Sunday, December 23, 2012
{Bahagia Membahagiakan} Tip 2
Kadang-kadang kita terlupa apa yang ada di dalam diri kita akan terzahir persepsi luaran kita. Secara dasarnya, jika baik yang ada di dalam diri kita, maka baiklah juga yang akan keluar dari diri kita. Faktor kekuatan dalaman sangat penting kerana ianya akan mempengaruhi sikap luaran kita. Jika kita memberikan senyuman kepada orang, maka kita akan terima senyuman juga begitulah sebaliknya.
Jika kita mahukan perkara yang baik datang kepada kita, kita haruslah memberi yang baik-baik. Apa yang kita beri itulah yang kita dapat sebenarnya. Jadi, kenapa perlu mengubah orang lain untuk mengikut kehendak kita sedangkan kita sendiri tidak berubah seperti yang kita kehendaki?
Seringkali terjadi kita menyalahkan orang lain atau mencari salah orang lain untuk menutupi salah kita sendiri. Tiada salahnya muhasabah dan menerima kesilapan kerana dengan kesilapan demi kesilapan inilah yang menjadi guru paling berharga dalam kehidupan. Orang yang menerima kesilapan mereka, mempelajari dari kesilapan itulah orang yang akan berjaya. Kerana kesilapan adalah permulaan kepada satu kejayaan.
Kebanyakan manusia yang tidak berjaya di dalan kehidupan ialah manusia yang suka menyalahkan diri sendiri, merungut dan berfikiran negatif. Untuk bahagia, perlulah membetulkan paradigma dan imej diri.
Jom transformasi diri untuk lebih bahagia...
with luv,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment