Thursday, October 30, 2014

Rehat di Yoyoy Kamphora Spa



Sehari selepas konvo aku cuti merehatkan badan dan kaki yang dah berkerja keras sepanjang minggu-minggu konvo tempohari. 

Ntah camne dapat idea gila nak pergi spa. Sebenarnya nak pergi massage. Officemate aku suggest YoYoy Kamphora spa ni. Katanya massage best. Dia pergi Pinggiran Batu Cave kalau tak silap aku. So aku pon try la gugel sebab namanya macam biasa nampak. Rupanya ada di Taman Melewati. Terus buat kerja gila booking slot pukul 12 tgh hari tu. Masa tu jam dah pun pukul 11 pagi. Haha.



Bagi aku tempat ni ok. Kemas. Aku ambik pakej Facial, 1 hour Body Massage , Body Scrub, Body Mask & air madu. Harga pakej RM 290. Bila aku taip ni rasa macam mahal pulakkan untuk pakej 3 ni. Masa buat hari tu rasa macam biasa je. Ahak. Estimate masa 2 jam setengah. 





Inilah bilik operasinya. Masa aku buat tu tak ada customer lain so aku sorang je. Aku suka massagenya. Best sangat. Urut pakai minyak biasa. Kalau nak bauan lemongrass kena tambah rm 20. So sebab aku suka bauan lemongrass ni so tambahlah rm 20 tu. Bila-bila aku fikir balik macam mahal jugak eh tambah duit minyak tu. Tak kisahlah, sebab memang nak release stress... Nak berehat katanya. Sanggup. 

Aku suka massage kat sini. Best. Yang lain bagi aku biasa-biasa je. Scrub & mask aku tak berapa suka sebab dia cuci tak berapa bersih. So end up aku mintak nak mandi kat sini. Facial aku suka masa dia urut muka. Best gila. Tp produk dan lain-lain bagi aku sangatlah biasa. Aku boleh bagi 2.5 star out of 5. Tapi tang massage memang highly recommended. Full body massage termasuk muka sekali. Memang best. 




with luv,

No comments:

Post a Comment