Showing posts with label MyShopping. Show all posts
Showing posts with label MyShopping. Show all posts

Monday, March 28, 2016

Tiba-tiba suka minum air halia.



Smalam aku ke Jusco Wangsa Maju untuk membeli toiletries yang dah habis. Asalnya nak ke AEON Big yang dulunya dikenali sebagai Carrefour Wangsa Maju sebab destinasi seterusnya ialah ke butik Nurbarakah mengambil stok. Memikirkan yang parking agak payah di Carrefour, maka destinasi di tukar ke Jusco.

Selesai membeli keperluan, aku singgah ke ruang pameran IKS yang sedang berlangsung di Jusco. Aku suka ke pameran IKS sebab boleh jumpa pelbagai variasi produk tempatan. Kalau bukan kita yang sokong produk tempatan, siapa lagi kan?

Dalam banyak-banyak produk, aku paling tertarik dengan serbuk halia ni. Di datangkan dengan 3 perasa. Yang asli, campuran madu Dan kopi halia. Aku memang suka minum air halia ni. Sejak-sejak rajin ke spa... Huhu. Maklumlah, Kat spa kan dorang mesti akan bagi minum air halia ataupun air teh serai. Dua-dua ni aku suka tapi paling suka air halia.

Dari ketiga-tiga rasa mestilah aku suka yang asli. Yang tiada campuran. Sebotol Halia O ni RM 15 harga biasa tapi di sini harganya hanya RM 12 sebotol Dan pakej 2 botol RM 20. So apalagi, aku rembatlah 2 botol. Senang, boleh letak di rumah sebotol, di office sebotol. Ni baru betul nak kempiskan perut. Hehehee...

Serius sedap weh halia O ni. Manisnya cukup. Oh, btw halia O ni tidak ada gula tapi dah cukup manis dengan campuran glucose katanya. Segelas air di campur dengan sesudu besar serbuk halia O memang maveles. Boleh ulang2 minum. Punyala sedap. Ahak.

Antara produk keluarkan Musyrif ni :
1. Halia O
2. Halia Madu
3. Halia Kacip Fatimah & Manjakani
4. Halia Tongkat Ali
5. Kopi 0 Halia

Harganya dalam range RM 15 - RM 19 sebotol.

Jom tengok khasiat halia ni. Banyak tau khasiat halia ni..

**********
Sumber : http://www.khasiatherba.com/herba/khasiat-halia.html

Sunnah Nabi Muhammad s.a.w Kelebihan Dan Khasiat Halia(Zanjabil)
Allah s.w.t berfirman, “Dan mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari Zanjabil.” (Surah Al-Insan : 17).

Rupa-rupanya air halia ini merupakan minuman syurga. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit khasiat halia yang kurang saya gemari jika dibuat air, tapi paling saya suka gunakan dalam masakan harian.
Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium,fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, Bdan C, lemak dan asid organik.
Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angindalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri,asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan darah haid berbau hamis.
Halia ini bersifat panas jika kita amati dan juga lembap. Halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan, melembutkan dinding perut, membuka hati yang tersumbat akibat hawa dingin dan lembap. Halia juga meningkatkan kekuatan seks dan mengatasi angin duduk yang berlaku pada usus dan perut.


Khasiat Halia

1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal. 
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.
2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan
Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loyayang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.
3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.
Ginger meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzimHal ini dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.
4. Pencegahan Demam dan Selesema. 
Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari
5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.
Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkansakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen
6. Mencegah Barah Usus. 
Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanserkolorektal/ Usus.
7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan. 
Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.
8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa. 
Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa sepertibatuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.
9. Rawatan Kanser ovari. 
Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-selkanser ovari.
10. Menguatkan imuniti. 
Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.
11. Mengurangkan Morning Sickness. 
Halia berjaya mengatasi kes morning sickness dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.



with luv,

Sunday, March 30, 2014

My new skincare ... Nutriwhite


Assalammualaikum w.b.t,

Hari ni nak citer pasal skincare yang aku gunakan sekarang ni. Kenapa aku bertukar skincare dan apa rasionalnya....

Dalam n3 skincare sebelum ni memang aku dah bagitahu aku pakai Bio Essence. Boleh baca citer kat sini. Maksudnya, sebelum aku bertukar ke Nutriwhite, skincare terakhir yang aku gunakan ialah Bio Essence. Sebelum Bio Essence aku guna Nutox. Juga boleh baca di sini. Dan b4 that aku guna Dermedex. Yang akhirnya membawa kepada misi mencari skincare.

Sejarah Skincare Aku.
Aku ni jenis yang suka bertukar-tukar skincare ke? Jawapannya ialah TIDAK. Kalau ikut kronologinya, aku guna Dermedex January 2010. Hanya sekitar November 2011 baru aku bertukar kepada Nutox. Manakala Bio Essence aku mula guna bulan December 2012. Dan skincare terbaru aku NUTRIWHITE aku mula gunakan pada January 2014.  That means dah almost 4 bulan aku guna skincare yang baru ni. 

Kenapa aku bertukar kepada NUTRIWHITE?
Sejak misi pencarian Nutox lagi aku cuba mencari produk-produk yang natural based. Cuba untuk kurangkan kadar pengambilan chemical pada kulit. 

Sebab utama ialah aku Distributor sah Shaklee. Of course la aku kena cuba dahulu. Kalau ok baru yakin nak share dengan orang lain yang sedang mencari-cari produk skincare. 

Sebab kedua ialah kerana ia berasaskan sumber alam semulajadi. Gabungan 16 ramuan botani yang mujarab. Nak tahu detail tumbuhan semulajadi yang terdapat di dalam Nutriwhite ni boleh baca sini yer.

Sebab ketiga ialah kerana ia disempurnakan dengan sains. Apa maksudnya? Ianya telah di uji secara klinikal. Nutriwhite ni dibangunkan oleh saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika. Bertindak dengan 5 cara iaitu :-
  • Menghalang
  • Mengurangkan
  • Menyekat
  • Mencerah
  • Memperbaharui

Kalau dulu aku insist nak mencerahkan kulit sekarang tak lagi. Aku lebih suka cerah secara semulajadi. Untuk apa mengganggu pembentukan lapisan kulit. Kerana risikonya ialah Kanser kulit!. Yer, KANSER KULIT. So, now aku memang go for natural based. Yakin dan selamat. ;-)

Apakah kesan setelah aku pakai Nutriwhite ni?
Apa yang boleh aku katakan ialah kulit aku semakin licin. Kalau sebelum ni kulit aku jenis kering dan cepat menggelupas terutamanya keadaan office aku yang beraircond. Memang sangat membantu. Aku tak perlukan extra moisturizer lagi sejak aku pakai Nutriwhite ni. Di samping aku menjaga pemakanan aku. Maksudnya aku jaga dari dalam ke luar....

Aku suka Nutriwhite terutamanya serum sebab buat kulit aku moist.... Kalau setakat di rumah aku tak payah pakai moisturizer lagi. Cukup mencuci, penyegar dan serum. Jimat. Oh ya, boleh di katakan aku menggunakan set regime yang agak lengkap untuk kegunaan harian. Iaitu, mencuci, menyegar dan melembap.


  1. Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser
  2. Nutriwhite Soothing Radiance Whitening Softener
  3. Nutriwhite Daily Defense Whitening Essence
  4. Nutriwhite Daytime Whitening Lotion
  5. Nutriwhite Overnight Renewal Whitening Cream


Berapakah kosnya? Aku tahu ini bab yang paling penting. Aku pun sebelum mencuba any produk memang kos adalah faktor yang paling penting sekali.

Gentle Deep Foaming Cleanser
Harga runcit : RM 119
150 ml

Wow! jangan panik yer. RM 119 nampak macam mahal tapi hakikatnya satu tube ini boleh bertahan lebih setahun lamanya mengikut pengguna-pengguna sebelum ini. Kenapa boleh sampai setahun? Sebab sekali cucian hanya perlukan 'secoet' je. Serius aku tak tipu. Memang pakai sikit sangat. Aku yang dah pakai almost 4 bulan ni pun suku tak habis lagi. So berapakah kos sebulan agaknya? RM 119/12 = RM 9.90. Tak sampai RM 10 pon. 

Soothing Radiance Whitening Softener
Harga runcit : RM 138
150 ml

Yang ini ialah penyegar yang berfungsi untuk mengembalikan kulit kepada pH yang seimbang. Bertindak menyegarkan, mencerah dan menegangkan kulit. Yang ni boleh bertahan sehingga 6 bulan. Atau mungkin lebih. Kenapa? Sebab aku punya banyak lagi. Masih ada separuh lagi walau penggunaan telah mencecah ke bulan ke empat. Dan selalunya aku pakai banyak-banyak sebab botolnya besar. Haha. Mesti lambat habiskan. Tapi tak lah aku membazir. Sekadar boleh tepek-tepek kat muka dengan leher. Memang lembab dan menyegarkan sangat. Aku perlukan penyegar ni sebab kulit aku kering. Penyegar ni berfungsi untuk melembabkan sedikit kulit dengan erti kata lain mengembalikan kulit pada pH yang seimbang. Kos sebulan lebih kurang RM 138/6=RM 11.50. 

Daily Defense Whitening Essence
Harga runcit : RM 231
30 ml

Wow! Harganya. Untuk pengetahuan harga serum memang mahal. Apa jenama sekalipun memang harganya mahal. Serum yang paling murah aku pernah pakai ialah Nutox yang berharga lebih kurang RM 60++. Manakala Bio Essence RM 75++. Demedex aku pernah pakai harga mencecah RM 300++. Tapi of courselah kesannya berbeza kan. U get what u pay lah.. tapi Nutriwhite serum ni kesannya lebih better dari Dermedex dulu walaupun harganya lebih murah... ;-) 
Serum ni optional je tapi sebab aku memang suka pakai serum so aku masukkan dalam regime penjagaan kulit aku. 30 ml nampak sikit. Dan botol pun kecik je. Tapi kan.... aku dah pakai nak dekat 4 bulan masih belum habis ok. Aku estimate boleh bertahan sehingga ke bulan ke lima atau mungkin sehingga ke bulan ke enam. Yang ini memang aku berjimat cermat. Tak macam penyegar. Sangat psycho kan. Ahak. Kos sebulan lebih kurang RM 231 / 6 = RM 38.50

Ultimate Protection Whitening Lotion
Harga runcit : RM 200
50 ml

Ini adalah moisturizer. Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran. Cream ni yang melindungi kulit aku dari kekeringan kesan dari aircond. Memang berbeza kalau aku pakai cream ni dengan kalau aku tak pakai. Selalunya lepas solat aku malas nak pakai so kesannya memanglah ketara. Tahan sehingga 6 bulan. Tapi aku rasa mungkin mencecah 7-8 bulan baru habis. Kalau ikut perkiraan aku la. Lagipun pakai siang sahaja. Kalau serum pakai siang dan malam dan hanya 30 ml pon masih berbaki lagi walau penggunaan dah mencecah 4 bulan korang rasa logik tak boleh bertahan hingga 7-8 bulan. Nanti aku test tengok exactly berapa lama ye.. hehhehe..

Kos sebulan lebih kurang RM 200 / 6 =  RM 33

Overnight Renewal Whitening Cream
Harga runcit : RM 225
28g

  • Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
  • Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
  • Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
  • Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
  • Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri
Night cream ni boleh bertahan sehingga 6 bulan. Dan of course aku pakai boleh bertahan sehingga 8 atau 10 bulan. Kenapa? Sebab kalau aku rajin je baru aku pakai night cream ni. Kalau tak rajin, cukup sampai serum. hahahha... dasar P*****s kan.... 

Kos sebulan dalam RM 225 / 6 = RM 37.50. 

So agak-agaknya berapakah kos sebulan secara keseluruhan? Hanya RM 130.40 sebulan. Korang perasan tak aku letak harga runcit di sini. Kenapa? Sebab sebenarnya kos aku tak sampai banyak tu. Korang boleh jimat dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. Penjimatan sehingga 20% dari harga runcit. Dan berapa pulak yuran pendaftaran. Yuran pendaftaran hanya RM 65 seumur hidup. Bukan setakat Nutriwhite korang boleh beli dengan harga diskaun malah semua produk Shaklee akan dapat diskaun. Tapi..... lagi best, korang dapat FREE MEMBERSHIP kalau ambil set ni sebagai permulaan. Dapat bonus lagi di bulan berikutnya. Pernah tak korang beli skincare dapat bonus? Haaa.... ni lah bijak namanya.... Sebab ke empat kenapa aku beralih ke NUTRIWHITE. ;-) 
Nak tahu lebih detail boleh masuk blog kesihatan aku yer... Cinta Health ... Jemputlah yer.. 

Yang paling penting NUTRIWHITE best dan sangat sesuai dengan kulit aku yang extra-extra sensitif ni. Oh ye, now aku dah tak ada alergic ngan kacang lagi.... hoyeh....*lompatbintang*







with luv,

Tuesday, March 12, 2013

MOS Fashion



New online shopping for Korean Cloth Lover.


Harga sangatlah reasonable but I dont know how good the service. Ada jugak baju² yang berkenan di hati. 

Cantik!




with luv,