Wednesday, December 19, 2012
oh wiraku!
Bulan December ialah bulan wiraku. Yes, segala duit gaji akan diperuntukkan hanya untuknya. Chewah. Bulan December, masa untuk renew road tax dan insurans. Perkara yang paling utama. Bulan December kali ini, kene buat major service untu wira yang telahpun 7 tahun usianya. Oh, wira... Telah terlalu lama kau bersamaku. Bulan ini juga kene buat allignment dan balancing sebab allignment dah lari. Bulan ini kena tukar meter temperature yang dah tak berapa nak betul. Bulan ini juga kene spare untuk tukar bateri sebab kebiasaannya wira akan mula meragam pada awal Januari di mana masa yang pastinya belum lagi masa gaji. Haha.. So kene berjaga-jaga di sini. Dan bulan ini juga macam nak tukar tinted sebab dah 7tahun usianya seusia mywira. Itupun kalau cukup bajet bulan ini. Huhu.
Bulan December memang bulan yang paling mencabar skill pengawalan kewangan. Haha. Bulan ni juga bulan untuk membeli kelengkapan sekolah. Nampaknya tabung ultrabook masih tertunda. Perlu mendahului yang perlu. Haih.
Peringatan untuk diri sendiri, bulan ini bukan bulan untuk pembaziran. Bukan bulan untuk sopink dan bukan juga bulan untuk memuaskan hawa nafsu berbelanja dan bersuka ria. Ingat!
Nota kaki: Ada yang bertanya, bila saya nak tukar kereta baru? Oh, untuk jawapan soalan ini, saya tidak akan menukar kereta ini kerana ini adalah kereta pertama saya. Sentimental value kot... Hahahha. Lagi pun, wira saya tidak selalu meragam. Kadangkaka jer meragam manja gitu. Saya masih sayangkan dia!
with luv,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment