Kek Chiffon Pandan.
Nampak tak kelembutannya? Inilah hasil pertama menggunakan mixer KA ni. Rasanya wallaweh. Lemak, lembut, garing Dan kurang manis. Cukup sempurna kejadiannya.
Gigih mencari resepi yang sesuai dengan bahan-bahan yang ada di rumah hari ni. Asalnya, aku nak buat kek Pandan layer. Antara kek favorite aku tu. Tapi tengok resepi dan bahan-bahan yang ada di rumah, ovalate dengan kelapa kering pulak tak ada. Jadinya cancel la kek Pandan layer.
Cinta hatiku... <3 p="">3>
Serius memang dah jatuh cinta dengan KA Mixer ni. Maklumlah sebelum ni aku pakai hand mixer je. Sampai lenguhlah tangan nak memegang hand mixer tu kan. Lelagi kalau banyak tempahan kek karamel. Lagi jenuh. Lepas buat satu adunan, kena basuh mixer dulu, lap kering-kering baru boleh buat adunan seterusnya. Cuba bayangkan kalau kena buat 4 adunan. Maksudnya 4 kalilah dok ulang proses yang sama. letih woo.. hehheeh...
Tapi dengan Stand Mixer KA ni. Letak telur terus putar dan tinggal. so bolehlah aku buat next step adunan. Dapat menjimatkan masa jugaklah.
Jom tengok resepi Kek Chiffon Pandan yang super gebus ni.
Bahan-bahannya :
Bahan A
6 biji kuning telur
2/3 cawan minyak Mazola
2/3 cawan santan pekat
½ sudu kecil garam
1 cawan gula pasir - Aku guna 3/4 cawan shj.
pewarna hijau dan perisa pandan
1 1/2 cawan tepung gandum *diayak (aku guna tepung kek)
2 sudu kecil baking powder* diayak (aku letak 1 sudu teh )
Bahan B
6 biji putih telur
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil cream of tar tar
Bahan (A):
- Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
- Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
- Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.
Bahan (B):
- Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih. Masa ni aku pastikan mixer yang di gunakan kering. Jangan gunakan peralatan yang basah sebab nanti meringue tak jadik.
- Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
- Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
- Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
- Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser dengan margerin.
- Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
- Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
- Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.
* Note : 1. Utk oven aku yang dah lama tu, kek ni guna suhu 165c dan bakar selama 45 minit.
2. Setelah kek masak, cepat-cepat terbalikkan di redai untuk elakkan kek mendap.
Asingkan telur putih.
Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih. Masa ni aku pastikan mixer yang di gunakan kering. Jangan gunakan peralatan yang basah sebab nanti meringue tak jadik. Masukkan gula dan pukul lagi.
Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh. Nampak tak macam bertanduk. Masa ni kalau terbalikkan memang tak jatuh meringue ni.
Campurkan dengan adunan A secara kaup balik.
Masukkan dalam loyang dan bakar. Aku guna loyang 8". Loyang chiffon tak de kat rumah. So gunakan aje apa yang ada. heheheh
terus terbalikkan lepas kek masak. Biarkan sampai sejuk.
ok dah sejuk.
Baru keluarkan dari loyang dan ready untuk di potong.
tara... dah siap potong. Bau pandannya semerbak. Fuhhh... terus ngap sepotong. Memang tak boleh tahan. hehehhehe.
elok lembut, gebus kejadiannya.
with luv,
No comments:
Post a Comment