Showing posts with label MyClass. Show all posts
Showing posts with label MyClass. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

Kelas Beg bersama Zila Kasim



Kelas menjahit beg bersama Zila Kasim. 
Dah lama plan nak attend this class since last year lagi. Tapi masa seolah² tak mengizinkannya. Penangguhan demi penangguhan terpaksa di lakukan. But finally dapat juga menyertai kelas ini this year setelah hampir setahun menangguhkannya.

Kali ni kak Zila buat kat Ampang so dekatlah sikit. Actually Kak Zila ajak gi JB this week tapi aku adalah malas. Haha. Teringin jugak nak join sebenarnya tapi macam penat. This weekend nak stay kat umah jer menyiapkan course manik yang harus di disiapkan within a month tu. Belajar secara homebased ni haruslah bijak menyusun masa.

Di akhir-akhir kelas. Aku sambung buat beg Wave. So sedikit tertekan di sini sebab orang lain dah dok kemas-kemas barang nak balik. Tapi puas sebab akhirnya tahu juga macam mana nak jahit zip untuk Beg Wave tu.

 Beg Hexagon.
Inilah projek utama hari ini. Cantik fabrik ni. Ai loike!
Nampak cam senang jer jahit beg ni tapi rupanya ada jugak tricky part.. 
Nasib baik berguru. Tidaklah sesat jalan. huhu.

Student yang beli mesin NV 950 dengan Kak Zila dapat free class menggunakan mesen. So diorang berjaya menyiapkan tote beg yang bersulam menggunakan mesin sulam mereka.


Antara geng menjahit hari ini. Yang pegang beg Wave ni ialah bekas staff nurse yang baru berhenti kerja tahun lepas dan fokus dalam bidang jahitan. Mempunyai 7 jenis mesin jahit. Oh, impress daku di sini. Aku ada 2 mesin je pon dah cukup bangga. Muhahaha.. dan pendapatan beliau mencecah ribuan ringgit sebulan sama seperti berkerja dahulu tetapi masa beliau banyak di habiskan di rumah. Tak payah dah sibuk² meredah jam untuk ke tempat kerja. Di samping menguruskan rumahtangga dan anak-anak, beliau mampu menjana pendapatan yang agak lumayan. Bilakah masanya aku nak ada kekuatan cam ni? haha.....

Kak Zila pon jenis guru yang tak lokek memberi ilmu. Love u la sis. 

2 hari yang sangat bermakna. 
Mengenali insan-insan dan teman-teman baru yang berkongsi hobi yang sama dan membina jaringan yang baru.
*happy*lompatbintangdoplokali*


Nota kaki: Mood menjahit membara-bara kembali.




with luv,

Wednesday, February 20, 2013

Beading class bersama RJ



Last weekend adalah hujung minggu yang padat. Sabtu dan Ahad yang di penuhi dengan sesi belajar...belajar... dan belajar.... Ilmu harus di gali. Alhamdulillah, akhirnya kehidupan kembali normal selepas melalui fasa-fasa ujian dan kemurungan. Momentum kembali jitu seperti dahulu. Masa semakin tersusun mengikut jadual-jadual kerja yang baru dan emosi kembali stabil.

Di mulakan dengan kelas pertama untuk tahun 2013 adalah berkisar tentang dunia manik. Tahun ini harus lebih fokus dan berkerja keras. Mudah-mudahan ada kejayaan yang menanti tahun ini.
Kelas manik bersama Pn. Rosita Jaafar. Antara pioneer dalam dunia beading. Juga penulis buku. Oh, aku adalah salah seorang penggemar buku-buku beliau. 

Guru sejati ialah guru yang tidak lokek ilmu dan inilah RJ yang aku kenali. 

Sedang menunjukkan hasil-hasil jahitan pelajar-pelajar beliau. Cantik dan mengagumkan.

Gigih membuat lakaran. Ok, selama ni aku main belasah je design apa yg ada dalam kepala. Now, RJ tekankan untuk lebih sistematik. Harus tahu lakaran apa yang di kehendaki, jenis jahitan dan warna apa yang menjadi pilihan. Baru cari manik untuk mengelakkan pembaziran.

Hasil selepas seharian berguru dengan RJ. Tapi tak cukup sebenarnya sehari masa untuk berguru. Ok, will meet u again RJ, insyaallah.

Balkis antara beaders yang hadir. Dah pernah berguru dengan anak-anak murid RJ. Kali ni berguru terus dengan sifunya. 

Akak ni datang dari JB semata-mata ingin berguru. Gigih kan. Muhasabah seketika. Orang yang jauh sanggup datang untuk menuntut ilmu, aku yang tak berapa nak jauh ni masih berkira-kira ingin mencari ilmu. Oh... insaf!

Satu-satunya kumbang yang ada datang dari Butterworth. Sanggup drive malamnya dan tiba di KL subuh terus attend this class. After class terus pulang ke Butterworth. Oh, sungguh menginsafkan. Betapa banyak kemudahan yang Allah berikan ada di depan mata tapi masih bersungut lagi. *muhasabah*

Alhamdulillah...
Class berakhir dengan jayanya. Will meet again RJ untuk menuntut ilmu lagi. Ada banyak planning untuk tahun ini. Yang pertamanya certificate sebagai pengiktirafan. Go with the flow.

So now adalah bz completekan course untuk dapat certificate pengiktirafan.
Mudah²an ada sinar di jalan ini. caiyok!!



Nota kaki : Sumber pic adalah dr FB Azean.


with luv,

Tuesday, May 10, 2011

Hair Clip Felt with Chomel Craft ...

As salam,


Last weekend memang penuh jadual ai dengan class. Start with Kelas Asas Manik pada hari Sabtu dan diikuti kelas felt pada hari Ahad. Jadual asal Felt ni hari Sabtu sbnarnya. Oh ai sudah frust time nih tapi gigihkan jugak mendaftar. Manalah tau ada rezki ai berjumpa dengan sifu² craft nih kan. Tanpa berlengah ai terus email Sr. Watie yang organize event nih. Oh yer, ai tau class ni melalui blog TiniHani. Seminggu ai tunggu tak de sebarang status. Oh hati sudah sedey, mungkin memang tiada rezeki. Tak pe lah... Dalam hati berkata²..


Tiba² hari Rabu dapat sms yang mengatakan saya terpilih untuk attend class nih. Hati mula berbunga-bunga. Tambahan pulak tarikhnya 8 May. Oh, selamat di sini. Tidak clash dengan kelas manikku. Cuma satu yang bermain di fikiran, kelas di adakan di Shah Alam. S.A? Oh saya tidak tahu ke sana.... Minda mula berputar, cam ne nak pegi nih? Mujur adik saya masih bercuti. Boleh mintak dier tunjukkan jalan. Alhamdulillah, kalau sudah rezeki memang di permudahkan olehNya. 


Finally, dapat jugak saya attend kelas nih dan jumpa Kak Azza dari chomel craft.
B4 nih berurusan melalui internet jer. 
Chomel Craft adalah antara Malaysian crafter yg menjadi inspirasi saya.


 Nampak tak bunga kat tudung saya. Selain dari kegunaannya sebagai hair clip boleh juga dipelbagaikan menjadi clip tudung. ;-)
yang penting, bijak & creatif.


 Kakak baju merah ni sampai sama dengan saya. Mujur tak sesat. 


Gigih memotong felt untuk buat cup cake. 
Tetiba miezam ckp, "eh, cam dah biasa jer... " 
hehhehe.. alaaa... saya budak baru belajar jer. Miezam ni pon crafter jugak. Sangat creative yer. Boleh terjah blog dier pulak. 
Apa yang boleh saya concludekan..... Sangat happy dapat attend class nih. Yang lebih happy dapat face to face dengan sifu² crafter.


Nih la hasilnya. Comel jek. se'chomel ' tagline Chomel Craft. hehhehe


Tak sabar nak tunggu kelas modul 2 , 3 & 4.
Modul 2 : 22 May --- Felt Hair Clip
Modul 3 & 4 : 18 Jun --- Felt T-shirt & Keychain








with luv,

Friday, April 22, 2011

Bengkel Jahitan Manik

As salam,

Oh dah hampir 2 minggu x update blog. Sangatlah malas nak meng-resize gambar² yg ada.. huhu.. Ok la, pelan² ok... Ada banyak story nak tepek sini tapi penyakit 'M' sangatlah berleluasa. Telah menyerang dan mendominasi segala saraf dan sendi. Oh alahai... 

Ok, let's begin with this workshop. Kejadian berlaku adalah hari sabtu yang lepas. Bengkel Jahitan Asas Manik di Smart Skill Training Centre, Wangsa Maju. Kelas kali nih di hadiri oleh 7 peserta. Setiap kali kelas manik musti enjoy sbb boleh share knowledge. Ai suker berkongsi something yg ai suker buat. Dan yang paling best bila audience pon suke nak tau... Seperti interaksi 2 hala. X der la ai bebel sorang² kan.. hehhe..

Apa² pun jom tengok gambar ketika bengkel berlangsung.

 Daripada 7 org, hanya 3 yg ai ingat namanya... 
oh, banyak makan semut. hehehe.

 Semua pon menunduk jer yer.
Sila duduk dalam posisi yang betul yer pelajar².

 Cam nih la.. Relaxkan badan. Jangan kasik stress pada tulang belakang.
Nak menjahit manik ni ambik masa lama so posisi duduk kena betul.

 Sebahagian dari my collection.

Suka color benang² nih. So colourful.

Gambar hanyalah sebahagian shj. Untuk koleksi penuh, silalah ke FB Pusat Latihan Smart skill ... ;-)



p/s: hari ni ai buat kelas membuat coklat kat my opis utk staff² pompuan. see i told u already. Ai like to share something that ai really like.. ngeh ngeh ngeh...



with luv,

Sunday, August 9, 2009

++ Kelas Asas Jahitan Manik ++

Suasana ketika kelas menjahit manik.


KELAS MANIK
akan di adakan pada 15 Aug. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi Smart Skill untuk pendaftaran!! Jom jahit manik....

Daftar Sekarang!!




with luv,

Tuesday, May 26, 2009

++ Kelas Coklat ++

Last saturday me attend kelas membuat coklat bersama dengan my sis. Memang teruja nak join kelas coklat nih sebab me memang suker sangat makan coklat especially Ferero Roche mmg favorite sangat. Tapi dah lama me tak makan coklat konon² nak menjaga kesihatan. Nak kurangkan gula dalam darah tapi memang tak boleh tahan dengan penangan coklat ni kan.

Jom layan coklat. Raya akan datang nih boleh start bisnes coklat pulak nampaknya. hehe...


Coklat Lollipop dan truffle. Nih nak susun coklat masuk dlm tupperware.


Sila lihat susunan tupperware di sebelah kanan tuh. Nasib baik muat² jer tupperware yg di bawa. Memula kuarkan tupperware kecik jer, ala² malu la konon bwk tupperware besar..


Sebahagian hasil yang di bawa pulang. ( 1 tupperware jer yg bleh tunjuk. Yang lain dah selamat... huhu)



Shelled Chocolate - yg ni inti peanut dan coklat


Praline - inti seketul badam .... mmg deliciousss....


Traffles - perasa strawberry


Lollipop - sesuai utk kanak² dan birthday party.


Chocolate Bar - sesuai untuk door gift wedding

Teruja melihat coklat² di atas? Yang pastinya memang sangatlah delicious coklat² ni. Pas ni Boy tak payah beli coklat lagik, kakak dia dah pandai buat coklat. Di samping dapat menentukan tahap ke'halal'an coklat.



With luv,

Friday, May 1, 2009

++ Kelas Asas Jahitan Manik ++

Kelas Asas Jahitan Manik

Tempat : Smart Skill Training Centre, Wangsa Maju
Date : 10 May 2009
Time : 9.30 am - 5 pm (Sehingga selesai..)
Yuran : RM 150 (termasuk bahan bengkel, makan pagi, tgh hari dan minum petang)
Email : deshinecollection@yahoo.com

Makan dan minum di sediakan!!

Antara modul pembelajaran adalah :-

- Cara memilih manik
- Perbezaan antara manik, jepun, korea dan china
- Tempat untuk membeli peralatan² menjahit manik
- Cara menentukan kadar bayaran untuk mengambil tempahan
- 13 teknik asas ( pintalan, LK, tali air, piramid, pucuk rebung dll.... )
- Percuma design 1:1 untuk lengan dan teknik yang digunakan untuk design ini. (harga biasa utk tempahan design nih sekitar RM 60++ untuk lengan shj)


Antara kit yang akan di bawa pulang :-

- Jarum
- Pelbagai jenis manik & labuci
- Kain
- Benang


++ Kelas Asas Jahitan Manik - notice ++

........ PEMBERITAHUAN ........

Next kelas untuk jahitan manik adalah 10 May 2009 hari ahad. Bagi sesiapa yang ingin menyertai kelas ni, sila email aku at deshinecollection@yahoo.com secepat mungkin untuk pengesahan tempat. Yuran RM 150 dan diskaun 10% bagi sesiapa yang datang secara berkumpulan. Tak perlu ramai, datang berdua juga layak untuk mendapat diskaun ini. So, apa tunggu lagi? Jom sertai sekarang!!



Monday, April 20, 2009

++ Kelas Asas Jahitan Manik ++







Date : 19 Apr 2009
Tempat : Smart Skill Training Centre
Acara : Kelas asas jahitan manik

Ini adalah kelas pertama yang aku ajar. Alhamdulillah. Student tak ramai, hanya 3 org dan aku pon sangatlah enjoy mengajar mereka ni sebab aku sangat sukakan manik.. So, sesiapa yang ingin mengikuti kelas ni di lain siaran bolehlah inform aku yer.

Antara modul pembelajaran adalah :-
  • Cara memilih manik
  • Perbezaan antara manik, jepun, korea dan china
  • Tempat untuk membeli peralatan² menjahit manik
  • Cara menentukan kadar bayaran untuk mengambil tempahan
  • 13 teknik asas ( pintalan, LK, tali air, piramid, pucuk rebung dll.... )
  • Percuma design 1:1 untuk lengan dan teknik yang digunakan untuk design ini. (harga biasa utk tempahan design nih sekitar RM 60++ untuk lengan shj)

++ Sulam Bunga Reben ++

Tarikh : 18 Apr 2009
Tempat : Smart Skill Training Centre, Wangsa Maju
Acara : Kelas Sulam Bunga Reben.

Lihatlah ketekunanku menghadiri kelas nih. Still dlm mood bunga reben. Seronok attend kelas ni. Rupanya takderla susah sangat nak buat bunga reben nih. Cuma kena kreatif skit. Sure boleh buat punya.
Oh.. aku nak pergi mencari kain utk di sulam.. harus....


inilah Kit yang di sediakan oleh training centre dan juga hasil sulaman rebenku.


Hasil sblom siap....


ketekunanku...



with Luv,