Sunday, March 17, 2013

coret-coret Q Day 2013

14.03.2013
Quality Day yang berlangsung di organisasiku. Event yang bertujuan untuk mengiktiraf kakitangan yang  telah menyumbang kepada keberkesanan perjalanan organisasi. Skema giler ayat. Hahaha..

Event ni di adakan setiap tahun. Banyak aktiviti yang di jalankan untuk meraikan majlis ni. This year merupakan tahun pertama aku melibatkan diri dengan event ini secara langsung setelah berada di office baru. So, pengalaman baru, mood baru dan idea baru. 

Seriously, setelah beberapa bulan di tempat baru, banyak benda yang turut perlu diperbaharui. Dari segi pemikiran, penerimaan tatacara kerja yang baru, suasana yang baru, cara kerja dan banyak lagi. Kadang-kadang rasa seperti menjadi orang yang baru. Apa pun cabarannya, haruslah di lalui dengan sabar dan tenang. Walau kadangkala, emosi tidak bertindak selari dengan akal. Perjalanan harus di teruskan. Yang lama tinggal kenangan, yang baru harus di lalui dengan ceria.

I like this pic. 
Bersama ex-bos & ex-staff office lama yang telahpun berhijrah ke tempat baru seperti aku.
Ala-ala reunion gitu.

souvenir from my office.


Tema office aku tahun ni ialah 30th celebration.


I don't know y... suka tengok muka madam ni.. Lembut dan penuh keibuan. Pernah berkerja dengan Madam ni. That was the great collaboration between us.


Koleksi gambar-gambar sepanjang 30 tahun penubuhan.
Busy mencari gamba sendiri di zaman muda belia. hehehe.

With my AD.


Bergambar di our booth. 
Di samping tema 30 tahun, imej corporate yang ingin kami tonjolkan. 
So haruslah simple dan bergaya. 


Preparation

Colleague


Colleague


Judges





Melawat jiran sebelah bersama ex-officemate.


Jemputlah minum. Eh, siapa tuan rumah ni? hahaha

Misi menderma darah untuk tabung darah negara.
Kali ni derma, terasa sakit pulak and flow darah terlalu perlahan sehingga memaksa aku untuk menggerakkan otot-otot jari untuk mengepam darah keluar. Lebam juga agak ketara.


Sempena event ni, seperti biasalah aku akan check kesihatan dan organ dalaman. Biological age telah meningkat kepada 26 tahun berbanding tahun lepas 23 tahun. Berat telah melepasi berat ideal yang sepatutnya 48.8 kg. Apapun, berat seimbang dengan ketinggian. Lemak normal, tekanan darah normal, muscle normal, kandungan air dalam badan normal. Alhamdulillah.... Ujian pemeriksaan kali kedua lebih accurate. Memula check biological age 33 tahun. Tekejut akak... rupanya tersalah check ketinggian.. hahaha.. cuak btul time tu... 

Event berakhir pukul 5 pm dan terus berkemas. Balik rumah terus pengsan. haha







with luv,

No comments:

Post a Comment