Showing posts with label MyDiary. Show all posts
Showing posts with label MyDiary. Show all posts

Sunday, November 10, 2019

Make over ruang make up.



New look!

Minimalist katanya. Make over sikit-sikit. Sekian lama baru dapat ilham. Haha.

Yang penting with minimum budget. Mana yang boleh DIY kita DIY jek. Yang boleh recycle kita recyle je guna. Jimat kos. 

💸 Para SSF RM 39.90 x 2
💸 Cermin SSF RM 29.90

Kerusi Ikea guna yang sedia ada.
Kotak zig zag, diy tampal wallpaper Kaison.
Kotak purple kotak hadiah besday hari tu.
Bulu putih tu dari Ikea dah lama beli tak guna-guna.
Bunga orkid guna yang sedia ada.
Kerusi pink tempat letak brooch guna sedia ada.

Proses declutter paling mencabar. Maklumlah, berpuluh tahun punya barang. Memang kena pejam mata je.

Say thank you to barang-barang yang nak di let go sebab pernah berbakti. Moga jumpa tuan yang lebih memerlukan. 
Kena pastikan sentiasa kemas dan bersih untuk menjemput rezeki datang. 
Ok, next area!

p/s: gambar inspirasi tu dari pakcik google.

#makeoverbyzarich
#susunatur

Tempat berkarya.

Inspirasi.
Gambar ehsan pakcik google.

Ada banyak ruang lagi yang nak make over tapi kekangan masa dan budget. Slow and steady gitu.. haha.





with luv,

Sunday, December 31, 2017

Morning walk at Taman Layang-layang

Aktiviti bersama keluarga sebelum berakhirnya 2017. Planning awal kononnya nak jogging dan breakfast. Gigih kakak bangun awal masak breakfast. Sekali hujan turun.  Maka lunturlah semangat nak berjogging itu. Yang tinggal hanyalah semangat untuk makan-makan. Hehe. 

Alhamdulillah. Walaupun awalnya sedikit gerimis. Redah je ke sini. Luckily sampai di sini hujan dah pun berhenti. Jadi dapatlah menikmati kesegaran udara pagi. 
Now,  susah nak cari masa untuk aktiviti macam ini. Apatah lagi aktiviti jogging ni. Bilalah semangat nak kembali seperti dahulu kala yang boleh di katakan almost Weekend pergi jogging di Tasik Titiwangsa. 

Cubaan Muhammad melepaskan diri dari Mak Lang. 

Muhammad dengan abah. Dah macam pompuan Mak Ngah tengok kamu ni. 

My little pumpkin. Geram sangatlah. Rambut dahlah halus. Kulit dah lah cerah. Jambu sangat ni. Hehe. 

Tak dapat joging,  dapat morning walk pon ok jugaklah. 

Happy nampak. 

Eh, belum ready lagi lah. 

Warna-warni kehidupan. 


Hai comel. 

Feeling model gamaknya. 

Pinjam skuter Maira & Arif. Berpeluh jugak naik skuter ni bila turun naik bukit. Kalau jogging camne lah agaknya ye. Weh, sayang sangat lemak tu. Huhu. 

Bonding time dengan family ni susah nak cari. Especially nak kumpulkan semua adik-beradik. Maklumlah masing-masing dah ada keluarga dan tanggungjawab . Kadangkala persamaan masa itu amat sukar di jumpai. So,  selagi ada kesempatan...  Ambillah peluang. 

Kali ni tanpa family Kak Ima. Tak pe,  next time kita arrange lagi.  #lotsoflove 






with luv,

Wednesday, December 27, 2017

Durian oh durian...


Bila durian dah semakin over price. Kadang aku setuju dengan cadangan untuk boikot raja buah ni tapi tak sampai hati bila memikirkan rata-rata pemilik dusun durian ialah orang Melayu kita. Semalam aku beli durian 101 sekilo harganya RM 28. Aku beli 2 biji RM 100. Jenis durian kampung campur pon sekilo dah RM 18. Sebiji adalah beberapa pangsa. Sepangsa hanya ada 2-3 ulas. Yang dalam pic ni sepangsa jer macam ni.  Untunglah siapa ada dusun durian. Puas makan duriankan. 

Ini yang terasa nak tanam pokok durian ni. Bila harga dah semakin mahal. Tengah makan seulas durian teringat kat orang miskin yang nak makan nasi sebungkus RM 5 pon berkira-kira apatah lagi nak makan seulas durian. Haih. Insaf. 

Ramai tanya aku,  bila nak buat durian crepe? Kalau harga durian macam ni,  kau rasa?  Dahlah durian crepe aku pakai durian 101 atau tembaga atau udang merah atau D24. D24 tu pon last option. So,  puasalah makan durian lepas ni.  Ahak...



with luv,

Tuesday, December 26, 2017

Mary Kay and I



Selepas menggunakan produk Mary Kay selama lebih kurang 2 bulan ni aku rasa ok la. Ramai juga officemate yang tegur muka nampak bermaya tapi hakikatnya ialah disebabkan oleh make up. 

Secara jujurnya aku belum lagi merasakan tahap puas hati seperti yang aku inginkan. But at least MK tak rosakkan kulit aku pon dah seribu rahmat. Maklumlah kulit aku ni jenis sensitif. Pantang silap sikit mesti ada kesannya.  Sebab tu aku lebih prefer jaga dari dalam. 

My intention menggunakan produk MK ni ialah nak sekatakan warna kulit which is masih belum menampakkan hasilnya. But it's ok. BC aku kata,  it will take time. Ok kita tunggulah yer hasilnya nanti.

Yang kedua untuk moisturize kulit aku. Kulit aku adalah sejenis kulit yang sangat kering. Lebih memburukkan keadaan apabila aku kurang minum air. So my BC suggest guna intense moisturiser.  So far ok la. Bila apply kulit jadik lembab tapi kalau tak apply kulit akan lebih kering.  May be sebab aku memang sejenis yang kurang minum air. Yang ni pon belum tahap kepuasan yang aku harapkan. Again.  It will take time. 

Yang ketiga for pore minimiser. Yang ni masih belum dapat hasil lagi. Aku ada beli pore minimiser serum tapi masih belum start pakai sebab untuk awal penggunaan produk ni aku tak naklah kulit aku terkejut kan.  Before this aku cuma guna organic serum sahaja.  Tiba-tiba segala tok nenek cream aku tepek. Mau tak terkejutnya kan. 

So far rutin harian aku ialah set miracle timewise normal to dry. Add on intense moisturiser,  softener dan malacep serum. 

Dalam banyak-banyak product yang aku ada dalam regime MK ni paling aku suka ialah skinvi brush dan oil free eye make up remover.

Pengalaman aku guna TW Miracle Set ni ialah kulit muka aku naik ruam merah. Dan aku perasan bila aku guna TW Day Solution Sun Screen. BC aku kata mungkin sebab kulit aku tak cukup lembab. Kalau ruam ni naik pakej sekali dengan kulit jadi perit. Which is for me is not a good sign. So apa yang aku buat ialah,  aku guna TW Day Solution ni secara alternate day dan apply secara nipis sahaja. Sayang weh,  mahal kot regenya. Haha. Lepas guna cara ni barulah nampak ok sikit. Ruam dan perit tu masih ada. Tapi ok la. 

Setiap kulit memang akan berbeza penerimaannya but if tanya aku sekarang ni after 2 month menggunakan MK,  pada kulit aku masih belum nampak perubahan. 

Dari segi harga dan penjimatan,  pada aku MK ni ok. Sebab softener dia sebotol aku pakai 2 bulan masih ada separuh. So aku estimate mungkin boleh bertahan up to 4 bulan dengan penggunaan 3 kali sehari. Begitu juga dengan facial cleanser,  moisturiser,  night solution masih ada lagi. So bertahan agak lamalah jugak.  Nanti aku review lagi selepas habis sebotol. Now masih lagi study pasal produk MK ni. Nak pakai kenalah ada ilmu kan. Kulit muka kita ni kan aset. Kena extra care.  Ahak. 

Ni kulit aku sekarang. Naked face katanya untuk rujukan aku. Just apply softener, moisturiser, malacep serum dan firming eye cream. 

Untuk kesihatan dalaman untuk skin,  aku masih amalkan vitamin C Shaklee dan vivix. 


with luv,

Wednesday, December 20, 2017

Dinner time


Malam ni ntah mimpi apa adik aku ajak dinner kat Kajang.  Asalnya nak dinner di YB sate tapi rupanya tutup hari ni.  Maka plan berubah kepada, sate Hj.  Samuri.  Honestly,  aku tak berapa suka sate Hj.  Samuri ni sebab aku lebih suka sate Zaini di Ampang. Lebih besar dan kuah kacangnya yang sedap.

First time makan sate Hj. Samuri kat kajang ni. Pernah makan sebelum-sebelum ni di cawangan beliau tapi macam pelik pulak. Kat hq ni rasanya lebih sedap berbanding di cawangan. Ok, boleh kena dengan tekak aku walaupun masih belum menandingi sate Zaini Ampang.

Apapun, alhamdulillah. Ada juga rezeki makan sate malam ni. Aku rasa abg ni Favorite dia sate agaknya. Dah macam-macam sate dia bawak pegi makan and bawak balik rumah. Last time sate willy. Gigih sangat beratur lama semaga-mata nak makan. Nasib baik sedap.  Ahak.


with luv,

Thursday, December 14, 2017

Jodoh tak panjang


Bila jodoh tak panjang, beginilah nasibnya. Tahun 2017 menyaksikan dua kali aku tukar hp. Sekali masa bulan Februari apabila screen pecah sebab terjatuh. Untuk baiki screen sahaja harganya dah lebih kurang sama tukar hp baru. Makanya bertukarlah ke Redmi  note 4. Aku suka hp tu sebab warna rose gold. Casing pon aku beli gold jugak. Tapi itulah, bila kita terlalu sukakannya, mulalah ada je yang menghalangnya. Haha. 

Tragedy 4 Dec. Hp masuk air. 
Hanya berjodoh  selama 10bulan sahaja. Sedih?  Pasrah dan redha. Entah kenapa aku boleh sepositif ini bila dapat tahu hp dah rosak. Mungkin sebab kuliti masa ketika itu yang sangat happy. Jadi terlupa kesedihan seketika. Bak kata adik aku,  hp je pon.. Beli jer lah yang baru. Bagi aku buka  setakat hp. Memanglah bole beli yang baru tetapi memori, gambar,  video, moment yang tersimpan dalam hp tu yang menyedihkan. Tak dapat nak di selamatkan apatah lagi aku langsung tak buat back up. Makanya, barulah terasa kepentingan blog ni. Kalaulah semua kenangan di abadikan di sini tak adalah regret sangat. Ini,  dahlah malas update blog. Nah,  rasakan. 

So, mulai hari ini, aku akan curi masa untuk update dan kembali ke blog ini. Untuk rekod aku dan untuk kenangan perjalanan sebuah kehidupan. 

Semoga aku istiqamah. Haha. 



with luv,

Sunday, October 1, 2017

Hadiah harijadi


Today is my birthday. 
Nothing special pun. Tidak ada specific aktiviti hari ni. Seperti biasa, membaking mini red velvet cupcakes. 

Usia yang semakin meningkat ini telah mencapai satu tahap di mana celebrate itu bukanlah keutamaan. Walaupun aku sangat suka meraikan birthday orang tapi untuk birthday sendiri tidak lahir perasaan itu.

Kerana aku ialah sejenis manusia yang lebih gemar menghadiahkan atau reward diri dengan apa yang aku suka. 

So this year, bagi aku apa yang penting ialah kesihatan dan penampilan atau kecantikan. Adat wanita dan kecantikan berpisah tiada. Hehe.

Di kala usia yang semakin meningkat.... 
Di kala penyakit sudah mula mengintai....
Di kala wajah mula dimamah usia....


The most valuable present to myself is VIVIX. Yang cover kesihatan dalaman dan luaran. Menggalakkan penuaan secara sihat dan mengurangkan risiko penyakit kronik. Mahal? Nikmat sihat itu lebih mahal nilainya.

Ini adalah gift utama tahun ini. Bila usia dah semakin meningkat, kita akan terdedah dengan pelbagai jenis penyakit. Bukanlah tidak menjaga kesihatan sebelum ini malah aku masih mengamalkan pengambilan supplement untuk menyokong kesihatan harian aku. 

Vivix ialah sejenis minuman botani yang mengandungi anggur hitam dan pelbagai jenis tumbuhan lain bagi mencegah dari penyakit kronik. Selain dari penjagaan kesihatan, vivix juga meremajakan kulit. Makan vivix kulit terus jadik remaja ke? Bukanlah macam tu. Vivix menggalakkan penuaan semula jadi. Pernah tengok tak orang yang nampak lebih tua dari usia sebenar? Sebab apa? Ada banyak sebab antaranya faktor pemakanan, faktor persekitaran, tekanan kerja dan banyak lagi. 

Di sinilah peranan vivix yang menggalakkan penuaan secara sihat. Sentap tau kalau jumpa orang tanya umur then orang cakap rupa kita lebih tua dari usia. Huhu. Padahal kita yang tak menjaga kecantikan kita sendiri.

Banyak lagi sebenarnya peranan dan kelebihan vivix tapi sempena di hari jadi ku ini, tujuan aku pilih vivix adalah untuk awet muda dan kekal sihat. 
Nampak tak tumpuan tetap pada kecantikan. Ahak.


Next ialah set penjagaan wajah Mary Kay. Aku rasa, this year punya present paling mahal pernah aku hadiahkan untuk diri sendiri. Ahak. Sekali sekala tak pe kan. 

Kenapa Mary Kay?
Bertunang dengan MK dah bertahun-tahun lamanya tapi tak jumpa-jumpa beauty consultant yang meyakinkan. Setelah bertahun-tahun membaca testimoni, buat research sikit mengenai asal usul produk dan tahap keselamatan terhadap kulit dan kajian-kajian yang telah dibuat ke atas produk MK, barulah berani mencuba. Lama yer. Sangat lama untuk aku mencuba produk MK ni. 

Bukan apa, sejak kes pencarian skin care dahulu, aku sangat berhati-hati dalam pemilihan produk yang bersesuaian dengan kulit aku. Cukuplah sekali dulu kulit burn out hasil menggunakan produk tempatan. 

Dah tak pakai produk Nutriwhite Shaklee ke?
Tidak buat masa sekarang sebab Nutriwhite telahpun dihentikan pengeluarannya bagi menaiktaraf kepada yang lebih baik. Shaklee akan keluarkan produk skincare terbaru mereka tahun hadapan aka 2018. Jadi, produk Yang dah habis ni, takkan tak berbasuh pulak muka ni kan. Hehe. 

So inilah sebab utama kenapa aku pilih MK sementara menanti new skincare Shaklee release.

Dalam set skincare MK ni aku beli miracle set Time Wise, malacep serum, microdermabration, pore minimizer, sun protector, eye cream, Moisturizer dan baked cheek blusher. Then dapat free oil free eye make up remover dan eye shadow brush. 

What next?

Dan ini sebagai robot yang membantu aku menjana income. 
Innofood mixer.

So now, aku ada 2 stand mixer untuk membantu kerja-kerja baking aku setiap hari. 


Ini cara aku pamper/reward myself setelah berkerja keras. Lain orang, mungkin lain caranya. But trust me. Bila kita reward diri kita dengan apa yang kita suka, hidup akan terasa lebih bermakna. You akan berusaha lebih gigih untuk achieve apa yang you mahukan di masa akan datang. The most important thing, you have your own target. And work for it.

******

Present from my lovely friend.

First time dapat hadiah bunga 

Skinvi brush from MK.
Bila bff tanya, ko nak hadiah apa za? 
Apalagi, terus request brush super best ni. 
Konsep aku dengan Emy ialah, setiap kali birthday akan tanya ko nak hadiah apa? Haa gitu kan. Of course within our budget 😁


Make up case dan gel eye liner from MK.
Suka sangat dapat hadiah MK ni. Bila kita mahukan sesuatu Dan sentiasa ada di dalam minda maka percayalah dengan kuasa minda itu. 😘

Jelly bag. Small but elegant.
Hari-hari tengok Instagram Fazura berkenan sungguhlah dengan handbag Fazura. Sekali dapat rezeki ni. Nampak sama tapi berbeza. Dapat yang lebih kurang sama pon ok dah kan. Hehe. Suka.

Yeah!
This present comes from Dolly Scarf by House of Doll. Butik Fazura. 

Dan ini daripada leader Shaklee. 
Sebab utama kenapa aku suka dengan bisnes Shaklee ialah ukhwahnya. 
Dalam kita nak berniaga ni kena berada didalam environment yang kita suka dan selesa. Baru semangat nak bisnes kan. Apatah lagi dengan support group yang mantap. Inshaallah lambat laun akan berjaya juga. 😘

Alhamdulillah. 
Syukur dengan segala nikmat Yang Allah berikan. Mudah-mudahan akan terus menjadi muslimah yang taat padaNya. 







with luv,

Tuesday, August 16, 2016

BFF Birthday Celebration...


11 Aug
Birthday Fiza. Kitorang celebrate birthday Fiza a day after. Syukur tahun ni punya kesempatan meraikan birthday salah sorang BFF. Last kitorang jumpa ketika Ramadhan tempoh hari. Tapi dengan Niza almost setahun tak jumpa.. Bila memasing dah ada komitmen macam ni la. 

Finally, datang jugak makcik kepochi a.k.a Niza. Hehe... Dari Kolej panggil dia Mak Nenek sebab kalau dia dah dapat bercakap, non-stop yer. Haha.

Sementara menunggu hidangan.

Wefie dulu. Apa-apa hal bergambar tetap priority. Buat kenang-kenangan... 😃



Happy Birthday Fiza. 

Jom potong kek. Kek ni sedap ok. Beli dekat pistachios Wangsa Walk. Dah bosan makan sicred recipe... Try la yang ni pulak. Lagi pun yang ni size Kecik. Cukuplah nak makan berempat kan... Tapi seriously kek ni sedap.  Belgium Chocolate Cake kalau tak silap namanya.

Ini bibit-bibit permulaan sebelum bermulanya perang... ekekekek

Birthday girl nak makan yang lite-lite jek... masalahnya, lite ke? Pinggan dia lagi besar dari pinggan kitorang. Hahahah

Fish and cheese
Ni aku punya. Hari ni cheat day. 

Fish and chips
Niza pilih ni sebab tak nak cheese takut gemuk katanya... motif sangat tau...

Yang ni Emy punya menu. Aku tak tau nama apa... 

Ok, start dah.... 

Pertemuan kali ni berjaya tanpa sorg pon belek hand phone kecuali time bergambar. Maklumlah dah lama tak jumpa. Memasing sibuk update kisah memasing kan... yang bergaduhnya. Yang share tipsnya. Yang bagi tazkirahnya. Yang meluahkan perasaannya. Sampai takde masa lah nak belek handphone. 

Girls talk time.... Korang tahu korang ada kawan baik bila korang boleh share almost everything... boleh selamba badak kutuk depan-depan... yes, this is true friendship. No heart feeling. Kasik settle depan-depan. Ha, gitu kekdahnya kan... 

Actually birthday celebration hari ni di payung oleh Niza. Makcik ni dah lama kot janji nak belanja kitorang makan sempena kenaikan pangkatnya. Tahniahlah Niza. Kitorang tumpang happy. Lagi happy kalau rezeki selalu di kongsi dengan kitorang. Ekekkeke... 

Btw, sayang mereka selamanya. 
Moga friendship ini terus berkekalan hingga ke akhir Hayat. 



with luv,