Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Bertemu lagi Ramadhan kali ini.
Dengan lafaz Bismillah, aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam khususnya rakan-rakan terdekat, rakan-rakan sekerja, rakan-rakan 'seperkenalan', readers blog ni, strangers dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Ampun dan maaf ku pohon dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Moga tiada hijab yang menghalang untuk mengejar keberkatan Ramadhan kali ini.
Jadi, apakah matlamat Ramadhan kali ini?
Aku punya matlamat tidaklah besar mana. Sekadar ingin mencukupkan solat terawikh dan mengejar lailatul qadar. Untuk mendapatkannya yang aku kira sangat sukar, aku cuba untuk menghadkan aktiviti menjahit yang kebiasaannya mencuri hampir keseluruhan masaku.
Benarlah, apabila kita mengejar akhirat, dunia pasti akan mengejar kita. Alhamdulillah Ya Allah, di saat aku berserah dan pasrah, kau berikan sesuatu yang di luar jangkaanku. Di saat aku menyerahkan segala-galanya padaMu, Kau berikan aku kekuatan jiwa untuk terus bangkit dan bangkit meneruskan perjalanan sebuah kehidupan.
Adakalanya, air mata menjadi peneman paling setia saat tiada ungkapan kata-kata yang terluah. Kau dengar keluhanku Ya Allah. Kau sambut salamku. Kau belaiku dengan kasih sayangMu. Saat aku bersedih dengan perjalanan kehidupanku, Kau berikan aku kekuatan. Aku bersyukur Ya Allah dengan segala nikmat yang Kau berikan kepadaku selama mana aku hidup di muka bumiMu. Aku bersyukur Ya Allah. Alhamdullillah. Aku mula menerima hakikat sebuah kehidupan, bukan semua yang kita mahukan kita akan dapat tetapi apa yang kita ada inilah sebenarnya apa yang kita perlukan mengikut perkiraanMu Ya Allah.
Ramadhan kali ini juga, aku ingin berbaik sangka dengan semua orang hatta orang yang pernah menyakitiku sekalipun. Insyaallah, akan ku didik hati ini untuk terus berbaik sangka. Mudah-mudahan ketenangan akan terus menjadi milikku. Insyaallah.
Buat kalian yang pernah ku guris hatinya, siapa jua kamu yang terasa hati dengan tutur bicaraku, perbuatanku, dengan rendah dirinya, aku mengambil kesempatan kesucian Ramadhan kali ini memohon ampun dan maaf seikhlas-ikhlasnya dari dalam hatiku sepertimana telah ku maafkan segala-galanya yang pernah mengguris hatiku.
Dan yang paling utama, buat ayahbonda kesayanganku, Ku pohon sepuluh jari mohon ampun dan maaf. Semoga setiap titisan peluh yang mengalir, setiap titisan susu yang ku minum untuk membesarkan aku sebagai anakmu mendapat balasan dari Yang Maha Pencipta.
Amin Ya Robb.
Nota kaki : Terlupa nak wish Ramadhan di sini sebab asyik meng'update' my online diary blog je .
with luv,
No comments:
Post a Comment