Showing posts with label MyFavBooks. Show all posts
Showing posts with label MyFavBooks. Show all posts

Sunday, March 23, 2014

Siapa alihkan keju saya?



Who moved my cheese?
Buku yang mengisi hujung mingguku. Sebuah buku motivasi yang di olah secara santai tetapi besar impaknya. Buku ini menceritakan tentang 2 ekor tikus dan 2 orang kerdil. Watak-watak di dalam buku ini melambangkan atau mewakili setiap kita. Siapakah kita? Yang mana satukah sikap yang mewakili kita? Bakal terjawab di dalam buku ini. Kisahnya mudah di fahami tetapi memberikan kesan yang mendalam andai dipraktik sehari-hari.

Harganya RM 29.90 berkulit tebal. Boleh di habiskan dalam masa sejam mengikut penulis tapi aku ambil masa berjam-jam. Campur tidur dan makan. Sambung tengok running man memanglah memakan masa berjam-jam untuk habiskan sebuah buku. 

Personally, aku suka buku ni. Buku ni membawa aku untuk mengenalu watak manakah yang mendominasi aku selama ini. Luckily, sejak aku berada di departme baru, seterusnya menceburkan diri dalam dunia perniagaan Shaklee menjadikan aku watak Haw. Mungkin agak lambat ingin menerima perubahan tetapi akhirnya menerima perubahan yang berlaku dan keluar dari 'comfort zone' untuk terus maju di dalam kehidupan harian. Better late than never. Tepat sekali.

Bila kita menerima perubahan dan cuba menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang berlaku, hidup lebih tenang dan gembira. Keluar dari ketakutan yang kita sendiri wujudkan di dalam diri untuk mengecapi bahagia yang menanti. Benar, apabila berada di dalam zon selesa kita jadi leka. Leka dengan keselesaan tersebut sehingga terlupa nak mempersiapkan diri dengan perubahan yang bakal berlaku. 

Apa pun, buku ini sangat sesuai untuk semua golongan. Bahasa yang mudah. Kisah yang ringkas untuk di teladani dan hasil yang besar jika di amalkan. 




with luv,

Saturday, June 1, 2013

Buku kegemaran


Diary of a Wimpy Kid

Inilah buku kegemaran Boy buat masa ini. Diary of a Wimpy Kid ni ada banyak siri. Yang paling baru rasanya The Third Wheel. Harganya RM 49.90 hard cover. Ada story di sebalik The Third Wheel ni. hehe.

Last month, Boy suruh belikan dia buku cerita bahasa inggeris. Cikgu suruh bawa ke sekolah katanya. Aku pun bawalah dia ke MPH cari buku cerita yang dia nak. Salah seorang classmate dia bawak buku Wimpy Kid ni. After a week Boy cakap lagi, buku cerita dia dah habis baca jadi cikgu suruh bawa yang lain. Mulalah dia paksa aku ke Popular nak cari buku katanya. 

Tetiba timbul idea. Ting! Aku cakap pada Boy, ok, boleh beli buku tapi macam last week juga. Kakak bagi Boy RM 30, Boy pergilah cari buku yang Boy nak. Kalau duit ada lebih masuk tabung. Sebenarnya nak memupuk minat Boy untuk menabung.

Sampai di Popular, Boy pon carilah buku yang dia nak. Aku just perhati jer gelagat dia. Aku perasan dia terus pergi ke rak buku Diary of a Wimpy Kid ni. Masa tu ada yang new collection je The Third Wheel yang berharga RM 49.90. Banyak kali dia pusing kat rak tu. Aku dok perati je. Lepas setengah jam aku tanya dia dah pilih belum buku apa nak beli. Dia kata dia nak buku Diary of a Wimpy Kid ni tapi harganya almost RM 50. 

Aku : Boy dah jumpa buku yang nak beli ke?
Boy : Dah... tapi... (muka cam sedih je)
Aku : Tapi kenapa? Beli jer la. Kan kakak dah bagi duit.
Boy : Harganya mahal. Nak dekat RM 50. Duit kita ada RM 30 je.
Aku : Dah tu.. carilah buku yang harga RM 30 je.
Boy : Dah. Tapi tak de yang kita nak.
Aku : Kalau tak ada, tak payahlah beli.. 
(Dalam hati cam.. alahai siannya dia nak buku...tapi keraskan jer hati...)
Boy : Tak pe lah kakak. Kita simpan dululah duit ni. Nanti kumpul lagi duit belanja kita. Dah cukup RM 50 nanti kita nak beli buku ni boleh?
Aku : Boleh. (waaaa... terharu plak aku dengar dia nak menabung.. )

Kalau ikut lembut hati aku, belikan je tapi sebab niat aku memang nak disiplinkan dia dan belajar menepati janji so aku tak belikan buku ni. Buat keras hati jer. Terus balik rumah. Sejak hari ni, mulalah dia menabung setiap hari secara konsisten. Tiap-tiap minggu kira tabung dah cukup belum duit. Ahak.

Bila duit dah cukup terus ajak aku gi MPH beli buku nih. Memang bukan rezeki Boy. Buku ni dah habis. Ada satu buku lagi yang dia nak, apa tah tajuknya tapi tinggal satu dan covernya pon dah rosak. So dia tak nak. Dia pilih Rodricks Rules. Aku suruh dia pilih lagi satu sebab yang ni soft cover so harganya RM 19.90 je. Suka bukan main Boy bila aku suruh dia pilih lagi satu. 

Untuk sedapkan hati Boy, dan untuk reward sebab dia konsisten menabung, aku kata pada Boy nanti aku belikan semua koleksi Diary of a Wimpy Kid yang soft cover. Soft cover jer la. Hard Cover mahal sangat. Tapi.... ada syaratnya... hehhehe... Setiap ujian bulanan mesti konsisten result especially English mesti ada improvement. Tak nak turun result. 

Yang ni Boy dah ada.

Yang ni Boy kata tak best sangat.


Yang ni Boy kata tak best sangat.

Yang ni dah order kat Book Depository. Beli online. Senang. 



Ada 5 koleksi lagi yang Boy tak ada tapi ada 2 siri yang Boy kata tak best sangat. Jadi kakak kene beli lagi 3 jer la kan? hehhee... 


with luv,

Sunday, December 23, 2012

{Bahagia Membahagiakan} Tip 2



Kadang-kadang kita terlupa apa yang ada di dalam diri kita akan terzahir persepsi luaran kita. Secara dasarnya, jika baik yang ada di dalam diri kita, maka baiklah juga yang akan keluar dari diri kita. Faktor kekuatan dalaman sangat penting kerana ianya akan mempengaruhi sikap luaran kita. Jika kita memberikan senyuman kepada orang, maka kita akan terima senyuman juga begitulah sebaliknya.

Jika kita mahukan perkara yang baik datang kepada kita, kita haruslah memberi yang baik-baik. Apa yang kita beri itulah yang kita dapat sebenarnya. Jadi, kenapa perlu mengubah orang lain untuk mengikut kehendak kita sedangkan kita sendiri tidak berubah seperti yang kita kehendaki?

Seringkali terjadi kita menyalahkan orang lain atau mencari salah orang lain untuk menutupi salah kita sendiri. Tiada salahnya muhasabah dan menerima kesilapan kerana dengan kesilapan demi kesilapan inilah yang menjadi guru paling berharga dalam kehidupan. Orang yang menerima kesilapan mereka, mempelajari dari kesilapan itulah orang yang akan berjaya. Kerana kesilapan adalah permulaan kepada satu kejayaan.

Kebanyakan manusia yang tidak berjaya di dalan kehidupan ialah manusia yang suka menyalahkan diri sendiri, merungut dan berfikiran negatif. Untuk bahagia, perlulah membetulkan paradigma dan imej diri.


Jom transformasi diri untuk lebih bahagia...



with luv,

Sunday, December 9, 2012

S.M.I.L.E




Buku motivasi dari Irma Hasmi.Agak santai teknik penyampaiannya tetapi penuh dengan isi yang ingin disampaikan. Menarik juga dijadikan bahan bacaan sebelum tdo. Nanti ai share ilmu yang ada dalam buku ni yer.

Bagi yang ingin dapatkan buku ni bley la cari kat kedai2 buku berhampiran anda.

nota kaki: makin cantik Irma bertudung. Simple je tudung dia.



with luv,

Thursday, December 6, 2012

{Bahagia Membahagiakan} Tip 1


Memberi kemaafan adalah kunci kebahagiaan 
dan ketenangan dalam hidup 
~ Prof Muhaya

Untuk mendapatkan kebahagiaan perkara yang paling utama ialah memaafkan. Ini adalah seperti apa yang Prof. Muhaya katakan di dalam seminar Bahagia Membahagiakan. Tetapi sejauh mana boleh memaafkan? Seringkali apabila sesuatu perkara yang mengguris perasaan itu berlaku, agak sukar untuk kita memaafkan. Saya sendiri mengambil masa yang sangat lama untuk memaafkan seseorang yang pernah mengguris hati. Bukan tidak mahu memaafkan tapi belum ada kekuatan untuk memaafkan ketika itu.

Berapa lama jangka masa kemaafan itu dapat diperolehi adalah bergantung sejauh mana kesungguhan seseorang untuk memohon kemaafan. Tetapi secara saintifiknya, apabila aura negative berada di dalam badan, kuasa badan menjadi lemah. Sebab itu apabila kita marah, bersedih kita akan lemah. Emosi akan mempengaruhi bahan yang dikeluarkan oleh tubuh badan.

Contoh yang paling mudah, kalau seorang anak yang demam di jaga oleh ibunya dengan kasih sayang akan cepat sembuh berbanding seorang anak yang demam di tinggalkan dengan pengasuh. Emosi tidak akan sama.

Jadi, sesukar dan sepayah mana pun kemaafan di beri, berusahalah untuk memaafkannya. Kerana, setelah kemaafan itu diberi, kita tidak akan lagi memikirkannya. Minda dan emosi akan lebih tenang seperti ungkapan, "it's none my bussiness anymore".... bunyinya agak kasar tapi hakikatnya memang begitu. Kenapa nak memikirkan sesuatu yang tidak harus difikirkan?



with luv,

Friday, June 22, 2012

Menanti lagi...


Wah ayat gitu... hahha
Sesungguhnya penantian itu memang satu penyeksaan.
Tak sabar sungguh nak menunggu ketibaannya. Macam tunggu apa jer kan. Hahaha

Yess, ini adalah koleksi buku terbaru yang ai beli.
First time membeli belah di Book Depositary. I like! Mudah lagi menyenangkan. Tak perlu paypal account. Harga pon sangatlah berpatutan di tambah dengan free shipping. So haruslah ambil peluang nih kan. 
Kalau beli kat book shop yang ada di Malaysia ni confirm harga lebih dari seratus seperti The Bag Making Bible and Amy Butler's book yang ai beli hari tu.

Terima Kasih teman² 1H1P yang berkongsi info ni. 

A bag for all reason by Lisa Lam.
Maklumat lanjut mengenai buku ni ada di sini.











with luv,

Saturday, January 14, 2012

Intan kedua

Kebutaan yang sesungguhnya adalah butanya hati.

Aku tidak mampu untuk mengetahui masa lalu dan
Aku sekarang tidak mampu untuk mengetahui
Apa yang akan terjadi pada masa mendatang.
Untuk itu, mengapa aku harus
Menyesali masa lalu atau
Merasa cemas dengan masa mendatang?


... Petikan dari buku Jangan Bersedih, Jadilah Wanita yang
Paling Bahagia... Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni.



with luv,

Friday, January 13, 2012

Intan Pertama


Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat dengan
orang-orang yang berbuat baik

Bertawakallah kepada Allah,
lalu tidurlah dengan tenang.

Mudah-mudahan Allah menyembuhkan segala rasa yang menyakitkan.
Sesungguhnya Dia Maha Pemurah kepada Makhluknya.
Dan pasti akan memberikan kurniaNya.


.... Petikan dari buku Jangan Bersedih,
Jadilah wanita yang paling bahagia. .... Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni


With luv,

Wednesday, May 18, 2011

Finally ...

 Buku ini menjadi milik saya jugak akhirnya.


Finally, selepas melalui beberapa kesukaran, ai got this book. Bukan satu tapi kedua²nya sekali (balas dendam nih.. hehhe). Actually, last friday ai ke Kinokuniya KLCC sebab MPH x de apa² status mengenai buku yg ai nak nih. Sampai Kinokuniya, SA cakap that book dah habis last month but Amy Butler's book still available kat rak. So ai pon gi la cari kat rak yg di beritahu.. Letih menyelongkar still x jumpa jugak. Akhirnya pulang dengan wajah hampa. memang frust giler lah... Apabila ai inginkan something , I'll make sure ai dapat jugak. Ni lah kelemahan ai. ahak. 


Then malam tuh ngadu kat my BFF, Kak Fiza keluh kesah di hati. Betapa frustnya ai x dapat cari buku nih. Tgh² borak ada incoming call. Ai tgk no macam area Wangsa Maju.. Yes mmg MPH Alpha Angle yg call but the best part is S.A yg call tuh cakap, "akak, buku yang akak pesan nih dah sampai. Akak masih berminat ker? Kalau akak tak nak ada customer nak.." ai like " what?! mestilah nak.. kan akak yang booking..." pergh berebut la pulak. Ahak.... 


But, finally ai got this book. Happy giler like monyet dapat bunga budak kecik dapat gula² ... hahhahhahah... Then hari ahad balik dari Epal terus gi d Curve cari buku Amy Butler's lak... Tak sanggup nak tunggu lagi. huhu.. 


After go through this book ai memang puas hati. Byk ilmu and idea. So pas ni kene start jahit bag la pulak. Kena manfaatkan kesukaran yang dihadapi ketika nak mendapatkan buku² nih.. 








with luv,

Friday, May 13, 2011

Lain yang di nanti, lain yang tiba ...

As salam,

Wah, tajuk n3 tak mau kalah tuh. Setelah berminggu mencari² buku nih di bookshop akhirnya tiba jua di muka pintu. Yes, saya beli online. Susah sangat nak cari buku nih.

Buku ni dah lama di keluarkan oleh sifu manik Rosita Jaafar. Skang memang dah susah nak dapatkan buku nih. Kebanyakan bookshop yang ai pegi sumer dah x de stock. Ai memang tau dah nak jahit tapi gatal² nak buat collection. Oh suker!

Buku nih pulak baru jer publish bulan Jan 2011 hari tuh. So skang nih RJ tengah promote training untuk sulaman manik 3D. Sedang mencari² masa yang sesuai untuk menambahkan ilmu di dada. Harus ku rentas segala halangan yang tiba... huhu.



p/s: oh The bag making bible , bilalah kau nak kunjung tiba...?



with luv,

Wednesday, May 11, 2011

Oh menci!!!



Menci tau!!! Hari ni dah 10 hari ai menanti ketibaan buku nih di MPH Alpha Angle. X de berita pon. Uish... so tadi, di sebabkan nafsu yang tak boleh menunggu lagi, ai pon call MPH Alpha Angle ... S.A tu kata x de lagik dalam stock dorg and stok kat MPH Mid Valley pon dah x der. Hanya ada satu copy sahaja di MPH JB. Boleh??? 

Adakah buku ini masih di dalam perjalanan atau .... haih la... Ok, saba... i'll wait untill this Friday... Kalo x de jugak nampaknya memang x der rezeki la kan... Terpaksa la ke Kinokuniya pulak. Awat la susah sangat nak dapat buku nih kan???




with luv,

Tuesday, May 3, 2011

Buku oh buku ...


Harga : RM 104.90 
( Nasib baik ada budget lebih bulan nih.. )


Dari PWTC ke d Curve ... Aktiviti hari ahad last week. Yes.. I'm looking for this book.Serius susah giler nak cari. Kalo tak jumpa jugak, terpaksalah beli dari amazon nih. Di sebabkan keinginan yang terlalu membuak², gigih jugak ai mencarinya... Oh, tapi masih belum dapat memilikinya. 

Memula gi cari kat PWTC. Of coz la tak jumpa kan di sebalik lautan manusia itu. So i've decided to go to Borders, d Curve. Result, Out of stock. Sedey. Tak pe, pencarian harus di teruskan. Then pergi lak MPH. Sad to say jugak, tiada copy di MPH d Curve. Hanya ada 2 copy di MPH JB & MPH Mid Valley. Dah suh s.a yg jaga counter tuh booked kan and transfer that book ke MPH Alpha Angle. Senang skit nak gi ambik. So result, tak tau lagi. S.a tuh ckp nnt dorg call untuk confirmkan copy tuh available or not. Aduhai... ai kene jugak cari buku ni sampai jumpa. Bukan senang nak simpan spent duit utk beli buku nih. Harap² dapatlah dlm this month jugak.



Ni adalah buku kedua dalam list-to-buy this year. Harganya RM 119.80. Buku ni ai terjumpa ketika mencari² The Bag Making Bible kat Borders hari tuh. Nampak cam menarik. Authornya ialah Amy Butler's yang agak glamour dalam dunia jahitan. Mungkinkah bisa menjadi hak milikku? Oh!




Nota kaki : Just receive a call from MPH s.a saying that book is available. Horayyy!! Just wait for 5-7 days to transfer to MPH Alpha Angle.... *mode*happy*excited*toinktoink*



with luv,

Wednesday, October 28, 2009

Berlian 9


Berfikiran positif dan optimislah anda

Bila suatu hari nanti semua urusan
Terlihat amat buruk, kerana hal itu
Merupakan petanda akan datangnya hari
Lain yang dekat waktunya, yang semuanya
Dipenuhi oleh kegembiraan dan keceriaan.


+++ Petikan dr buku Jangan Bersedih,
Jadilah Wanita Paling Bahagia! +++


With luv,

Friday, August 28, 2009

+ Airmata taubat adalah air yang paling suci +

Gembiralah dengan hidup ini kerana hidup ini indah dan jadikanlah ia sebagai hamparan untuk setiap kebaikan.

Allah subhanahu wa Ta'ala mencintai orang2 yang bertaubat dan orang2 yang menyucikan diri. Bahkan Allah sangat senang dengan taubatnya seorang hamba. Inilah kesenangan yang paling besar di bandingkan kesenangan seseorang yang berada di padang pasir bersama tunggangannya yang di atas punggungnya terdapat pembekalan makanan dan minumnya, tetapi kemudian tunggangan itu lari darinya sehingga dia hampir berputus asa untuk menangkapnya kembali.

...............................................................

Berfikiran positif dan optimislah anda bila suatu hari nanti semua urusan terlihat amat buruk, kerana hal itu merupakan petanda akan datangnya hari yang dekat waktunya, yang semuanya dipenuhi oleh kegembiraan dan keceriaan.



*** petikan dari buku Jangan Bersedih : Jadilah WANITA yang paling bahagia ***


with luv,

Friday, August 21, 2009

+ Perbaiki diri anda, maka Allah akan redha terhadap anda +7

Jangan berputus asa kerana putus asa adalah keingkaran. Barangkali saja dalam waktu terdekat Allah akan memberikan kelapangan.

Apakah anda pernah mendengar tentang wanita dari Juhainiyah yang tergelincir jalan hidupnya kemudian dia berzina? Lalu dia meningati Allah dan segera bertaubat kepadaNya. Dia menghadap rasulullah s.a.w agar segera dihukum rejam agar menjadi suci dari dosanya.

...........................

Akhirnya ketika wanita itu kembali kepada Rasulullah s.a.w, Rasulullah s.a.w telah memerintahkan agar wanita itu di rejam dan wanta itu mati kerana hukuman rejam tersebut. Selepas itu, beliau solat ke atas jenazahnya.

Ketika benih keimanan tumbuh dalam hati wanita tersebut dan menjadi pohon rendang yang akar-akar tertancap kuat, ia akan menampakkan kemurnian dan keyakinan yang kuat. Hal inilah yang mendorong wanita ini segera menghadap Rasulullah s.a.w untuk memohon agar dirinya di sucikan. Dan dia telah berjaya menyucikan rohnya demi menggapai redhaNya, rahmatNya dan ampunanNya.


Janganlah anda terus menerus mengeluh atau senang mengeluh!

*** petikan dari buku Jangan Bersedih : Jadilah WANITA yang paling bahagia ***


with luv,

Friday, August 14, 2009

+ Wanita ibarat bintang gemilang yang menerangi kegelapan +

Jika engkau tertimpa bencana masa, maka mohonlah pertolongan kepada Yang Maha Esa lagi Kuasa...

Bersikaplah optimis sekalipun berada di dalam amukan badai..




*** petikan dari buku Jangan Bersedih : Jadilah WANITA yang paling bahagia ***


with Luv,

Thursday, July 30, 2009

+ Bahagiakanlah hidupmu di hari ini +

Mereka tidak mengira bahawa sesudah kebaikan ada keburukan dan mereka tidak mengira bahawa keburukan itu merupakan kepastian yang tidak dapat di tawar-tawar lagi...

Seseorang yang telah mencapai kebahagiaan berkata; "hari yang indah adalah hari di mana kita menguasai dunia, dan ia tidak menguasai kita. Ia adalah hari di mana kita dapat mengendalikan syahwat dan kesenangan serta kita tidak pernah tunduk kepadanya baik secara terpaksa atau sukarela."

Berbahagialah anda dengan apa yang anda miliki dengan rasa Qanaah dan puas atas apa yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada anda. Tinggalkanlah angan-angan kosong yang tidak sesuai dengan jerih payah atau kemampuan anda.


*** petikan dari buku Jangan Bersedih : Jadilah WANITA yang paling bahagia ***



with Luv,

Thursday, July 23, 2009

+ Ingatlah akan hati yang terluka dan airmata yang membasahi pipi +

Tidakkah engkau lihat bahawa malam ini bila telah sempurna kegelapannya pasti akan datangnya pagi hari dengan cahayanya!

Jika anda telah mengetahui tabiat pengambilan dan pengembalian, pemberian dan pencegahan yang dilakukan oleh hari-hari yang anda lalui , dan bahawa hari-hari itu tidak pernah melupakan suatu anugerah yang diberikannya, melainkan ia akan kembali mengambilnya dari anda dan memang demikianlah ketentuan dan tabiat masa terhadap semua Bani Adam, baik yang tinggal di dalam istana mahupun yang tinggal di rumah sederhana. Baik bagi orang yang telah meraih puncak keberhasilannya mahupun bagi orang awam yang sederhana hidupnya. Maka rendahkanlah nada kesedihan anda dan usaplah airmata anda. Kerana bukan hanya anda yang pertama kali terkena kesan racun zaman dan musibah atas diri anda bukanlah yang pertama terjadi dalam daftar musibah dan penedritaan.


Berhentilah dari merenungi dosa, tetapi renunglah sifat yang baik sebagai penggantinya!


*** petikan dari buku Jangan Bersedih : Jadilah WANITA yang paling bahagia ***



with Luv,

Thursday, July 16, 2009

+ Wahai wanita yang tinggi kedudukannya +

Banyak perkara yang engkau hindari ternyata mendatangkan perkara yang engkau harapkan!

Wahai wanita muslimah yang jujur, wanita mukminah yang taat, jadilah seperti pohon kurma, yang jauh dari kejelekan dan tinggi yang tak terjangkau oleh kejahatan. Bila dilempar dengan batu, ia menggugurkan buahnya. Sentiasa hijau baik di musim dingin mahupun di musim panas, lagi banyak manfaatnya.

*** petikan dari buku Jangan Bersedih : Jadilah WANITA yang paling bahagia ***

p/s: Buku ini adalah buku kesayangan me selain dari buku La Tahzan! hasil tulisan Dr. `Aidh Bin `Abdullah Al-Qarni. Buku ini adalah di antara buku yang menjadi penemanku waktu itu. Kini, biarpun kesedihan itu telah berlalu, buku ini tetap menjadi penemanku yang setia...

with luv,