Monday, December 28, 2015
My Umrah Journey : Persediaan rohani.
1) NIAT MANDI SUNAT MUSAFIR (sebelum anda berangkat)
Lafaz Niatnya ialah:
نويت الغسل للسفر سنة لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku mandi sunat musafir kerana Allah Taala
2) BERWUDUK
3) SEMBAHYANG SUNAT WUDUK
Lafaz niatnya:-
اصلى سنة الوضؤ ركعتين لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat wuduk dua rakaat kerana Allah Taala.
Pada Rakaat Pertama dibaca:-
a) Fatihah
b) Qulya ayyuhal kafirun
Pada Rakaat kedua dibaca:-
a) Fatihah
b) Qulhuwallah uh ahad
4) NIAT DAN DOA SEMBAHYANG SUNAT MUSAFIR
(Di saat meninggalkan rumah)
Apabila anda hendak keluar musafir, elok sekali anda sembahyang sunat musafir dua rakaat.
Lafaz niatnya :
اصلى سنة السفر ركعتين لله تعالى
Ertinya : Sahaja aku sembahyang sunat musafir dua rakaat kerana Allah Ta’alaSelepas memberi salam baca doa :
اللهم انت الصاحب فى السفر وانت الحليفة فى الأهل والمال والولد والأصحاب احفظنا واياهم من كل افة وعاهة
Ertinya : Ya Allah, Engkaulah pemandu semasa di dalam musafir, dan engkaulah
pengawal terhadap keluarga, hartaku, anak pinakku, dan sahabat andai,
peliharalah akan daku dan mereka dari sebarang mala petaka dan wabak
penyakit.
5) MEMBACA DOA MUSAFIR
اللهم أنت صاحب فى السفر وانت الخليفة فى الاهل والمال والولد والأصحاب . اللهم احفظنا واياهم من أفات الدنيا وعاهته . اللهم انا نسألك فى سفرناهذا برا وتقوى ومن العمل ماترضى . اللهم انا نسألك أن تطوى لنا الأرض وتهون علينا السفر وأن ترزقنا فى سفرنا هذا سلامة في البدن والدين والمال وتبلغنا حج بيتك وزيارة قبر نبيك محمد صلى الله عليه وسلم . اللهم انا نعوذبك من وعثاء السفر وكابة المنقلب وسوء المنظر في الأهل والمال والولد والأصحاب . اللهم اجعلنا واياهم في جوارك ولاتسلبنا واياهم نعمتك ولاتغير ما بنا وبهم من عا فيتك يا أرحم الراحمين .
Ertinya:
“Ya Allah engkaulah teman dalam perjalanan dan engkaulah penjaga keselamatan kaum keluarga, harta benda, anak cucu dan sahabat handai. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kebaikan dan taqwa dalam perjalanan dan juga amalan-amalan yang engkau redhai. Ya Allah, kami memohon supaya digandakan dan dimudahkan perjalanan kami ini dan kurnakanlah kami di sepanjang perjalanan ini keselamatan tubuh badan, agama dan harta. Sempurnakanlah maksud kami menjalankan umrah dan mengunjungi Nabi Muhammad S.A.W. Ya Allah, sesungguhnya kami berselindung denganmu daripada mara bahaya didalam perjalanan dan perkara-perkara yang mendukacitakan. Jauhilah buruk pandangan pada kaum keluarga, anak cucu dan sahabat handai kami. Ya Allah, letakkanlah kami dan mereka sekalian dalam pemeliharaan Mu. Janganlah Engkaumengubahkan kesihatan yang ada pada kami dan pada mereka. Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
6) AZAN - Disunatkan azan sebelum keluar rumah
7) DOA KETIKA KELUAR RUMAH KE LAPANGAN TERBANG
(bila berada di pintu rumah, hendaklah baca)
ان الذي فرض عليك القران لرادك الى معاد
Ertinya: Sesungguhnya Allah yang telah menurunkan di atas Mu ( Ya Muhammad) akan Al-Quran.
بسم الله, توكلت على الله , ولاحول ولاقوة الا با لله العلى العظيم .
Ertinya: Dengan nama Allah saya melangkah, saya berserah diri pada Allah, tiada daya dan kekuatan saya melainkan dengan pertolongan Allah. 8) DOA MENAIKI KENDERAAN
سبحان الذي سحر لنا هذا وما كنا له مقرنين وانا الى ربنا لمنقلبونErtinya : Maha suci engkau ya Allah, yang telah mempermudahkan kenderaan ini untuk kami, sebenarnya kami sendiri tiada mempunyai kesanggupan untuk mengendalikannya dan kami akan kembali kepada Tuhan kami 9) DOA UNTUK MEMINTA KEMUDAHAN
اللهم يسر ولا تعسر
Ertinya : Ya Allah, berikanlah, anugerahkanlah kepada kami segala kemudahan dan janganlah kiranya Engkau payahkan.
10) DOA KETIKA PESAWAT BERANGKAT
بسم الله مجريها ومرساها , ان ربي لغفور رحيم
.
Ertinya : Dengan nama Allah pada waktu terbang dan pada waktu mendarat, sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.
Kemudian baca:-
بسم الله الرحمن الرحيم ,الم نشرح لك صدرك......الى اخير ايات ..
Selepas itu baca:-
رب يسر ولا تعسر. رب تمم بالخير . اللهم اني أقصدك الى بيتك المحرام والى رسولك المكرم . ارجوك أن توفقني فىالاقوال واللأعمال للاخلاص النية فاقدره لي ويسره لي ثم بارك لي فيه .
11) KETIKA TURUN DARI KAPAL TERBANG DI MADINAH/JEDDAH BACA:- بسم الله توكلت على الله ولاحول ولاقوة الا بالله . اللهم ان هذا ارض مبارك فاجعلني مباركا فيها ان الله بالناس لرؤف رحيم .
12) SOLAT JAMA’ DAN QASAR
12.1. Lafaz niat sembahyang Qasar serta Jama’ Zohor dan Asar (JAMA’ TAQDIM) (dalam waktu ZOHOR )
Niatnya:
أصلى فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا اليه العصر اداء لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu zohor dua rakaat DIHIMPUNKAN KEPADANYA Asar TUNAI) kerana Allah Taala.
Setelah selesai memberi salam, hendaklah segera sembahyang Asar pula.
Niatnya:
أصلى فرض العصر ركعتين قصرا لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu ASAR dua rakaat QASAR kerana AllahTaala.
12.2. Lafaz niat sembahyang JAMA’ magrib dan Isyak serta QASAR Isyak (JAMA’ TAQDIM) (dalam waktu magrib)
Niatnya:
أصلى فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا اليه العشاء اداء لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu magrib tiga rakaat DIHIMPUNKAN KEPADAANYA Isyak tunai kerana Allah Taala.
Setelah selesai memberi salam, hendaklah segera sembahyang Isyak pula.
Lafaz niatnya:-
أصلى فرض العشاء ركعتين قصرا لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu Isyak dua rakaat QASAR kerana Allah Taala.
13. JAMA’ TAKHIR
13.1. Lafaz niat sembahyang QASAR serta Jama’ zohor dan Asar (JAMA’ TAKHIR) (dalam waktu Asar)
Niatnya :
أصلى فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا الى العصر لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu ZOHOR dua rakaat QASAR dihimpunkan kepada Asar kerana Allah Taala. Kemudian sembahyang Asar dan lafaz niatnya
أصلى فرض العصر ركعتين قصرا اداء لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu Asar dua rakaat Qasar tunai kerana Allah Ta’ala
13.2. Lafaz niat sembahyang jama’ Magrib dan Isyak serta qasar Isyak (JAMA’ TAKHIR) (dalam waktu Isyak)
Lafaznya:
أصلى فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا الى العشاء لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu Magrib tiga rakaat dihimpunkan kepada Isyak kerana Allah Taala.
Kemudian sembahyang Isyak dan lafaz niatnya:
أصلى فرض العشاء ركعتين قصرا أداء لله تعالى
Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu Isyak dua rakaat QASAR TUNAI kerana Allah Taala.
Untuk panduan persediaan, boleh klik sini.
with luv,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)