Wednesday, February 6, 2013

Birthday present .....



29 January hari tu kan birthday Boy. So tetiba my 'mak' suruh check kan tentang kamus besta. Aku cam nak buat apa pulak dengan kamus besta nih kan? Rupanya nak bagi birthday present kat Boy. So gigihlah si kakak ni meng'gugel' tentang Besta ni. Apa yang best sangatnya kamus elektronik nih.
Asalnya Mak nak beli model MD 221 yang berharga RM 350 tapi harga promo jadi RM 199 je. Agak menarik ngan kamus ni. So teruskan mengugel model-model yang lain.
Tetiba cam tertarik dengan model MD 856. Harga RM 1298. Wow.... bleh tahan mahal harganya. Ok, gugel lagik apa yang menarik ngan MD 856 compare ngan MD 221. Haruslah banyak perbezaan kan. Tgk model pon dah tau. MD 856 screen color siap touch screen lagi. MD 221 lak screen black n white. Haruslah berbeza harganya kan. Cari punya cari rupanya MD 856 tengah promo skang nih. Beli 1 percuma 1. 


Beli MD 856 percuma MD 221. Menarikkan? Tak yah susah-susah nak compare mana yang lagi ok. Hah, ambik ko dedua sekali. Yang lagi menariknya ada lagi less RM 200. So dengan harga RM 1098 dapat MD 856 + MD 221 + kad belajar bahasa arab. Oh suka sangat.... Terus bagi ayat power kat Abah selaku tukang sponsor. Ayat harus power. hehhee... 

 Inilah model MD 856. Best sangat kamus nih. Memang aku recommend kat korang yang tercari-cari kamus elektronik. 3 hari 3 malam aku dok melayan benda nih. Lepas MD 856 tukar lak MD 221. Pon menarik cuma a bit skema la kan pasal screen black n white jer. 
  


Byk kan fungsinya. Macam-macam ada. ebook pon ada. Maira si budak kecik tu pon suka ngan kamus nih. ahak. Tapi x dapatlah kan.. ni Pak Usu punya ok...

Ni lah antara fungsi-fungsi MD 221 & MD 856. Aku suka MD 856 sebab GUI. Sangat menarik dan touch screen. Tapi tak bermakna aku tak suka MD 221. Pon suka walaupun agak traditional tapi isinya sangat mantap. Kamus peribahasa, simpulan bahasa dan bermacam jenis kamus lagi. Ok, pas ni tak payah beli kamus lagi. MD 221 sesuai untuk KBSR dan KBSM maknanya sesuai untuk pelajar sekolah rendah dan menengah manakala MD 856 sesuai semua peringkat usia. 

Tapi kalau ikutkan attraction, Boy lagi suka MD 856 sebab menarik. Dah la screen color. Touch screen lak tu. Pastu senang nak guna. Sangatlah user friendly. Ada multimedia ada video dan macam-macam lagi. 

Ok, inilah hadiah birthday paling mahal okey. Abg pon ada bunyi-bunyi kat Mak. Kenapa nak kena beli present mahal-mahal? Huhu. Aku no komen je. Anak bongsu lah katakan..... Mestilah dapat... Time kakak ngan abang dulu janganlah harap... huhu ... zaman dah berubah.


MD 221
  • 4 buah kamus yang komprehensif dan efisyen.
  • Pembelajaran KBSR/KBS< untuk Bahasa Melayu & Inggeris yang merangkumi tatabahasa, peribahasa dan banyak lagi. 
  • Dialog multi-bahasa.
  • Carian pantas & fungsi rujuk silang untuk carian perkataan.
  • Bersaiz poket.


Kamus Terulung & Komprehensif
  • Terdiri daripada Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Kamus Melayu-Melayu Dewan (Edisi Keempat), Kamus Melayu-Inggeris Pelangi, dan Kamus Sains dan Matematik. Pengguna boleh mencari sebarang perkataan untuk mengetahui maksud yang tepat. Selain itu, kamus ini juga boleh bersuara dalam bahasa Inggeris.
Pembelajaran Berteknologi dan Terkini
  • Fungsi berteknologi yang dimuatkan seperti carian pantas dengan fungsi rujuk silang serta enjin carian memudahkan pengguna menyemak kata hanya dalam satu saat. Fungsi ini membolehkan anda menjimatkan masa untuk mencari sesebuah perkataan.
Pembelajaran KBSR / KBSM
  • Turut terbina dengan Tatabahasa, Peribahasa, Idiom, Perumpamaan dan Kala Tatabahasa Bahasa Inggeris dan Melayu. Pembelajaran Bahasa Inggeris dan Melayu MD221 membantu pelajar memahami justeru melakukan yang terbaik dalam peperiksaan. Latihan bahasa Inggeris turut tersedia sebagai ujian pengukuhan buat para pelajar. Ujian sebegini dapat mengukur tahap kecekapan bahasa Inggeris pengguna.
Pembelajaran Bahasa Asing
  • 9 bahasa asing dalam Dialog Multi-Bahasa iaitu bahasa Inggeris, Melayu, Cina, Jepun, Korea, Sepanyol, Perancis, Indonesia dan Thailand. Dialog ini sangat berguna buat pemula dan pelancong apabila bertemu orang asing dan mengenal budaya baru.
Tokoh Islam / Info Geografi / Sejarah Malaysia
  • Mengandungi 16 tokoh Islam terkenal di seluruh dunia. Maklumat tambahan seperti Info Geografi dan Sejarah Malaysia adalah salah satu unsur penting dalam kategori pengetahun am ini.

MD 856

  • 1 juta kosa kata dalam 18 buah kamus terunggul dan komprehensif termasuk Oxford Fajar dan Dewan Bahasa Pustaka.
  • Yakin bertutur dengan bantuan Teknologi Sebutan Nyata & Perbandingan Sebutan bersama demo.
  • Pembelajaran lengkap Bahasa Melayu & Inggeris yang merangkumi tatabahasa, peribahasa, ungkapan dan banyak lagi.
  • Multibahasa. Kamus dan dialog yang mengandungi kepelbagaian bahasa.
  • Aplikasi multimedia yang mengandungi pembelajaran video dan rakaman serta pemain mp2/mp4.
  • Carian yang cepat & menyeronokkan dengan skrin sentuh & berwarna serta aplikasi tulisan tangan.
 
Sebutan nyata dan bandingan sebutan
  • Teknologi terkini BESTA membantu anda perbaiki ketepatan sebutan melalui fungsi Bandingan Sebutan dengan proses dengar, rakam dan ulang dengar.
Pembelajaran Bahasa Inggeris
  • Mempunyai tatabahasa bahasa Inggeris, peribahasa, simpulan bahasa, kata lawan, kata seerti dan lain-lain yang dapat membantu dalam memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris.
  • Mempunyai fonetik bahasa Inggeris yang jelas dalam membantu menyebut setiap perkataan dalam bahasa Inggeris dengan betul.
  • Terdapat juga kosa kata asas Oxford, IELTS, TOEFL, GRE yang menarik bagi membantu menguasai bahasa Inggeris.
  • Mempunyai tatabahasa beranimasi yang berbentuk video dalam membantu menguasai bahasa Inggeris dengan baik.
  • Mempunyai dialog bahasa Inggeris yang boleh membantu pertuturan seharian.
Pembelajaran Bahasa Arab
  • Kosa kata bahasa Arab yang lengkap dengan sebutan yang jelas.
  • Mengandungi pelbagai situasi dialog bahasa Arab.
  • 100 kosa kata asas bahasa Arab.
  • Dibantu dengan kamus bahasa Arab berilustrasi yang merangkumi pelbagai bidang.
Multi-Bahasa
  • Rujukan 4 bahasa utama (M-E-A-C).
  • Kamus dan multi-dialog bersuara dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Arab, Jepun, Portugis, Thailand, Korea dan lain-lain.
  • Demo bersuara bahasa Jepun, Korea dan Cina.
  • Teknik penulisan Pinyin dan Strok karakter.
Pembelajaran bahasa Melayu
  • Mempunyai pembelajaran yang menarik dalam mempelajari bahasa Melayu seperti tatabahasa, peribahasa, simpulan bahasa, sastera bahasa Melayu dan tesaurus bahasa Melayu.
Info Tambahan
  • Mempunyai info tambahan seperti info Perdana Menteri, Maklumat Geografi negeri-negeri di Malaysia, Rukunegara, Sejarah Malaysia dari tahun 1400-2010 dan info Tokoh-tokoh Islam.
Fizik dan Kimia
  • Dimuatkan dengan jadual berkala unsur-unsur Kimia dan disertakan juga formula-formula ringkas Fizik sebagai sumber rujukan.




with luv,

No comments:

Post a Comment