Friday, March 29, 2013

Diari oh diari




Sape masih ada diari skang ni? Gila lama kan zaman diari ni. Dulu pun aku ada diari masa zaman skola-skola. Setia dengan diari yang satu pastu sorok di bawah lipatan baju tak nak bagi orang baca. Haha. Nostalgia sungguh. La ni dah tak main dah diari-diari ni. Skang kita pakat taip kat blog je. Share ngan org, kalo nak sharelah kan.... Aku sendiri ada blog diari yang tidak di kongsi dengan sesiapa pun. Private and Confidential.

Mungkin sebab di lahirkan sebagai anak no 2 yang terkenal dengan kedegilannya, kekerasan hatinya, keegoannya... suka menyendirinya. Maka diarilah tempat meluahkan perasaan. Sedih, sakit, duka semuanya di luahkan di situ. Kenapa tak cerita kat kawan2? Kalau citer kan orang citer sedih mesti kene nanges kan? Kata anak no 2, tak rock la nanges depan org. hahahha... so, diarilah yang menjadi tempat melepaskan perasaan. Biasanya yang sedih-sedih dan tak best yang banyak di luahkan di situ sebab yang happy-happy dah share dengan kengkawan. Sugguh tak adilkan. ahak.

Sebab tu masa beli samsung galaxy Note tu suke sangat. Sebab ada application my diary. Agak-agak tak boleh nak online tu, luahkanlah dulu di Note sebelum transfer to private blog. Bagusnya ada diary ni, ada tempat nak meluahkan yang tidak memberi sebarang respon. So sukati ko la nak tulis apa pon kan. Ahak. Kalau luah kat org nanti tak sanggup lak nak dengar komen-komen yang menyakitkan hati. hahaha...



with luv,

Wednesday, March 27, 2013

Di keheningan malam....


Jam telah pun meninjukkan jarum pendek berada di angka 2 dan jarum panjang di angka 1. Ini bermakna dengan tepatnya waktu ketika ini ialah 2:05 am. Dan aku masih lagi berjaga. Sekembalinya dari office tadi agak keletihan. Selepas maghrib aku terlelap bersama pakaian kerja yang masih belum bertukar. Entah kenapa hari ini begitu lelah rasanya. Tidur yang lena akhirnya terganggu apabila adikku mengejut untuk dinner. Mata hanya separa terbuka saat itu. Fikiran teringat yang aku masih belum solat Isyak. Jadi harus gagahkan diri untuk bangun. Setelah berkonfrontasi dengan mata yang seolah-olah enggan berkerjasama akhirnya aku bangun apabila jam menginjak ke angka 10. Bangun dan terus mandi untuk segarkan diri. Yer, aku tahu yang tabiat mandi di malam hari tidak baik untuk kesihatan tapi bolehkah malam ini di kira berkecuali? Haha. Selesai mandi terus bersolat. Terasa segar sekali badan ketika mandi tadi apabila air yang sejuk mencecah ke kulit yang tak berapa mulus ku ini. Dan kerana kesegaran inilah aku masih berjaga saat ini.

Apakah yang ingin di lakukan saat mata tidak mahu terpejam. Minda terus merangsang anggota badan yang lain. Lebih baik aku menyulam. Fikiran mula berbicara. Anggota badan yang lain mula menjalankan arahan minda yang telah di rangsang. Maka, benang di pasang, tuala di letakkan di hoop dan proses menyulam pun bermula.

Menyiapkan tempahan sulaman.

Sementara mesin sulam menjalankan tugasnya bolehlah aku menaip di sini. Kebiasaannya apabila mood malas itu menjelma, aku akan menyulam kerana mesin sulam ini akan berkerja dengan sendirinya. Itulah seronoknya ada mesin yang boleh menyulam dengan sendirinya. 

Kesunyian yang terasa saat ini buat minda mula berfikir. Sungguh tenang sekali tanpa ada gangguan. Hanya di temani bunyi mesin yang setia menjalankan tugas. Tahun ini, aku tidak punya perancangan di bidang jahitan. Fokus lebih kepada mengupgrade skill manikku dan memperluaskan jaringan perniagaan di bidang manik. Otak mula memberikan idea yang bernas. Kenapa tidak aku menambah aset yang ada? Maksudku mesin jahit yang boleh memudahkan kerja-kerja jahit yang aku minati ini. Akal mula berkira-kira. Untuk apa menambah bilangan mesin jika hanya akan menjadi gajah putih. Benar juga. Nafsu pula memberikan alasan yang cukup bernas, bukankanlah menambah mesin yang sama fungsinya. Kan aku pernah berangan-angan ingin membeli mesin jahit tepi. Ok, idea yang menarik. Yer mesin jahit tepi. Selama ini pun, kerja-kerja menjahit bajuku seringkali tertunda apabila terpaksa menghantar jahit tepi untuk kain-kain yang telah di potong. hmmm...

Mari kita tanya pakcik google mesin apakah yang sesuai untuk aku. ok, ada 2 mesin yang aku kira bersesuaian dengan aku ketika ini.

Mesin jahit tepi Brother 3034D
RM 1299

Bernina overlock 800DL
RM 2200

Mesin jahit tepi ini sesuai untuk jahit tepi tudung dan baju. Cumanya tidak sesuai untuk jahitan cover stitch. Jika di lihat dari sudut harga nampaknya Brother memenangi carta teratas tetapi jika di lihat dari sudut ketahanan fizikal dan kesenyapan bunyi kelihatannya bernina mengungguli carta teratas. Agh.. Aku memang begini. Akan membuat perbandingan demi perbandingan untuk memiliki barang idaman lebih-lebih lagi jika harganya mencecah ribuan ringgit. 

Maklumlah, orang yang tak berapa nak ada seperti aku ni, harus bijak membuat pertimbangan. Biar menang membeli alah memakai. Di pagi yang hening ini aku membuat keputusan untuk menabung dari bulan ini sebanyak RM 130 sebulan. Jika aku konsisten mengisi tabung mesin jahit tepi, dalam masa 10 bulan bolehlah aku memiliki mesin Brother 3034 D. Ok decision made! Aku harus konsisten untuk sebuah angan-angan. caiyok!

~ 2:55 am ~

Nota kaki : ketika n3 ini habis di karang, sempatlah aku menyulam 7 helai tuala. Not bad. ;-)







with luv,

Sunday, March 24, 2013

First thing first


Utamakan yang utama!

Keinginan nak membeli external hard disk 1tb yang baru nampaknya terpaksa di tunda lagi. Semalam pergi ke Wangsa Walk nak survey printer baru sambil-sambil jeling harga external hard disk di kedai komputer yang berdekatan dengan kedai piano. Tak ingat pulak nama kedai. Harga external hard disk lebih murah dari harga sebenar pasaran. Wow! Nafsu sudah tergoda. My passport WD 1 tb harga pasaran RM 299 tapi kat situ just RM 269. Murah rm 30. 500 gb RM 179 harga pasaran RM 219. Dalam hati berkira-kira nak sambar satu, akal cuba menyabarkannya. 2-3 kali jugak masuk kedai tu, nak beli ke tak..... aduhhh... finally tak beli. 



Rupanya, hati yang berat itu ada hikmahnya. Ahak. Hari ni bateri kereta sudah meragam. Boleh pulak kereta tak boleh start balik dari kenduri kahwin my colleague kat Uia ptg td. Mujur ada yang rescue. Kalau tak, ada jugak yang balik rumah naik teksi ni. haha. Sudah sampai masanya perlu di ganti bateri itu. Mujurlah tak beli ext hard disk smalam. Kalau tidak, terpaksa pecah tabung nak ganti bateri ni. hahahhaha.... 

Terima kasih 'awak' yang tolong saya. Mujurlah 'awak' sampai tepat masanya saat saya perlukan pertolongan. Kalau tak, cairlah mekap saya kepanasan tunggu org datang rescue. Ahak. DS yang sanggup patah balik kekonon nak wat jumper skali rupanya jumper yang ada di dalam bonet keretaku rosak rupanya. Haih la... Thank u DS.

Nampaknya memang belum rezeki nak beli ext hard disk ni. Last week pon dah terpangil-panggil nak membeli, bateri Note pulak minta di ganti. Makanya terpaksalah mengutamakan yang utama. Kumpul duit lagi okey... 

*puasanaksimpanduitbeliharddisk*



with luv,

Allah knows better...






Alhamdulillah ya Allah,
Kerna Kau tau yang terbaik untukku
Saatku rasa tak mampu
Kau ada membantu
Saat aku sendiri tidak pasti
Kau tunjukkan jalan kepastiannya
Saat aku rasa telah cukup kuat untuk berdiri
Walau hakikatnya, masih ampuh
Kau berikan tongkat untuk aku tumpang berpaut
Kerna Kau yang Maha Pengasih
Yang sentiasa mengasihaniku....
Terima Kasih Ya Allah.

~ msraiza ~
8:41 pm



with luv,

Friday, March 22, 2013

Tempahan manik lagi....


Dalam kesibukan, sempat juga mencuri-curi masa untuk menyiapkan tempahan manik baju kanak-kanak ni. Nasib baik baju kanak-kanak... sempatlah nak meyiapkannya... Oh, jadual harian semakin bz. Nampaknya kehidupan dah mula teratur dengan aktiviti-aktiviti semasa. No more dah feeling-feeling ni.

Kerja harus di lakukan, hobi harus di teruskan. Camne nak tampung ongkos sopink kalau tak kerja kan.. hahhaha..


Beads + sequen + rice beads + glass pearl + crystal stone.



with luv,

Thursday, March 21, 2013

beading time



Almost 2 weeks bz menyulam. Today nak marathon beading pulak. Sambil-sambil menyulam.. Aduhai masa... janganlah terlalu cepat berlalu. Banyak lagi yang harus di siapkan nih.. 

Syarat untuk lulus.. Huhu.. 




with luv,

Tuesday, March 19, 2013

I have a dream ...



I just wanna sing... to make my heart feel better. 
Oh, I just wanna sing....





I have a dream, a song to sing 
To help me cope with anything 
If you see the wonder of a fairy tale 
You can take the future even if you fail 
I believe in angels 
Something good in everything I see 
I believe in angels 
When I know the time is right for me 
I'll cross the stream - I have a dream 

I have a dream , a fantasy 
To help me through reality 
And my destination makes it worth the while 
Pushing through the darkness
Still another mile 

*********************

Sometime 



with luv,

Monday, March 18, 2013

Tempahan sulaman


Masih gigih menyulam walau Q Day telahpun berakhir. Kilang masih beroperasi seperti biasa. haha..
Tinggal lagi 150 helai yang perlu di sulam. 

Baki yang belum di sulam...

Testing.. testing... testing... 



with luv,

Sunday, March 17, 2013

coret-coret Q Day 2013

14.03.2013
Quality Day yang berlangsung di organisasiku. Event yang bertujuan untuk mengiktiraf kakitangan yang  telah menyumbang kepada keberkesanan perjalanan organisasi. Skema giler ayat. Hahaha..

Event ni di adakan setiap tahun. Banyak aktiviti yang di jalankan untuk meraikan majlis ni. This year merupakan tahun pertama aku melibatkan diri dengan event ini secara langsung setelah berada di office baru. So, pengalaman baru, mood baru dan idea baru. 

Seriously, setelah beberapa bulan di tempat baru, banyak benda yang turut perlu diperbaharui. Dari segi pemikiran, penerimaan tatacara kerja yang baru, suasana yang baru, cara kerja dan banyak lagi. Kadang-kadang rasa seperti menjadi orang yang baru. Apa pun cabarannya, haruslah di lalui dengan sabar dan tenang. Walau kadangkala, emosi tidak bertindak selari dengan akal. Perjalanan harus di teruskan. Yang lama tinggal kenangan, yang baru harus di lalui dengan ceria.

I like this pic. 
Bersama ex-bos & ex-staff office lama yang telahpun berhijrah ke tempat baru seperti aku.
Ala-ala reunion gitu.

souvenir from my office.


Tema office aku tahun ni ialah 30th celebration.


I don't know y... suka tengok muka madam ni.. Lembut dan penuh keibuan. Pernah berkerja dengan Madam ni. That was the great collaboration between us.


Koleksi gambar-gambar sepanjang 30 tahun penubuhan.
Busy mencari gamba sendiri di zaman muda belia. hehehe.

With my AD.


Bergambar di our booth. 
Di samping tema 30 tahun, imej corporate yang ingin kami tonjolkan. 
So haruslah simple dan bergaya. 


Preparation

Colleague


Colleague


Judges





Melawat jiran sebelah bersama ex-officemate.


Jemputlah minum. Eh, siapa tuan rumah ni? hahaha

Misi menderma darah untuk tabung darah negara.
Kali ni derma, terasa sakit pulak and flow darah terlalu perlahan sehingga memaksa aku untuk menggerakkan otot-otot jari untuk mengepam darah keluar. Lebam juga agak ketara.


Sempena event ni, seperti biasalah aku akan check kesihatan dan organ dalaman. Biological age telah meningkat kepada 26 tahun berbanding tahun lepas 23 tahun. Berat telah melepasi berat ideal yang sepatutnya 48.8 kg. Apapun, berat seimbang dengan ketinggian. Lemak normal, tekanan darah normal, muscle normal, kandungan air dalam badan normal. Alhamdulillah.... Ujian pemeriksaan kali kedua lebih accurate. Memula check biological age 33 tahun. Tekejut akak... rupanya tersalah check ketinggian.. hahaha.. cuak btul time tu... 

Event berakhir pukul 5 pm dan terus berkemas. Balik rumah terus pengsan. haha







with luv,

Tuesday, March 12, 2013

MOS Fashion



New online shopping for Korean Cloth Lover.


Harga sangatlah reasonable but I dont know how good the service. Ada jugak baju² yang berkenan di hati. 

Cantik!




with luv,

Friday, March 8, 2013

budak chomel in d house.....

Ini budak-budak chomel...Maira, Arif dan Husna. 

Kelmarin birthday Maira yang ke 3. Dah besar dah anak dara nih. Sempena birthday yang ke 3 ni, Maira request kat Mummy nak pegi mengaji. So now Maira dah start mengaji kat rumah Ustaz. 

Suka betul dia mengaji. Di usia begini kadar serapan benda-benda baru yang dipelajari sangatlah tinggi. Sekali Ustaz ajar, dah boleh ingat tapi Maira mengaji ikut mood. Kalau mood ok, naklah dia ulang 2-3 kali. Ada masa sekali je baca dah tak nak ulang dah. Haha..

My princess, Little Damia.

Husna, pengikut tegar Maira. Husna lagi keras hati dari Maira. Haha. Satu perkara yang sama Husna ngan Maira ialah banyak cakap. Ntah apa tak berbutir pun bunyinya. Intonasi jer yang dengar. Husna agak lambat skit berjalan dan bercakap. Setahun lebih baru nak berjalan jatuh. Tapi Husnalah penghibur ketika Maira ngan Arif tak ada.

Maira dan Arif.
Arif sangat manja dan nakal. Maklumlah lelaki. Arif lebih manja dari Maira dan Arif sangat bijak mengambil hati. Ayat yang paling di gemari Arif bila dapat sesuatu ialah " sayang Mak Ngah"... hahhaa.. u make me cair lah Arif. Nak marah dengan kenakalan dia pon tak jadi bila dah kena peluk and cium. Di sebabkan Maira sangat attach ngan Mak Ngah, so Arif terpaksalah bersaing untuk dapatkan perhatian Mak Ngah.

3 budak chomel yang buat hati tak keruan... 


Arif, Husna & Maira



Peace Yo!




with luv,

Tuesday, March 5, 2013

Tutorial : Photoshop


Black & White background.

Assalammualaikum w.b.t
Atas permintaan, hari ini aku nak ajar serba sedikit macam mana nak edit gambar menggunakan photoshop. Bukanlah terlalu pandai menggunakan photoshop ni tetapi bolehlah kalau sekadar ingin berkongsi ilmu yang ada.
Bagaimana nak edit gambar macam kat bawah ni….? Jom kita belajar….



**********************************************************

1. Open gambar yang nak di edit menggunakan Adobe Photoshop.


2. Kemudian anda dikehendaki duplicatekan layer sedia ada. Kenapa? Kerana biasanya, proses mengedit akan dilakukan di layer yang telah diduplicatekan. Ini adalah sebagai back up sekiranya memerlukan semula gambar asal.
Klik di menu atas seperti rajah, Layer / Duplicate Layer.
3. Perhatikan window sebelah kanan anda. Pastikan layer ader 2, yang asal dan yang telah diduplicate. Highlightkan layer yang telah diduplicate. Seterusnya pergi kepada menu di sebelah atas dan klik Image / Adjustment / Desaturate. Ini adalah untuk menghasilkan gambar hitam putih.

4. Klik semula di menu sebelah atas, Image/ Adjustment / Auto Contrast. Ini adalah untuk menjadikan warna lebih sharp.

5. Seterusnya klik toolbar di sebelah kiri untuk membuat selection. Boleh pilih samada menggunakan Lasso Tool, Polyganol Lasso Tool ataupun Magnetic Lasso Tool.

6. Dalam rajah di atas, saya membuat selection di bahagian orang. Di sini, anda kenalah sabar dan untuk memudahkan, gunakan teknik zoom in dan zoom out utk membuat selection yang tepat.

7. Kemudian, gunakan eraser untuk memadam di bahagian yang telah di select.

Inilah hasilnya…….. Mudah kan?


Nota kaki: Aku guna Photoshop CS2. Skang punya photoshop dah CS5 kan. 












with luv,