Showing posts with label MyDoa. Show all posts
Showing posts with label MyDoa. Show all posts

Wednesday, March 18, 2015

4 Permintaan Rasulullah Pada Siti Aisyah Sebelum Tidur




Rasulullah صلی اللہ علیہ وسلم berpesan kepada Siti Aisyah ra.

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran....
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat...
3. Sebelum para muslimin meridhai engkau...
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah... “

Bertanya siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasul tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran...


2. “Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku” maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat.... “


3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau..



4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah...

* Tasbih (Subhanallah)
* Tahmid (Alhamdulillah)
* Takbir (AllahuAkbar)
* Tahlil (Laa ilaha Illallah)

sumber : sportmusang

with luv,

Friday, October 24, 2014

Monday, March 24, 2014

The feeling that I Can't explain.... :-(


DAY 17 : PRAY4MH370

انا لله وانا اليه راجعون...الفاتحة

Sedih tak terkata saat press conference sebentar tadi. Kenapa ye? Sedihnya teramat sangat seperti ada saudara mara terdekat bersama mereka. Allah. Sungguh-sungguh sedih. MH 370 di sahkan terhempas di lautan Hindi. Ya Allah, tiada daya dan kuasa melainkan kuasaMu Ya Allah. Saat jari jemari menari-nari ini pun, air mata masih deras mengalir. Allah. Allah. Allahu Akbar. Darimu kami datang, kepadamu jua di kembalikan.

Al fatihah untuk untuk mangsa yang beragama Islam. Semoga roh mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang Kau Redhai Ya Allah... Semoga keluarga mangsa tabah menerima dugaan ini. Amin. Amin Ya Robb.

Allah...
Apalah daya kami Ya Allah..
Apalah yang ingin Kau tunjukkan kepada kami Ya Allah..
Kami sedar akan dosa-dosa yang menyelubungi kami Ya Allah..
Maka Kau turunkan ujian kepada kami..
Tanda kasihMu ya Allah...
Tetapi... sungguh terlalu berat untuk kami laluinya...
Terlalu sukar untuk kami tempuhinya...
Allah... lindungilah hati-hati kami..
Agar kami menerimanya dengan terbuka...
Dengan penuh keredhaan Mu Ya Allah...
Kau Yang Maha Kuasa....
Pasrahkanlah kami dengan ujianMu...
Tempatkanlah mereka di kalangan hambaMu Yang Kau paling kasihi...
Ameen.





with luv,

Friday, March 14, 2014

Day 7 : Pray4MH370



Masih tiada perkhabaran. Sedih. Duka... 
Tolonglah Ya Allah.... Tolonglah Kami Ya Allah.
Kami merayu padaMu Ya Muhaimin.... 


with luv,

Wednesday, March 12, 2014

Di manakah MH 370?



#Day 5

Seperti yang telah di ketahui, Malaysia di gemparkan dengan kehilangan pesawat MH 370 milik MAS pada Sabtu yang lepas. Sangat terkejut dengan berita ni.

Saat berita ini di siarkan, aku dalam keadaan mamai yang baru bangun tidur. Hari pertama percutian aku ke Pulau Tioman. Malah, belum pun sempat menjejakkan kaki ini di Pulau Tioman pun. Tersentak seketika. Sedih. Mood nak bercuti sedikit weng. Sedihnya hanya Allah yang tahu. 

Sepanjang pagi sementara menanti ke pukul 12.30 jadual ketibaan feri, tangan tak lepas membaca perkembangan mengenai MH 370. Macam-macam spekulasi yang timbul buat hati semakin tak keruan. Belum lagi dengan komen-komen negatif rakyat Malaysia. Lagi menambah duka di hati. Susah sangat ke hendak berdiam diri andai tidak tahu cerita sebenarnya? Ramai yang memilih untuk menjadi keyboard worrior. Ada juga yang cuba mempersendakannya. Aduhai. Inikah mentaliti rakyat Malaysia apabila dunia tanpa sempadan?

Honestly, jauh di sudut hati aku sedih yang teramat. Bayangkan andai ada ahli keluarga di dalam pesawat itu. Aduhai. Hanya Tuhan yang tahu kesedihan ini. Andai aku yang bukan siapa-siapa ini pun merasakan impak kesedihannya apatah lagi keluarga mangsa. Semoga mereka tabah hendaknya. Hanya doa yang dapat aku titipkan buat mereka. 



Ya Allah Ya Tuhan Kami, Yang menjaga sekalian alam. 
Yang Maha Besar lagi berkuasa. 
Kau permudahkanlah urusan kami mencari pesawat MH 370 ini. 
Kasihanilah kami. Kasihanilah ahli keluarga mereka Ya Allah. 
Hanya Engkau tempat kami bergantung harap. Hanya Engkau Ya Allah. 
Tiada yang lain melainkan Engkau sendiri. 
Permudahkanlah Ya Allah. 
Ya Allah Ya Tuhanku, jika di laut, timbulkanlah. 
Jika di langit, turunkanlah. 
Jika di darat, tunjukkanlah. 
Jika terhijab, bukakanlah. 
Bantulah kami Ya Allah. Bantulah kami Ya Allah..... 
Ampunkanlah dosa-dosa kami Ya Allah.... 
Kami akur dengan kebesaranMu ya Allah..
Perkenankanlah doa-doa hambaMu ini...
Amin.



with luv,

Friday, May 17, 2013

Tuesday, September 11, 2012

Thursday, July 26, 2012

Panduan Solat Sunat Tarawih


Hari ini adalah bersamaan dengan 6 Ramadhan. 5 Ramadhan telahpun berlalu. Sejauh manakah kita menghayati Ramadhan kali ini? Adakah Ramadhan kali ini mengundang seribu rahmat Allah atau adakah kita semakin menjauhi rahmatNya? Wallahua`lam.

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, niat ingin menikmati dan menjiwai Ramadhan dapat saya laksanakan mengikut kemampuan diri. ALhamdulillah ya Allah, kerana meringankan tulang temulang saya, memudahkan pergerakan tubuh badan saya untuk melaksanakan solat tarawih kali ini. Cuma terkilan sedikit rasa hati apabila terpaksa meninggalkan solat terawih pada ke 3 Ramadhan kerana ada sedikit kemalangan yang berlaku. Namun bila difikirkan kembali, bersyukur sangat kerana hanya sehari yang saya tinggalkan. Kalaulah kemalangan yang berlaku itu memudaratkan, pasti lebih banyak terawih yang akan saya tinggalkan. Sedihnya.

Ramadhan kali ini juga bukan harta dunia yang saya cari. Lelah rasanya apabila mengejar duniawi ini. Makanya, Ramadhan kali ini memang saya tidak mengambil banyak tempahan kerana bimbang tidak dapat menikmati Ramadhan dengan sempurna. Ramadhan kali ini lebih santai rasanya. Lebih tenang dan lebih bahagia. Alhamdulillah. 

Benarlah bahawasanya, apabila kita mengejar akhirat, dunia akan mengejar kita. Jadi kenapa harus meninggalkan akhirat untuk mengejar dunia yang semakin melalaikan? Seringkali bisikan² ini berkumandang di saraf² otakku kebelakangan ini. 

Apa yang aku mahukan?
Apa yang aku inginkan?
Apa lagi yang aku harapkan sebenarnya?

Sungguh tidak ada jawapan untuk persoalan ini. Jawapan² yang tercetus di minda hanya berlegar² dan bertukar². Puas ku soal dan ku teliti akhirnya aku temui apa yang aku cari.

Alhamdulillah.

Semoga Ramadhan kali ini benar² dapat dinikmati dengan sepenuh jiwa dan raga.



Sebagai penutup bicara, ingin saya kongsikan panduan mengenai solat tarawih yang saya ambil dari blog Kak Ita, Masam Manis. Jenguk²lah blog beliau kerana anda pasti akan tertarik dengan ilmu² bermanfaat yang beliau kongsikan selain dari resepi yang lazat² belaka.



Panduan Solat Sunat Tarawih


Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar selepas salam sambil memperbanyak zikir pada setiap rakaat keempat dan dikerjakan dalam keadaan tenang, tenteram dan tidak tergesa-gesa menyelesaikannya.
Solat Tarawih adalah sunat muakkad yang boleh dilakukan secara berjemaah atau sendirian sama ada di rumah atau masjid pada malam-malam bulan Ramadan, di antara waktu selepas solat Isyak hingga ke sebelum fajar.
Rasulullah SAW. bersabda;

“Allah SWT. menetapkan kewajipan puasa kepada kamu dan disunatkan kepada kamu solat pada malam harinya. Sesiapa berpuasa pada siang hari dan melakukan solat pada malam harinya kerana iman dan mengharapkan keredaan-Nya maka ia kelak bersih dari dosa-dosanya seperti seorang bayi yang dilahirkan ibunya”.
Solat Tarawih boleh dilaksanakan dengan setiap dua rakaat satu salam, sekurang-kurang 4 kali dan disambungkan dengan solat Witir tiga rakaat atau boleh juga dilakukan 2 kali empat rakaat berdasarkan hadis daripada Aisyah yang berkata:  

“Rasulullah SAW tidak pernah mendirikan solat malam melebihi 11 rakaat, baik pada Ramadhan mahupun bulan lainnya, beliau mendirikan empat rakaat yang sangat panjang, kemudian empat rakaat lagi yang panjang, selepas itu solat tiga rakaat.”

~Riwayat Bukhari


TUJUAN

  1. Solat Tarawih adalah ibadah untuk menghidupkan malam Ramadan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
  2. Menggunakannya untuk menghafal kembali surah al-Quran.
  3. Mengharapkan kerahmatan dan keampunan Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang melakukan solat malam pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu.”

~Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

BACAAN SURAH

  1. Sebaik-baik surah yang dibaca selepas al-Fatihah pada solat Tarawih ialah satu juzuk daripada al-Quran pada setiap malam seperti kelaziman seseorang yang hafaz al-Quran (al-Hafiz).
  2. Kebanyakan orang biasanya adalah dengan membaca surah-surah lazim:
      
3.  Bermula malam ke 16, boleh juga dibaca mulai daripada surah al-Lail pada rakaat pertama sehingga surah al-Masad, iaitu 20 surah bagi 20 rakaat solat Tarawih.

CARA MELAKUKAN SOLAT


Cara melakukan solat Tarawih sama seperti solat sunat yang lain. Solat Tarawih dilaksanakan setiap dua rakaat satu salam, ini berlandaskan kepada hadis:  

“Solat malam (solat Tarawih) adalah dua rakaat, dua rakaat.”

~Riwayat Jamaah

1.  Niat:

2.  Bacaan Selawat, Tasbih dan Doa Solat Tarawih
Setelah selesai melakukan solat fardu dan solat sunat Ba’diah Isyak, maka bolehlah dimulakan Solat Tarawih dengan bacaan-bacaan berikut.

 
 


F.  Baca doa berikut selepas selesai rakaat ke 8 atau ke 20, iaitu rakaat terakhir solat Tarawih.

Doa Solat Tarawih


اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلَّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَفْضَلَ صَلَوَاتِكَ الَّتِىْ صَلَّيْتَ عَلَيْهِ، يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ، يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. وَرَضِىَ اللهُ تَعَالَى عَنْ أَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ أَجْمَعِيْنَ، وَرَضِىَ عَنَّا وَوَالِدِيْنَا جَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ.                                                                           

Ya Allah! Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami Muhammad SAW dengan selawat terafdal di mana Dikau berselawat ke atasnya dengan selawat itu; Wahai yang mempunyai Kemuliaan dan Kemurahan, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!  Dan keredhaan Allah kepada kesemua sahabatnya dan telah redha kepada kami, kedua ibu bapa kami dan keselurahan orang-orang yang beriman.

 

اَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا بِاْلإِيْمَانِ كَامِلِيْنَ، وَلِفَرَائِضِكَ مُؤَدِّيْنَ، وَلِلصَّلاَةِ حَافِظِيْنِ، وَلِلزَّكاَةِ فَاعِلِيْنَ، وَلِمَا عِنْدَكَ طَالِبِيْنَ، وَلِعَفْوِكَ رَاجِيْنَ، وَبِالْهُدَى مُتَمَسِّكِيْنَ، وَعَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضِيْنَ، وَفِى الدُّنْيَا زَاهِدِيْنَ، وَفِى اْلآخِرَةِ رَاغِبِيْنَ، وَبِالْقَضَاءِ رَاضِيْنَ، وَبِالنُّعَمَاءِ شَاكِرِيْنَ، وَعَلَى الْبَلاَيَا صَابِرِيْنَ، وَتَحْتَ لِوَاءِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ سَائِرِيْنَ، وَإِلَى الْحَوْضِ وَارِدِيْنَ، وَفِى الْجَنَّةِ دَاخِلِيْنَ، وَعَلَى سَرِيْرَةِ الْكَرَامَةِ قَاعِدِيْنَ، وَبِحُوْرٍعَيْنٍ مُتَزَوِّجِيْنَ، وَمِنْ سُنْدُسٍ وَاسْتَبْرَقٍ وَدِيْبَاجٍ مُتَلَبِّسِيْنَ، وَمِنْ طَعَامِ الْجَنَّةِ آكِلِيْنَ، وَمِنْ لَبَنٍ وَعَسَلٍ مُصَفِّيْنَ شَارِبِيْنَ، بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيْقَ وَكَأْسٍ مِنْ مَعِيْنٍ، مَعَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّيْنَ وَالصِّيْقِيْنَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِيْنَ. وَحَسُنَ اُولَئِكَ رَفِيْقًا ذَلِكَ الْفَضْلُ مِنَ الله وَكَفَى بِاالله عَلِيْمًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.                                      

Ya Allah! Jadikanlah kami golongan yang imannya sempurna, dapat menunaikan segala kewajipan agama, menjaga solat, menunaikan zakat, menuntut dan mencari segala kebaikan di sisi-Mu, mengharapkan keampunan-Mu, sentiasa berpegang teguh dengan petunjuk-petunjuk-Mu, terhindar dari segala penyelewangan, mencintai keduniaan dikurangkan, terpelihara di akhirat, meredhai ketentuan qadak dan tabah menerima ujian, mensyukuri segala nikmat-Mu dan semoga di akhirat nanti kami dimasukkan sebaris di bawah naungan panji-panji jujungan kami Nabi Muhammad SAW, dapat melalui telaga yang sejuk, dimasukkan ke dalam syurga, terhindar dari api neraka dan duduk  di atas Tahta Kehormatan di dampingi  bidadari syurga dengan memakai pakaian kebesaran dari sutera yang berwarna-warni, menikmati santapan syurga yang lazat, meminum susu dan madu yang suci lagi bersih di dalam gelas-gelas dan kendi yang tidak kering selamanya, bersama-sama dengan orang yang telah Dikau berikan nikmat pada mereka, daripada golongan para nabi, para siddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh dan baik sekali mereka menjadi teman-teman kami. Demikianlah kemurahan dan kecekapan daripada Allah yang Maha Mengetahui dan segala puji bagi Allah Tuhan Seluruh Alam!

 اَللَّهُمَّ فَارِقِ الْفُرْقَانَ وَمُنْزِلِ الْقُرْآنَ بِالْحِكْمَةِ وَالْبَيَانِ [بَارِكِ اَللَّهُمَّ لَنَا فِىْ شَهْرِ رَمَضَانِ (×3)] وَاعْدَهُ اَللَّهُمَّ عَلَيْنَا سِنِيْنًا بَعْدَ سِنِيْنَ. وَأَعْوَامًا بَعْدَ أَعْوَامٍ عَلَى مَا تُحِيُّهُ وَتَرْضَاهُ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.      

Ya Allah! Yang membezakan batil dan hak, yang menurunkan Al-Quran dengan hikmah serta penjelasan, [berkatilah kami ya Allah di dalam bulan Ramadan ini - (3x)] Kurniakanlah kepada kami ya Allah (Ramadan ini dan Rahmat-Nya), tahun demi tahun atas apa yang Dikau kasihi dan redhai; Wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!


اَللَّهُمَّ إِنَّكَ فِىْ هَذَهِ اللَّيْلَةِ وَكُلُّ لَيْلَةٍ مِنْ لَيَالِىْ شَهْرِ رَمَضَانِ، عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ، فَاجْعَلْنَا اَللَّهُمَّ وَوَالِدِيْنَا وَأَوْلاَدِنَا وَأَزْوَاجِنَا وَمَشَآيِخِنَا وَمُعَلِّمِيْنَآ وَأَقَارِبِنَا وَأَصْحَابِنَا وَالْحَاضِرِيْنَ وَوَالِدِيْهِمْ مِنْ عُتِقَائِكَ مِنَ النَّارِ. [اَللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّارِ سَآلِمِيْنَ (×3)] وَأَدْخِلْنَا وَإِيَّاهُمُ الْجَنَّةَ آمِنِيْنَ. [اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفْوٌ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا. (×3)]    

Ya Allah! Sesungguhnya Dikau pada malam ini dan pada setiap malam bulan Ramadan membebaskan ahli-ahli neraka. Maka jadikanlah kami Ya Allah, kedua ibu bapa kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, orang-orang tua kami, guru-guru kami, kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami, orang-orang yang masih hidup dan bapa-bapa kami dari kalangan mereka yang Dikau bebaskan dari neraka. [Ya Allah! Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kesejahteraan - (3x)]. Masukkanlah kami dan mereka ke dalam syurga sebagai orang-orang yang sejahtera. [Ya Allah! Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Pemurah, Dikau amat suka mengampunkan, maka ampunilah kami! - (3x)].

وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.                                           

Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas semulia-mulia makhluk, penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarganya dan para sahabat Baginda kesemuanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam!



G.   SOLAT SUNAT WITIR

A.   Setelah selesai Solat Tarawih, sebelum meneruskan solat sunat Witir. Bilal akan menyeru:
Lakukanlah solat Witir, mudah-mudahan Allah memberi pahala kepada kamu!

Disambut jama’ah dengan lafaz;
Bersolatlah. Tiada Tuhan melainkanAllah.


B.   Cara Melaksanalam 2 Rakaat Pertama

1.  Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:
 
* Sekiranya solat sendirian, tinggalkan perkataan di dalam kurungan;
Daku solat sunat Witir dua raka’at kerana Allah Ta’ala.


2.  Bacaan selepas Fatihah:
             Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
             Raka’at kedua: Surah  Al-Kafiruun


C.  Selawat Selingan


  1. Sesudah salam, Bilal membacakan selawat;
 
 Ya Allah! Kurniailah kesejahteraan ke atas junjungan kami, kekasih kami dan  pemimpin kami Muhammad SAW.

      2,  Jama’ah menyambut dengan ucapan;
 
Ya Allah! Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya (Muhammad SAW).


D.  Cara Melaksanakan Satu Rakaat Terakhir


  1. Jama’ah terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:
 
* Daku solat sunat Witir satu raka’at kerana Allah Ta’ala.

 


2.  Pada raka’at terakhir, selepas Fatihah, dibaca 3 surah berikut:
  • Al- Ikhlas
  • Al-Falaq
  • An-Naas

E.  Berdoa Qunut

Bermula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca Doa Qunut selepas berdiri tegak dari rukuk, iaitu belum melakukan sujud pertama.


F.  Berdoa  

  1. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan tasbih sebelum berdoa:


2.   Boleh dibaca doa-doa berikut:

Peringatan

*Lafaz niat di atas boleh digunakan untuk semua orang. Jika menjadi imam atau makmum, pilih salah satu perkataan tersebut dari dalam kurungan.  Jika solat berseorangan perkataan di dalam kurungan tidak perlu dibaca.
*Penentuan sesuatu surah seperti yang disebutkan itu hanyalah untuk memudahkan kita mengingati bilangan rakyat sahaja dan kerana itu seseorang boleh membaca mana-mana surah atau ayat yang diingatnya.
*Begitu juga tentang peraturan berselawat antara rakaat-rakaat solat sunat tarawih kerana tujuannya adalah untuk menambahkan lagi ibadat pada bulan yang mulia ini.


Penutup

Demikianlah cara-cara menunaikan Solat Sunat Tarawih dan Sunat Witir untuk mencari keberkatan, kurniaan dan keampunan Allah pada malam-malam bulan Ramadhan yang mulia ini dan terpulanglah  kepada individu memilih dan mengikuti cara yang sesuai  mengikut  kemampuan  dan keikhlasan diri masing-masing..

والسلام


Jutaan terima kasih kepada :
shafiqolbu
Gambar dari : Google




with luv,

Thursday, May 10, 2012

Wednesday, January 18, 2012

Jahilnya kita ...

As salam,
Untuk renungan bersama ...





with luv,

Friday, January 13, 2012

Intan Pertama


Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat dengan
orang-orang yang berbuat baik

Bertawakallah kepada Allah,
lalu tidurlah dengan tenang.

Mudah-mudahan Allah menyembuhkan segala rasa yang menyakitkan.
Sesungguhnya Dia Maha Pemurah kepada Makhluknya.
Dan pasti akan memberikan kurniaNya.


.... Petikan dari buku Jangan Bersedih,
Jadilah wanita yang paling bahagia. .... Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni


With luv,

Friday, September 30, 2011

... zikir penenang hati

Kadang-kadang kita terlupa...
Terlupa memberi makanan kepada hati kita ...
Terlupa memberi minuman kepada hati kita ...
Hingga hati ini kelaparan dan kehausan..
Dahagakan dan laparkan makanan dari kita..
Sang pemilik hati ini ....

Maka ...
Lahirlah pelbagai penyakit hati ...
Sakit hati, busuk hati, dengki, khianat dan banyak lagi ...

Lalu ...
Ubatilah hati ini dengan zikrullah ...
Dengan ayat² yang menenangkan jiwa ..
Mudah²an kita sentiasa berada dalam rahmat Allah
Insyaallah.




with luv,

Saturday, September 24, 2011

Doaku untukmu sahabat ....

Doa ku untuk mu... 
sahabat²ku yang sentiasa dekat di hati biar pun jauh di mata... 
Dengan nama Allah Yg Maha Pengasih dan Penyayang.. 
 
  


Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat .

Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu .... Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau 
 
izinkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah ...
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah
 



with luv,