Showing posts with label MyBiz. Show all posts
Showing posts with label MyBiz. Show all posts

Tuesday, April 19, 2016

House of Karipap


House of Karipap
~where karipap experts~
Cam best jek tagline ni.... Hehheh

Bisnes keluarga. Tetiba terinvolve dengan bisnes karipap ni. Alhamdulillah, apapun rezeki yang Allah beri mesti ada sebab dan musababnyakan. Ianya datang pada masa yang sangat sesuai. Yang kadang-kadang tak terjangkau dek akal. Eh eh, camne aku boleh involve ni? Ahak.

Setelah hampir 3 minggu berkecimpung dengan pembuatan karipap ni, aku mula melebarkannya dengan kaedah Frozen. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Ha gitu kan... ;-) Ni bukan Kali pertama aku cuba untuk mulakan bisnes karipap Frozen ni. Pernah tahun lepas aku mula tapi berhenti dipertengahan. Maklumlah, tiada ILMU. Banyak sangat halangan dan masalah yang di hadapi ketika itu yang akhirnya aku give up. So stoplah berangan bisnes karipap.

Bila tiba-tiba bisnes muncul kembali, aku tidaklah mengharap sangat. Buat hanya sekadar membantu Mak. Takkan nak biarkan Mak buat sorang-sorang kan. So aku pon start market menggunakan FB. Tak sangka pula dapat sambutan. Daripada 30 biji sehari sekarang ni dah 150 biji sehari. Kadang-kadang mencecah 200 biji. Daripada permulaan dengan sekilo tepung, sekarang dah mencecah tiga kilo tepung sehari. Regular customer pon dah semakin bertambah. Kebanyakannya akan repeat order. Rezeki itu memang rahsia Allah kan. Tidak dapat di nafikan. Alhamdulillah.

Adunan yang siap di bulat-bulatkan. Untuk memudahkan proses menggelek nanti.

Inti keledek campur kentang

Mesin untuk menggelek tepung. Sebelum ni guna secara manual. Gigihkan. 2 minggu jugaklah menggunakan secara manual ni dan akhirnya aku putuskan nak beli mesin ni. Di beli menggunakan hasil jualan karipap sepenuhnya. Alhamdulillah.

Sekarang ni target nak beli freezer besar menggunakan hasil jualan karipap sepenuhnya. Inshaallah, akan di beli dalam masa terdekat. Permintaan semakin bertambah sehari-hari. Peti ais yang ada tak dapat nak menampung permintaan. 

Doakan aku ye. 
Biiznillah.





with luv,

Thursday, March 19, 2015

Bisnes semakin berkembang



Assalammualaikum wbt,

Hari ni tak ada apa sangat nak cerita cuma nak ucapkan kesyukuran di atas nikmat yang telah Allah berikan. Alhamdulillah. Perniagaan Shaklee semakin berkembang. Ramai juga yang tahu aku jual Shaklee. Kalau dulu malu-malu nak bagitahu, sekarang ni dengan bangganya bagitahu, yer saya jual Shaklee.... ;-)

Bisnes seperti pokok yang memerlukan biji benih. Jika tidak di semai, mana mungkin tumbuh pucuknya kan. Itulah ibarat sebuah perniagaan. Hari ni kita semai, belum tentu esok berbunga... Menanam pokok memerlukan kesabaran dan semangat yang tinggi. Dari biji benih yang di semai, memerlukan air setiap hari dan baja beberapa kali seminggu. Setiap hari rutin yang sama dan perlukan konsisten sebelum ianya bertunas. Apabila bertunas, masih memerlukan perhatian kita. Perlu meneruskan rutin setiap hari menyiram air dan menabur baja tetapi ketika ini memerlukan kita menyembur racun serangga pula untuk memastikan tunas ini dapat hiduy dan membesar. 

Begitulah ibaratnya dunia Shaklee aku. Hasil dari semaian tempoh hari, nampaknya sudah ada tunas yang tumbuh. Alhamdulillah. Harap-harap tunas ini akan tumbuh dengan sihat. Besar impian aku bersama Shaklee. Terlalu besar. Cukup sahaja aku katakan, aku ingin berzakat berpuluh ribu kalau boleh. Sekurang-kurangnya boleh berkongsi bersama mereka yang lain. Ukhwah yang terjalin di dalam group aku juga sangat utuh. Yang paling penting, masing-masing ingat mengingati akan tanggungjawab kita kepada ibu bapa dan yang Maha Pencipta. 

Jujurnya, inilah perniagaan pertama yang aku ceburi yang mengajak dan menyeru untuk memantapkan rohani, menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Pencipta. InshaAllah. Ini yang aku cari. Kaya Dunia dan Kaya Akhirat.

Mahu bersama-samaku? Memanfaatkan 9/10 rezeki yang Allah janjikan?
Jom mulakan perniagaan anda hari ini. Bimbingan akan di berikan. Sama-sama berganding bahu, berpimpin tangan menuju ke puncak jaya. 

Layari Cinta Health untuk keterangan lanjut. ;-)



with luv,

Thursday, January 1, 2015

Beading class



Alhamdulillah.
Beading class hari ini melibatkan 8 orang pelajar. 
Bertempat di Smart Skill Training Centre.

Tekun anak murid menjahit manik.

Nampak tak ketekunan mereka?



Class hari ini ada seorang jejaka. Muda lagi. Baru tamat Diploma di IPTA terus memilih untuk berniaga sendiri. Menjadikan rumah sebagai butik sementara beliau. Impress. Anak muda berjiwa kental. Siapa kata anak muda tiada wawasan? Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Sesiapa yang berminat untuk kelas manik, bolehlah call Smart Skill Training Centre atau yang inginka personal coaching, jom borak-borak, kita bincang.



with luv,

Tuesday, September 9, 2014

Promosi Mealshake



Promosi mealshake yang terlajak laris.
Dengan setiap pembelian 3 tong dapat PERCUMA 1 tong. Memang penjimatan yang berganda. 4 tong banyak sangat? Mudah jer.... Kalo korang berminat, pakat-pakat share dengan kawan-kawan ke sedara-mara ke dah boleh dapat harga promosi. Nak lagi jimat, join jadik ahli terus dapat penjimatan lebih RM 40 satu tong. Banyakkan jimatnya... Bayangkan kalau 4 tong tu dah berapa? 

Ok, promosi harga terlajak laris hanya untuk bulan September dan Oktober sahaja. Knowing Shaklee ni, kalau produk-produk yang terlajak laris boleh sampai out of stock di gudang... Nak tunggu out of stock? 

Oh, btw, sila dapatkan Mealshake ni dari agen Shaklee yang berpengetahuan yer. Untuk dapatkan konsultasi terbaik. Bukan apa, ada yang beli dari agen yang tak berapa mahir tentang produk lepas tu tak boleh consult customer.... So korang jugak yang rugi kan... ;-)

Apalagi? Bertindaklah sekarang! Fast Action, Fast Result!




with luv,

Monday, March 17, 2014

HARGA PROMOSI : {Supplemen Protein Terhangat}



{Supplemen Protein Terhangat}
Promosi sah sehingga 31 March 2014.

Sumber protein yang TERHANGAT ini adalah keluaran Shaklee Malaysia.

Kenapa TERHANGAT?
Sebab ketika promosi pada tahun 2012, gudang Shaklee Malaysia terpaksa restock berkali-kali!!

Tidak ada keraguan pada sijil HALAL dan KKM. PASTI.

Nak lagi BESTTTT....
Bulan ini ada PROMOSI iaitu beli 6 tong PERCUMA 1 tong !!

#PERCUMA 1 TONG (worth RM 150)
#PERCUMA Lifetime Membership (worth RM 65)
#PERCUMA Konsultasi
#PERCUMA Group Coaching di secret group kami.
#BONUS RM 36
#COD area Taman Melati, Taman Melewati, Wangsa Maju, Wangsa Melewati, Keramat, Ampang dan Gombak.

Yang nak mendapatkan harga BORONG 6+1 sila PM  SEKARANG!!!

Nak tahu details pasal ESP boleh klik sini, sini, sini  dan sini.


012 3917458 - Raiza

Cinta Health

with luv,

Monday, October 7, 2013

Lebih banyak yang kita beri, lebih banyak yang kita akan terima...


Alhamdulillah.
Satu ungkapan yang sangat besar maknanya. Masakan tidak, hanya dengan sedikit bantuan, dapat memudahkan insan lain itu cukup membahagiakan.


Sedikit pengalaman dari member baru lepas bersalin menggunakan set berpantang Shaklee. Nampak serasi dengan beliau. ALhamdulillah. Dapat juga berkongsi tentang kelebihan supplement terhadap tubuh badan. 

Nak tahu lebih lanjut bolehlah ke cinta-health . Banyak info di situ. Jom amalkan gaya hidup sihat. 



with luv,

Thursday, September 8, 2011

Alhamdulillah...menggapai bintang...







Syukur kehadrat Illahi, wishlist 2011 telah pun selamat dimiliki. Tanpa disangka2 Allah mempermudahkan cara. Sungguh, andai rezeki itu milik kita pasti ianya datang tanpa sebarang halangan.




Wishlist 2011
Memory Craft 350E
Mesin Sulaman Bergaya Profesional 
Checkmate!




Inilah wishlist 2011 saya yang lepas. Masa set wishlist nih memang tak aspect apa pun. Maklumlah, dengan harga yang sebegitu rupa hanya boleh berangan jer la kan.. Tapi Alhamdulillah, sudah rezeki ai tahun nih.


Dengan rasminya saya memiliki mesin sulam idaman kalbu ini ialah beberapa minggu sebelum ramadhan menjengah. Kalau tak silap sekitar minggu ke 2 bulan July tempoh hari tapi x sempat nak update blog sebab bz ya amat. Dapat jer mesin, kena complete 10 hari course teknik menyulam. Sempat jugaklah siap sulam tuala, pencil case, baju kebaya, butterfly organza, telekung (x siap lagi) dan ada lagi projek x sempat complete. Kene sambung pas raya nih.


Saya ambil full pakej HBB - Home Based Business dan tambahan pakej AKU - Ahli Kelab Usahawan. So bulan puasa tempoh hari sempat la ambil tempahan menyulam. Tapi tak la banyak sangat sebab tak berapa expert lagik kan. Tapi alhamdulillah, customer yg tempah tu puas hati.  


Nothing much to say, just Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Amin.




Wishlist 2010

Harmony 2049 
All In One
Checkmate!








p/s: so wishlist 2012 telahpun di setkan. Dapat atau tidak, bergantung kepada perancangan Allah s.w.t. Mudah²an dimakbulkan insyallah.




with luv,

Thursday, August 25, 2011

kepek oh kepek

As salam,


Lama tak update n3 diari kan. Ok ni ialah weekend yang lepas. Sesi pulang ke kampung. Tapi bukan untuk beraya yer. Ini adalah sesi mengambil kerepek tempahan customer. ;-)


Seperti tahun² yang lepas, tiap kali time raya ai memang bisnes kerepek. Kerepek ni mak cik ai yang buat. Homemade gitu. Tapi this year ai tak ambik banyak pon. Yang order sumernya regular customer. Kalo nak ikutkan ai malas nak bisnes kerepek tahun ni maklumlah bz ngan menjaet. haha. Tapi sebab regular customer nak jugak so terpaksa la buat jugak. This year ai sekadar ambik total 20 kg jer. Kira muatla satu bonet kete. Ai pernah ambik almost 100kg sampai tak muat kete yer. Terpaksa susun kat bawah kusi bagai. hehehe. Ni pengalaman bisnes kerepek la.. 


Dari umah kitorg gerak kul 8.30 am. Isi minyak jap then terus ke Templer. This time nak ikut LATAR Expressway lak. Maklumlah LATAR free sampai 31 Aug kan. Gunakanlah kemudahan yang ada di samping nak budget time. Dari umah ai ke LATAR adalah 20 min. Dari LATAR ke Kuala Selangor adik bawak 11 min. Sampai Sg. Besar dalam sejam setengah. Awal la jugak plus jalan tak jam dan yang paling penting tak ikut jalan yang corner² cam ular kena palu tuh kan. hehhehe. Total sampai my hometown adalah 2 jam which is jimat 30 min dari laluan biasa (Ni kalo x jam la).


 Ok, mulakan perjalanan dengan bismillah...
Oh, kali ni ai bawak supir adik cum driver. hehhe


 Rilek ar dik, jangan stress. Singgah kejap jek Sg. Besar nih.
Sejap tak sejap dekat 40 min jugak la ai singgah kedai 2Ply nih.
2Ply ni kedai barang² kek yer. Dan brg² agak murah compare tuh kl.
Bayangkan coklat Beryl's kat sini 1kg cuma RM13.80 tp kat kl RM 16.90 1kg.




Kenapa ada gambar benda nih?
Ai x tau namanya apa tapi ai panggil bumper car jer la.


 Nampak tak muka bajet zaman kanak²? hehhe


 Best okey naik bumper car nih. Dah lah jalan sendiri. 
Siap boleh langgar² lagik. hehhehe


 Ok now kiter citer pasal kepek.
Ni sesi nak menambah order la nih.
Yang berbunjut² nih la ai punya order yer.



 Ni jer stok yang tinggal. Sib baik ai sempat ambik yg ai punya.


 Accountant tengah bukak bill nih.



 All my order.


Eh tahun nih ada kuih raya lah. This year first time mak cik ai supply kuih raya sbb my cousin ada tolong buat. Baguslah, bisnes semakin berkembang nampaknya.




Ai gerak balik ke KL kul 2.30 pm and sampai KL arround 5 pm. Balik pon ikut LATAR jugak. Okla kot nak ikut LATAR nih. Cepat sampai Kuala Selangor and boleh skip jalan yg macam ular kene palu tuh.




with luv,

Thursday, August 5, 2010

[Chocolate Order] Open for order ....

Salam,

Tempahan Chocolate untuk Raya Aidilfitri 2010... Jgn segan-segan order yer..... gerenti Sedap.... Di buat dari coklat asli yg rasa macam cadbury tuh..... Tak caya? Meh tempah rasa...

Coklat Crispy - Close Up (Camnihla rupa nyer.. size nyer besar ok... )

RM 20 / box
(ada 33 biji... tak muat letak bebanyak... max quantiti leh masuk 33 jek.. huhu)

Coklat badam
Rm 12 (10 pcs)

Coklat badam
Rm 15 (12 pcs)

Coklat badam
Rm 17 (14 pcs)


Coklat badam - tiada gambar...
Rm 35 (+-50 pcs)


p/s: sesekali mencipta kelainan untuk Raya apa salahnyakan... Coklat baik untuk kesihatan tau.... :-)


with luv,

Wednesday, December 30, 2009

++ Y . E . S ++


+ SALE ! + SALE! + SALE! +
+ SALE ! + SALE! +
+ SALE ! +


Jom shopping.... 3 days ONLY!!!
| start shopping |


with luv,

Friday, December 25, 2009

++ Nurbarakah : Year End Sale ++



To all Nurbarakah Lover,



++ PROMOSI ++ PROMOSI ++ PROMOSI ++
++ PROMOSI ++ PROMOSI ++
++ PROMOSI ++

further info here......

HURRY UP , WHILE STOCK LAST!!!

* Promotion Ends @ Dec 31st 2009 *