Tuesday, November 3, 2009

Cemburu --> Iri hati --> Dengki

ai tak faham mengenai kenapa manusia suka dengki2 ngan org lain..dengki yg positive takpe gak, ni dengki yg menyusahkan hidup org lain....


1. Secara mudah dengki bermaksud perasaan tidak senang, gelisah dan keluh kesah melihat kelebihan yang dimiliki orang lain dengan berharap agar nikmat tersebut hilang daripada orang tersebut.

2. Hasad dengki bermaksud dengki dengki. Sebabnya dalam bahasa Arab, perkataan hasad itu memang membawa maksud dengki. Gabungan yang molek sepatutnya hasad dendam (dengki dan dendam). Jadi gabungan kata hasad dengki itu sekadar penyedap sebutan - sama juga dengan beberapa sebutan yang biasa kita atau orang lain ucapkan seperti; try test, pintu gate, mesin atm, kotak box, ic card.

3. Justeru di sini dari segi bahasa, dengki merujuk kepada sifat-sifat keji yang patut dihindari dan tiada dengki positif sebenarnya. Mungkin apa yang dimaksud itu ialah cemburu. Sebab itulah ada ungkapan cemburu buta dan cemburu tanda sayang. Tidak ada ungkapan dengki buta atau dengki tanda sayang.

4. Sebaliknya ungkapan yang biasa didengar tentang dengki ialah PHD atau Perasaan Hasad Dengki atau Perasaan Dengki Dengki.

5. Tapi bunga dengki ini sebenarnya berputik daripada perasaan cemburu, yang tidak dikawal, dibiar melarat sehingga bernanah, pecah dan membusuk serta membahayakan diri sendiri. Faham tak ni?

6. Contoh mudah, jiran membeli Gen2 CPS. Kita cemburu kerana hanya mampu memiliki kereta haiwan bijak, Kancil. Kita cemburu gila tetapi kemudian menjadi insaf kerana itu adalah rezeki Tuhan yang diberikan kepada jiran tersebut dan kita redha dengannya (ini positif). Ia bertukar negatif apabila perasaan itu diterjemahkan dalam bentuk tindakan seperti mencalarkan kereta jiran, memancitkan tayar keretanya atau membunuh jiran tersebut kerana lebih bernasib baik berbanding kita.

7. Di antara cemburu dan dengki ini ada satu lagi perkataan ditengahnya, iri hati. Jadi ia membentuk struktur diagram sebab-akibat. Cemburu --> Iri hati --> Dengki.

8. Merujuk kepada diagram sebab-akibat di atas, manusia sememangnya tidak dapat lari daripada perasaan cemburu. Cuma takwa dan iman yang mampu mengekang level cemburu yang bersarang dalam hati kita.



sumber : kelambu.blogspot.com


with luv,

1 comment:

  1. aler dengki tu biasa le namanya manusia.. tapi kalau dalam arab asadun adalah singa.. jadi kalau hasad dengki adalah singa yang dengki.. muhahahaa.. tu akak tambah jer..tapi yang pentingnya akak baru dapat keja kat syarikat cuci t**k sdn bhd.. pekerjanya tak ramai.. tapi yang paling senior akak dengar tuan punya blog ni... ekekeke tapi increment kena tahan laa jugak.. haih nasib...

    ReplyDelete