh siap di uli, bahagi doh menjadi 4 bahagian. 
3. Ambil satu bahagian dan canai memanjang setebal 1/2 cm. Sapukan garlic spread dan gulung. 
5. Potong doh yang telah di gulung kepada 6 atau 8 bahagian. 
6. Susun doh ke dalam loyang yang telah dilengser dengan marjerin.
7. Perap dan tutup dengan tuala lembap selama sejam atau setelah naik 2x ganda. 
8. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 180° c selama 20 min. 
9. Siap untuk di hidang. Lebih enak di makan bersama mushroom soup.






with luv,

Wednesday, March 4, 2015

Resepi BBQ


Ok, untuk mengelakkan masalah pelupa, maka aku sharekan resepi masa BBQ day hari tu. Senang aku nak cari semula. Maklumlah, semakin meningkat usia semakin lah penyakit pelupa ni kan...



Sos Lada Hitam / Black Pepper source

Bahan-bahannya:
1 labu bawang besar ~ di cincang halus
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap masin
4 sb sos lada hitam
2 sb lada hitam biji ~ di tumbuk kasar
2 sb mentega ~ untuk menumis bawang
4 sb tepung gandum
3 cawan air

Caranya:

  • Cairkan mentega, tumiskan bawang sehingga naik bau.
  • Masukkan serbuk lada hitam yang telah di tumbuk dan tumis seketika.
  • Masukkan sos tiram, sos lada hitam.
  • Masukkan air 2 cawan sahaja , kiub ayam & kicap.
  • Bancuhkan tepung bersama baki 1 cawan air.
  • Masukkan ke dalam bahan yang di masak dengan api perlahan dan kacau untuk elakkan tepung dari berketul sehingga mendidih. 
  • Setelah pekat, tutup api dan boleh di hidang.


Sup Cendawan / Mushroom Soup

Bahan-bahannya:
1 keping dada ayam ~ aku tak letak ni
1500 ml air
500 ml susu segar ~ fresh milk
1 ketul kiub ayam ~ aku tambah jadi 2 ketul sebab tak letak dada ayam.
1 tin kecil cendawan butang ~ dihiris
garam ~ secukup rasa
1 cawan tepung gandum
Sedikit lada hitam ~ di tumbuk

Cara-caranya:

  • Potong ayam kecil2. 
  • Masukkan ayam dan air ke dalam periuk.
  • Rebus sehingga masak. Kalau tak ada ayam, tak pe, tambahkan kiub ayam untuk impak rasa ayam.
  • Masukkan susu dan kiub ayam. Aku tak pakai isi ayam so aku tambah kiub ayam jadi 2 ketul.
  • Masak guna api yang perlahan. 
  • Masukkan mushroom. 
  • Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat.
  • Tambah garam mengikut citarasa. Taburkan lada hitam yang telah di tumbuk. 
  • Sedia untuk di hidangkan bersama roti. Sebagai hiasan aku letak kucai halus.
Note: Sup ni sedap tau. Adik aku cakap lagi sedap dari mushroom soup pizza hut. Haaaa, melampaukan.... hehheheh


Potato Salad

Bahan-bahannya:
5 biji kentang ~ di potong dadu besar
1 sb perahan lemon ~ limau nipis pon boleh
4 sb mayonis ~ boleh tambah sesedap rasa
4 bj baby tomato ~ di potong 2
1 sb lada hitam ~ di tumbuk kasar
Garam ~ secukup rasa
Air ~ untuk merebus kentang

Cara-caranya:

  • Rebus kentang bersama garam
  • Setelah kentang empuk, toskan airnya
  • Didalam mangkuk lain, masukkan kentang dan semua bahan lain. Gaul sebati.
  • Siap! Hiaskan dengan baby kucai. Baru nampak menarik dan colourful. 






with luv,

Thursday, January 31, 2013

Jom buat eskrim sendiri....


Siapa penah wat eskrim sendiri?
Senang je wat eskrim ni rupanya. Resipi pon mudah. Yang paling penting ada mixer. 

Bahan-bahannya :

1 tin susu cair 
(Saya pakai whipping cream sbb whipping cream sy dah nak expired lg sebulan... huhu)
1/2 tin susu pekat manis 
(saya guna 1/4 tin)
1 sudu kecil ovalette
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
perasa 
( saya guna strawbery (10 biji), mocha (serbuk milo + serbuk indocafe) & vanila)


Cara-cara :
  1.  Masukkan semua bahan kecuali perasa dalam mangkuk mixer.
  2. Pukul hingga kembang menggunakan kelajuan perlahan - laju. Maknanya, startla kelajuan paling perlahan dan ubah ke sederhana hingga ke laju sehinggalah adunan kembang dan pekat seperti krim lebih kurang 15-20 min.
  3. Namanya es+krem kan... harus lah pukul sampai jadik krim.
  4. Bahagikan kepada 3 bahagian (strawbery, mocha & vanila)
  5. Ambil setiap bahagian dan masukkan perasa kecuali strawberi. Kacau sebati. Letak tepi.
  6. Ambil 1 bahagian untuk strawbery tu masuk dalam blender dan blend sekali dengan strawbery hingga strawberi hancur. Letakkan sedikit pewarna merah untuk bagi effect warna strawberi. Kalau krim tadi jadik cair, masukkan semula dalam mangkuk mixer dan pukul lagi hingga pekat.
  7. Kalau nak buat 1 perasa buah je... Tak yah lah buat step 1-4 tu... Terus je blender sumer bahan termasuk buah yg nak guna. Lepas dah blend hancur baru masuk dalam mangkuk mixer dan pukul sampai jadik krim. 
  8. Ambil tupperware eskrem (kalo nak feeling-feeling cam beli kat kedai). Masukkan setiap krim yang pekat di mulakan di bahagian tengah. Macam saya, saya letakkan krim perasa vanilla di bahagian tengah tupperware dahulu. Kemudian diikuti dengan perasa lain di sebelah kiri dan kanan vanila. Bukan apa, saje nak bagi vanilla as center point.
  9. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga beku. Biasanya dalam 5-6 jam.
  10. Dah siap!




Pukul sampai lebam... eh tak.... pukul sampai pekat.. hehhe

Dah siap masuk tupperware eskrem... (Konon-konon cam beli kat kedai la..)
Nampak tak cam tanduk-tanduk tu? Kalau sampai kuar tanduk tu maksudnya cukup pekat. Yang strawberry ni cair skit sbb tu tak kuar tanduk. So moral, pukul sampai kuar tanduk... hehhehe


Dah siap untuk di makan... Dah nak habis baru teringat nak snap pic.

Tips : 
  • Lagi gebusss/kembang krim korang pukul, lagi lembutlah aiskrim korang.
  • Tidak di sarankan guna blender untuk gantikan mixer sbb blender tak jadik cam krim. Akan jadik cair. Kalau cair, nanti eskrem korang keras tak lembut cam beli kat kedai.
  • Gunalah mixer... hehhehe... ...Selamat Mencuba!

Nota kaki: Makan eskrim ngan roti macam zaman skola-skola dulu pon sedap.... Yummy....



with luv,