Sunday, January 31, 2016

My Umrah Journey : Day 4



Hari ni tidak ada aktiviti luar. Hanya ziarah dalam, iaitu raudhah Dan perkuburan baqi'. Ziarah pula dijadualkan sebelum Asar. 

Jadi, dari subuh aktiviti bebas. Ini sebelum Zohor. Cuaca nampak baik hari ini. Tidak terlalu sejuk kerana cahaya matahari yang terik mampu memberikan kehangatan.


Payung-payung ini tidak pernah ditutup sepanjang aku berada di Madinah. Lihatlah ramainya manusia dari pelusuk dunia. Di sini, amalan bersedekah itu biasa. Ramai yang berlumba-lumba mengejar pahala. 

Adakalanya, aku berseorangan ke Masjid terutamanya Subuh dan Dhuha. Tapi jarak yang dekat antara hotel dan masjid, tidak pernah rasa keseorangan. 

Malam ni aku bercadang Nak ke Raudhah sekali lagi. Ketidakpuasan Kali Pertama itu membuatkan hati meronta-ronta ingin mendatangi Raudhah sekali lagi. 

Ini adalah bumbung di dalam masjid Nabawi. Ada kawasan yang bumbungnya akan terbuka pada waktu-waktu tertentu. Kali ni berkesempatan bersolat yang berbumbungkan langit. Subhanallah. Cantik sangat. Kalau tak silap waktu ni maghrib. Langit mula gelap. 

Cantiknya langit di atas sana. 
Sepanjang di Madinah, aku berpeluang solat di pelbagai tempat. Di dalam masjid, di saf hadapan. Di kawasan laluan di dalam masjid pun pernah. Di perkarangan masjid juga pernah. Malah, di luar Masjid juga pernah. Tipsnya jika ingin mendapat saf yang selesa, datang awal sebelum masuk waktu solat. Selalunya jika azan dah berkumandang, dalam masjid telah pun penuh. Tapi jangan bimbang, jika ada rezeki, pasti ada ruang untuk kalian. Yang penting, jangan berhenti berdoa. 

Selesai Isyak, aku dan Mak terus pulang ke hotel. Malam ni ada temujanji dengan Raudhah. ;-)

Kubah hijau inilah Raudhah. Apakah sebenarnya raudhah ini? Raudhah ialah salah satu Taman Syurga. Ianya adalah tapak asal masjid Nabawi yang didirikan oleh Rasulullah S.a.w ketika berhijrah ke Madinah. Di Raudhah ini terletaknya makam Nabi dan sahabat baginda, Umar Al Khatab dan Usman bin Affan. 


Jika berpeluang, datangilah Raudhah kerana Raudhah ialah taman syurga.
Di dalam Masjid Nabawi ini, ada Taman Syurga.
Seperti sabda Rasulullah Saw, “Antara rumahku dengan mimbarku adalah Raudhah di antara taman-taman surga” (HR. Bukhari no. 1196) 

Selesai di Raudhah.
Puas pergi Kali ni boleh berlama2.




Malam terakhir sebelum berangkat ke Kota Makkah. 

Jom baca tips dari Master Iffah Anuar. Tip ini juga yang saya gunakan ketika menyelinap masuk kali kedua ke Raudhah. Puas dan sangat puas kerana dapat berlama-lama di Raudhah.

Tips dari Iffah Annuar.

1) Jangan risau, setiap yang berhajat untuk ke Raudhah, pasti mempunyai waktu yang cukup untuk bersolat dan berdoa di dalamnya.

2) Tidak perlu berempuh, menolak-nolak. Biarkanlah jemaah-jemaah dari negara lain masuk.

3) Jadilah kumpulan terakhir masuk, sementara menunggu ambillah peluang tersebut untuk solat taubat sebanyaknya, jika pada waktu pagi, dirikanlah dhuha 12 rakaat, mengaji Quran juga berzikir.

4) Sentiasa baca doa dipermudahkan urusan,
"Rabbi Yaasir Walaa Tu'asir", minta pada Allah SWT agar diberikan kemudahan untuk masuk, solat dan berdoa di Raudhah.

5) Petugas akan memanggil, buat last call ke setiap sudut bagi memastikan setiap yang berhajat dapat masuk sebelum pintu di tutup (pintu dalam)
"Ziarah..? Ziarah?.. Ta'al, Ta'al"
Jadi, berhimpunlah terlebih dahulu di depan petugas, sehingga dibenarkan masuk.

6) Sebaik masuk, sentiasalah solat. Tidak perlu keluarkan buku untuk berdoa atau mengangkat tangan berdoa kerana lebih cepat petugas akan menyuruh anda beredar untuk memberi ruang pada muslimat lain. Doalah di dalam setiap sujud, selagi anda dalam solat, sujud.. Petugas tidak akan mengganggu sehinggalah tamat waktu ziarah.

"Ya Akhawat, ziarah khatam.."

Dan ketika itu, bolehlah bangun.. Berjalan menuju EXIT ") dan pastinya kaki memang tak mahu melangkah.. Carilah tiang-tiang, berdoalah.. Kemudian lalu di bawah Mehrab, selagi tapak kaki belum menjejak ke carpet merah.. Berdoalah, jika ada kesempatan solat.. Solatlah lagi ")

7) jika anda mahukan masa yang lebih panjang, masuklah ke Raudhah waktu malam kerana ia dibuka sehingga jam 1-2 pagi (biasanya jam 1.30 pagi petugas minta beredar) .. Memang rasa tenang, lengang pada waktu-waktu ini.

8) Jangan lupa niat iktikaf di Masjid ya.


Saya doakan moga semua muslimin dan muslimat yang membaca sedikit perkongsian dari saya ini, diberikan kesempatan Allah SWT untuk menjadi tetamuNYA di Baitullah dan dapat menziarahi Kekasih-NYA, Rasulullah SAW dan menjejak kaki ke Raudhah.
Aa meen Ya Allah.

Cerita lanjut Umrah:






No comments:

Post a Comment