Untuk yang bertanyakan saya tentang Nutox skincare, sorry saya tak sempat nak jawap komen anda. Ingatkan nak wat n3 khas tapi selalulah bertangguh-tangguh dan akhirnya terlupa.
Saya masih lagi menggunakan Nutox skincare sebagai sebahagian proses penjagaan muka saya. Nutox saya gunakan ketika siang selepas solat. Saya masih menggunakan basic set Nutox ( Wrinkle Away Cleanser, Moisture Emulsion SPF 25PA++, Skin Refining Astringent, Advance Serum Cocentrate) sebagai rutin penjagaan harian / tengah hari saya. Boleh refer n3 Nutox saya untuk details.
Supernatural Night Repair dan Advanced Serum Concentrated saya tidak lagi menggunakannya. Saya tak guna Supernatural Night Repair kerana ianya terlalu oily untuk kulit saya manakala Advanced Serum Concentrated pula sebab dah habis.
So far, saya memang suka dengan Nutox. Baunya yang menyegarkan, harga yang berpatutan dan kesan yang sekata. Cuma semenjak saya berada di opis baru, kulit saya menjadi cepat kering kerana keadaan aircond yang terlalu sejuk di bandingkan opis lama. Maka, inilah permulaan cerita Bio Essence saya.
Saya bertukar kepada Bio Essence with ATP range bukan sebab tidak berpuas hati dengan Nutox tapi sebab terpedaya dan terpengaruh dengan iklan. Haha. Pada asalnya, pergi watson nak beli Advanced Serum Concentrated yang dah habis, tapi bila SA Watsons tu promote Bio Essence, timbul pulak keinginan nak mencubanya sebab dia bagi try Radiant Youth Essence yang hasilnya lebih baik dari Nutox Serum. Ya, pengaruh SA itu yang menyebabkan saya bertukar kepada Bio Essence.
So, bermulalah rutin saya bersama Bio Essence. Sebab saya tamak inginkan kesan maksima, makanya saya beli complete set Bio Essence with ATP. hahaha. Setelah 3 bulan saya menggunakan Bio Essence with ATP set, saya amat berpuas hati dengan hasilnya. Tapi saya masih juga menggunakan Nutox set saya yang belum habis. Kiranya, saya guna campur dengan Nutox sebab Bio Essence day cream tidak ada SPF. So saya masih mengharapkan Moisture Emulsion SPF 25PA++ dari Nutox untuk membantu saya menghalang kulit dari sinaran UV.
Jujurnya, hasil dari Bio Essence lebih baik dari Nutox untuk kulit saya. Memang tidak sia-sia saya mencubanya. Tapi dari segi kesegaran baunya, saya lebih sukakan Nutox sebab itu saya masih juga menggunakan Nutox dalam rutin penjagaan harian saya walaupun hanya di siang hari. Saya juga masih menggunakan Superstar Night Mask dari Nutox sebab kesannya yang sangat best.
with luv,
No comments:
Post a Comment