Saturday, September 5, 2015

Jom Facial di rumah


Morning gals.... Wat pe pagi ni? Hari ni aku nak memanjakan diri di rumah. Mulakan dengan facial spa. Lepas ni spa badan pulak. Biasalahkan spa badan aku guna produk Tanamera dan dah pernah story pon sebelum ni kan.

So hari ni nak story pasal facial spa pulak menggunakan produk shaklee. Senang je sebab semua barang-barang dah ada di rumah. Tinggal rajin dengan tak je nak menepek di muka.... Hehhehehe...
Btw, sebelum ni aku rajin jugak pakai masker ESP + Vivix. Tapi sejak pergi facial di Amarylis, tak buat lagi dah. Tak ada masa pon ye jugak. Ahak. Alasankan.

Ok, hari ni buat full facial ataupun treatment facial. Bezanya facial biasa dengan facial treatment ialah facial treatment ada urutan dan serum. Di tambah dengan eye treatment. Facial biasa ni just cuci, scrub dan masker jer la. Haa tu la bezanya.

Aku guna Nutriwhite cleanser untuk mencuci muka dan gosok dengan hand brush. Hand brush ni pon jarang sangat guna. Lepas cuci, bancuh alfalfa dan tepek kat muka. Agak-agak kering sikit, aku tonyohlah muka untuk menghilangkan sel-sel mati dan segala tok nenek kotoran yang ada di kulit dan liang roma. Untuk korang yang rajin bermake up, wajib scrub setiap minggu ok. Maklumlah, mekap kan ada bahan chemical jadi cemical yang termendap di kulit tu wajiblah di gosok keluar. Dah siap scrub kita pakai masker pulak. Masker aku guna campuran ESP dan Vitamin E. ESP ni protein semulajadi. Tadi dah tonyoh muka hilangkan kekotoran kan... So kulit yang ada ialah kulit baru so wajiblah bagi protein supaya kulit jadi gebu gebas macam kacang soya tu. Putih mulus gitu. Hahahaha... Masker pakai dalam 20 minit atau sehingga kering then cuci dengan air bersih / air tapis / air mineral. Cuci lagi sekali dengan facial cleanser. Kali ni cuci lembut je tak payah pakai brush. Ok dah siap cuci, masa untuk treatment. Sapukan serum dan urut dengan mesin tangan massage. Ini untuk melancarkan perjalanan darah di muka. Apabila pengaliran darah sempurna, kulit akan lebih bermaya. Urut lebih kurang 5 minit. Sapukan eye treatment cream dan urut lagi di bawah mata untuk mengurangkan eye bag. Ok, dah selesai.... Bolehlah tepek moisturiser atau cream siang jika suka. Aku tak pakai pon sebab dok umah je hari ni. Cukup dengan serum.

Btw, uols yang dah mencecah ke 3 series, cepat2lah cari serum. Silalah add on serum dalam rutin penjagaan kulit anda. Tak kisah apa jenama pun janji serum. Sebab serum ni membantu mengembalikan keanjalan kulit dan reduces wrinkle. Aku guna Nutriwhite serum. Senang pakai satu set ni. Lagi pon, kulit aku memang sangat serasi dengan Nutriwhite. Harga pon mampu milik. So rasanya misi pencarian skin care aku berakhir dengan Nutriwhite. Tahan lama dan mampu milik. Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal Nutriwhite ni, bolehlah jenguj blog Cinta Health aku. Kat situ aku ada cerita detail.

Yang penting, apa pun produk yang uols pakai, sila konsisten. Dan rajin-rajinlah buat facial. Tak boleh pergi spa, buat je di rumah. Lebih jimat dan lebih mudah.

Jom jadikan rutin mingguan. Kekalkan kecantikan biar berapapun usia anda... ;-)


with luv,

No comments:

Post a Comment