Wednesday, March 4, 2015

Resepi BBQ


Ok, untuk mengelakkan masalah pelupa, maka aku sharekan resepi masa BBQ day hari tu. Senang aku nak cari semula. Maklumlah, semakin meningkat usia semakin lah penyakit pelupa ni kan...



Sos Lada Hitam / Black Pepper source

Bahan-bahannya:
1 labu bawang besar ~ di cincang halus
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap masin
4 sb sos lada hitam
2 sb lada hitam biji ~ di tumbuk kasar
2 sb mentega ~ untuk menumis bawang
4 sb tepung gandum
3 cawan air

Caranya:

  • Cairkan mentega, tumiskan bawang sehingga naik bau.
  • Masukkan serbuk lada hitam yang telah di tumbuk dan tumis seketika.
  • Masukkan sos tiram, sos lada hitam.
  • Masukkan air 2 cawan sahaja , kiub ayam & kicap.
  • Bancuhkan tepung bersama baki 1 cawan air.
  • Masukkan ke dalam bahan yang di masak dengan api perlahan dan kacau untuk elakkan tepung dari berketul sehingga mendidih. 
  • Setelah pekat, tutup api dan boleh di hidang.


Sup Cendawan / Mushroom Soup

Bahan-bahannya:
1 keping dada ayam ~ aku tak letak ni
1500 ml air
500 ml susu segar ~ fresh milk
1 ketul kiub ayam ~ aku tambah jadi 2 ketul sebab tak letak dada ayam.
1 tin kecil cendawan butang ~ dihiris
garam ~ secukup rasa
1 cawan tepung gandum
Sedikit lada hitam ~ di tumbuk

Cara-caranya:

  • Potong ayam kecil2. 
  • Masukkan ayam dan air ke dalam periuk.
  • Rebus sehingga masak. Kalau tak ada ayam, tak pe, tambahkan kiub ayam untuk impak rasa ayam.
  • Masukkan susu dan kiub ayam. Aku tak pakai isi ayam so aku tambah kiub ayam jadi 2 ketul.
  • Masak guna api yang perlahan. 
  • Masukkan mushroom. 
  • Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat.
  • Tambah garam mengikut citarasa. Taburkan lada hitam yang telah di tumbuk. 
  • Sedia untuk di hidangkan bersama roti. Sebagai hiasan aku letak kucai halus.
Note: Sup ni sedap tau. Adik aku cakap lagi sedap dari mushroom soup pizza hut. Haaaa, melampaukan.... hehheheh


Potato Salad

Bahan-bahannya:
5 biji kentang ~ di potong dadu besar
1 sb perahan lemon ~ limau nipis pon boleh
4 sb mayonis ~ boleh tambah sesedap rasa
4 bj baby tomato ~ di potong 2
1 sb lada hitam ~ di tumbuk kasar
Garam ~ secukup rasa
Air ~ untuk merebus kentang

Cara-caranya:

  • Rebus kentang bersama garam
  • Setelah kentang empuk, toskan airnya
  • Didalam mangkuk lain, masukkan kentang dan semua bahan lain. Gaul sebati.
  • Siap! Hiaskan dengan baby kucai. Baru nampak menarik dan colourful. 






with luv,

1 comment: