Wednesday, February 20, 2013

Beading class bersama RJ



Last weekend adalah hujung minggu yang padat. Sabtu dan Ahad yang di penuhi dengan sesi belajar...belajar... dan belajar.... Ilmu harus di gali. Alhamdulillah, akhirnya kehidupan kembali normal selepas melalui fasa-fasa ujian dan kemurungan. Momentum kembali jitu seperti dahulu. Masa semakin tersusun mengikut jadual-jadual kerja yang baru dan emosi kembali stabil.

Di mulakan dengan kelas pertama untuk tahun 2013 adalah berkisar tentang dunia manik. Tahun ini harus lebih fokus dan berkerja keras. Mudah-mudahan ada kejayaan yang menanti tahun ini.
Kelas manik bersama Pn. Rosita Jaafar. Antara pioneer dalam dunia beading. Juga penulis buku. Oh, aku adalah salah seorang penggemar buku-buku beliau. 

Guru sejati ialah guru yang tidak lokek ilmu dan inilah RJ yang aku kenali. 

Sedang menunjukkan hasil-hasil jahitan pelajar-pelajar beliau. Cantik dan mengagumkan.

Gigih membuat lakaran. Ok, selama ni aku main belasah je design apa yg ada dalam kepala. Now, RJ tekankan untuk lebih sistematik. Harus tahu lakaran apa yang di kehendaki, jenis jahitan dan warna apa yang menjadi pilihan. Baru cari manik untuk mengelakkan pembaziran.

Hasil selepas seharian berguru dengan RJ. Tapi tak cukup sebenarnya sehari masa untuk berguru. Ok, will meet u again RJ, insyaallah.

Balkis antara beaders yang hadir. Dah pernah berguru dengan anak-anak murid RJ. Kali ni berguru terus dengan sifunya. 

Akak ni datang dari JB semata-mata ingin berguru. Gigih kan. Muhasabah seketika. Orang yang jauh sanggup datang untuk menuntut ilmu, aku yang tak berapa nak jauh ni masih berkira-kira ingin mencari ilmu. Oh... insaf!

Satu-satunya kumbang yang ada datang dari Butterworth. Sanggup drive malamnya dan tiba di KL subuh terus attend this class. After class terus pulang ke Butterworth. Oh, sungguh menginsafkan. Betapa banyak kemudahan yang Allah berikan ada di depan mata tapi masih bersungut lagi. *muhasabah*

Alhamdulillah...
Class berakhir dengan jayanya. Will meet again RJ untuk menuntut ilmu lagi. Ada banyak planning untuk tahun ini. Yang pertamanya certificate sebagai pengiktirafan. Go with the flow.

So now adalah bz completekan course untuk dapat certificate pengiktirafan.
Mudah²an ada sinar di jalan ini. caiyok!!



Nota kaki : Sumber pic adalah dr FB Azean.


with luv,

No comments:

Post a Comment