Pic from Mamafiza.com.
(sesiapa nak join workshop beliau boleh ke website beliau)
Salam,
Saya bercadang untuk berkerja dari rumah sahaja. Sebab? Oh, bukan sebab saya dah benci kerjaya saya sekarang, bukan juga saya dah bosan dgn kerja saya sekarang. Atau juga tekanan demi tekanan kerja yang di alami. Oh bukan! Bukan ini sebabnya.. In fact, saya sangat sukakan kerja saya. Kerjaya saya. Walau kadangkala, situasi dan environment tidak begitu menyeronokkan tapi saya sangat SUKA kerja saya! I luv programming. Walaupun saya tidak berkerja seperti orang lain, tapi saya akan pastikan kerja saya di bawah kawalan deadline yang ditetapkan. Yes, i like my work! Honestly.....
Cuma, untuk sesuatu yang lebih peribadi, kepuasan diri sendiri, kualiti bersama keluarga dan yang paling penting lebih banyak masa untuk sesuatu yang saya sangat minat iaitu ... MENJAHIT.... Yes, i'm realize now yang saya memang ada kelebihan dalam bidang ni.
Apabila saya suka, saya akan buat research. ya, menjahit jugak ada research yer. After done a few research barula ke step berikutnya iaitu praktikal. Masa ni lah nak guna ilmu research td. Masa ni la nak tau... ooo camni rupanya... ooo tak leh buat cam tu nnt jadik camni... Time ni lah akan berdepan dengan masalah dan masalah yang akhirnya menjadi pengalaman yang sangat berharga. Saya banyak belajar melalui 'try n error' ... mungkin sebab di pengaruhi oleh environment kerja yang sering mnggunakan teknik try n error sehinggalah sy aplikasikan jugak teknik ni dalam setiap hasil jahitan saya. Saya sanggup jahit dan tetas atau jahit dan bukak hanya untuk mendapatkan kepuasan! Yer, saya sanggup berdepan dengan butiran² halus manik demi menghasilkan design yang saya idam²kan.
Ok, topik telah bertukar nampaknya.... saya kena buat n3 khas untuk my passion and my hobby nih. Nanti bila ada masa senggang saya buat. Sekadar untuk menilai perjalanan yang pernah saya lalui.
Berbalik kepada work-at-home topik. Bukan sekarang, yer... bukan sekarang..... Tapi saya sedang membuat persediaan ke arah ini supaya 10 tahun akan datang saya akan berkerja-dari-rumah shj. Sedang membuat planning supaya ketika tiba masanya, saya boleh menjana pendapatan sepertimana saya berkerja hari ini. Sbnarnya saya sedang merancang untuk tempoh 5 tahun akan datang tapi kelihatan ada banyak kos yang perlu difikirkan kembali ... ok, 10 thn akan datang planning yg sgt baik. Segala hal finance akan berakhir pada tahun ke 10 ini dan sy sedang recalculate financing saya.
Banyak rupanya perkara yang perlu saya ambil kira sebelum membuat perancangan dgn erti kata lain, perancangan teliti harus di lakukan. Ok, saya plan dari semasa ke semasa dan mencari info² yang berkaitan dengan work-at-home nih.
Anybody out there yang nak berkongsi ilmu dan pengalaman are most welcome..
p/s : sangat jeles dengan wanita² yang telah berjaya hanya berkonsepkan work-at-home.
with luv,
Assalamualaikum wbt buat Cik (Empunya blog comel yang baik hati) ^__^
ReplyDeleteMoga Cik sentiasa sihat dalam rahmat dan kasih sayang-Nya, Amin~
Pertama sekali, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kerana Cik sudi melawat ke blog peribadi dan blog keluarga saya. Ribuan maaf atas apa jua kesulitan yang Cik alami sewaktu melayari blog kami kerana yang terbaik pasti daripada-Nya dan yang serba kekurangan pastinya daripada kami sendiri.
Saya doakan agar Cik teruskan perjuangan Cik untuk merealisasikan impian Cik bagi menjana pendapatan di rumah. Hasil kerja tangan dan seni Cik, amat cermat dan cantik :D Tahniah atas komitmen jitu yang Cik usahakan.
Sila jaga kesihatan Cik dan keluarga, semoga Tuhan sentiasa membalas yang terindah buat Cik. Amin~
Salam persahabatan,
mamafiza ^O^
thankz mamafiza... sedang berusaha kerah itu, insyaallah..
ReplyDelete