Showing posts with label MyCooking. Show all posts
Showing posts with label MyCooking. Show all posts

Tuesday, April 19, 2016

House of Karipap


House of Karipap
~where karipap experts~
Cam best jek tagline ni.... Hehheh

Bisnes keluarga. Tetiba terinvolve dengan bisnes karipap ni. Alhamdulillah, apapun rezeki yang Allah beri mesti ada sebab dan musababnyakan. Ianya datang pada masa yang sangat sesuai. Yang kadang-kadang tak terjangkau dek akal. Eh eh, camne aku boleh involve ni? Ahak.

Setelah hampir 3 minggu berkecimpung dengan pembuatan karipap ni, aku mula melebarkannya dengan kaedah Frozen. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Ha gitu kan... ;-) Ni bukan Kali pertama aku cuba untuk mulakan bisnes karipap Frozen ni. Pernah tahun lepas aku mula tapi berhenti dipertengahan. Maklumlah, tiada ILMU. Banyak sangat halangan dan masalah yang di hadapi ketika itu yang akhirnya aku give up. So stoplah berangan bisnes karipap.

Bila tiba-tiba bisnes muncul kembali, aku tidaklah mengharap sangat. Buat hanya sekadar membantu Mak. Takkan nak biarkan Mak buat sorang-sorang kan. So aku pon start market menggunakan FB. Tak sangka pula dapat sambutan. Daripada 30 biji sehari sekarang ni dah 150 biji sehari. Kadang-kadang mencecah 200 biji. Daripada permulaan dengan sekilo tepung, sekarang dah mencecah tiga kilo tepung sehari. Regular customer pon dah semakin bertambah. Kebanyakannya akan repeat order. Rezeki itu memang rahsia Allah kan. Tidak dapat di nafikan. Alhamdulillah.

Adunan yang siap di bulat-bulatkan. Untuk memudahkan proses menggelek nanti.

Inti keledek campur kentang

Mesin untuk menggelek tepung. Sebelum ni guna secara manual. Gigihkan. 2 minggu jugaklah menggunakan secara manual ni dan akhirnya aku putuskan nak beli mesin ni. Di beli menggunakan hasil jualan karipap sepenuhnya. Alhamdulillah.

Sekarang ni target nak beli freezer besar menggunakan hasil jualan karipap sepenuhnya. Inshaallah, akan di beli dalam masa terdekat. Permintaan semakin bertambah sehari-hari. Peti ais yang ada tak dapat nak menampung permintaan. 

Doakan aku ye. 
Biiznillah.





with luv,

Monday, March 21, 2016

Karipap oh karipap!

Orang melayu kata karipap. Orang putih kata curry puff. Tak kisah le melayu ke omputih ke... Yang pastinya, karipap ni kuih tradisi yang menjadi pilihan ramai. Tak caya? Cuba tengok kenduri- kendara... Atau catering untuk meeting ke... Majlis ke.. Kalau kuih, mesti karipap menjadi pilihan. Kiranya, tanpa karipap... Tak lengkaplah menu. Hahaha..

Last week, jiran aku seorang pensyarah UM meminta tolong bondaku untuk buat karipap untuk jualan di UM. Jualan charity katanya untuk student2. Almaklumlah, katanya ramai kan student yang tak cukup belanja sekarang ni. Jadi terpaksa berjimat nak makan. Di sebabkan bondaku tidak ada buat apa di rumah, maka beliau pon bersetuju. 

Jadi bermulalah rutin aku menolong bonda mengelim karipap. Nampak macam mudahkan? Tapi agak letih jugaklah kalau buat dalam kuantiti yang banyak. Hari pertama, order yang kena di siapkan ialah 30 biji. Hari kedua bertambah ke 60 biji. Setelah seminggu order bertambah ke 100 biji setiap hari. Ha, boleh bayang tak mengadap karipap ni setiap malam. Huhu.

Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi dalam pelbagai bentuk. Di dalam keboringan Mak di rumah, ada juga aktiviti dia. 

Dan nampaknya setiap hari tempahan semakin bertambah. Kena fikirkan Cara untuk produce lebih banyak karipap nampaknya ni... 

Update:
Karipap bonda semakin mendapat sambutan. Ada juga permintaan untuk karipap frozen tapi buat masa ini aku tangguhkan dulu. Sebab setiap hari order karipap Sudah mencecah ke 150 biji. Tak sampai sebula , begini tinggi permintaannya. Sungguh di luar jangkaan. Ni yang nak cari mesin buat karipap. Ahak. Ada tak pelajar-pelajar engineering yang boleh cipta mesin buat karipap? Huhu. 



with luv,

Wednesday, November 4, 2015

Kek Chiffon Pandan


Kek Chiffon Pandan.

Nampak tak kelembutannya? Inilah hasil pertama menggunakan mixer KA ni. Rasanya wallaweh. Lemak, lembut, garing Dan kurang manis. Cukup sempurna kejadiannya. 

Gigih mencari resepi yang sesuai dengan bahan-bahan yang ada di rumah hari ni. Asalnya, aku nak buat kek Pandan layer. Antara kek favorite aku tu. Tapi tengok resepi dan bahan-bahan yang ada di rumah, ovalate dengan kelapa kering pulak tak ada. Jadinya cancel la kek Pandan layer. 


Cinta hatiku... <3 p="">

Serius memang dah jatuh cinta dengan KA Mixer ni. Maklumlah sebelum ni aku pakai hand mixer je. Sampai lenguhlah tangan nak memegang hand mixer tu kan. Lelagi kalau banyak tempahan kek karamel. Lagi jenuh. Lepas buat satu adunan, kena basuh mixer dulu, lap kering-kering baru boleh buat adunan seterusnya. Cuba bayangkan kalau kena buat 4 adunan. Maksudnya 4 kalilah dok ulang proses yang sama. letih woo.. hehheeh... 

Tapi dengan Stand Mixer KA ni. Letak telur terus putar dan tinggal. so bolehlah aku buat next step adunan. Dapat menjimatkan masa jugaklah.

Jom tengok resepi Kek Chiffon Pandan yang super gebus ni.

Bahan-bahannya :

Bahan A
6 biji kuning telur
2/3 cawan minyak Mazola
2/3 cawan santan pekat
½ sudu kecil garam
1 cawan gula pasir - Aku guna 3/4 cawan shj.
pewarna hijau dan perisa pandan
1 1/2 cawan tepung gandum *diayak (aku guna tepung kek)
2 sudu kecil baking powder* diayak (aku letak 1 sudu teh )

Bahan B
6 biji putih telur
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil cream of tar tar

Bahan (A): 
  1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
  2. Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
  3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.


Bahan (B): 
  1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih. Masa ni aku pastikan mixer yang di gunakan kering. Jangan gunakan peralatan yang basah sebab nanti meringue tak jadik.
  2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
  3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
  4. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
  5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser dengan margerin.
  6. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
  7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
  8. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.
* Note : 1. Utk oven aku yang dah lama tu, kek ni guna suhu 165c dan bakar selama 45 minit.
              2. Setelah kek masak, cepat-cepat terbalikkan di redai untuk elakkan kek mendap.


Asingkan telur putih.

Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih. Masa ni aku pastikan mixer yang di gunakan kering. Jangan gunakan peralatan yang basah sebab nanti meringue tak jadik. Masukkan gula dan pukul lagi.

Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh. Nampak tak macam bertanduk. Masa ni kalau terbalikkan memang tak jatuh meringue ni.

Campurkan dengan adunan A secara kaup balik.

Masukkan dalam loyang dan bakar. Aku guna loyang 8". Loyang chiffon tak de kat rumah. So gunakan aje apa yang ada. heheheh

terus terbalikkan lepas kek masak. Biarkan sampai sejuk.

ok dah sejuk.

Baru keluarkan dari loyang dan ready untuk di potong.

tara... dah siap potong. Bau pandannya semerbak. Fuhhh... terus ngap sepotong. Memang tak boleh tahan. hehehhehe.

elok lembut, gebus kejadiannya.







with luv,

Thursday, October 22, 2015

Pizza sardin noxxa


Seharian di rumah tak tahu Nak masak Dan Nak makan apa. Ahak. Masalah tu. Google la tengok hidangan orang lain. Kotlah dapat ilham kan. Sekali terjumpa resepi pizza menggunakan periuk noxxa. 6minit je dah siap? Wallaweh... Ni yang Nak Cuba. Maklumlah sekali buat pizza almost 2 JAM baru siap.

OK jom tengok resepinya.

Doh pizza
1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air suam
1 St yis
1/2 St garam.

Topping sardin
1 tin Kecik sardin - di buang sosnya
4 sb sos spaghetti
1 bj tomato di dadu
1 bj cili besar di hiris
1 bj bawang Holland di dadu
1 bj bawang putih di cincang halus

Masukkan semua bahan kering. Tepung tu Nak ayak dulu pon boleh tapi aku tak ayak pon. 

Masukkan air suam Dan kacau sebati menggunakan senduk kayu atau plastik.

Ratakan dalam periuk noxxa. Pastikan sukatan air tu cukup ye. Jangan terlebih kerana kalau lebih bancuhan akan terlembik. Rehatkan selama 30 minit.

Sementara Nak tunggu doh mengembang, bolehla buat topping sardin ni. Tumis semua cili Dan bawang sampai naik bau. Kemudian masukkan sos spaghetti Dan tomato. Tunggu sedikit kering Dan masukkan sardin yang di buang sosnya. Dan gaul sebati. OK, siap!

Selepas 30 minit, sapukan topping sardin atas adunan doh yang telah mengembang. Ratakan di permukaan doh. Kemudian taburkan bawang Holland yang di hiris bulat Dan sapukan mayonis. Kemudian taburkan cheese mozzarella. 

Dah siap topping, tutup periuk noxxa. Setkan steam 6 minit. Pastikan tombol atas tudung periuk juga di setkan steam.

Selepas 6 minit, macam ni lah rupa pizza yang siap di masak. 

Sila perhatikan rupanya. Pizza noxxa ni tidaklah sama seperti bakar pizza di oven. Tambahan Hanya menggunakan fungsi steam, jadi bahagian atas tidaklah garing. Tapi bahagian bawah garing elok. Walaupun structure pizza noxxa tidak sama seperti pizza yang dohnya di uli seperti roti tetapi pizza noxxa tetap lembut. Walaupun dah sejuk, pizza noxxa masih lembut. Untuk anda yang kesuntukan masa tetapi masih ingin menikmati pizza, bolehla Cuba pizza noxxa ni. Sesekali rasa kelainan pizza apa salahnya kan.

Antara pizza noxxa Dan pizza biasa, jujurnya saya lebih suka pizza biasa sebab garing di bahagian atas. Tetapi pizza noxxa ni serious lembut. ;-)
So, pilihan di tangan anda. 






with luv,

Wednesday, October 21, 2015

My new toys, Kitchen Aid Mixer & Hadiah birthday

Inilah dia mixer idaman hati. Tak sangka dapat memilikinya. Alhamdulillah. Sebagai hadiah hari lahir untuk diri sendiri. ;-)


Kisah mixer ni asalnya tidak ada dalam perancangan pun. Maklumlah harganya yang boleh tahan mahal di tambah dengan penggunaan yang tidak seberapa membuatkan daku Hanya memandang sepi mixer ni. Boleh pasang angan-angan jer la. 

Nak jadi citer, hand mixer kat rumah ni dah mengeluarkan bermacam-mavam bunyi. Mata pon dah tak boleh cabut dari body mixer tu. So kalau nak cuci mata kenalah bawak dengan bodynya sekali. Setiap kali nak buat kek karamel mesti aku berzikir sekali. Janganlah rosak time aku tengah buat kek. Naya. Dok cakap dalam hati, dah masanya beli mixer baru ni. Tapi tidaklah sampai terfikir nak beli KA. 

Sampailah satu masa tu aku ternampak mixer ni dalam catalog Amway. Kebetulan promotion bulan tu ialah PERCUMA kettle KA dengan setiap pembelian mixer ni. Wah, tawaran hebat ni. Apalagi, gigihlah survey harga. Harga Amway ialah RM 2400. Harga pasaran Malaysia almost 3k. Mulalah hati tak tenteram. Nak beli ke tak ni. Perlu ke beli ni? Worth it tak? Maklumlah aku bukannya full-time bakers. Agak-agak membazir tak? Aduhai.. Berhari2 jugaklah tak keruan. 

And last, decide belilah. As birthday present. Haaa gitu kan justification nya. Hahhaha.

Inilah cinta hati yang baru. Kena berkerja keras ni. Untuk pastikan worth buying. Hamek kau!


Kettle FREE. 

Dah keluar kotak. Pandai pulak electric kettle kat rumah ni Nak rosak. Haih la. 
Apa pun, welcome KA whistler kettle. Berbakti dengan jaya OK. ;-)





with luv,

Saturday, September 26, 2015

Kek Karamel in da house

Alhamdulillah.

Tempahan sempena Raya Aidiladha tempoh hari. Sebiji kek karamel medium size dan 12 biji kek karamel mini saiz.

Kek yang sentiasa ada permintaan. Kek saiz medium ni adalah 8 x 8. Untuk di bawa pulang ke kampung. Yer lah kan, mana cukup setakat sebji yang bersaiz mini. Kurang-kurang yang size mini tu sorang-sorang makan pon boleh habis tau. hehe

12 biji kek karamel size mini. RM 15 sahaja sebiji.

Ramai yang order saiz ni untuk makan sorang atau setakat berkongsi dengan husband bolehlah. Tapi kalau nak share dengan orang lain, mesti tak puas makan sebab sedap okeh. Hehe. Ni berdasarkan testimoni customer yang dah pernah order la kan. ;-)

Aku ambik order dah bertahun dah kek ni. Memang kek ni sentiasa ada permintaan. Mungkin sebab orang malas nak buat kot. Maklumlah, buatnya agak remeh. Tapi rasanya yang sedap, sekali ngap dah habis. ahak.





with luv,

Saturday, September 12, 2015

Resepi periuk noxxa - hidangan tengah hari

Masak menggunakan periuk noxxa memang mudah dan cepat. Syok weh bila boleh siapkan semua hidangan ni dalam masa sejam jek. 
Periuk ni memang sangat membantu tau. Especially untuk orang-orang seperti aku ni ha. Yang sangatlah malas nak memasak. Ahak.
Settle masak nasi kurma, daging salai dan bubur kacang dalam tempoh hanya sejam. Kejayaan weh.. Huhu..

Merasmikan periuk noxxa dengan Nasi Kurma untuk hidangan tengah hari. Resepi campak2 jek. Guna periuk ni senang. Faham konsep dah boleh cipta resepi sendiri.

Nasi Kurma

5 pot beras ( Aku guna pot yang disediakan)
5 pot air (gunakan pot yg sama dgn beras)
8 ketul ayam (1/2 ekor ayam)
5 sb rempah kurma
1 sb minyak masak
4 ulas bawang putih - di hiris
1 kiub pati ayam knorr
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Basuh beras dan ketepikan.
2. Ayam di cuci bersih dan ketepikan.
3. Dalam periuk noxxa dengan fungsi stir, masukkan minyak dan bawang putih. Tumiskan hingga naik bau. Masukkan rempah kurma dan goreng garing. 
4. Masukkan ayam dan gaul sebati. Kacau-kacau hingga ayam separuh masak / garing.
5. Masukkan beras, air, garam dan kiub ayam.
6. Tukarkan function stir kepada high pressure 8 minit. Make sure knob atas tutup tu set kan pressure ye. 
7. Sebelum tutup penutup tu, kacau ayam beras dan bahan rempah agar bercampur sekata.
8. Tunggu 8min. Setelah masak, pusing knob atas periuk kepada steam untuk keluarkan wap. Tunggu sampai wap habis keluar dan sila berhati-hati sebab ni panas.
9. Bukak penutup dan gaul sebati seketika bagi rata. 
10. Hidangkan. Nak sedap, taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Masa yang di ambil lebih kurang 15 min utk ready.


Bubur kacang Noxxa.

1 cawan kacang hijau.
2 cawan air
1 kotak santan
Gula merah / gula melaka
Garam secukup rasa.

Caranya:
1. Masukkan kacang hijau dan air dalam periuk noxxa. Make sure air menenggelami keseluruhan kacang hijau ye. Setkan function high pressure selama 15 min.
2. Setelah 15 min, keluarkan wap dan buka penutup.
3. Tukarkan function stir. 
Masukkan santan dan gula. Kacau sebati.
4. Masukkan air dan kacau lagi. Tambahkan garam.
5. Siap!

Masa yang di ambil lebih kurang 20 min untuk ready.

Daging Salai.

1/2 kilo daging. (Di hiris & marinate siap2)

Bahan marinate :
1 inch Halia
1 labu Bawang besar
5 ulas bawang putih
2 sb sos tiram
2 sb kicap masin

Blend semua bahan ni dan gaul pada daging hingga sebati. Perap lebih kurang 30 minit atau lebih. Aku buat siap-siap marinate ni dan simpan dalam freezer. Defrost je bila nak masak. 

Caranya :
1. Masukkan daging di dalam periuk noxxa dan set function high pressure 30 minit. Tak payah letak air yer. Air daging akan keluar dengan sendirinya.
2. Selepas 30 min, keluarkan wap dan salai daging atas kuali. Dalam kuali letakkan Beberapa titik minyak masak. Salai hingga garing. Aku guna deep fryer. Set 20 min. Settle.
3. Siap.

Note : air daging tu korang boleh simpan sebagai stok daging atau boleh masukkan dalam nasi kurma tadi. Lagi sedap nasi jadinya. 

Ok, selesai hidangan tengah hari ni. Cepat dan mudah weh.... ;-)





with luv,

Sunday, August 30, 2015

New Toy... Periuk Noxxa

Finally.... Dapat jugak aku memiliki periuk idaman ramai ni. Lama weh mengidam. Setahun lebih. Memula aku mengidam, citer kat member, sekali member cakap tak payahlah. Bukannya guna sangat pun. Harga dahlah mahal. Sungguh tak membantu betullah kan. So simpanlah hasrat hati.

Apabila gst dikuatkuasakan, makin mahallah periuk ni jadinya. Maka sekali lagi simpan angan-angan.

Tup-tup my friend yang tak membantu dulu tu dok share resepi periuk noxxa ni. Lagi dasyat dari aku ok keinginan dia. Haaaaa... Dulu tak bagi aku beli... Sekarang dia yang extra excited.

Di pendekkan citer, dia whatsapp aku kata dah book dua periuk noxxa dengan cousin dia. Aku satu, dia satu. Hamek kau penangan periuk noxxa kan. Haa gitu... Yang bestnya boleh bayar installment. Apalagi, pucuk di cita ulam mendatanglahkan... Tapi bila difikirkan balik, malaslah nak ambik installment. Bayar je cash. Tak pening kepala nak bayar hutang.

Secara rasminya aku dah dua kali guna periuk noxxa ni. Memula rasa cam ala biasala pressure cooker kan. Of courselah masa memasak dapat di singkatkan. Tapi bila dah guna kali ke dua... Serius best ok periuk ni. Masak berjenis-jenis lauk sekejap je weh. Memang sangat menjimatkan masa. Yang penting sedap. Hahaha.

So dengan ini aku rasa sangatlah berbaloi setiap rumah ada periuk pressure cooker seumpama ini. Boleh kukus pulut sekejap je tau. Dodol pon boleh. Ini memang menarik ok.

Tapi... Ada tapinya yer... Kalau isi rumah uols setakat dua orang, tak berbaloilah nak beli. Kalau nak memudahkan korang memasak dalam kuantiti yang banyak atau sederhana, yes periuk ni sangat membantu. Tapi kalau uols tetap nak beli untuk di gunakan ketika perlu atau menambah gadget, ok je. Sizenya agak besar iaitu 6l.

Ok, sekian review aku tentang periuk noxxa ni. Nanti aku up hasil masakan atau resepi yang aku dah buat guna periuk ni ok.


with luv,

Friday, July 31, 2015

Kerepek crabstick yang mudah dan sedap.


Holaaa... Pernah tengok crab stick ni tak? Pernah kan. Ok, korang tahu tak yang crab stick ni boleh buat kerepek yang kalau di kunyah membawa korang ke dunia yang lain.... Haaaa gittew kan.... Hahhaha...

Kerepek crab stick ni memang layannn ok. Konsepnya kalau makan time tengok tv ke layan movie ke, confirm tak perasan, eh, dah habis? Serius tak tipu.

First time aku makan, masa beraya rumah Mak Long aku. Setengah balang sekejap je habis, naik malu pulak rasanya... Nak wat camne, tangan ni tak berhenti nak ambik masuk mulut je.

So disebabkan keenakannya, maka aku gigih untuk membuatnya... Btw, senang giler buat dia. Bahan pon tak banyak di gunakan. Hanya serbuk kati, daun kari, lada sulah atau black pepper.

Memula sekali, defroslah dulu crab stick korang tu untuk memudahkan proses siatan. Bahasa apa daa ni. Haha.

Lepas dah defros agak-agak lembut, boleh mula menyiat kepingan crabs stick ni. Senang je. Korang picit je dia akan pecah. Lepas tu siatlah ikut pecahan tu.

Buat sampai habis yer. Yang ni aku buat 3 peket crab stick yang harganya setiap satu lebih kurang rm 5.50. Dapatlah sebesen selepas di siat. Banyak ok.

Lepas tu, masukkan lada sulah, serbuk kari dan daun kari. Kacau sebati. Berapa banyak serbuk kari nak letak, ikut citarasa koranglah yer. Aku gantikan lada sulah dengan black pepper sebab tetiba cari lada sulah kat rumah tak jumpa lak. Dah habis agaknya.. Hehe.. Guna je apa yang ada. Tapi black pepper tu janganlah letak banyak sangat. Nanti berasap pulak telinga tu.. Ahak.

Macam aku, sebab crab stick yang dah di siat ni dapat banyak, aku ambik dua genggam tangan (lebih kurang) dan masukkan dalam bekas lain untuk menggaul. Kuantitinya lebih kurang untuk sekali goreng. Tip ni adalah untuk memastikan serbuk kari tu rata di gaul. Tak perlu letak garam lagi ye sebab crab stick ni sendiri dah ada perasanya. 

Lepas tu panaskan minyak dan gorenglah crab stick yang telah di gaul tadi. Kacau-kacau untuk elakkan dia hangit ye. 

Setelah kekuningan, boleh di angkat dan di toskan minyak. Taraaa... Macam ni lah rupanya setelah siap. 

Time ni aku dah start mengunyah. Tangan menggoreng sama cepat dengan tangan yang ngap masuk mulut. Hahahahha... 

Selamat mencuba!




with luv,

Monday, July 27, 2015

Mari mendonut



Hola hola...

Kerjaan semalam. Dari pagi dok pasang niat nak buat donut. Sudahnya, petang jugak baru start buat. Jenuh juga nak mendapat mood kan. Tambah-tambah lagi menggunakan tenaga empat keratku.. Hahaha.. Yang sebenornya malas nak bawak keluar BM yang dah tersimpan rapi. Raya kan... huhu... 

Pertama kali buat donut ni sebenarnya sebab Arif Syahmi suka sangat makan donut dengan keria. So, gigihlah Mak Ngah belajar buatkan. 

Jom tenguk resepinya.

250 g Tepung gandum
1 biji kentang yang telah direbus dan dilenyek. (Aku blend guna hand blender, so hasilnya lebih halus)
1 biji telur ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dlm bekas lain dulu)
2 sudu besar susu tepung apa2 jenama.
70 ml air sejuk peti ais.
1 1/2 sudu besar shortening/marjerin (Aku guna marjerin jer)
2 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
1 3/4 sudu kecil yis 

Cara-caranya : saya uli guna tangan jer. Boleh juga guna BM atau mixer.

1. Masukkan semua bahan kering dalam bekas adunan. Kemudian masukkan telur yang telah dipukul dlm bekas lain serta masukkan air sedikit demi sedikit (part ni kene pastikan air tu letak sikit2 ye sambil uli sehingga doh tu tak lekat kat tangan). Kemudian masukkan marjerin/shortening dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut dan elastik, Uli selama 20 minit.
- Tip : Untuk dapatkan doh yang lembut, lepas uli 20 min, masukkan doh dalam plastik bag dan picit-picit doh sehingga berkilat. Lebih kurang 10 min.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam bergantung kepada suhu bilik. Cara saya, perap jer terus dalam beg plastik lepas picit-picit tu.
- Tip : Gunakan plastik bag atau bekas besar untuk beri ruang kepada doh mengembang.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bentuk doh tersebut dgn acuan donat atau bentukkan rupa donat dan susun donat2 atas dulang yang ditabur tepung gandum dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas...masa menggoreng tu turunkan suhu panas supaya donut tidak hangus....angkat dan hias dengan gula atau coklat....selamat mencuba... 
-  tips nak gebu lagi..masukkan shortening 1 sudu makan dlm minyak panas tu insyaallah gebu.

Tips:
1. Untuk dapatkan doh yang lembut, lepas uli 20 min, masukkan doh dalam plastik bag dan picit-picit doh sehingga berkilat. Lebih kurang 10 min.
2. Gunakan plastik bag atau bekas besar untuk beri ruang kepada doh mengembang.
3. Tips nak gebu lagi..masukkan shortening 1 sudu makan dlm minyak panas tu insyaallah gebu.
4. Untuk frozen, bakar donut pada suhu 170 degree selama 7 minit untuk mematikan yis. Tunggu sejuk sebelum di simpan ke dalam fridge.



Nah, ini hasilnya donut yang telah di bakar. Sangat lembut dan gebu ok. Tak boleh tahan tengok kegebuannya itu, maka cilok satu dan terus ngap. Perghhh... Memang lembut. Aku buat untuk di bekukan sebab rumah aku memang suka makanan frozen ni. Lagipun senang kalau tetamu datang, terus je goreng. Boleh buat stok di rumah. ;-)

Selamat Mencuba!


with luv,