Memberi kemaafan adalah kunci kebahagiaan
dan ketenangan dalam hidup
~ Prof Muhaya
Untuk mendapatkan kebahagiaan perkara yang paling utama ialah memaafkan. Ini adalah seperti apa yang Prof. Muhaya katakan di dalam seminar Bahagia Membahagiakan. Tetapi sejauh mana boleh memaafkan? Seringkali apabila sesuatu perkara yang mengguris perasaan itu berlaku, agak sukar untuk kita memaafkan. Saya sendiri mengambil masa yang sangat lama untuk memaafkan seseorang yang pernah mengguris hati. Bukan tidak mahu memaafkan tapi belum ada kekuatan untuk memaafkan ketika itu.
Berapa lama jangka masa kemaafan itu dapat diperolehi adalah bergantung sejauh mana kesungguhan seseorang untuk memohon kemaafan. Tetapi secara saintifiknya, apabila aura negative berada di dalam badan, kuasa badan menjadi lemah. Sebab itu apabila kita marah, bersedih kita akan lemah. Emosi akan mempengaruhi bahan yang dikeluarkan oleh tubuh badan.
Contoh yang paling mudah, kalau seorang anak yang demam di jaga oleh ibunya dengan kasih sayang akan cepat sembuh berbanding seorang anak yang demam di tinggalkan dengan pengasuh. Emosi tidak akan sama.
Jadi, sesukar dan sepayah mana pun kemaafan di beri, berusahalah untuk memaafkannya. Kerana, setelah kemaafan itu diberi, kita tidak akan lagi memikirkannya. Minda dan emosi akan lebih tenang seperti ungkapan, "it's none my bussiness anymore".... bunyinya agak kasar tapi hakikatnya memang begitu. Kenapa nak memikirkan sesuatu yang tidak harus difikirkan?
with luv,
maafkan semua hal berlaku.
ReplyDeletebersih hati, bahagialah kehidupan :)