Showing posts with label MyFavNovel. Show all posts
Showing posts with label MyFavNovel. Show all posts

Tuesday, November 15, 2011

Ombak Rindu



Yeay ! Ombak Rindu bakal di tayangkan pada 1 Disember depan. 2 weeks to go. Tak sabo nak tgk nih. Ada jejaka hensem yang saya minat Aaron Aziz dan juga Lisa Surihani yang chomel dan of cos Maya Karin yang ayu gitu. 
Ingat tak dengan novel Ombak Rindu nih? Novel nih glemer habis lah time skola² dulu. Gigih tu menunggu giliran nak baca novel nih. Maklumlah zaman belaja mana mampu nak beli novel buat koleksi kan. Takat pinjam² jer la. Novel yang sangat romantik tangkap leleh punya. Memang best la layan novel nih dulu. Siap nangis² tuh baca. Hahahha...


Di sebabkan ke'best'an novel nih, harapnya filem Ombak Rindu juga akan best seperti novelnya. Tgk dari pelakon memang dah mantap. Lelagi kekasih hatiku ada.. pergh... Abg Aaron, I Lap u lah.. hahhaha.. 


Jom kiter refresh skit citer ombak rindu nih...


Karya asal novel dari Fauziah Ashari dan kini diolah menjadi filem Osman Ali yang megisahkan tentang Izzah.
Izzah merupakan seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tuanya akibat kemalangan jalan raya.malangnya,Taha iaitu bapa saudara Izzah kemudiannya menjaganya. Ditambah pula dengan kebencian isteri Taha terhadap Izzah dan menuduh gadis itu membawa bencana kepada keluarga.


Disebabkan bebanan hutang,Pakcik Taha sanggup menjual Izzah kepada tauke kelab malam.dari situ Izzah mengenali Harriz yang membelinya dari tauke tersebut.Hariz kemudian menikahi Izzah diatas permintaan Izzah  bersyaratkan semua itu perlu dirahsiakan.Cinta Izzah mula berputik kepada Hariz,namun kehadiran Mila amylia iaitu anak kepada Tan sri Rashdan dan dia merupakan model,pelakon terkenal tanahair telah mengugat cinta Izzah.sanggupkah Izzah menerima mila sebagai madunya????bagaimana tindakan Datuk sufiah setelah mengetahui cerita sebenar?? 


Jom tgk kat panggung... ;-)








Best kan trailer Ombak Rindu nih.... Mulalah tergedik² nak tgk citer nih... 









sumber gambar dari We Love Aaron Aziz.




" Cinta tak kejam, cuma manusia tak pandai menghargai cinta ... "






with luv,

Friday, September 9, 2011

Mana Mak?






"Mana Mak?”

Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang dan uda di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika
...............................

Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh  menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya uda, Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya..

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."
Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah dan uda sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
...........................

Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya  Along, Angah,uda Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah,Uda, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Uda, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah,Uda, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik Uda,mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?","Mana Uda?" "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah,Uda, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang,Uda dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal.""Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab? 







sumber : fwd email.




with luv,

Tuesday, June 8, 2010

[Movie] Lagenda Budak Setan


Salam,

Ai dah layan Lagenda Budak Setan (LBS) dengan Dorisya kat Wangsa Walk Mall. Semenjak TGV di buka kat WWM ni, belum pernah lagik ai layan movie kat sini. Kira ni first time la. Di sebabkan ini adalah ad-hoc plan, so i kirim melalui Emy utk belikan tiket wayang. Nasib baik ada seat.

Komen :
LBS adalah novel yang mempunyai fenomena yang tersendiri saat ai masih lagi bergelar seorang pelajar sekolah hinggalah ketika ai di Kolej. Sanggup cari novel Budak Setan yang telah di gabungkan menjadi LBS ketika ai di Kolej. Kalau tak silap masa tu, Katerina baru jer menjengah pasaran dan pastinya ai tidak melepaskan peluang untuk memiliki Katerina.

Sungguh, pada zaman itu, LBS lah yang paling menarik sekali. AI menjadi peminat kepada novel2 Ahadiah Akasyah ketika itu. Watak Kasyah yang sangatlah jahat kemudian jatuh cinta dan menjadi pencinta yang setia sangat meruntun jiwa. Tapi ai tak jumpa feeling ni ketika menonton LBS.

Kalau LBS bukan adaptasi dari sebuah novel, LBS adalah filem yang sangat meruntun jiwa dan boleh membuatkan airmata penonton mengalir tapi malangnya LBS adalah adaptasi dari novel LBS di mana terlalu banyak plot yang tidak di filemkan. Yes, ai tahu dalam tempoh tak sampai 2 jam, mana mungkin setiap plot di filemkan tapi sekurang2kurangnya janganlah terlalu longgar jalan ceritanya.

Ai pernah menonton filem Indonesia, Ketika Cinta Bertasbih. Pada ai filem KCB ini lebih bagus penceritaannya. KCB juga adaptasi dari sebuah novel yang tidak kurang tebalnya helaian muka sepertimana LBS. Tapi jalan cerita KCB sangat padat sehinggakan setiap peristiwa yang menarik di filemkan. Walaupun ada 2 bahagian sepertimana LBS yang ai percaya akan ada bahagian 2. Kerana pengakhiran filem LBS belum masuk jalan cerita dari novel Katerina.

Dari segi lakonan, Farid Kamil, Lisa Surihani, Farah, Que Haidar memang superb. Memang tepat tenaga pengajarnya iaitu Ogy Ahmad Daud. Ai bisa jatuh cinta dengan Farid Kamil dalam citer nih.

Dari segi pemilihan lagu juga sangat tepat. Bisa meruntun jiwa sehingga mengalirkan air mata. Terasa dekat dengan kesedihan yang di lalui.

Terpaksalah ai korek semula novel2 lama ai untuk mencari novel LBS dan Katerina kembali sebab seriously ai tak puas tengok filem LBS. Tak sempat nak klimaks dah ke plot lain. Sangat frust!


3 *** out of 5 *****







with luv,

Saturday, January 30, 2010

Ketika cinta bertasbih...






Setelah sekian lama layan Novel KCB ni, ai layan filem KCB pulak. Filem ni ada 2 part. Setiap part lebih kurang 2 jam. Best citer nih. I like.... Tapi untuk KCB part 1 ai nasihatkan anda membaca novelnya dahulu coz jalan ceritanya agak longgar dan watak azam kurang berkembang. Apa pun, ai memang suka cerita ni, baik filem mahupun novelnya.

------------------------

Cinta adalah kekuatan
yang mampu mengubah duri menjadi mawar
mengubah cuka menjadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibbah
itulah cinta....

------------------------

sekalipun cinta telah ku uraikan
dan ku jelaskan panjang lebar
namun jika cinta ku datangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri...

--------------------------

meskipun lidahku telah mampu menguraikan
namun tanpa lidah
cinta ternyata lebih terang
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta

--------------------------

dalam menguraikan cinta
akal terbaring tak berdaya
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur
cinta sendirilah yang menerangkan
cinta dan percintaan....


with luv,

++ 9 Nyawa ++



Novel pertama yang ai beli hasil dari kecintaan ai terhadap gaya penulisan Ramlee Awang Mursyid. Masih belum habis sesi pembacaannya. Kali ni ai agak slow membaca yer. Ai hanya menyentuh novel ni tatkala menungu Boy keluar dari kelas kira-kira setengah jam lebih kurang masa yang di peruntukkan setiap hari untuk mengadap novel nih.

-------------------------------

Artikel ini dipetik dari web Kelab RAM (Kelab Ramlee Awang Murshid)

Oleh Ramlee Awang Murshid

Angka 9 mempunyai makna yang berbeza pada persepsi setiap orang. Sewaktu zaman persekolahan dahulu, saya paling takut kalau mendapat angka 9 pada setiap subjek peperiksaan. Angka 9 sebagai tanda kekalahan atau gagal. Ia paling mendukacitakan. Mujurlah saya mendapat angka 2 untuk sastera dan angka 4 untuk Bahasa Malaysia.

Manakala nyawa pula adalah ‘takungan kehidupan’ pada setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi ini atau mana-mana makhluk yang tidak terlihat oleh mata kasar. Walhal hakikatnya…pada akhirnya nanti…hanya ALLAH sahaja yang akan kekal abadi apabila sangkakala pertama ditiupkan Malaikat Israfil. Hatta…Malaikat Izrail yang ditugaskan mengambil nyawa juga akan turut mati.

Semakin dewasa…kerap terdengar mengenai kucing yang dikatakan memiliki 9 nyawa. Saya mendengarnya sekian lama namun langsung tidak singgah di benak untuk difikirkan. Sehinggalah satu hari…anak saya Muhammad Aizuddin mengatakan bahawa kucing mempunyai 9 nyawa. Bertitik tolak daripada itu, saya mula memikirkannya untuk dijadikan sebuah novel.

Alhamdulilah…novel 9 Nyawa telah selesai dan saya serahkan kepada editor Alaf 21 pada minggu pertama bulan Syawal. Sebenarnya cerita itu boleh ditamatkan pada akhir penghujung ramadan. Bagaimana pun…saya melengah-lengahkannya untuk mencari satu penamat yang tragik. Ia dinoktahkan dengan hukuman mati di Penjara Cipinang Jakarta yang dilaksanakan sepasukan regu penembak.

9 nyawa berkonsepkan drama. Ia mengisahkan cerita dua keluarga yang berada di Kuala Lumpur dan Geylang Singapura. Kehidupan mereka berbeza. Watak utamanya adalah Intan Suryani dan Hakim – seorang lelaki cacat penglihatan. Intan Suryani yang menghidap sakit jantung dipercayai ibunya Azizah memiliki 9 nyawa. Kerap kali menghadapi maut namun ajalnya masih bertahan menunjang jasad. Intan Suryani tetap bernyawa sehinggalah suatu ketika dia terperangkap dalam kehidupan antara hidup dan mati iaitu koma.

Hakim pula dapat mendengar suara Intan Suryani yang bernyawa dalam keadaan halimunan. Tragedi ini berlaku di Singapura. Antara dua kehidupan tidak menghalang untuk Hakim membantu Intan Suryani. Hanya berdasarkan suara sahaja tidak menghalang ‘mata hati’ itu untuk melihat kebenaran. Hakim yang cacat penglihatan juga menggunakan ‘mata hati’ untuk melakukan kebaikan.

9 nyawa saya sifatkan tidak terlalu ganas dari aspek tindakan watak-wataknya. Ia berkonsepkan drama yang mementingkan ‘cara penceritaan’ berbanding ‘tindakan’. Apa pun…9 nyawa masih dalam bentuk thriller. Menumpukan aspek pengorbanan yang seharusnya dilakukan secara tulus ikhlas. Percayalah…kebaikan itu pasti akan dibalas dengan kebaikan juga. Kejahatan pula pasti akan menerima hukuman. Ia dasar biasa dalam aspek penceritaan tradisional mahu pun masa kini. Yang ingin saya tekanan di sini adalah…’Mata Hati Tidak Pernah Berdusta’. Salam hormat…insya-ALLAH…jumpa lagi dalam CINTA SUFI.

Antara dialog yang dikekalkan dalam CINTA SUFI nanti adalah seperti – ‘Maukah kamu mendengar tawaranku?’ dan ‘Sebagai manusia…aku sayang padamu’.

with luv,

Thursday, January 21, 2010

++ Trilogi : Hijap Sang Pencinta ++


Pelengkap kepada trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epik thriller ini...
------------------------------------
RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.
Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.
Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.
Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.
--------------------------------------------

Ok buku terakhir dalam Trilogi ini sangat menarik perhatian dan minat ai. Buku memberikan ai tumpuan yang jitu dan bersungguh-sungguh untuk menghabiskan pembacaan sebab ketidaksabaran ai untuk mengetahui pengakhiran cerita cinta Laksamana Sunan dan Haryani. Dari corak Sdr Ramlee mengakhiri Trilogi, hati ai berat mengatakan akan ada sambungannya.. huhu... oh, adakah mungkin??? Nantikan....


with luv,

Friday, January 15, 2010

++ Trilogi : Cinta Sang Ratu ++


Apa yang berlaku kepada Laksamana Sunan dan Haryani? Akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.

----------------------------
Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.

---------------------------

Inilah kisah pertembungan dua zaman yang pastinya membuatkan sayang sekali untuk ditinggalkan walaupun satu perkataan kerana ceritanya semakin PANAS!!!

p/s: semakin menarik plot-plot yang di paparkan..... oh ai hanya mengambil masa tak sampai 2 hari untuk menghabiskan sesi pembacaan yer. Gigihkan? huhu.


with luv,

Tuesday, January 12, 2010

++ Trilogi : Bagaikan Puteri ++


Untuk pertama kalinya ai membaca novel dari Ramlee Awang Mursheed. B4 ni ai memang tak pernah berminat nak membaca hasil tulisan dari Ramlee. First impression ai adalah jalan cerita yang sangat berat. Tapi oleh kerana ai telah di paksa oleh Cik Emy Haryani, maka ai pon mulakanlah pembacaan. Yer, Trilogi ni kesemuanya ai pinjam dari Emy.

Start dr paage ke 5 Bagaikan Puteri baru menarik minat ai. Dari satu page ke page yang lain dan akhirnya ai hanya mengambil masa 2 hari untuk menghabiskan sesi pembacaan Trilogi yang pertama nih.

So cerita ini memang terbaik. Mula-mula nak adaptasi gaya penulisan dari Ramlee ni agak confuse juga sebab Ramlee sering menggunakan imbasan atau pergerakan cerita yang berbeza zaman dan generasi. Apa pun, ai enjoy dan ai start suka dengan novel-novel dari Ramlee Awang Murshid.

------------------------------------------------

" Apabila hujan turun , melimpahlah air dari perbukitan , aliran menujah ke batu , melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung "
-------------------------------------
Sinopsis:
Haryani dan Laksamana Sunan... saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia , malah sukar diterima logik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.

Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.

Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa haryani kembali semula ke abad 21.

Antara dua lelaki , Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati.
----------------------------


Monday, October 19, 2009

ketika cinta bertasbih ..

sambungan kepada n3 yang ni. Ai dah lama sbnarnya menghabiskan pembacaan utk KCB ni even dalam kesibukan preparation utk convo, ai sempat mencuri sedikit masa utk menyelesaikan pembacaan. Bukannya apa, ceritanya ada daya tarikan yang membuatkan ai rasa, ai harus menghabiskan pembacaannya secepat yg mungkin utk mengetahui ending.

So i suka endingnya sampaikan di page terakhir ai rasa mcm tak puas n nak baca lagik. Ahak. So next book masih dalam pencarian. hehe..

Apa yg ai buleh buat kesimpulan, kalau sudah jodoh tak ke mana. Tapi usaha tetap perlu untuk mendapatkan jodoh yang kita ingini. Bukanlah bermaksud andainya org yg menjadi pilihan itu sudah menjadi milik org, kita mesti rebut untk mendapatkannya tapi kita berusaha utk mendapatkan jodoh yang terbaik buat kita. Seandainya org tersebut memang milik kita, pasti Tuhan akan mempermudahkan segalanya..


with Luv,

Thursday, September 24, 2009

ketika cinta bertasbih...



Ai baru shj memulakan pembacaan novel ini walaupon dah hampir 2 minggu ai pinjam dari Dorisya. Ntah kenapa, selepas membaca ayat-ayat cinta, ai jadik tertarik dengan novel-novel dari Habiburrahman El Shirazy. Now baru page 132. Ada 978 page to go.. Oh, i need a time... a time to do my fav things...


with luv,

Wednesday, September 2, 2009

ayat-ayat cinta ...


Novel yang dah terlalu lama ai beli tapi belum sempat memulakan pembacaannya. Semalam ai start membacanya. Ai ni bukan apa, kalau dah start dengan novel memang susah nak berenti so dengan erti kata lain, kalo tak punya banyak masa ai takkan sentuh koleksi novel² ai. Ntah kenapa semalam ai tetiba teringatkan novel nih walaupun ai tak punya banyak masa sepanjang ramadhan kali ni but ai try sedaya upaya mencari masa. Hari ni hari kedua ai membacanya dah separuh buku. Agak lambat pembacaan kali ini, manakan tidak, masa yang ada hanya beberapa minit sebelum tidur sehinggalah tertidur dan beberapa minit selepas sahur sementara menunggu azan subuh.

First impression ai, ingatkan novel nih lebih kepada bahasa² sastera atau kesusasteraan islam tapi nampaknya ai silap. Garapan yang sangat menarik, ayat yang mudah di fahami dan isi yang penuh dengan ilmu.

ok... ai baru je habis baca novel nih... sangat suka dan sangat banyak ilnu yang ai perolehi dari novel ni.

Indahnya dunia andai di kelilingi oleh orang2 yang menyintai kita dalam erti kata cinta yang sebenar. Cinta kerana Allah. Cinta kerana rasul. Masih adakah lelaki seperti Fahri dan wanita sebijak Aisha? satu dalam sejuta mungkin.
_______________________________

sinopsis :

Kisah kehidupan seorang pemuda yang juga graduan Al-Azhar di Cairo. Sangat santun dan bijak juga pengikut agama islam yang sebenar yang bernama Fahri. Nurul, seorang wanita yang bisa menggetarkan jiwa Fahri namun sangat pemalu dalam meluahkan rasa yang akhirnya menyesal sendiri. Maria, seorang wanita yang juga mencintai Fahri tanpa pengetahuan Fahri. Juga sangat perahsia orangnya. Noura, seorang wanita malang yang tak sedar di untung. Di tolong oleh Fahri tetapi akhirnya memfitnah Fahri yang akhirnya membawa kepada perkahwinan antara Fahri dan Maria. Aisya, wanita kaya yang sangat lembut hatinya berbangsa Palestin. Merupakan isteri kepada Fahri. Seorang yang sangat tabah dan memiliki semangat juang yang tinggi.

Novel ini terlalu banyak ilmu yang boleh di perolehi yang membuka pintu hati ai untuk menjadi muslimah yang lebih sempurna. Mudah2an. amin.

with luv,

Monday, May 25, 2009

SSS - 4

babak empat: dia yang bernama Dato' Rizwan...

Temujanji pertama aku dengan Jun berlangsung di café apartment aku je. Malas aku nak gi jauh-jauh. Dia yang tepon ajak dating, dia la yang datang ke teratak aku, ye dak?

Panggilan dari Jun tu taklah begitu mengejutkan bagi aku. Seperti yang aku katakan pada Black, aku dah jangka yang Jun akan dapatkan nombor aku darinya, sebab Jun nampak seperti seorang go-getter… dia takkan tunggu dan buang masa.

Cuma yang agak mengejutkan, pada pertemuan pertama, Jun terus akui yang dia dah ada boyfriend. Bukanlah aku kisah sangat, sebab pertemuan aku dan Jun tu sekadar sesi perkenalan dan memandangkan Jun yang cari aku, aku tak bolehlah dituduh mengacau girlfriend orang. Tapi aku musykil jugak kenapa Jun beriya-iya nak kenal dengan aku. Aku ni kalau dah musykil, aku tanya je… tak reti nak selindung-selindung…

“Kenapa call I?” tanya aku.

“Maksud you?” tanya Jun kembali.

“Orang yang telefon I ni selalunya ada dua sebab. Satu berkaitan kerja, satu lagi berkaitan sosial. Jadi, tujuan you yang mana satu?” tanya aku dengan lebih jelas.

Jun tersenyum. “Can’t it be both?” Eh… main usik-usik pulak dia.

“Sorry, I don’t mix business with pleasure,” jawab aku, tegas. Peringkat awal ni belum boleh kasi can lagi…

“That’s too bad,” balas Jun. “Kalau kena pilih, I pilih untuk bersosial lah,” putusnya.

Aku nak je cakap “Masalahnya you dah ada boyfriend”… tapi aku cuma menganggguk aje dengan keputusannya. Yelah, bukannya dia masuk meminang! Dia cuma nak berkenalan je. Tak salah kalau dia nak tambah sorang lagi kawan dalam hidup dia…

“Kenapa you kata kalau you kena pilih? Maksudnya, you ada urusan kerja jugak dengan I ke?” tanya aku lagi, masih tak puas hati.

Jun senyum penuh misteri. “Yang tu nantilah dulu”

Ewahhh… pandai jugak dia main permainan ni ye. Menarik, menarik…

Perbualan dengan Jun petang tu agak menarik. Kami berkongsi cerita tentang kehidupan masing-masing. Jun seorang pelajar Mass Communication dengan pengkhususan dalam bidang kewartawanan. Daripada cara dia bercerita tentang kursusnya, dia bukanlah seperti kebanyakan kawan-kawan aku yang pernah mangambil MassCom dulu… yang hanya memilih kursus tersebut sebagai last resort ataupun dengan tanggapan salah yang itu merupakan kursus paling senang. Jun memang betul-betul berminat dengan bidang kewartawanan, dan pengetahuannya juga agak meluas. Jadi, mungkin urusan kerja dengan aku yang dia maksudkan tu ada kena-mengena dengan kursus dia.

Bercakap tentang keluarga, tanggapan pertama aku tak jauh meleset. Jun memang datang dari keluarga berada. Ayahnya seorang peguam yang ada firma sendiri, sementara emaknya pula seorang doktor pakar kanak-kanak di sebuah hospital swasta. Dia cuma ada seorang kakak yang kini dah berkeluarga, jadi kedua ibu-bapanya memang menumpukan sepenuh perhatian kepada anak bongsu mereka.

Bila aku mengusik Jun mengatakan dia anak orang senang, dia sekadar tersenyum sambil memandang bangunan apartment aku dengan penuh sinis. Aku paham maksudnya… itu cue aku untuk bercerita tentang keluarga aku pulak. Heh, masih terlalu awal, Jun…

Menengokkan aku tak bukak cerita pasal keluarga, dia tanyakan tentang pelajaran. Dia tanya kenapa aku pilih Germany untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni fotografi… kenapa aku tak pilih universiti terkemuka di Amerika seperti Rochester Institute of Photography ataupun di Australia seperti Royal Melbourne Institute of Technology. Aku kagum seketika kerana Jun tahu mengenai universiti-universiti tu… ke dia dah buat research sebelum berjumpa aku? Kewujudan internet zaman sekarang ni memungkinkan segalanya…

Aku kata aku sengaja pilih Germany sebab aku tak pernah ke sana. Amerika dan Australia adalah dua negara yang aku selalu lawati setiap kali mengikut ayah aku untuk urusan bisnes. Jun mengangguk. Kalau dia dapat tangkap yang tu bukan jawapan sebenar, barulah aku sungguh-sungguh kagum…

Setelah puas berborak, aku mintak diri untuk naik ke apartment aku [ewahhh… macam anak dara pulak, main mintak-mintak diri]. Mungkin Jun sangka yang tujuan aku bertemu dengan dia di café apartment aku ialah sebab aku nak ajak dia naik ke rumah aku lepas tu… mungkin sebab tu terpapar sedikit kehampaan di raut wajah bujur sirihnya bila aku tak berbuat demikian. Hehe, sorry bebeh… my home is my sanctuary. Orang-orang terpilih je leh masuk… dan masih terlalu awal untuk Jun melayakkan diri dalam senarai tu.

Dan sebaik saja aku bukak pintu rumah aku petang tu, salah seorang daripada orang terpilih tu dah pun duduk di ruang tamu…

“Hai, Tan Sri… bila sampai?” tegur aku.

Seorang lelaki berumur awal 50-an berpakaian formal sedang duduk minum kopi sambil menonton televisyen. Kotnya yang berwarna kelabu gelap disangkut pada high-stool di ruang bar dalam apartment aku dan briefcasenya juga diletakkan di atas kerusi tersebut.

Dia berpaling bila aku menegur, menampakkan wajahnya yang sudah sedikit ditelan usia tapi kekacakan zaman mudanya masih terserlah. Rambutnya yang keputihan hanya menambahkan lagi daya penariknya. Bila dia berdiri, perutnya yang tak berapa lama dulu sedikit boroi sudah tidak lagi kelihatan. Hmm… sibuk dengan kerja sampai tak jaga makan lah ni…

“Baru je sampai. Balik kerja ke?” soal lelaki itu.

“Tak. Jumpa kawan,” jawab aku sambil mengambil jus oren dari peti ais aku. Aku meletakkan gelas di atas kaunter bar dan menuang jus oren ke dalamnya.

Lelaki itu tersenyum mengejek sambil duduk bertentang aku atas high-stool tempat dia meletakkan kot kelabu gelapnya. “Why bother buying coffee when you only drink orange juice, kiddo?” soalnya.

“Because I know you drink coffee, old man,” jawab aku sambil tersenyum.

Dia membalas senyuman aku dengan gaya yang aku cukup kenali. Kerana dari sekolah menengah, gaya itulah yang menjadi ikutan aku… dan lelaki inilah idola aku.

Lelaki yang bernama Dato’ Rizwan.

Abah aku.

“Tadi keluar dengan kawan ke… “kawan”?” abah aku menyoal.

“Baru kenal la, Tan Sri,” jawab aku, menggunakan gelaran yang aku selalu guna bila memanggil abah aku. Aku selalu kata, manalah tau kalau masin mulut aku, untung-untung nanti dapat Tan Sri. Kalau dah dapat Tan Sri, aku panggil Tun pulak. Kata-kata tu kan doa.

“Apa tak kenalkan kat abah?” abah aku bertanya sambil tersenyum nakal.

“Tak payah! Kang abah kebas,” balas aku dengan nada seloroh.

“Don’t tell me you’re insecure of this old man,” usik abah lagi.

“Perempuan zaman sekarang ni mana pandang orang macam Amir, abah… a young, struggling, roguish, handsome, charming photographer,” balas aku.

Abah ketawa besar. “So you’re saying they’re looking for an old, stable, nice, drop-dead gorgeous, super-stud Dato’?”

Touché!” ujar aku sambil mengangkat gelas aku yang berisi jus oren.

Hubungan aku dan abah memang rapat sejak aku berumur 10 tahun... sebaik saja mama tinggalkan abah untuk seorang lelaki berbangsa German. Aku tak tahu apa sebenarnya yang terjadi…

Yang aku tau, di satu pagi Sabtu yang hening, setelah memekup kedua telinga aku dengan bantal sepanjang malam mendengarkan mama dan abah bertengkar, aku bangun dan nampak abah duduk di hujung katil aku. Sebaik saja dia nampak yang aku dah bangun, dia memeluk aku dengan erat. Bisiknya, “I tried to make her stay, sayang… I really did. I’m so sorry…”

Aku tak pernah salahkan abah atas apa yang terjadi. Aku tau abah sayangkan mama lebih dari nyawanya sendiri, tapi mama yang buat keputusan untuk pergi. Lepas mama pergi ke Germany, aku dan abah jalani kehidupan berdua… dan kadang-kadang bertiga. Perempuan datang dan pergi bersilih-ganti dalam hidup abah… tapi tak pernah ada yang kekal. Aku rasa ruang hati abah tak pernah dan tak akan benarkan ia diisi oleh sesiapa selain mama.

Orang yang tak cukup mengenali abah akan mengatakan yang dia tak lebih daripada seorang Dato’ kaya-raya yang suka berpoya-poya dengan perempuan dan tak pandai membesarkan anaknya dengan nilai-nilai yang patut dicontohi.

Tapi aku menyanjung abah lebih daripada mana-mana manusia dalam hidup aku. Di saat aku keliru dan kesunyian, abah sentiasa ada. Dia memahami dan memberi sokongan atas apa jua jalan yang aku pilih dalam kehidupan aku, walaupun kadang-kadang jalan tu tak berapa nak lurus…

“Nape tak sound dulu nak datang,” kata aku sambil mengajak abah kembali duduk di ruang tamu.

“Saje nak surprise,” jawab abah. Konfiden je abah aku ni… buatnya aku tengah… tengah apa ek? Hehe…

Abah memandang di sekeliling apartment yang baru aku kemas beberapa hari lepas. “Lawa tempat ni,” ujarnya.

“Yep,” aku setuju.

Abah menggeleng kepala seorang diri. Aku tau apa yang sedang abah fikirkan…

Apartment ni dulu abah belikan untuk seorang perempuan bernama Marlis. Antara semua skandal abah, aku nampak abah paling serius dan paling lama dengan Marlis ni. Dia wanita berumur awal 30-an dan bekerja sebagai seorang eksekutif di syarikat yang pernah berurusan dengan syarikat abah. Bijak, anggun, bergaya… nak katakan abah jatuh cinta dengannya mungkin sedikit keterlaluan… tapi yang pasti, abah nampak macam dah bersedia nak akhiri zaman dudanya dengan Marlis.

Abah beli apartment sebagai satu kejutan untuk Marlis… tapi alih-alih, abah yang dapat kejutan. Abah dapat tahu yang Marlis dah bertunang, tapi selama ni merahsiakannya dari abah. Dia kata dia keliru bila abah muncul dalam hidupnya, dan dia perlukan masa untuk tahu lelaki mana yang dia harus pilih. Dan akhirnya, Marlis pilih untuk kekal dengan tunangnya.

Dan apartment yang sepatutnya jadi milik Marlis… menjadi milik aku sempena kepulangan aku dari Germany. Aku tahu abah boleh je jual balik apartment tu dan dapat untung, dan aku boleh duduk dengan abah di rumah banglonya. Tapi abah tau aku suka duduk sendiri, dan apartment tu sebagai memujuk hati lara yang aku bawa pulang dari Germany…

Jawapan sebenar kepada soalan Jun tentang kenapa aku pilih Germany untuk melanjutkan pelajaran jauh lebih kompleks. Sebenarnya, aku nak cari mama. Aku tak tau kenapa pikiran gila aku di ketika tu terlalu bercita-cita tinggi… sambil belajar, aku nak cari mama dan yakinkan dia untuk kembali ke pangkuan abah. Tinggi kan cita-cita tu? Nak cari mama tu tak susah… tapi nak berjumpa dengan mama depan keluarga baru dia dan suruh dia kembali kepada keluarga lama? What the hell was I thinking!

Tapi kerja aku telah ‘dimudahkan’ oleh mama. Di suatu hari, setelah aku kumpul segala keberanian untuk pergi ke rumah mama, aku telah menerima kejutan bila mama sendiri yang membuka pintu depan rumahnya. Aku senyum, dan aku nantikan pelukan ala rancangan Jejak Kasih daripada mama…

Tapi sebaliknya, apa yang aku dapat ialah, “Yes? How may I help you?”

How may I help you? Aku ni nampak macam jurujual dari pintu ke pintu ke? Ke aku nampak macam wakil dari Jabatan Air yang nak memaklumkan akan ada gangguan bekalan air untuk 2-3 jam?

Kemudian aku sedar satu perkara… mama tak kenal aku. Kemungkinan besar, dia dah buang aku dan abah jauh dari hidup dia. Dia dah bahagia dengan keluarga baru dia. Dan pada soalan mama, aku cuma katakan, “Sorry, wrong house” dan berlalu pergi.

Aku pikir, cukuplah hidup aku dengan abah je… diselang-seli dengan wanita-wanita yang menghiasi hidup kitorang, hehe…

“Abah datang ni sebenarnya nak kasitau, abah nak balik kampung weekend ni. Nak ikut?” soalan cepumas keluar dari mulut abah.

“Weekend ni saya ada hal, Tan Sri,” sepantas mee segera aku bagi jawapan.

“Hal apa?” aiseyman, kena soal-siasat pulak…

“Hal orang muda-mudi,” balas aku sambil tersengih.

“Meh lah ikut abah balik. Boleh ganti-ganti drive. Amir kan memang suka balik kampung, jalan-jalan tepi pantai,” pujuk abah.

Memang tak dapat dinafikan yang aku suka balik kampung. Keadaannya tenang, pemandangannya pun indah… kebanyakan gambar-gambar kegemaran aku diambil di kampung aku sendiri. Tapi…

“Tak payahlah lepak dengan Tok Wan. Gi la ikut Tok ke laut ke,” cadang abah, seolah-olah membaca fikiran aku.

“Yelah tu! Macam la Tok Wan nak bagi,” balas aku.

Abah ketawa. “Come on, temanlah abah. We’ll suffer the wrath of Tok Wan together,” pujuk abah lagi.

Giliran aku pulak tertawa. Abah pun selalunya tak terlepas daripada ‘kritikan-kritikan membina’ Tok Wan.

“Okaylah, okaylah. But you know this means I get to date your new secretary, right?” usik aku.

“Owh, abah dah test-run… too wild for you to handle, kiddo,” abah membalas.

Aku ketawa lagi.

Hai, Dato’ Rizwan, Dato’ Rizwan…



sumber : kapasitor.net


with luv,

Sunday, May 24, 2009

SSS - 3

babak tiga: dia yang bernama Black...

“Err… can you please take our picture?”

Apa ‘Err… err…’! Panggil ‘Abang’ la! Sekali aku sekeh kang!

Hish, diorang ni ni ingat aku personal photographer diorang agaknya… suruh amik gambar diorang posing sana-sini. Kalau lawa takpe gak! Ini bedak je bertepek 14 inci…

Hati aku dok menggerutu je sepanjang karnival tu. Sepertimana yang telah aku jangka, lebih daripada separuh syot aku dipenuhi dengan gambar bebudak ni. Kalau aku nak amik gambar candid pun, ada je yang dok enterframe. Kalau pandai buat-buat natural satu hal la; ini memang muka senyum tampal. Nak je aku sound “Dik, audition iklan ubat gigi bukan kat sini ye… salah tempat adik ni” tapi paham ke diorang apa itu sarcasm? Aku rasa tak. Mungkin diorang akan anggap tu pujian. Maka perlukah aku sound direct je? Sampai ke telinga Maya kang aku gak yang kena. Bukanlah aku takut sangat dengan Maya tu, tapi memandangkan laptop idaman aku bakal berada di pangkuan aku tak lama lagi dek kerana dia, takleh la nak buat hal.

Hmm… nak buat-buat snap tapi sebenarnya tak ambik syot pun takleh. Menyusahkan jugak rupanya era digital nih… lepas je aku ambik gambar, diorang ni sibuk-sibuk nak tengok gambar yang aku dah tangkap tu. Takut gamaknya, dalam gambar tetiba hidung jadik rompong ke, mata Utara-Selatan ke… lepas dah rasa diri tu habis cun tak hengat, barulah diorang lepaskan aku dari cengkaman maut diorang.

Arghhh!! Tekanan!!

Lepas aku ambik gambar lima orang budak pompuan yang aku yakin merasakan diri diorang Spice Girls alaf baru [diorang ni sempat kenal ke Spice Girls tu siapa?], aku cepat-cepat melarikan diri ke satu sudut. Dari situ aku dapat lihat pemandangan karnival tu dengan lebih jelas. Sebenarnya meriah jugak karnival ni. Banyak syot-syot menarik yang aku boleh ambik.

Baru je aku nak ambik gambar seorang budak comel yang tengah melahap cotton candy seolah-olah tu makanan ruji dia, terdengar suatu suara menyebut nama aku dengan penuh ragu-ragu…

“Amir…?”

Uik! Suara lelaki! Aku cemas sikit kalau suara lelaki ni, semenjak kes kena bambu dengan ex-boyfriend Sharon dulu [lu yang tak pandai jaga awek… bila awek lu lari kat gua, marah gua plak! Apehal!]

Tapi suara ni… macam pernah dengar…

Perlahan-lahan aku berpaling… dan seorang mamat berkulit hitam manis sedang tersengih sambil memandang ke arah aku.

“Black!” sahut aku.

“Uish! Nama lama tu janganlah diungkit kembali,” balas Black, masih tersenyum.

Aku tertawa sambil berjabat salam dengannya. Black ni member aku masa zaman sekolah menengah dulu. Nama sebenar: Naqiuddin. Apsal panggil Black? Korang ingat sebab warna kulit dia ek? Ish, ish, ish… tak baiknye korang ni… keh keh. Al-kisahnya, Black ni dulu pernah kena blacklist dengan cikgu disiplin sebab suka ponteng kelas… jadi, dari situlah wujudnya gelaran Black.

“Macho ape,” aku mempertahankan gelaran zaman sekolahnya tu.

“Macho bukan pada nama, beb,” katanya sambil tersenyum sinis. Hoho, sindirankah itu?

“Apa ko buat sini? Lepas ko gi Germany, terus lost contact,” kata Black lagi, sambil matanya memerhati aku dengan teliti. “Ko ni… cenggini lagi ek?” tambahnya.

“Is that supposed to be a compliment? Come on, Black… takkan takde perubahan sikit pun. Penat-penat aku merantau jauh, balik-balik ko kata sama je. Ceh,” kata aku.

Black gelak. “Okaylah, okaylah… makin macho lah… kot,” Black membalas. Macam tak ikhlas je…

“Aku buat free-lance skang,” aku menjawab soalan Black yang terdahulu sambil mengunjuk ke arah kamera yang sedang aku pegang.

“I see, I see… so, living your dream lah now,” Black membuat tanggapan. Dia tahu dari zaman sekolah lagi aku memang minat bidang seni fotografi ni.

“Lebih kuranglah. Ko lak amacam?”

“Aku ngajar kat sini. Part-time,” jawab Black.

“Hoh! Cikgu Naqiuddin! Ko ngajar ape kat budak-budak ni? Cara-cara efektif memonteng kelas?” aku mengusik.

“Kurang hasam ko! Aku ajar English la!” jawab Black.

“Part-time je?” tanya aku lagi. Menengokkan jam tangan Tag Heuer di pergelangan tangannya, mustahil ni je sumber pendapatan Black…

“Ha’ah. Ada lah buat bisnes sikit-sikit,” jawab Black, merendah diri. Piirah! Bisnes sikit-sikit konon! Kasut Adidas ko tu tak nampak macam ciplak pun, Black! Kalau tak silap aku, special edition tu… bukan calang-calang orang ada…

“Bini mana? Ke sebab nak berpoya-poya ngan student, tak bawak bini sekali?” aku terus serkap jarang.

“Mana ada! Single and ready to mingle nih,” Black menafikan.

“Budget hot stuff la,” aku mengusik. Tak kahwin lagi Black ni rupanya… “Bebudak ni tak pernah cuba ngorat ko ke, Black?”

“Adaaa… tapi sekadar nak pass exam la,” balasnya.

“Sungguh ke?”

“Sungguh la!” jawab Black dengan beriya-iya. Fuh, scandalous!

“Lauk free la ko?” tanya aku lagi. Topik menarik nih…

“Lauk, nasik, sayur… semua dapat! Hidangan sepinggan lengkap!” jawab Black, tapi kali ni dengan nada seloroh.

“Tak beretika siot ko,” aku mengkritik penuh sahsiah… chewah!

“Ah… etika, tak etika! Rezeki jangan ditolak…”

“Bala jangan dicari! Ni bukan cari bala ke namanya? Kantoi kang tak pasal kena buang keje,” ujar aku.

“Pandai makan, pandai la simpan,” balas Black sambil mengangkat-angkat kening ala Ziana Zain.

“Giler la budak-budak ni. English je pun,” komen aku.

“English la yang wajib lulus, beb. Tu yang jadik desperate tu,” jelas Black.

“Bukan diorang ni semua terer speaking ke?” aku membuat anggapan.

“Heh! Speaking berabuk! Grammar tunggang-langgang! Naik migraine aku bila mark paper. Mujur la part-time je,” Black kaw-kaw kutuk student dia sendiri. Aku gelak je.

“Nasib baik jumpa ko kat sini weyh. Kalau tak, mati akal aku,” aku meluahkan perasaan pada Black sambil kitorang jalan-jalan sekitar karnival.

“Apehal nak mati akal pulak. Cuci mata la,” cadang Black.

“Cuci mata hapenye. Student ko takde yang cun pun,” komen aku dengan lasernya.

“Radar ko tak berfungsi nih. 2 o’clock kasi tengok,” Black memberi arahan.

Aku berpaling dengan gaya selamba ke arah yang Black sebutkan…

Ternyata radar Black berfungsi dengan baik [eleh, tak aci! Dia cikgu kat sini]. Di suatu sudut di mana meja-meja dan kerusi-kerusi lipat diletakkan untuk orang ramai menikmati makanan ringan, mata aku terus terpandang seorang gadis berseluar tiga suku dan berbaju baby-T yang sedang duduk menikmati hot dog dengan penuh ayunya. Dia memakai topi, dengan rambutnya yang lurus dan panjang diikat satu dan dikeluarkan melalui lubang belakang topi tu.

Ringkas, tapi menarik.

Dia ditemani dua orang kawannya. Hmm… sidekicks. Ternyata dia kepala ataupun queen bee dalam geng tu, sebab dia yang paling menyerlah. Mungkin kawannya yang dua orang tu sengaja dipilih menjadi sidekick supaya tak mencuri limelight darinya. Bukanlah aku mengatakan yang kawan-kawannya tu tak cantik… tapi tak secantik dia.

Dinamiks klik remaja yang sangat tipikal.

“Not bad,” ujar aku pada Black. “Yang tu ko tak pernah merasa ke, Black?”

“Unfortunately, no. Yang ni English memang power,” jawab Black dengan nada kesal yang dibuat-buat.

“Aiseyman… rugilah ko, Black”

“Tulah pasal!”

Aku ketawa, tapi mataku masih memerhatikan gadis tu. Makin dipandang, makin menarik lah pulak. Gayanya bersahaja, tapi ada sesuatu tentang cara dia membawa diri yang memberitahu aku bahawa dia memang gadis dari kelas atasan… yang mungkin, ketika rakan-rakannya yang lain sibuk ke pusat tuisyen waktu sekolah rendah dulu, dia ke finishing school untuk belajar cara-cara menjadi “a proper lady”.

“Sebenarnya kan, Mir… aku perasan dia tengah usha ko tadi,” Black dengan tak semena-mena memberikan informasi berharga.

“Biar benar ko, Black…”

“Iye! Situasinya macam ni… aku dok usha dia, pastu perasan yang dia asyik dok usha someone… bila aku tengok siapa yang dia dok usha, rupa-rupanya ko! Tu yang aku perasan ko ada kat sini tu,” jelas Black dengan panjang-lebar.

Aku cuma mengangguk tanda paham, mata aku masih tak lekang dari memandangnya…

Tiba-tiba matanya bertentang dengan mata aku. Seperti yang biasa aku lakukan, aku tak mengalihkan pandangan… sebaliknya mengangkat kening dan senyum… seolah-olah menjemputnya untuk mengenali aku dengan lebih dekat…

Si gadis tersipu-sipu sambil membalas senyuman aku. Ahhh… manisnya…

“Haduiii… kalah la aku macam ni, Mir! Aku yang jadik cikgu ni pun tak reti buat ‘pendidikan jarak jauh’ macam ko ni,” Black mengusik, sekaligus menghentikan perang pandang-pandang, jeling-jeling antara aku dan si dia.

Ceit, Black tengah perati rupanya…

“Itulah, aku suruh menuntut dengan aku dulu takmoh. Ambik nombor aku cepat!” kata aku seraya mengeluarkan handphone aku, dan Black juga melakukan perkara yang sama.

“Eleh, sebenarnya nak suruh aku kasik nombor ko ni kat student aku tu kan,” teka Black.

“Obviously la! Kasi nombor aku kat ko nak buat hape,” balas aku sambil ketawa. “Ey, but jokes aside… keep in touch la. Bebila free meh kuar minum, aku belanja,” pelawa aku.

“Sudahla! Ni semua taktik ni!” Black masih berkeras.

“Ko nak aku belanja tak nak?” ugut aku.

“Nak, nak…” kata Black sambil bertukar nombor telefon dengan aku.

“So… what am I supposed to say to Jun?” Black bertanya.

“Who?”

“Jun. Tu nama budak yang usha ko tu,” jawab Black.

Hmm… Jun…

“You don’t have to say anything, my friend. Just wait and see. She’ll get if from you,” senyuman senget aku terpampang jelas.

“Bapak konfiden!”

Dan dua hari kemudian… satu suara manja kedengaran di hujung talian sebaik saja aku mengangkat Nokia N93 aku…



sumber : kapasitor.net



with luv,