Tuesday, November 3, 2015
Allah knows better...
Kadang-kadang kita rasa apa yang kita mahu adalah yang terbaik untuk kita. Saban hari kita minta Allah makbulkan doa kita. Tetapi tiba saatnya Allah berikan apa yang kita tidak pinta. Kecewa? Sebagai manusia normal, tidak akan lari dari kekecewaan. Itu sudah pasti!
Tetapi sedarkah apa yang terbaik untuk kita? Kita merancang segalanya tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik buat hambanya. Yang kita tidak mahu, mungkin yang terbaik untuk kita tanpa kita sedari. Hikmah tidak selalu terlihat, hanya yang mahu melihat dengan mata hati akan menemui hikmah yang tersirat.
Alhamdulillah. Akan tiba masanya kita akan bersyukur dengan ketentuan Illahi. Walaupun apa rancangan yang telah di rancang olehNya, ketahuilah... Ianya yang terbaik untuk kamu. Janganlah kamu bersedih hati.
with luv,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment